Rahsia Disebalik Surah Al-Ikhlas
PENGENALAN
Surah Al-Ikhlas merupakan antara surah yang penting
didalam Al-Quran. Surah Makiyyah ini berkisar tentang tauhid dan
aqidatussalimah yang menjadi pancang utama sahabat terawal iaitu
golongan assabiqunal awwalin. Secara umum, ayat makiyyah memfokuskan
kepada elemen taabudiyyah dan kepercayaan,disulami unsur tarhib wa
taghrib dimana belum lagi diperkenalkan hukum dan kewajipan peribadatan.
Didalam beberapa riwayat disebut bahawa asbabunnuzul ayat ini adalah
disebabkan oleh pertanyaan kaum musyrik kepada Rasulullah saw ” Shiff
lana rabbaka” (Jelaskan pada kami Tuhanmu,dari emas kah atau tembaga
atau loyang?). Menurut hadis yang diriwayatkan oleh AtTarmiziy , ada
orang musyrik yang meminta Nabi menguraikan tentang nasab Allah,maka
turunlah surah ini secara tegas tentang Allah SWT.
SURAH AL-IKHLAS, SURAH TAUHID
Ayat 1 Surah al-Ikhlas ;
” Katakanlah Dia adalah Allah, Maha Esa’ (1)
” Katakanlah Dia adalah Allah, Maha Esa’ (1)
Ayat 1 merupakan menunjukkan pokok pangkal akidah,
puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah.
Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya itulah
dinamakan dengan TAUHID. Tauhid seperti yang dihuraikan oleh ulama’
khalaf terbahagi tiga iaitu :
• Tauhid uluhiyyah – meyakini bahawa Allah adalah tuhan yang selayaknya disembah
dan menyatakan keterikatan pada Ilah melalui taabudiyyah kepada Allah.
• Tauhid rububiyyah – meyakini bahawa Allah tuhan yang menjadikan, mengawal, mengatur,dan mentadbir alam ini.
• Tauhid asma’ wa sifat – meyakini bahawa nama-nama dan sifat-sifat Allah adalah mulia dan Allah ada 99 nama yang mulia, dan 20 sifat yang mulia.
Asas aqidah inilah yang diamalikan oleh sahabat
terawal rasulullah seperti Bilal Bin Rabah AlHabsyi, Sumayyah dan turut
dirakam dalam Al-Quran melalui kisah Ashabul Ukhdud,ashabul yasin, Kisah
masyitah. Keyakinan yang jitu meneguhkan hati dan jasad mereka untuk
mengatakan ” Allahuahad” walaupun dibentangi dengan seksaan dan tekanan
yang mungkin tidak dapat ditahan oleh golongan mulhid atau kafiruun.
Ayat 2 surah al-ikhlas bermaksud :
”Allah itu tempat pergantungan” (2)
Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung. Abu Hurairah mengatakan ,maksud ”as-shamadu” ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapa pun.
”Allah itu tempat pergantungan” (2)
Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung. Abu Hurairah mengatakan ,maksud ”as-shamadu” ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapa pun.
Abussuud dalam tafsirnya berkata ” Diulangi nama
Allah sehingga dua kali (ayat 1 dan 2), dengan kejelasan bahawa Dia
adalah Esa dan Tunggal,Dia adalah penggantungan semua makhluk,supaya
jelaslah bahawa sesuatu yang tidak mempunyai dua sifat utama itu
bukanlah Tuhan. Ayat pertama menegaskan tentang keEsaanNya,untuk
menjelaskan bebasnya Allah dari berbilang dan bersusun.Di
ayat kedua penegasan tentang Dialah tempat bergantung,jelaslah bahawa
padaNya terkumpul segala sifat kesempurnaan. Didalam kitab Perisai Bagi
sekalian Mukallaf ,Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili menyebut berkenaan
keEsaan Allah : ”Berkata kami kepada mengEsakan Allah taala pada ketika
mengi’tiqadkan dengan petunjuk Allah Taala,bahawasanya Allah taala
tunggal tiada yang bersekutu baginya” , Intaha.
KONSEP ILAH DAN RABB
KONSEP ILAH DAN RABB
Dalam memahami tauhid, perkataan ilah dan rabb yang
mempunyai definisi yang berbeza mempunyai signifikannya yang rapat
dengan tauhid dan aqidah. Ayat 1 dan ke 2 jelas menunjukkan keperluan
kebergantungan manusia pada satu kuasa yang Maha Hebat iaitu Allah.
Ianya boleh dikaitkan juga dengan sifat kebersamaan yang digalakkan oleh
Allah melalui pembacaan Bismillah, sebagai tanda kebersamaan pada
hurufnya ”ba”. Secara tidak ianya menepati konsep Ilah seperti yang
disebut oleh Abu Urwah dalam kitabnya ”Konsep-konsep Umum islam” iaitu
tuntutan Ilah ada lima iaitu :
• Ilah sebagai tumpuan atau matlamat pengabdian
• Ilah sebagai tumpuan kecintaan
• Ilah sebagai sumber perundangan
• Ilah sebagai pemberi rezeki
• Ilah sebagai tempat perlidungan
MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK
Dalam ilmu physologi dan motivasi, manusia mampu
untuk mempunyai dua motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik. Menurut psikologis, motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang
diperolehi melalui unsur-unsur luaran sebagai pengiktirafan,dan ganjaran.Ianya mampu membawa kejayaan tetapi bersifat sementara,dan akan mudah kecewa tanpa ada ganjaran.
Sementara, motivasi intrinsik membawa maksud apabila
seseorang digerakkan oleh motivasi dan perkara dalaman seperti matlamat
(goal), keghairahan (passion) dan misi. Ia akan memastikan mereka tidak
mudah terhenti dan akan mengekalkan usaha yang telah dilakukan. Begitu
juga konsepnya dengan aqidah tauhid. Sirah menunjukkan sahabat awal
rasulullah saw mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi, kejituan dan
keteguhan mereka tidak terungkai dengan tekanan dan ancaman duniawi.
Bilal alHabsyi sanggup membiarkan dadanya ditindih batu sedang lisannya
tegar menyebut ’Ahad’,inilah motivasi dalaman yang datangnya dari
aqidatusalimah dan tauhid yang thabat. Kerana matlamatnya dan misinya
kerana Allah lah yang memberikan ’internal force’ kepada jasad Bilal Bin
Rabah untuk menempelak segala misi dan taktik kotor Umayah bin khalaf
yang ingin mengembalikannya kepada jahiliyyah. Inilah internal strength
yang hakiki bagi sekelian orang mukmin.
Ayat 3 Surah Al-ikhlas berbunyi :
” Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan”
Mustahil bagi Allah Dia beranak dan diperanakkan, kerana sesuatu makhluq bernyawa yang beranak menginginkan penyambungan keturunan yang berterusan.Jika seseorang itu tiada anak,maka keturunannya akan terputus.Allah SWT langsung tidak berkehendak pada keturunan kerana Dialah yang membuat keturunan makhluk.
” Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan”
Mustahil bagi Allah Dia beranak dan diperanakkan, kerana sesuatu makhluq bernyawa yang beranak menginginkan penyambungan keturunan yang berterusan.Jika seseorang itu tiada anak,maka keturunannya akan terputus.Allah SWT langsung tidak berkehendak pada keturunan kerana Dialah yang membuat keturunan makhluk.
Ayat 4 Surah Al-Ikhlas bermaksud :
” Dan Tiada setara denganNya, seorang pun ”
Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlaq kuasanya,tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan. Keyakinan tentang sifat kekuasaaan dan nama yang mulia diterjemahkan melalui tauhid asma’ wa sifat. Penegasan ini juga disebut dalam Surah Assyura ayat 11 : Tiada ada seperti zat Allah segala zat,dan tiada ada seperti sifatNya segala sifat. Ianya disyarahkan dalam kitab ” Perisai bagi sekelian mukallaf” karangan Syeikh Abdul Qadir AlMandili. Sememangnya hanya Allah yang sebenarnya Hidup kerana makhluk tidak memberi bekas.Secara syariatnya manusia ada,tetapi secara hakikatnya manusia itu tiada.
” Dan Tiada setara denganNya, seorang pun ”
Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlaq kuasanya,tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan. Keyakinan tentang sifat kekuasaaan dan nama yang mulia diterjemahkan melalui tauhid asma’ wa sifat. Penegasan ini juga disebut dalam Surah Assyura ayat 11 : Tiada ada seperti zat Allah segala zat,dan tiada ada seperti sifatNya segala sifat. Ianya disyarahkan dalam kitab ” Perisai bagi sekelian mukallaf” karangan Syeikh Abdul Qadir AlMandili. Sememangnya hanya Allah yang sebenarnya Hidup kerana makhluk tidak memberi bekas.Secara syariatnya manusia ada,tetapi secara hakikatnya manusia itu tiada.
MARTABAT SURAH AL-IKHLAS
Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya ”Jawahirul
Quran” : Kepentingan Al-Quran itu adalah pada 3 dasar utama iaitu
makrifat kepada ALLAH SWT, makrifat pada hari akhirat dan makrifat pada siratulMustaqim.Maka
Al-Ikhlas mengandungi satu dari makrifat tersebut iaitu makrifatullah,
dengan membersihkanNya,mensucikan fikiran terhadapNya dengan
mentauhidkanNya.
Didalam kitab ”Faridatul Faraid” karangan Syeikh
Ahmad Al-Fathani (anak murid Syeikh daud al-Fathani” menyebut tentang
fadhilat Surah Al-ikhlas bagi orang yang hampir meninggal dunia. Beliau
menukilkan ” Dan setengah dari azab qubur itu bahawa mengapit oleh dua
lubang qubur hingga berselisih segala tulang rusuknya dan tiada lepas
daripadanya melainkan orang yang diistisna’kan seperti orang yang
membaca surah al-Ikhlas dalam sakit matinya”..
AQIDAH DAN PENGORBANAN
AQIDAH DAN PENGORBANAN
Menyoroti kisah Nabi SAW dan para sahabat r.a dapat
difahami betapa peneguhan i’tiqad itu memerlukan pengorbanan (tadhiyah)
yang tinggi.Lihat sahaja kisah
Bilal Bin Rabah Al-Habsyi yang diseksa semata-mata tegar menyebut
kalimah ’Ahad”, disana kita melihat ianya satu pengorbanan kecil pada
mata Bilal untuk mendapat kenikmatan sejati di dalam Islam.Begitu juga
kisah Ashabul Ukhdud,Ashabul Kahfi dan sebagainya. Jelas,bahawa
mempertahankan aqidah memerlukan pengorbanan yang hebat, dan mantaliti
yang tajarrud dan pegangan yang thabat. Menurut Assyahid Hasan Al-Bana
ketika mendefinisikan maksud pengorbanan, beliau menyatakan pengorbanan
itu ialah berkorban jiwa,harta,masa, kehidupan dan segalanya untuk
mencapai matlamat.Tiada jihad didunia ini tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah islamiyyah.
Maka kerana memahami matlamat akhir kehidupan, kita
perlu sanggup untuk berkorban mempertahankan aqidah. Dewasa kini
pelbagai gerakan yang timbul untuk menafikan hak istimewa Islam dan
memperlekehkan Islam yang harus diperangi secara kolektif dan bersama.
AQIDAH SEBAGAI PANCANG HIDUP
Didalam kitab ’Faridatul Faraid’ dinyatakan bahawa tanda agama itu ada empat :
a) Sah i’tiqadnya
b) Benar qasadnya
c) Mengerjakan segala yang disuruh
d) Meninggalkan segala yang dilarang
Maka, tanda beragama yang utama adalah aqidah
sahihah. Dan surah ini menukilkan bicara bab aqidah dengan jelas
disamping dikuatkan dengan surah al-kafiruun yang menjadi bara’ antara
Islam dan kufur.
Ibnu Qayyim Jauziyyah menyebut ”Menegakkan aqidah
ialah dengan ilmu. Persediaan ilmu hendaklah ada sebelum beramal. Sebab
ilmu itu imam, penunjuk jalan,dan hakim yang memberi keputusan dimana
tempatnya dan telah sampai dimana”. Surah Al-Ikhlas mengikut Ibnu Qayyim
adalah punca ilmu tentang aqidah. Inilah menyebabkan Rasulullah saw
mengatakan Surah Al-ikhlas sebagai sepertiga dari al-Quran.
KESIMPULAN
Secara umumnya kita maklum bahawa Surah ini diantara
surah yang penting dalam Al-Quran yang membicarakan perihal aqidah.
Bahkan Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa tujuh petala langit dan
bumi diasaskan diatas Qul Huwallahu ahad seperti diriwayatkan oleh Ubay
bin Anas.Betapa besarnya nilai surah ini. Malahan dalam satu lagi hadis
riwayat at-tirmizi dari Abu Hurairah menyatakan seseorang yang membaca
Al-Ikhlas wajib baginya masuk syurga. Namun, apa yang penting adalah
intipati yang perlu difahami dalam bicara aqidah. Sebagai umat Islam,
kini yang dicabar kedaulatan Islam, maka kita seharusnya bangkit dari
kelekaan untuk terus mengukuhkan dan menjaga pancang jiwa kita dalam
Islam iaitu AQIDAH ISLAMIYYAH.
Rujukan
Tafsir Al-Azhar Juz 30 ( Prof Hamka Amrullah)
Aqaid Islamiyyah (Syed Sabiq)
Perisai bagi sekelian mukallaf ( Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili)
Konsep-konsep umum Islam (Abu Urwah)
Penjelasan Risalah Taalim ( Muhammad Abdullah Khatib)
Tafsir Al-Azhar Juz 30 ( Prof Hamka Amrullah)
Aqaid Islamiyyah (Syed Sabiq)
Perisai bagi sekelian mukallaf ( Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili)
Konsep-konsep umum Islam (Abu Urwah)
Penjelasan Risalah Taalim ( Muhammad Abdullah Khatib)
No comments:
Post a Comment