Journal 2009 ~ #3

Salam kasih serta sayang buat junjungan besar Nabi S.A.W..jua moga dirahmati akan para sahabat-sahabat baginda yang senantiasa bersama-sama tatkala senang dan susah..bermula zaman Islam di hina dan di injak-injak sehinggalah harumnya nama Islam itu di seluruh pelusuk alam dan berkat perjuangan dan kesabaran yang dibawa para sahabat dan para ulama-ulama dan pendakwah yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat bagi memastikan syiar Islam itu tertegak dan terbina berkat asuhan dan didikan dari penghulu para Nabi jua semulia-mulia insan di muka bumi Nabi Muhammad s.a.w..yang mempunyai ahkhlak yang cemerlang, hebat dan gemilang yang tiada tolok bandingnya, yang menjadi ikutan dan contoh tauladan buat para pecinta kebenaran dan yang menginginkan akhirat serta meyakininya...

Sejak dari zaman berzaman umat Islam di uji dan setiap mukmin akan di uji bagi menganalisa sejauh mana tahap keimanan mereka dan keyakinan serta penyerahan mereka kepada ketentuan serta taqdir Allah S.W.T..maka aku jua tidak dapat tidak turut di uji sepertimana umat manusia yang lainnya..tetapi jika nak dibandingkan ujian aku tanggung ini, tidaklah aku dapat menandingi ujian para sahabat yang lain..maka tepat pada tarikh Februari 2009 inilah berlaku satu lagi sejarah di dalam kisah hidupku..maka aku serapkan di dalam sanubariku akan sifat sabar serta redha sebagai pengganti dan penggubat luka yang parah ini...alhamdulilah bersyukur aku kehadrat Allah s.w.t dengan bantuan dan izinnya dapatlah aku mengharungi ujian ini..aku tetap tersenyum pasrah biarpun di dalam hati ini terasa pedih dan sukar untuk menerima hakikat itu..tetapi aku sudah di ajar untuk bersiap sedia sejak dari malam lagi agar dapat menerima keputusan yang menanti pada esok hari...

Aku terpinga-pinga dan mencari-mencari akan sesiapa yang dapat membantu dan mendengar rintihan diri ini...ternyata aku gagal mencari nya..maka aku sudah mula mengerti dan mula belajar akan bagaimana untuk menerima sesuatu hakikat..maka semalaman membawa ke pagi dan merebak ke waktu malamnya bahkan disaat penulisan ini dihasilkan aku masih lagi terasa akan kepedihan dan kesakitan itu..tapi aku pendamkan jua...demi memelihara dan menjaga sahabat, aku menggalah dan memberi laluan kepada orang lain pula...sukar untuk aku menulis dan meluahkan segala isi hati ini..walau sejuah mana aku ingin luahkan dan coretkan, namun ia tetap tidak dapat menzahirkan akan apa yang tersirat di hati kecil ini..walau apa pun aku tetap redha dan bersabar...aku menetapkan pendirian aku..senyum tetap senyum walau apa pun yang berlaku dan terjadi..aku pasrah...kini aku menerimanya...aku tidak peduli...

Terkadang berasa tercuit hati ini dan bergetar lalu menyebabkan aku tersenyum seorang diri tatkala mengenangkan nasib yang menerima aku...tapi aku tetap bersyukur...moga Allah beri aku kekuatan..aku tersenyum lagi...tiada apa yang perlu aku risaukan lagii...beliau sudah menemui kebahagiaan yang beliau cari mengikut kemahuan dan kehendak beliau...tidak akan selesai permasalahan itu jika tiada yang menggalah...aku terlalu mementingkan diri...kasihan pada sahabat-sahabat yang banyak bersabar dengan karenahku...aku ingin mereka melayan dan menghormatiku tapi aku tidak menghormati dan mengasihani mereka..pohon maaf buat sahabat-sahabatku di luar sana.

Bermula pada tarikh keramat itu berakhirlah sebuah kisah yang cukup panjang untuk dirungkaikan dan dihuraikan..aku menggambil keputusan yang cukup berat dan sukar...tetapi aku gagahkan diri bagi sebuah persahabatan dan erti kasih sayang antara sesama manusia..keputusan yang aku tidak jangka dan rancang tetapi ia telah ditentukan oleh Tuhan rabbul izzati..sekali lagi aku terima dan pasrah...setelah sekian lama perbincangan berlangsung dan tampak seolah-olah menemui jalan buntu maka didatangkan ilham dari Allah kepadaku insan yang kerdil, banyak dosa dan hina lagi jahil ini supaya melakukan sesuatu perubahan drastik yang tidak dijangka oleh aku sendiri...maka perubahan itu merupakan keputusan yang telah di putuskan dan dipersetujui dengan berat hati...begitulah, kita mampu merancang tetapi keputusan itu milik Allah..

Aku rasakan sudah tidak mampu lagi untuk mencoretkan kisah ini..bilik di rumah menjadi saksi akan keputusan yang aku ambil demi memastikan mereka tetap dan terus menikmati kebahgiaan...kemanisan mahupun pahit yang akan mereka temui, terpulang di atas kebijaksanaan mereka dengan berpandukan keimanan dan ketaqwaan yang mengikut acuan Islam sahaja yang mampu mengendalikan segala permasalahan yang berbangkit nanti..tiadalah aku mampu lakukan selain redha dan berdoa kepada Allah akan kebahagiaan mereka.

Aku cuba mengikisnya. Tapi tidak pernah berjaya. Aku cuba menghapuskannya, tapi tidak bermaya. Sejujurnya, memang tidak akan pernah aku membuangnya dari hati, cuma mungkin aku hanya mampu sorokkan ia jauh tersembunyi. Semoga ia akan kekal bersembunyi walaupun aku tahu aku sedang menyakiti diri aku sendiri.

No comments: