Journal 2009 ~ #25

Sesuatu yang indah adalah mengetahui hari kelmarin telah berganti hari ini. Sehingga aku dapat melangkah lagi. Sesuatu yang indah adalah mengetahui segala kelebihan dan kekurangan ku sehingga aku dapat belajar untuk memahami erti kehidupan sebenar. Sesuatu yang indah adalah mengetahui sgalanya akan berlalu sehingga aku dapat memberikan erti. Sesuatu yang indah adalah saat aku terjatuh sehingga aku dapat bangkit kembali. Sesuatu yang indah adalah Aku, kebahagian ku, kegagalan ku, cinta ku, hidup ku, jalan ku dan hari-hari ku sehingga aku dapat bersyukur.

Melihat indahnya kerlipan bintang di langit yang cerah, mengelilingi rembulan, aku teringat suatu waktu yang telah berlalu. Tentang suatu cerita, tentang aku yang dulu. Hmm.. disaksikan oleh bintang itu, jua si rembulan aku pernah berkata kepada diriku ada sesuatu yang tak bisa ku padamkan yang aku mahu ianya tetap begitu selalunya setia di situ.

Biarpun waktu itu telah lama berlalu, biarpun hakikat cerita itu sudah jauh dariku
perlukah aku tulis kembali cerita itu? Atau ku biarkan saja.. dan sepi? Mungkin wajar saja.. ku biarkan ia begitu.

Waktu yang telah berlalu memang tidak mungkin kembali. Apa yang ada ketika ini ialah waktu ini dan waktu ini yang sedang menunggu kita, Hmm.. bintang dan bulan mahu ke mana? Kenapa ku lihat kalian seperti menjauhiku? Kenapa kalian mahu pergi tinggalkan aku? Bukankah aku sedang berbicara di sini? Tunggu.. Jangan pergi, jangan biar aku sendirian di sini.

Bintang dan bulan tunggu dulu ingin ku khabarkan kenangan tetap ada di situ. Cuma waktu yang telah berlalu aku tak mengharapkan cerita itu seperti kemahuanku biarkan ia begitu biar ia berlalu, aku cuma mahukan cerita yang sedang ku lalui ini menjadi sesuatu yang terindah dalam hidupku biar ia kekal abadi bersamaku dan menjadi cerita hidupku.

No comments: