Journal 2009 ~ #8

Mampukah aku terus bertahan untuk melawan kehendak-NYA?? Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk melewati hari-hari ku ini untuk mencari kedamaian dihati ini. Berikanlah aku kesempatan untuk mencapai impian ku ini. Berikanlah aku kekuatan untuk melawan derita dan sakit ku ini Ya Allah. Aku ingin terus menikmati sisa-sia hidup ini tanpa sebarangan kesedihan kelak. Berikanlah aku ruang untuk membaiki diri ini untuk terus mendekati-Mu.

Terlalu perit aku menanggung derita ini, namun aku perlu bangkit untuk meneruskan perjalanan ini. Bila terkenang pada emak dan keluarga di kampung mereka sahaja yang menjadi penguat buatku ketika ini. Melihat kerjaya yang ku miliki ketika ini membuat aku tabah untuk melawat setiap kesakitan yang ku alami. Pada teman-teman yang selalu di sisi ini membuat aku kuat untuk melawan segalanya. Maafkan aku pada kalian semua bukan niat untuk menyembunyikan perkara sebenar namun aku tidak mahu melihat keresahan dan kebimbangan kamu semua kerana aku tak mahu kamu melihat aku seolah-olah orang sakit. Biarlah aku melawannya dan mengubatinya selagi hayat aku ada. Perjalananku masih jauh dihadapan biarlah aku meneruskannya dengan hati yang tenang dan hati yang tabah. Aku ingin melangkah ke hadapan untuk mengapai impian yang ku impi kan.

Pada-Mu Ya Allah Ya Rahman.. Sesungguhnya aku tahu akan ajal dan maut, pertemuan dan perpisahan serta kegembiraan dan kesedihan itu ditangan-Mu, namun ku pinta pada-Mu Ya Allah agar beri aku kekuatan dan kesempatan untuk menikmati seluruh kehidupan ini. Berilah aku kesempatan untuk melihat kejayaan dalam hidup ini. Bantulah aku dan sokonglah aku untuk mencari kedamaian dalam hidupku ini, Amin..

No comments: