Journal 2009 ~ #27

Malam, izinkan aku menggores gelapmu dengan cahaya. Redup namun pasti, tipis namun tak putus oleh kabut. Mungkin aku tak sesempurna mentari yang melenyapkan gelapmu dan mengganti engkau dengan pagi. Mungkin aku bukan bulan yang hilang datang setengah hati. Kerana kau tak mudah untuk ku ganti dan kulewati. Mengertilah aku! Jika aku memaksa diri untuk hadir dikala pagi, apa itu salahku? Sekalipun aku terbakar oleh panas matahari.

Seluruh sejarah mngkin untukmu tapi jika kau ingin mengubahnya dan membuang bintang ini ke laut maka aku akan berenang menjauh dan berinterkasi menjadi obor-obor atau aku akan jadi bintang laut.

Sudahlah, cukup aku membuatmu membaca dan sedikit tertawa malam ini tertawalah kerana senyum mu adalah pantulan cahaya yang menguatkan aku. Aku ingin terlelap namun tak sekarang. Aku ingin menatap pecahanku di langit sana.

Journal 2009 ~ #26

haruman dirimu.. senyuman diwajahmu... di dalam matamu ada daku.. ku rasa bersyukur... ditemukan denganmu.. alangkah indahnya tersusun.. jiwamu di dalam jiwaku.. inikah dikata saat bahagia.. sehati sejiwa untuk selamanya... inikah dikata indahnya dunia.. walau sementara menjadi bermakna.. disatukan jiwa bersama merasa.. walau begitu kita seharusnya lebih memahami.. mengharungi rintangan yang meminggir..

oh sayang... perjalanan begini kita hadapi hingga kan ke akhir.. inikah dikata saat bahagia.. sehati sejiwa untuk selamanya... inikah dikata indahnya dunia.. walau sementara menjadi bermakna.. disatukan jiwa bersama merasa.. di saat ini perasaan ini ku lagu ku nyanyikan keputusan di hati.. di saat ini inginku dengarkan darimu... perasaanmu tentang kisah ini.. inikah dikata saat bahagia.. sehati sejiwa untuk selamanya... inikah dikata indahnya dunia.. walau sementara menjadi bermakna.. disatukan jiwa bersama merasa.. bersama selamanya... kau dan aku bersama selamanya.

Journal 2009 ~ #25

Sesuatu yang indah adalah mengetahui hari kelmarin telah berganti hari ini. Sehingga aku dapat melangkah lagi. Sesuatu yang indah adalah mengetahui segala kelebihan dan kekurangan ku sehingga aku dapat belajar untuk memahami erti kehidupan sebenar. Sesuatu yang indah adalah mengetahui sgalanya akan berlalu sehingga aku dapat memberikan erti. Sesuatu yang indah adalah saat aku terjatuh sehingga aku dapat bangkit kembali. Sesuatu yang indah adalah Aku, kebahagian ku, kegagalan ku, cinta ku, hidup ku, jalan ku dan hari-hari ku sehingga aku dapat bersyukur.

Melihat indahnya kerlipan bintang di langit yang cerah, mengelilingi rembulan, aku teringat suatu waktu yang telah berlalu. Tentang suatu cerita, tentang aku yang dulu. Hmm.. disaksikan oleh bintang itu, jua si rembulan aku pernah berkata kepada diriku ada sesuatu yang tak bisa ku padamkan yang aku mahu ianya tetap begitu selalunya setia di situ.

Biarpun waktu itu telah lama berlalu, biarpun hakikat cerita itu sudah jauh dariku
perlukah aku tulis kembali cerita itu? Atau ku biarkan saja.. dan sepi? Mungkin wajar saja.. ku biarkan ia begitu.

Waktu yang telah berlalu memang tidak mungkin kembali. Apa yang ada ketika ini ialah waktu ini dan waktu ini yang sedang menunggu kita, Hmm.. bintang dan bulan mahu ke mana? Kenapa ku lihat kalian seperti menjauhiku? Kenapa kalian mahu pergi tinggalkan aku? Bukankah aku sedang berbicara di sini? Tunggu.. Jangan pergi, jangan biar aku sendirian di sini.

Bintang dan bulan tunggu dulu ingin ku khabarkan kenangan tetap ada di situ. Cuma waktu yang telah berlalu aku tak mengharapkan cerita itu seperti kemahuanku biarkan ia begitu biar ia berlalu, aku cuma mahukan cerita yang sedang ku lalui ini menjadi sesuatu yang terindah dalam hidupku biar ia kekal abadi bersamaku dan menjadi cerita hidupku.

Journal 2009 ~ #24

Sejenak termenung merenung kebesaran Yang Maha Esa, tiba-tiba hati di terjah dengan pelbagai persoalan. Telah sempurnakah aku di mataNya?? Telah bersiapkah aku seandainya nadi sudah menafikan nyawa?? Jawapan yang aku sendiri pasti.. Ku singkap semula cerita-cerita lama. Muram bertukar ceria, rajuk berubah bahagia. Terkenang kembali pada satu nama, yang tak pernah aku lupa dalam hidup ini. Pada insan lain, nama ini hanya satu nama biasa sahaja. Tidak banyak yang membezakan antara dirinya dengan orang lain. Namun bagi diriku insan ini telah banyak mengubah persepsi aku terhadap dunia.


Disaat aku terlena dan tak berdaya
Kala hatiku pun menjerit dalam hampa
Ketika jiwa yang sepi membuatku terjatuh sekali lagi
Aku terbawa ilusi yang menari-nari
Dalam lamunan anganku melayang
Berterbangan bersama awan
Dan dalam lamunan jiwaku pun tentram
Bersemayam didalam diam
Dalam diam aku ada
Meski sendiri hatiku tak merana
Tak menari tapi tak hampa
Tak bergairah tapi penuh cinta
Perlahan aku bangkit dari keterpurukan
Melayang bebas bersama angan
Menyelami samudra cinta
Yang tenang
Tanpa riak
Tak bergejolak
Tapi penuh cinta
Dan aku kembali tersadar
Bahwa aku dan cinta itu ada

Journal 2009 ~ #23

Semalaman aku sukar untuk melelapkan mata seakan tiada langsung rasa mengantuk. Aku sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya bermain di minda ini mungkin aku terlalu banyak memikirkan soal kerja atau mungkin memikirkan 'si dia' yang jauh dimata tapi dekat dihati.

Aku cuba membayangkan bagaimana kehidupan aku tanpa insan yang aku sayang, pasti sepi. Mungkinkah ini perasaan yang sama dialami oleh dia? Ketika aku jarang berada disisinya?

Journal 2009 ~ #22

CINTA bukan mengajar kita lemah.. tetapi membangkitkan kekuatan..
CINTA bukan mengajar kita menghina diri.. tetapi menghembuskan kegagahan...
CINTA bukan melemahkan semangat... tetapi membakar & menguatkan semangat...

dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan...
dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran...
dari sekeping hati mencerminkan keihklasan...
dan dari sebuah angan-angan...tercapai sebuah impian...

Kebekuan airmata kerana kerasnya hati... kerasnya hati kerana banyaknya dosa... banyaknya dosa kerana lupakan mati... lupakan mati kerana banyaknya angan-angan... banyaknya angan-angan kerana terlalu cintakan dunia cintakan dunia itu sumber segala dosa!!

pastikanlah dulu sesuatu yang engkau ragui... pastikanlah ia dari iman dalam hati dan bukan dari nafsu yang terburu2... dan bukan juga dari suatu matlamat yang tiada hala tuju jadikan pengalaman lalu suatu pengajaran...

janganlah sekali-kali mempermainkan perasaan insan... kerana hati yang terluka terlalu sukar untuk disembuhkan.

~ Indahnya Cinta ~
Cintamu hadir dalam sunyi...
Cintamu hadir dalam lembut..
Cintamu hadir dalam kasih..
Cintamu hadir dalam damai..

Engkau hadir saat gelap..
Engkau hadir dalam pekat..
Engkau hadir saat sepi..
Yang merasuk jiwa dan hatiku...

Aku merindukan belai kasihmu...
Aku mendambarkan cinta tulusmu..
Aku mencintai mu segenap jiwaku...

Journal 2009 ~ #21

Menyingkap Takdir Cintaku..

Ketika kita sudah siap untuk memiliki maka kita harus siap untuk tidak memiliki itulah kata-kata penguat bagi yang sedang kehilangan. Mencintai dan dicintai tak datang dengan sekejap akan tetapi akan pergi dengan sekejap jika sudah lama saling bersemi. Ternyata memang terbukti bahwa luka tertusuk seribu duri terasa ringan dibanding dengan tertusuk kesalahan cinta. Kesungguhan dan kemantapan niat yang kubangun begitu lama sekejap hilang dengan keegoan kadang ku lelah dan aku harus sabar mengukir perbezaan. Ku korbankan perasaanku untuk secebis hati lain yang ingin mengisi ruang hatiku yang sudah ku tempatkan untuk dia. Ku pasrahkan pula membenteng godaan untuk keistiqomahaan untuk menuju cinta karna Allah. Ku berusaha menahan keinginan untuk berlari berlabuh ke hati ini yang bisa ku singgah. Ku jaga kesungguhannya untuk ku nanti di batas waktu dimana ijab dan Qabul diucapkan. Tak berbekas kebahagiaan hanya berbungkus kebohongan yang ia sembunyikan. Hanya kata-kata duka dan sikap gelap ia tinggalkan diakhir patahnya sebuah pinangan aku bukan menyalahkanmu, bukan pinangan. Sejengkal lagi akan menjadi kenyataaan. Walaupun ditaburi dengan batu-batu kerikil yang rumit. Ya Allah, takdirmu seindah mutiara putih. Berbalut perih di dalamnya, tapi kau simpan mutiara hikmah penyejuk Qalbu Ya Allah. Jadikanlah aku iktibar terhadap bukti dari kasih sayangmu, Lindungiku dari putus asa. Kuatkanku menerima takdir-Mu ini, Ampunilah segala dosa-dosaku. Ya Allah ampinilah aku yang salah dalam meniatkan sesuatu, ampuniku yang bodoh oleh erti mencintai dan dicintai. Ya Allah tunjukkan padaku jalan menuju cinta-Mu dimana ku ingin tulus dicintai karena-Mu dan mencintai karena-Mu, berikanlah padaku seorang Imam yang senantiasa ikhlas dan reda membimbingku ke jannah-Mu, ampuni khilafku, dosaku dan ampuni pula dia.

Journal 2009 ~ #20

Pagi ini mata aku masih segar walaupun petang semalam aku di serang lelah, aku cuba meluahkan apa yang terpendam dalam hati ini dan cuba merungkaikan setiap apa yang tersirat dalam hati ini, syukur kerana DIA masih beri aku peluang untuk terus bernafas di bumi ini dan aku berterima kasih kepada 'si dia' yang sudi membawa aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih kerana sudi membawa aku ke klinik walaupun dalam keadaan penat selepas balik bekerja. Terima kasih sekali kerana mengambil berat terhadap aku.

Sukar aku percaya sebenarnya kehadiranmu suatu anugerah yang buatku kerana engkau sudi mengisi ruang kekosongan dan mengubati luka dihati ini, walau aku tahu mungkin aku bukan mudah untuk aku melupakan sesuatu dalam diari kehidupan aku. Namun aku bersyukur mengenali mu walaupun dalam jangka waktu terhad aku mula merasakan satu keikhlasan hadir di antara kita berdua.

Sehingga hari ini hidupku kembali bersinar untuk meneruskan kehidupan ini. kehadiranmu cukup bermakna dalam hidup ini, engkau bagaikan pelindung buat aku dan penguat semangat buatku. Dalam hidup ini aku terlalu banyak melalui kedukaan sehingga engkau hadir berikan aku satu nafas baru untuk hidup semula dan cuba bangkit dari kekalahan hidup ini. sesungguhnya aku berterima kasih padamu kerana sudi menjadi teman kala aku dalam kesedihan dan memerlukan sokongan.

Buatmu wahai insan yang mula aku sayangi, sesungguhnya aku menghargai kehadiranmu dalam diri hidupku ini, seandainya ini takdir buatku tertulis sebegini aku pasrah dan terima seadanya..

Journal 2009 ~ #19

Hari ni hari kedua aku berada di Sri Cempaka Service Suite Hotel, Menarag PGRM Cheras untuk menghadiri Bengkel yang dianjurkan oleh syarikat aku berkaitan dengan MS ISO 9001:2000. Entahlah terdetik dihati ini untuk membuka laptopku ini untuk meneruskan journal aku untuk bacaan bersama dengan teman-teman. Adakalanya aku merasakan aku perlukan suasana sebegini, nasib baik ada teman-teman dari SABAH duduk sebilik dengan aku meriah gilerr banyak benda kitaorang kongsi bersama. Terlepas juga rindu pada teman-teman lama.

Pagi ini aku sengaja bangun awal daripada hari-hari biasa al-maklum lah first day bengkel so aku kena lebih bersemangat untuk menimbah ilmu yang dianjurkan oleh syarikat aku. Hmm.. ketika ini aku tengah dengan live radio stetion kegemaran aku iaitu HotFM, tetiba jer berkumandang lagu Alyah Tak Mungkin Kerna Sayang. Aku cuba fahami setiap seni kata dan lirik lagu tersebut. setiap apa yang berlaku dalam hidup ini kekadang kita berada di persimpangan dan terpaksa memilih untuk meneruskan atau tidak. Sesetengah perkara dalam hidup ini aku banyak bergantung kepada kehidupan realiti dan menghadapi kenyataan hidup ini walaupun adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan kesakitan hidup. Mungkin itulah sebenarnya kehidupan yang nyata dan realiti untuk kita terus menghadapinya, aku tak nafikan kehidupan ni lebih menarik apabila kita berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran serta dugaan hidup. Malam tadi aku cuba duduk bersendirian dalam bilih hotel ini bila teman-teman semua dah tidur aku pulak masih berjaga, ketika itu aku mula merenung kembali dalam hidup aku, melihat keadaan aku ketika ini aku masih dibayangi kisah duka aku yang terlalu sedih buatku. Setiap kali aku mengenangkannya air mataku pasti mengalir laju sahaja. Ya Allah kerdilnya aku disisi-MU banyak sungguh ujian aku terima semenjak aku cuba untuk berdikari sendiri.

Selama mana pun aku cuba untuk bertahan aku tidak pasti namun aku harap dan berdoa sentiasa agar aku lebih tabah mengharungi hari-hari mendatang, pada-MU ya Allah sesungguhnya aku hanya memohon kepada-MU agar aku lebih tabah dan sabar dalam segala rintangan kehidupan ini, Amin..

Journal 2009 ~ #18

Surat Cintaku Untuk Tuhan.
Wahai Tuhanku Ya Allah.

Pertama tamanya aku menulis bukan mengeluh tapi kerana kasihku padaMu Tuhan. Aku dijadikan manusia untuk sentiasa bersyukur. Kau maha mengetahui segala galanya. Sedangkan aku hanya manusia yang hanya pasrah dihadapanMu. Sesungguhnya tiada siapa yang lebih berhak memiliki aku kecuali kamu kerana ibadah,hidup dan matiku hanya untukMu Ya Allah. Aku hanya menanti dengan penuh kesabaran kerana aku pasti aku akan miliki bahagia tidak disini tapi disana nanti.

Sudah puas aku melangkah mencari erti kehidupan ini, jika aku tumpukan hanya pada dunia, aku akan hilang untuk akhirat. Jika aku tumpukan akhirat, aku akan jauh ketinggalan didunia ini. Aku inginkan kedua duanya. Rabbana atina fiddunya hasanah wal fil akhirati hasanah wa qinna adzabanar.

Disini aku menulis lagi. Betapa aku bahagia bila diuji, betapa aku bahagia mengerti kesabaran juga ketabahan, betapa aku bahagia aku meningkatkan diriku pada keimanan dan keteguhan jiwa agar aku tidak jatuh dan melayang jauh entah kemana. Aku cuba menghindari dosa dosa yang telah aku lalui. Aku tidak berdaya menahan segala kesedihan mengingati masa lalu kerana kelalaiku. Aku minta padaMu Ya Allah! Tuntunlah aku kemana perginya diriku ini dan kemana setiap langkahku juga tegurilah aku seperti mana Engkau mengujiku agar aku tidak jatuh dari segala dosa dosa. Berikan aku keredhaan diatas bumiMu ini. Di atas nama cintaku padaMu Ya Allah. Atas nama cintaku yang kudus aku mengingati sebuah kehidupan yang telah Engkau tentukan padaku. Ibadah, hidup dan matiku hanya untukMu.

Setiap manusia diuji betapa hebatnya manusia yang dapat menerima setiap ujian dengan ketabahan tapi tidak pada aku. Waktu aku kehilangan abah, aku tidak rasa ketara. Sedihku seketika kerana aku masih ada ibu. Setelah kehilangan ibuku, aku jadi manusia yang hilang fokus. Aku hanya menyendiri dan mencari erti diriku sendiri. Ada masa aku jadi pemarah, penyedih dan aku takut untuk sayangi sesiapapun kerana satu saat mereka juga akan meninggalkan aku. Semakin lama aku pendam dengan sikap amarahku yang terlalu emosi ini telah termakan diriku. Aku jadi manusia yang suka pada kebencian. Aku jadi tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan. Ternyata bodohnya aku masa itu. Setelah aku cuba membuka pintu hatiku, lagi sekali aku jadi pemarah kerana aku benar benar ditipu dengan kata kata manusia yang hanya tinggal janji. Aku jadi benci dan semakin benci pada semua orang. Akhirnya aku temui cintaku, cintaku yang satu ini pada manusia yang merubah aku menjadi manusia yang penuh kebencian pada kasih sayang sehinggakan kasih sayang itu aku berikan pada semuanya. Walaupun cuma tertulis untuk sementara aku kecapi kebahagiaan itu bersamanya, aku rasa satu pukulan hebat untukku menghadapi satu lagi kematian didepan mataku. Aku cuba sekali lagi belajar redha, ikhlas, sabar dan bertawaduk. Aku hanya manusia Ya Allah! Manusia yang tidak berdaya menahan segala kesedihan ini. Saat aku kehilangannya, aku rasa kehilangan sebuah permata yang tidak ternilai harganya sekali lagi. Aku takut Ya Allah! Aku takut!! Aku mahu menangis sepuas puasnya tapi aku tidak bisa untuk menangis kerana ini satu membebankan dirinya. Ya Allah...dakapilah aku Ya Allah agar aku bisa kuat menghadapi semua ini Ya Allah. Ya Allah! Ampunkan dosa dosaku Ya Allah!!

Ya Allah! Aku bersyukur padaMu yang memberikan aku jalan menuju ke fitrah kebesaranMu. Tapi aku tidak berdaya melawan segala yang Engkau takdirnya sehingga aku tidak sanggup lagi membunuh perasaanku lagi. Biar apa yang Engkau duga padaku, aku akan berusaha untuk kembali tenang. Kembali pada keredhaanMu walau apa pun terjadi. Aku kehilangan orang yang aku sayangi buat ketiga kali. Ya Allah!! La haula walla quwatta billahi aliyil azhim! Tiada yang lebih berkuasa melainkanMu Ya Allah! Sesungguhnya apa yang Engkau memperlihatkan aku tentang sebuah kematian yang tertubi tubi dihadapan mataku, ternyata Engkau mengingati aku tentang kematian aku entah bila. Bila kematian itu datang, tiada siapa yang tahu. Aku tidak tahu, siapapun tidak tahu. Apa yang harus aku lakukan bersiap sedia untuk menghadapinya.

Setiap nafasku yang kini, aku hanya pasrah dan terus pasrah. Melangkah dan terus melangkah. Alangkah indahnya, jika aku sentiasa melangkah dengan kesyukuran agar aku bisa terus melangkah dan terus melangkah kejalanMu Ya Allah. Aku cuba meletakan diriku dengan penuh kasih sayang pada semua orang agar aku bisa berbakti untuk sesiapapun. Aku tidak minta segala simpati dan perhatian. Aku hanya minta pengertian agar aku bisa meneruskan kehidupan ini. Ya Allah! Aku cinta padaMu!

Sekarang surat cintaku padaMu tertulis lagi dan aku akan teruskan surat cintaku ini padaMu. Izinkan aku teruskan mencintaiMu yang kekal dan abadi. Jika cintaku ini pada manusia hanya sementara. Izinkan aku! Izinkan aku mencintaiMu Ya Allah! Izinkan aku mencintaiMu sepanjang hayatku Ya Allah! Aku tidak berdaya melawan segala takdir yang diturunkan padaMu atas izinMu aku ingin merasakan bahagia seperti apa yang Engkau kehendaki. Izinkan aku terus berbakti kepadaMu dan juga hamba hambaMu. Mempermudahkanlah urusanku Ya Allah! Jangan Engkau biarkan aku walau sekelip mata pun. Aku tidak dapat melawan rasa cinta dan rinduku pada orang orang yang aku sayangi dan aku tidak sanggup berpisah denganMu walaupun sesaat. Aku ingin Engkau dakapi aku, sayangi aku dan ampunkan segala dosa dosaku. Aku tidak sanggup menghadapi semua ini seorang diri Ya Allah!! Apa dayaku hanya manusia yang cuma menyerah pasrah. Aku sayangkan ayahku, dan aku juga sayangi kekasihku. Mereka telah Engkau ambil kerana kasih sayangMu lebih dari diriku tapi tidak berdaya merasakan rindu yang amat dalam ini Ya Allah. Aku tidak berdaya! Aku tidak berdaya!!

Izinkan aku Ya Allah! Izinkan aku Ya Allah memiliki bahagia di dunia ini walaupun seketika. Aku bermunajat Cintaku padaMu. Bawalah aku bersamaMu jika sampai masaku nanti. Izinkan aku memiliki Husnul KhotimahMu. Izinkan aku!! Alhamdulillah.

Journal 2009 ~ #17

Sudah beberapa hari hati ini dilanda resah. Aku cuba mencari penyebab kedatangannya yang tidak diundang. Dan akhirnya aku tahu kenapa hati ini resah sebegini. Perit benar rasa di saat menanggungnya, dan lantas aku mengadu kepada si Pemilik segala perasaan, berbicara dengan DIA seolah DIA di depan mata. Aku yakin, walau aku tidak melihatNYA, DIA mendengar bicara-bicaraku yang memohon pengertian. Air mata tidak segan silu menambahkan lagi beban hati. Namun, aku biarkan sahaja butiran jernih itu keluar, "biar..biar..biar ianya keluar asalkan hati resahku mempunyai teman".

Ya Allah...Ya Tuhan....
Ya Allah..Ya Tuhan....
Ya Allah..Ya Tuhan....
Ya Allah...Ya Tuhan...Pemilik semua hati-hati..

Sejak resah itu datang, saban malam aku memperpanjangkan lagi sujudku kepada Pemilik diri. Ayat-ayat cintaNYA ku baca agar resah ini terubat. Hatiku ini menjadi rindu untuk membaca ayat-ayat dalam Ar-Rahmaan, kegemaranku. Di kala resah itu semakin sukar diusir, aku membelek lagi ayat-ayat cintaNYA yang lain dengan harapan penghujung resah itu hadir. Namun,....

Ya Allah..Ya Tuhan..ujian apakah ini?
Ya Allah..Ya Rahmaan..bantulah aku melaluinya..
Ya Allah ..Ya Tuhan.. aku takut akan murka MU.. Ya Allah..

Ya Allah.. Ya Tuhan..
aku sedar yang hidupku, dan matiku hanya untukMU ..
Wahai Pemilik segala jiwa, hati dan rasa...

Journal 2009 ~ #16

Sepi itu milikku..

Subuh terasa embun sepi-sepi menyerap naik lambat-lambat. Terdengar pasangan-pasangan burung kembali berdendang halus dan akan terlihat matahari kembali mengenyit panas. Bunga-bunga mulai memutik dan menguntum warna perlahan-lahan. Tanpa dapat melelapkan mata dengan tenang, aku diserang keresahan yang berpanjangan. Aku cuba melupakan tetapi masih tetap jua terbayang. Aku halau dengan sisa ketabahan tetapi tetap datang.. memenjarakan jiwaku dalam keresahan dan kekesalan. Sesungguhnya perasaan ini lebih berat daripada menampung seguni pasir yang diletakkan di dada. Bagaimana aku harus menyatakannya. Terlalu banyak rasa yang telah aku simpan. Terlalu banyak duka yang aku pendam. Biarlah semua itu menjadi nadi hidup aku. Kerana untuk menyatakannya….. aku perlu melukakan semula hatiku yang telah tersedia pedihnya. Atau mungkin kepedihan itu akan kembali membunuh senyumku. Apakah begitu dalam cintaku padanya…? Lebih dalam dari yang disangka…. Lebih dalam dari apa yang mampu aku curahkan dalam puisi-puisi yang kalian baca. Kerana kasih padanya cuma aku berdoa kiranya kesedihan hidupku tidak turut menyedihkan orang lain. Tidak membawa orang lain turut dalam kesedihan hidupku. Aku tidak mahu menyusahkan. Aku tidak mahu dirinya berduka atas duka yang kurasa ini. Aku hanya mahu dia gembira meskipun aku tidak mampu gembira. Aku cuma mahu dia ceria seperti selalunya dia. Aku mahu dia berkilau seperti permata seperti selayaknya dia kerana kisah hidupnya sudah lebih cukup untuk membuatkan dia menderita. Dan derita hidupku ini biarlah aku bawa sendiri. Dan kehidupan ini tidak akan terhenti pada detik dan saat-saat manis seperti ini. Ia akan berlansung juga dan ujian demi ujian yang akan terus memburu setiap insan selagi bernyawa. Hingga kadang-kadang kebahagiaan yang hadir hari ini belum pasti berterusan seperti mimpi yang pernah menghias malam. Hingga kadang-kadang derita dan kesusahan yang melanda hari ini tidak akan berterusan seperti mimpi yang mengerikan lena pada dingin pagi hari. Pertemuan….. menghadiahkan kita kasih sayang. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliku satu hari nanti.

Journal 2009 ~ #15

Kadang kala kita tak sedar apa yang kita miliki ketika ini bukan hak milik kita dan kadang kala kita tidak pernah bersyukur setiap apa yang kita lalui itu adalah lebih bermakna daripada apa yang kita sangkakan. Pernah kah kita terfikir tentang hati dan perasaan orang lain disekeliling kita yang selalu mengambil berat dan menjaga kita selama mana mereka di sisi kita? Kadang kala kita terlupa akan itu semua ataupun kita sengaja melupakan apa yang kita miliki ini adalah bersifat sementara. Dunia ini terlalu kecil buat kita dan terlalu indah buat mereka yang tak pernah bersyukur pada-NYA. Sesekali aku melihat ke dalam diri ini, merenung kembali siapa aku pada-NYA dan siapa aku pada insan-insan yang berada disisi aku ketika ini? Mungkinkah aku hanya menyoal akan kehidupan ini atau hakikatnya aku terlalu daif terhadap kehidupan ini.

Siapa aku pada-NYA?? Selama ini aku selalu berdoa dan memohon pada-NYA moga aku sentiasa kuat, tabah, berani, cekal untuk menghadapi segala apa yang berlaku pada diriku. Doaku selalu memohon agar aku sentiasa diberikan kegembiraan dan ketenangan dalam hidup ini. Biarpun adakalanya aku tidak berdaya untuk sujud pada-NYA lagi tapi demi kasih dan sayang pada-NYA aku gagahi nya juga. Bagi aku DIA adalah satu-satu tempat yang aku mengadu dan meminta. Terlalu kerdil aku pada-NYA selama ini aku menganggap semua apa yang aku pinta itu akan menjadi milik ku, tapi aku silap bukan semua benda atau perkara menjadi milik ku dan ia kekal abadi. Seharusnya aku lebih bersyukur kerana DIA membuka mataku dan memberikan aku limpah hidayah-NYA untuk aku memperbaiki diri ini. Mungkin aku lebih selesa begini dengan keadaan aku ketika ini. Aku sedar mungkin ketika ini ujian yang diberi memberi aku lebih kuat mengingati dan mendekati diri-NYA. Kalau sebelum ini aku alpa terhadap-NYA tapi kini aku mula sedar segala apa yang telah berlaku adalah hukuman di dunia, syukur kerana dia masih menyayangi aku. Keadaan aku ketika ini agak lemah walaupun pada mata kasar aku kelihatan segar dan ceria pada teman-teman tapi sebenarnya aku tak sekuat dan sehebat dulu lagi yang mampu melakukan banyak perkara dalam kehidupan seharian aku, ini adalah ujian daripada DIA syukur aku pada-NYA walaupun perit dan terpaksa menanggungnya tanpa ada sesiapa tahu termasuklah ahli keluargaku aku lebih rela mengadu pada-NYA kerana aku tahu DIA adalah pendengar setia dan sentiasa mengetahui apa sahaja yang berlaku dan bakal berlaku dalam hidup ini. Sesungguhnya aku lebih tenang dan damai ketika ini walaupun dalam keadaan sebegini. Cintaku, kasihku dan sayangku pada-NYA kini makin menebal dan biarlah ia sentiasa mekar dalam hati ini. Malam sebegini aku lebih suka sujud pada-NYA memohon segala apa yang terlintas dalam hati ini. Moga apa yang ku impikan menjadi kenyataan.

Siapa aku pada insan-insan disisiku ketika ini?? Benar kata pujangga teman ketika ketawa ramai teman ketika susah 1000 dalam 1 dan mungkin tak wujud. Aku ibarat sebiji bola dalam roda kehidupan di bumi ini, sekejap di atas sekejap di bawah dan aku juga ibarat sehelai kain, nampak baru cantik dipandang elok bila dipakai, tapi bila dah lama jadi lusuh dan kusam kain itu bakal dijadikan sehalai kain buruk ataupun bakal dicampakkan ke dalam tong sampah. Kalau sebelum ini aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang, cuba membahagiakan teman-teman disisi namun bukan semua orang mampu melakukan semua itu. Adakalanya kita tewas dengan kehidupan kita sendiri dan terbuai dalam mimpi sendiri tanpa kita sedari kita hampir terlupa. Mengapa semua ini terjadi? Adakah kehidupan ini tidak pernah adil dalam kehidupan ini dan seperti hari-hari mendatang aku sentiasa menunggu sesuatu yang belum pasti dihadapanku ini. Adakah kehidupan ini terlalu banyak persoalan yang perlu kita rungkai satu per satu? Terlalu berat untuk aku pikul setiap beban dalam hidup ini. Deritakah aku ketika ini bila memikirkan soal kehidupan ini? Seboleh-bolehnya aku ingin bebas berlari lagi, bebas terbang ke sana ke mari seperti merpati putih..

Ya Allah sesungguhnya aku mengerti akan setiap apa yang terjadi pada diri ini adalah ketentuan dari qada dan qadar kehidupan ini. Sesungguhnya realiti ini membuat aku lebih matang menghadapi segalanya. Ya Allah.. berikan aku kekuatan menentang segala dugaan ini tanpa aku sedari akan kehidupan akhir aku ini. Amin..

Journal 2009 ~ #14

Here I am - this is me
There's no where else on earth I'd rather be
Here I am - it's just me and you
And tonight we make our dreams come true

It's a new world - it's a new start
It's alive with the beating of young hearts
It's a new day - it's a new plan
I've been waiting for you
Here I am

Here we are - we've just begun
And after all this time - our time has come
Ya here we are - still goin' strong
Right here in the place where we belong

Here I am - this is me
There's no where else on earth I'd rather be
Here I am - it's just me and you
And tonight we make our dreams come true

Here I am - next to you
And suddenly the world is all brand new
Here I am - where I'm gonna stay
Now there's nothin standin in our way
Here I am - this is me

Bukan senang untuk menjadi diri sendiri, selama ini aku cuba menjadi yang terbaik dalam hidup aku. Namun aku takut untuk melaluinya kerana terlalu banyak cabaran untuk dilalui. Tapi aku harus ingat bahawa aku adalah aku dan yang terbaik hanyalah datang dari NYA dan juga usaha aku sendiri. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik pada semua orang tapi mampukah aku untuk meneruskan kebaikan itu jika kebaikan ku selama ini tidak dihargai.

Tapi tak salahkan untuk mencuba melakukan yang terbaik dan sentiasa dikenang oleh insan-insan yang menghargai kebaikan dan pengorbanan kita selama ini. Insya Allah aku akan cuba lakukannya. Seharusnya aku lebih yakin dengan tindakan aku sendiri. Jangan sesekali mengalah kepada nasib. Kini aku lebih tahu akan kehendak diriku bukan orang lain dan seandainya aku tewas dengan percaturan hidup ini aku perlu bangun segera untuk melawan segala apa yang datang pada aku.

Aku yakin bahawa kehidupan aku lebih bermakna jika aku yakin pada jiwa dan naluri aku ini, selama mana pun aku berdiri dan selama mana pun aku membawa diri ini aku seharus lebih tabah dan cekal untuk hadapinya. Setelah lama aku menghela nafas lega akhirnya aku terima ketentuan-Nya kerana aku tahu hanya DIA yang mampu mengubah segalanya, aku perlu siapa sebenarnya aku ketika ini yang hidup di bumi Allah Maha Kaya ini, sesungguhnya kesyukuran itu aku perlu panjatkan pada-Nya selalui..

Journal 2009 ~ #13

Sedarkah aku selama ini? setelah apa yang telah berlaku dan terjadi dalam hidup ini walaupun dalam kesusahan aku bukan bersendirian tapi aku bersama mereka-mereka yang selalu berada disisi aku. Aku sebenarnya bukan bersendirian tapi aku ada teman yang sudi menghiburkan hati ini. Walaupun jauh aku tetap menghargainya, thanks dear friend i know you always give me a smile. Walaupun sebenarnya engkau tak tahu ketika ini hatiku tengah berduka. Tapi cukuplah dengan senda gurau mu membuat hatiku terubat dan melupakan masalah yang aku hadapi.

Mungkin pada mu aku seorang yang ceria dan tenang tapi hakikatnya aku sebenarnya seorang yang terlalu sensetif untuk membicarakan soal hati dan perasaan ketika ini, cukuplah engkau mengenali aku pada luaran sahaja tidak pada dalaman hati ini. Kerana terlalu banyak cerita duka aku dan hati ini terlalu banyak terguris serta luka yang masih baru lagi. Aku tak mungkin mahu mengadu pada sesiapa cukuplah pada DIA yang satu yang bisa mengubati luka-luka ini.

Namun.. aku masih terkenangkan sisa-sisa hidup ini, mungkinkah aku melaluinya pada hari mendatang atau tidak? cuma DIA sahaja yang tahu aku hanya insan kerdil yang hanya mampu berdoa demi kesejahteraan diri ini. Rinduku pada NYA kian memberontak dalam hati ini kerana DIA sahaja yang bisa memahami segala apa yang berlaku. Buat 'si dia' yang sudi hadir ketika aku sedang berduka ini terima kasih kerana buat aku tersenyum kembali.

Journal 2009 ~ #12

Hmm.. hari ini aku nak cerita apa yer?? tak ada idea pula nak update cerita dalam blog ni, mungkin juga aku terlalu sibuk dengan upload mp3 dalam blog baru aku ni. Hmm.. sebut pasal mp3 dalam blog baru ni, aku baru sahaja lancarkan laman blog mp3 aku ni untuk dikongsikan pada teman-teman. Al maklumlah bila aku tengok dalam D drive Laptop aku ni lebih 3000 mp3 aku miliki fuh!! jenuh juga aku nak load satu-satu lagu.

Target aku nak naik kan semula lagu-lagu lama zaman sekolah aku seperti 911, BSB, N'Sync, Az Yet, 5ive, Spice Girl dan banyak lagi termasuklah lagu-lagu zaman 80an, 90an dan masa kini. Sekali sekala layan lagu-lagu macam ni best gak.. Terasa rindu zaman sekolah dulu, bukan setakat lagu yang sedap di dengar tapi seni kata lagu cukup bermakna. Aku masih ingat lagi lagu BSB yang bertajuk 'As Long As You Love Me' lagu tu cukup meletup pada zaman sekolah aku sehinggakan geng-geng student lelaki ni berebut memegang watak dalam BSB, Kelakar tau.. yang geng-geng perempuannya pula sibuk dengan kumpulan Elite hmm.. aku terkecuali sebab aku lebih suka layan lagu-lagu dari barat yang lebih menarik untuk dengar.

Alam persekolahan lebih bermakna daripada alam dewasa, kadang kala aku ingin memutar kembali zaman itu, entah ke mana semua kawan sekolah aku.. paling aku tak lupa pesaing hebat aku dalam subjek geografi iaitu Siraj.. His my best friend in the subject.. walaupun adakalanya kami bertelagah pendapat dalam subjek tapi menyeronokkan. Tapi kini zaman telah berubah kehidupan semakin dewasa. Aku mula terasa satu perubahan ketara dalam hidup aku. Seharusnya aku perlu tahu bahawa aku kini bukan lagi yang dulu kehidupan perlu diteruskan untuk meniti satu lagi kehidupan yang lebih bermakna.

Journal 2009 ~ #11

Hari ini aku masih bernafas lagi hari ini, keadaan kesihatan aku hari ni kurang memuaskan tapi aku gagahi juga demi meneruskan kehidupan ini. Mungkin hari ini adalah hari baru buatku untuk terus melangkah lebih gagah lagi. Pagi ini suasana agak dingin sedikit aku merasa kedinginan itu terlalu dingin, segar udara pagi ku hirup telah lama aku tidak menikmati kesegeran udara sebegini.

Terasa ada suatu semangat menyuntik ke dalam diri ini untuk aku bangun dan bangkit dari mimpi-mimpi ku selama ini, mungkin aku perlu merubah nasib diri ini dan bangkit dari kelemahan dan kekalahan aku selama ini. Biar pengalaman lalu mengajar aku erti kehidupan sebenar jangan sesekali mudah mengalah pada keadaan. Cukup yang lalu memberi pengajaran berguna buat aku.

Pagi ini aku melangkah penuh yakin dengan keazaman aku, berkat nasihat dari teman-teman buat aku bertambah yakin bahawa inilah pilihan aku. Seharusnya aku perlu berani dan lebih cekal untuk mengharungi kehidupan ini. Buat 'si dia' terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka bersama aku selama kita berkenalan. Kata-kata mu itu akan aku jadikan pemangkin semangat untuk terus melawan setiap apa yang ada dihadapan ku kecuali takdir dari yang maha Esa.

Pada DIA sesungguhnya aku bersyukur kehadrat-Mu kerana memberi aku sesuatu kekuatan baru untuk aku bangkit dari kelemahanku ini. Sesungguhnya tiada tempat aku mengadu melainkan diri-Mu..

Journal 2009 ~ #10

Seawal pagi ini aku bangkit lebih awal.. kedengaran talkin subuh berkumandang, segera aku bangun dan membersihkan diri dan menanti untuk menunaikan solat subuh. Entahlah tidur ku terganggu sejak kebelakangan ini, adakah disebabkan sakitku ini ataupun sememangnya aku terpaksa lalui ini semua. Athsma ku ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, mungkinkah faktor cuaca atau aku terlalu strest memikirkan masalah-masalah yang aku lalui ketika ini.

Sukar aku percayai kenapa ini semua terjadi kepada aku? sejenak aku terfikir mungkin ini ujian dari DIA. Aku selalu mengingatkan diri aku kepada-NYA tapi kali ini aku hampir terlupa akan DIA. Seharusnya aku memikirkan tentang DIA yang memberi aku kedamaian dan ketenangan. Selama mana aku cuba kuatkan hati ini selama itulah aku perlu bergantung kepada-NYA. Bukan senang untuk aku belajar untuk munasabah diri untuk sentiasa mengingati-NYA, sesungguhnya manusia sekerdil aku sering alpa terhadap-NYA. Mungkin juga aku perlu kembali kepada fitrah manusia.

Ketika ini aku terasa kehadiran sesorang itu amat aku perlukan untuk aku mencari dan meluahkan setiap apa yang terbuku dalam hati, entahlah kenapa sejak kebelakangan ini aku sering menjadi sensetif pada diri sendiri, sehingga aku mengabaikan tanggungjawab aku sendiri. Terima kasih kerana sudi hadir walaupun seketika untuk memberi nasihat dan sokongan dalam hidup ini. Adakalanya aku perlu tahu siapa aku sebenarnya dalam kehidupan ini, aku seharusnya lebih kuat untuk menghadapi segalanya, bukannya lemah dan tangisi setiap apa yang telah berlaku ke atas aku. Mungkin apa yang terjadi sebelum ini mengajar aku erti sebuah penghargaan dalam hidup dan belajar menyayangi sesorang itu seadanya bukan seluruhnya.

Buatmu teman terima kasih hadir dalam hidupku dan menasihati aku untuk terus tabah, cekal dan memberi aku sedikit harapan untuk meneruskan perjuangan hidup ini walaupun kesudahannya belum pasti aku ketahui, sesungguhnya aku hargai nasihati itu sentiasa mengingatinya..


~ Kutemukan Cinta ~

Seperti kau bahagiakan aku
Seperti itulah kasihku kepadamu
Sesungguhnya kumerindukan cinta
Sampai kau hadir memberiku harap

Kutemukan cinta di palung hatimu
Izinkanlah aku untuk menyelami yang terdalam
Terangi jalanku tuk menggapai cintamu
Untuk kulagukan separuh jiwaku hanya untukmu

Seperti kau bahagiakan aku
Seperti itulah kasihku kepadamu
Sesungguhnya kumerindukan cinta
Sampai kau hadir memberiku harap

Kutemukan cinta di palung hatimu
Izinkanlah aku untuk menyelami yang terdalam
Terangi jalanku tuk menggapai cintamu
Untuk kulagukan separuh jiwaku hanya untukmu

Journal 2009 ~ #9

Pagi ni lepas sahaja aku sujud pada-NYA tetiba aku teringat kawan baik aku kat Ipoh.. "Selamat Hari Lahir Adly" semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Ya Allah besar kuasa-Mu hingga aku terlupa siapa aku disisi-Mu. Aku hanya hamba yang hanya tahu bersujud pada-Mu dan mengadu pada-Mu.

Saat itu baru aku terasa sunyi bila mengenangkan setiap seluruh hidupku betapa aku kerdil disisi-Mu. Ketika inilah aku merenung kembali betapa aku memerlukan sesorang untuk memberi aku sokongan untuk terus hidup. Tapi aku tak mampu untuk melawan takdir ini kerana aku memilih jalan ini. Seharusnya aku bersyukur kerana aku masih hidup lagi hari ini, walaupun terasa perit beban aku tanggung ketika ini. Entahlah pagi-pagi ni dada aku terasa sesak sangat dan tiba-tiba sahaja batuk, mungkin cuaca membuat aku terasa sejuk pagi ni, terpaksa ambil ubat untuk melegakan sakit ini. Entahlah sampai bila aku terpaksa bergantung dengan ubat ini lagi. Bila melihat darah yang keluar dari mulut ini aku mula terfikir mungkin tiba saatnya aku perlu meneruskan juga rawatan ini demi kesihatan aku.

Buat masa ini biarlah orang tua aku tidak tahu apa yang aku hadapi ketika ini. Tak sanggup aku melihat emak aku sedih, apatah lagi aku duduk jauh di rantauan pasti dia akan gusar dan gelisah memikirkan anak tunggalnya ini. Biarlah ia menjadi rahsia buat masa ini, jika aku tak mampu bertahan lagi barulah aku beritahu emak. Buat teman-teman harap kau orang faham mengapa aku tak lagi seperti dulu kerana aku terpaksa membataskan aktiviti aku buat sementara waktu ini.

Biarlah hari-hari aku lalui memberi aku satu kenangan dalam setiap apa yang aku lalui. Biarpun ada masanya aku terasa rindu akan sesuatu dalam hidup ini. Hanya Engkau sahaja yang mampu mengubati hati ini, kepada-Mu aku berserah dan kepada-Mu aku memohon rahmat dari-Mu.

Journal 2009 ~ #8

Mampukah aku terus bertahan untuk melawan kehendak-NYA?? Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk melewati hari-hari ku ini untuk mencari kedamaian dihati ini. Berikanlah aku kesempatan untuk mencapai impian ku ini. Berikanlah aku kekuatan untuk melawan derita dan sakit ku ini Ya Allah. Aku ingin terus menikmati sisa-sia hidup ini tanpa sebarangan kesedihan kelak. Berikanlah aku ruang untuk membaiki diri ini untuk terus mendekati-Mu.

Terlalu perit aku menanggung derita ini, namun aku perlu bangkit untuk meneruskan perjalanan ini. Bila terkenang pada emak dan keluarga di kampung mereka sahaja yang menjadi penguat buatku ketika ini. Melihat kerjaya yang ku miliki ketika ini membuat aku tabah untuk melawat setiap kesakitan yang ku alami. Pada teman-teman yang selalu di sisi ini membuat aku kuat untuk melawan segalanya. Maafkan aku pada kalian semua bukan niat untuk menyembunyikan perkara sebenar namun aku tidak mahu melihat keresahan dan kebimbangan kamu semua kerana aku tak mahu kamu melihat aku seolah-olah orang sakit. Biarlah aku melawannya dan mengubatinya selagi hayat aku ada. Perjalananku masih jauh dihadapan biarlah aku meneruskannya dengan hati yang tenang dan hati yang tabah. Aku ingin melangkah ke hadapan untuk mengapai impian yang ku impi kan.

Pada-Mu Ya Allah Ya Rahman.. Sesungguhnya aku tahu akan ajal dan maut, pertemuan dan perpisahan serta kegembiraan dan kesedihan itu ditangan-Mu, namun ku pinta pada-Mu Ya Allah agar beri aku kekuatan dan kesempatan untuk menikmati seluruh kehidupan ini. Berilah aku kesempatan untuk melihat kejayaan dalam hidup ini. Bantulah aku dan sokonglah aku untuk mencari kedamaian dalam hidupku ini, Amin..

Journal 2009 ~ #7

Berkali aku repeat lagu Jenifer Lopez tajuk Brave yang bermaksud 'berani' seharusnya aku aku perlu tahu maksud setiap likir lagu itu, aku perlu berani dan terus tabah untuk mengharungi kehidupan ini walaupun aku terluka setelah apa yang berlaku dalam hidup aku ini. Kehilangan bukan bererti aku lumpuh dan lemah untuk mengharungi kehidupan ini. Aku yakin bahawa sinar pasti bersinar kelak dihadapanku.

Aku cuba kikis semua kenangan lama itu tapi kenangan itu sukar aku buang dalam memori ini, betul kata pujangga bukan senang untuk melupakan sesuatu yang telah lama bertapak dalam hidup kita. Tapi aku akur dengan semua takdir yang menentukannya, mungkin ini yang terbaik daripada terus terluka dan terus memendam rasa. Kita masih lemah untuk memahami sesuatu yang tersirat dalam hati, terlalu banyak persoalan dalam kehidupan ini.

Namun sedikit harapan dan nafas baru untuk aku mulakan dalam hidup ini, biar semua perkara yang berlaku berlalu pergi jauh dari hidup ini. Aku perlu berani menghadapi segala cabaran dan masalah yang datang. Aku ingin bangkit dari kelemahan ku sendiri. Biar kali ini aku nekad dengan segala apa yang aku lakukan. Walaupun aku terpaksa bermula dari awal tapi aku kena berani menghadapi ini satu persatu, mungkin aku tak perlu seseorang yang selama ini memerlukan sokongan disisi aku. Biarlah aku berdikari untuk terus melawan kesepian ini. Insya Allah hanya DIA bisa membawa aku pergi untuk mencapai impian yang ku cari salama ini.

Aku sedar sedikit sebanyak aku mampu menempuhinya. Aku lebih rela hidup begini daripada dikhianati dalam hidup, diperguna dalam hidup dan merelakan hati untuk memenuhi kehendak orang lain. Seharusnya aku bersyukur kerana pengalaman ini mengajar aku lebih berani untuk terus menentang walaupun masih lagi bersisa luka dan duka dalam hidup ini. Mungkin lepas ini aku perlu merubah diri aku dari seorang yang kurang berkeyakinan kepada yang lebih berkeyakinan dan berterampil untuk kepentingan diri aku ini. Biar apa yang telah terjadi aku jadikan panduan hidup aku sebagai kamus rujukan. Apa yang aku ketahui ketika ini jangan sesekali menaruh kepercayaan kepada orang lain kelak kepercayaan itu akan diikari kelak.

Sesungguhnya dengan nafas baru ini aku mampu berdiri ditapak kaki ku sendiri. Pada Yang Esa hanya Engkau yang tahu segala apa yang telah berlaku dan pada-Mu juga aku mohon agar aku lebih berani menentang segalanya dihadapan ku kelak. Ya Allah jika ini pilihan hidupku ini, Engkau teguhkanlah keimanan dan ketabahan dihatiku ini, kerana aku tahu Engkau sentiasa berada disisiku ini, AMIN..

Journal 2009 ~ #6

Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas di mataku
Warna-warna indahmu

Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlihat jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki

Sifatmu nan s'lalu
Redahkan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu

Saat kau disisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki

Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu
Anugerah terindah yang pernah kumilik


Syukur aku masih lagi bernafas pagi ini, ku panjatkan syukur kepada-NYA kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini. Seharusnya aku rasa bertuah kerana aku masih disayanginya untuk meneruskan perjuangan hidup ini walaupun dalam keadaan kesihatan aku tidak menentu ketika ini.

Pagi ini buka saja laptop kesayangan ku ini aku terus terpandang pada folder MP3 aku, dah lama benar kau tak buka MP3 dalam laptop aku ni. Tetiba sahaja tangan aku pantas klik pada lagu 'Sheila On 7 iaitu Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki' ku cuba hayati setiap lirik pada lagu itu, cukup indah dengan setiap atur kata. Memang tidak dinafikan kehidupan kita kadangkala ada masanya terlalu indah dan adakalanya dalam kesedihan. Namun harus kita bersyukur atas apa yang telah berlaku, jangan sesekali pernah menyesal atau sesal dengan apa yang telah kita lalui.

Betul kata pujangga.. hidup ini tak akan lekang dengan cerita suka duka.. kalau selalu manis pun belum tentu sebuah kehidupan itu indah dan begitu juga dengan duka tak semestinya kita akan berduka sepanjang masa. Suka dan duka adalah pasangan kehidupan yang perlu kita lalui. Apa yang penting ialah cara dan olahan kita untuk melaluinya. Aku cukup bertuah kerana aku melalui segala pengalaman pahit getir dalam hidup ini walaupun tak lah seindah yang ku impikan. Cukuplah ia dijadikan pengalaman dan sebuah cerita dalam hidup ini.

Kekadang aku terfikir juga sampai bila semua ini akan berakhir? adakah ia akan terus berterusan sehingga ke nafas terakhir atau berakhir dengan sebuah kehidupan baru? kedua-duanya bukan jawapan sebenar tapi mungkin ia dan mungkin juga tidak. Hanya DIA sahaja yang mengetahui segalanya.

Apa sebenarnya erti kehidupan bagi diriku? itulah yang sedang aku lalui ketika ini. Hidup punya matlamat atau hidup hanya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumi ini? Hmm.. walau apa pun jawapannya aku seharusnya menghargai setiap detik yang dilalui dalam hidup ini walaupun ada pahitnya yang perlu dilalu. Syukur alhamdulilah kerana cinta-NYA aku masih lagi berada di bumi ini Nya ini.

Pada Mu ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur keatas apa yang telah berlaku dalam hidup ini, kepada Mu aku panjatkan doa dan mengadu berikanlah aku kekuatan dan iman yang teguh agar aku tidak alpa kepada Mu, dan kepada Mu jua aku memohon dari Mu agar Engkau berikanlah aku kedamaian dihati ini dan ubatilah luka dihati ini agar aku bisa meneruskan perjuangan hidup ini, Amin..

Journal 2009 ~ #5

Tuhan....
aku hanya diriku...
yang KAU ciptakan hati..fikiran dan rasa....
aku hanya diriku...
yang KAU ciptakan ego...kemahuan dan keinginan...
aku hanya diriku...
yang KAU ciptakan rindu..dendam dan cinta...
aku hanya diriku...
yang KAU ciptakan kamu...dia dan dirinya...
aku hanya diriku...
yang KAU ciptakan untuk melihat..memilih dan melangkah..
aku hanya diriku...
yang KAU ciptakan untuk disini...bersamanya dan menunggu...
aku hanya diriku..
yang KAU ciptakan menangis..tertawa dan bahagia....
aku hanya diriku..
yang KAU ciptakan untuk menyerahkannya pada Mu...
aku hanya diriku..
yang KAU ciptakan untuk selalu berharap...dia yang Terbaik dariMu....
untukku...

Journal 2009 ~ #4

Alhamdulillah, aku bersyukur kini kerna jiwa ku kini makin pulih. Makin tenang walaupun masih digamit rasa takut utk menghadapi dugaan-dugaan ini.

Aku bagaikan telah benar-benar kehilangan cinta hatiku. Kini aku lebih menyintai diri ku sendiri. Aku lebih memikirkan diriku.

Semalam aku download lagu kau yang punya.. Dengan kata-kata jangan kau bimbang sayang. Aku tersenyum kerna ada juga terselit rasa kasih pada diriku ini. Namun tiada ape yg mampu ku ucapkan kini.

Aku takut dibayangi lagi derita yg lepas, pasti sukar utk lupakan sume ini. Aku rasa berat utk ucapkan lagi kata rindu dan sayang pada dirinya. Kerna aku rasakan kata-kata itu tidak layak diberikan padanya, yang tidak tau bagaimana besarnye kasihku padanya.

Aku nekad kini, jalan yg Allah telah tunjukkan utk diriku akan aku lalui walau berliku. Aku lebih ingin menghormati diriku sendiri kini. Kerna itulah anugerah Allah kepadaku.

kini aku lebih rasa bebas dan tidak lagi terkongkong didalam dunia ku dulu. Dunia yg menghambakan aku untuk menjadi pencinta sejati, dunia yg buat aku tunduk hingga berpaling dari diriku sendiri.

Aku tidak lagi memikirkan setiap masa, apa yg sedang dilakukan olehnya, dah makan ke, dah minum ke, sihat ke dia, rindu ke dia pada diriku. Kini aku bukan lagi seperti itu, yang terlalu kisah akan dirinya. Dulu aku berbuat begitu tanda kasih ku padanya. Ingin aku nyatakan sebegitu supaya dia tau aku terlalu care enough for himself.

Tidak putus-putus cara untuk ku nyatakan betapa pentingnya dirinya di dalam hidupku. Aku kini lebih mengerti, lebih sempoi... ku harap dia bahagia sentiasa. Sentiasa berharap agar dia bahagia menjalani hidupnya...

kadang kala kite leka dan hanyut kerana cinta. Kita anggap dunia ni ada kita dan dia sahaja. Kita harap semua keperitan tiada dalam riwayat hidup ini.

Even tiada ikatan yg sah dimeterai, tapi jalinan dari hati telah cukup untuk aku berharap dan berimpian dia akan menemani aku hingga keakhirnya, di suatu ketika dulu.

Aku dapat rasakan aku sebahagian dari dia, aku layak untuk memberi pandangan serta menyatakan kemahuanku. Aku dapat rasakan yang aku tidqk perlu malu untuk meminta apa-apa pun dari dia. Tapi kini telah jauhnya jarak antara aku dan dia. Tiada lagi penyatuan dan jalinan hati seperti mana dulu.

Aku tidak lagi layak utk meminta apapun juga menyatakan apa pun. Kerna aku dapat rasakan aku bukan yang teristimewa dihatinya lagi.

Aku tidak mahu lagi menggantungkan seluruh hidupku pada dirinya. Biarlah aku dengan diriku, begitu jua dia, dia bebas kini untuk berbuat apa pun di dalam hidupnya. Tiada lagi kekangan mahupun halangan dari diriku.

Aku harap aku tidak lagi menjadi salah satu parasit yang hinggap didalam hidupnya. Aku bahagia kini adanya diriku seadanya. Aku hargai kerna ibu ku lebih bangga keatas diriku. Ramai lagi yang begitu bangga akan diriku.

Aku lebih memahami bagaimana menerima ketentuan Allah, mempercayai qada dan qadar yg telah tertulis buat diriku. Aerana ALLAH MAHA BERKUASA.

Journal 2009 ~ #3

Salam kasih serta sayang buat junjungan besar Nabi S.A.W..jua moga dirahmati akan para sahabat-sahabat baginda yang senantiasa bersama-sama tatkala senang dan susah..bermula zaman Islam di hina dan di injak-injak sehinggalah harumnya nama Islam itu di seluruh pelusuk alam dan berkat perjuangan dan kesabaran yang dibawa para sahabat dan para ulama-ulama dan pendakwah yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat bagi memastikan syiar Islam itu tertegak dan terbina berkat asuhan dan didikan dari penghulu para Nabi jua semulia-mulia insan di muka bumi Nabi Muhammad s.a.w..yang mempunyai ahkhlak yang cemerlang, hebat dan gemilang yang tiada tolok bandingnya, yang menjadi ikutan dan contoh tauladan buat para pecinta kebenaran dan yang menginginkan akhirat serta meyakininya...

Sejak dari zaman berzaman umat Islam di uji dan setiap mukmin akan di uji bagi menganalisa sejauh mana tahap keimanan mereka dan keyakinan serta penyerahan mereka kepada ketentuan serta taqdir Allah S.W.T..maka aku jua tidak dapat tidak turut di uji sepertimana umat manusia yang lainnya..tetapi jika nak dibandingkan ujian aku tanggung ini, tidaklah aku dapat menandingi ujian para sahabat yang lain..maka tepat pada tarikh Februari 2009 inilah berlaku satu lagi sejarah di dalam kisah hidupku..maka aku serapkan di dalam sanubariku akan sifat sabar serta redha sebagai pengganti dan penggubat luka yang parah ini...alhamdulilah bersyukur aku kehadrat Allah s.w.t dengan bantuan dan izinnya dapatlah aku mengharungi ujian ini..aku tetap tersenyum pasrah biarpun di dalam hati ini terasa pedih dan sukar untuk menerima hakikat itu..tetapi aku sudah di ajar untuk bersiap sedia sejak dari malam lagi agar dapat menerima keputusan yang menanti pada esok hari...

Aku terpinga-pinga dan mencari-mencari akan sesiapa yang dapat membantu dan mendengar rintihan diri ini...ternyata aku gagal mencari nya..maka aku sudah mula mengerti dan mula belajar akan bagaimana untuk menerima sesuatu hakikat..maka semalaman membawa ke pagi dan merebak ke waktu malamnya bahkan disaat penulisan ini dihasilkan aku masih lagi terasa akan kepedihan dan kesakitan itu..tapi aku pendamkan jua...demi memelihara dan menjaga sahabat, aku menggalah dan memberi laluan kepada orang lain pula...sukar untuk aku menulis dan meluahkan segala isi hati ini..walau sejuah mana aku ingin luahkan dan coretkan, namun ia tetap tidak dapat menzahirkan akan apa yang tersirat di hati kecil ini..walau apa pun aku tetap redha dan bersabar...aku menetapkan pendirian aku..senyum tetap senyum walau apa pun yang berlaku dan terjadi..aku pasrah...kini aku menerimanya...aku tidak peduli...

Terkadang berasa tercuit hati ini dan bergetar lalu menyebabkan aku tersenyum seorang diri tatkala mengenangkan nasib yang menerima aku...tapi aku tetap bersyukur...moga Allah beri aku kekuatan..aku tersenyum lagi...tiada apa yang perlu aku risaukan lagii...beliau sudah menemui kebahagiaan yang beliau cari mengikut kemahuan dan kehendak beliau...tidak akan selesai permasalahan itu jika tiada yang menggalah...aku terlalu mementingkan diri...kasihan pada sahabat-sahabat yang banyak bersabar dengan karenahku...aku ingin mereka melayan dan menghormatiku tapi aku tidak menghormati dan mengasihani mereka..pohon maaf buat sahabat-sahabatku di luar sana.

Bermula pada tarikh keramat itu berakhirlah sebuah kisah yang cukup panjang untuk dirungkaikan dan dihuraikan..aku menggambil keputusan yang cukup berat dan sukar...tetapi aku gagahkan diri bagi sebuah persahabatan dan erti kasih sayang antara sesama manusia..keputusan yang aku tidak jangka dan rancang tetapi ia telah ditentukan oleh Tuhan rabbul izzati..sekali lagi aku terima dan pasrah...setelah sekian lama perbincangan berlangsung dan tampak seolah-olah menemui jalan buntu maka didatangkan ilham dari Allah kepadaku insan yang kerdil, banyak dosa dan hina lagi jahil ini supaya melakukan sesuatu perubahan drastik yang tidak dijangka oleh aku sendiri...maka perubahan itu merupakan keputusan yang telah di putuskan dan dipersetujui dengan berat hati...begitulah, kita mampu merancang tetapi keputusan itu milik Allah..

Aku rasakan sudah tidak mampu lagi untuk mencoretkan kisah ini..bilik di rumah menjadi saksi akan keputusan yang aku ambil demi memastikan mereka tetap dan terus menikmati kebahgiaan...kemanisan mahupun pahit yang akan mereka temui, terpulang di atas kebijaksanaan mereka dengan berpandukan keimanan dan ketaqwaan yang mengikut acuan Islam sahaja yang mampu mengendalikan segala permasalahan yang berbangkit nanti..tiadalah aku mampu lakukan selain redha dan berdoa kepada Allah akan kebahagiaan mereka.

Aku cuba mengikisnya. Tapi tidak pernah berjaya. Aku cuba menghapuskannya, tapi tidak bermaya. Sejujurnya, memang tidak akan pernah aku membuangnya dari hati, cuma mungkin aku hanya mampu sorokkan ia jauh tersembunyi. Semoga ia akan kekal bersembunyi walaupun aku tahu aku sedang menyakiti diri aku sendiri.

Journal 2009 ~ #2

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .

Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuat hati anda tersenyum akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.