Journal 2009 ~ #12

Hmm.. hari ini aku nak cerita apa yer?? tak ada idea pula nak update cerita dalam blog ni, mungkin juga aku terlalu sibuk dengan upload mp3 dalam blog baru aku ni. Hmm.. sebut pasal mp3 dalam blog baru ni, aku baru sahaja lancarkan laman blog mp3 aku ni untuk dikongsikan pada teman-teman. Al maklumlah bila aku tengok dalam D drive Laptop aku ni lebih 3000 mp3 aku miliki fuh!! jenuh juga aku nak load satu-satu lagu.

Target aku nak naik kan semula lagu-lagu lama zaman sekolah aku seperti 911, BSB, N'Sync, Az Yet, 5ive, Spice Girl dan banyak lagi termasuklah lagu-lagu zaman 80an, 90an dan masa kini. Sekali sekala layan lagu-lagu macam ni best gak.. Terasa rindu zaman sekolah dulu, bukan setakat lagu yang sedap di dengar tapi seni kata lagu cukup bermakna. Aku masih ingat lagi lagu BSB yang bertajuk 'As Long As You Love Me' lagu tu cukup meletup pada zaman sekolah aku sehinggakan geng-geng student lelaki ni berebut memegang watak dalam BSB, Kelakar tau.. yang geng-geng perempuannya pula sibuk dengan kumpulan Elite hmm.. aku terkecuali sebab aku lebih suka layan lagu-lagu dari barat yang lebih menarik untuk dengar.

Alam persekolahan lebih bermakna daripada alam dewasa, kadang kala aku ingin memutar kembali zaman itu, entah ke mana semua kawan sekolah aku.. paling aku tak lupa pesaing hebat aku dalam subjek geografi iaitu Siraj.. His my best friend in the subject.. walaupun adakalanya kami bertelagah pendapat dalam subjek tapi menyeronokkan. Tapi kini zaman telah berubah kehidupan semakin dewasa. Aku mula terasa satu perubahan ketara dalam hidup aku. Seharusnya aku perlu tahu bahawa aku kini bukan lagi yang dulu kehidupan perlu diteruskan untuk meniti satu lagi kehidupan yang lebih bermakna.

No comments: