Journal 2014 - # 703

Salam perpaduan salam perjuangan!!

Melewati hari-hari yang dilalui cukup menyulitkan keadaan ketika ini, satu persatu dugaan itu datang. Tak betah rasanya untuk bertahan, sukar untuk dimengertikan asyik perkara sama di ungkit di bangkit di bicarakan. Seolah aku melakukannya tanpa ku mengetahui hujung pangkal cerita. Kemudian di tuduh aku menyebarkan segalanya tentang dirinya, sedangkan aku tak pernah melakukannya. Kejamnya tuduhan itu yang amat mematikan hatiku untuk menerimanya. 

Takala aku sendirian aku lebih tenang untuk menghadapi saat ujian yang tak sebesar mana, kerana aku tahu aku bukanlah seorang yang kuat untuk itu tetapi aku sedar Allah sedang membuka mata hatiku untuk menilai segalanya.

Merawat jiwa dan hati yang terluka ini mungkin memakan masa, biarlah segalanya ku lakukan
sendiri, air mata bukan lagi mainan ku lagi, cukuplah segalanya yang berlaku. Hakikatnya hati aku telah terluka. Aku malas untuk memulakannya sekali lagi, tak guna menaruh harapan jika setiap kali benda yang sama dipersoalkan kejujuran, keikhlasa dan kepercayaan. Buat apa untuk tempuhi segalanya itu lagi, tika saat segala yang diberi masih dipertikaikan dan dipersoalkan. Aku bukanlah manusia yang suka memungkiri janji atau mengkhianati sebuah perjanjian. Cukuplah apa yang berlaku ini jadi pengajaran mungkin peluang yang aku beri sebelum ini sia-sia diberi. Berat untuk mengungkapkannya tapi itulah yang harus aku lalui.

Diriku bukan susah untuk difahami jika itu menjadi alasan. Aku bukan yang terlalu complicated untuk difahami, aku hanya seorang yang banyak berfikir dalam diam dan lebih suka diam daripada banyak berkata-kata. Aku bukan suka mengadu domba pada sesiapa jika menghadapi sesuatu masalah, cukuplah aku mengadu pada Allah swt, teman karib dikala suka dan duka aku selama hidup ini. Memang aku seorang yang abstrak tapi aku juga punya hati dan perasaan. Allahu Akhbar! Terasa beban yang terpikul ini menghempap jiwa ragaku ketika ini.

Aku dah penat untuk melewati hari-hari sebegini, aku dah penat disakiti setiap kali berbicara, aku tak mampu untuk menanggungnya lagi, aku tak sanggup untuk terus terluka tanpa diketahui. Cukuplah segala apa yang dilalui ketika ini. Allahu Rabbi..

No comments: