Journal 2014 - # 726

Salam perpaduan salam perjuangan!

Bersyukur Saat Diuji

Tak perlu untuk malu jika ingin berubah ke arah kebaikan. Jangan fikir apa orang akan cakap. Tapi fikirlah apa yang bakal kita jawab di akhirat kelak. Astaghfirullahala'zim..

Allah takkan pernah menguji hamba-Nya sekiranya Dia tahu hamba Nya itu tidak mampu. Iya, setiap ujian cabaran serta dugaan yang diberikan ada hikmah disebaliknya . Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan apa yang terbaik untuk hamba Nya. Ketika apa jua keadaan kita, ingatlah Allah yang Maha Mengetahui . Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dan dekat untuk hamba hamba Nya , Alhamdulillah. 
Firman Allah '' Dan jika hamba-hamba Ku bertanya tentang Aku , maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Ku '' (Al-Baqarah 2:186)
Berdoalah.. sesungguhnya Allah lah yang maha mengatur segala perancangan. Walhal setiap ujian atau dugaan itu benar benar menyakitkan tetapi Alhamdulillah aku mampu menempuhinya. Iya  Allah Maha Mengetahui. Di samping sokongan keluarga serta kawan-kawan, diri sendiri juga perlu mengumpul kekuatan agar terus tabah. Setiap ujian ialah satu pengalaman yang dapat mematangkan diri kita. Jika kita tidak diberi ujian dan dugaan, boleh jadi kita terus alpa dan lupa kepadaNya. Nauzubillah! Mohon dijauhkan.


ya Allah, ya Rabbul Jalil..
Pada-Mu aku sembah, pada-Mu aku meminta pertolongan..
ya Allah, Kau ampuni aku..
Jika aku bersifat menunjuk-nunjuk,
Maka sia-sialah sepertiga malamku..
Sia-sialah tadabbur Quranku..
Sungguh, Engkau yang mengetahui apa yang terkandung dalam isi hatiku..
Peliharalah kami dari azab Neraka-Mu..
Amin.

No comments: