Journal 2014 - # 727

Salam perpaduan salam perjuangan!

Jangan Malu Untuk Bertaubat

Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak dosa tetapi malulah untuk berbuat dosa kerana sudah banyak kali bertaubat.
Jangan meremeh-remehkan perlakuan dosa….  
Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”….(Surah At-Tahrim : 8 )

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan suatu penangguhan kepada hambanya dari ditulis dosa yang telah dibuatnya oleh Malaikat Kiramul Kaatibiin (2) supaya dia sempat bertaubat kepada tuhanya,maka telah berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam :

إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلم المخطئ، فإن ندم واستغفر الله منها ألقاها، وإلا كتبت واحدة

Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat kesalahan,jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut maka akan dilemparkan sahaja dosa tersebut,jika dia tidak berbuat demikian,maka akan ditulis sebagai satu dosa (hadith riwayat Imam At-Thobrani dari Abu Umamah di dalam Al-Kabir)
Janganlah sesekali mempermainkan agama dengan menganggap setiap perbuatan yang berdosa itu sebagai perkara remeh temeh, ataupun cuba mempersoalkan berapakah berat dosa yang telah dilakukan ni?? kecilkah? besarkah?? sambil melakukan perlakuan dosa tersebut dengan bersahaja tanpa rasa bersalah.
إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه، وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه، فقال به هكذا – أي بيده -فذهب عنه
Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang (hadith riwayat Imam Bukhari)
Hanya iman yang soheh pada Allah sahaja yg dapat jamin kita masuk syurga Allah. Untuk dapat kepada perkara itu, kita kena usaha atas agama. Untuk usaha atas agama, kita kenalah keluar di jalan Allah. InsyaAllah.

No comments: