Journal 2014 - # 700

Salam perpaduan Salam perjuangan!!

Hi uols!! Semakin hari semakin cepat masa berlalu, dunia akhir zamanlah katakan.. macam-macam hal timbul dalam kehidupan ini. Ada yang baik ada yang buruk, ada yang ceria ada yang duka. Namun kebaikan itu semua datang daripada Allah swt, yang buruk itu datang dari kita sendiri. Saban hari melalui liku-liku kehidupan ini penuh persoalan dan kerumitan dalam diri. Masya Allah aku semakin keliru dengan siapa diri aku sendiri ketika ini. Kenapa??

Sedang aku berdepan dengan situasi yang gentir ini disitulah tercabar minda aku untuk berfikir panjang dengan permasalahan yang timbul, belum satu sempat merasa keredaannya tiba-tiba muncul pula persoalan yang baru? Apa semua ini sebenarnya?? Arrrghh!! Terpaku aku sejenak dibenak fikiranku mula berkeceramuk! Kenapa mesti diri ini terlibat dalam semua masalah yang belum tentu ada kesudahan ini. Iskk!! Tak faham betul aku dengan semua ini, putar belit akhirnya menjerat diri aku! Ya Allah tabahkanlah hati ini, tenangkanlah jiwa ini agar aku dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang. Moga Engkau memberi ilham untuk ku dalam setiap permasalahan yang timbul ini.

Dalam usaha mendewasakan diri, salah satu langkah awal yg mesti kita pelajari adalah menjadi
Diam itu lebih baik daripada berkata-kata
peribadi yang mampu menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar.

Sesungguhnya diam itu bermacam-macam penyebab dan kesan, ada dengan diam jadi emas, tetapi ada pula diam malah manjadi masalah, Semua bergantung kepada niat, cara, keadaan dan lingkungannya.

Diam Utama (diam aktif)
maksud diam aktif ni dia bersikap diam hasil dari pemikiran, perenungan dan niat yang membuahkan keyakinan bahawa dengan bersikap diam maka akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding bercakap.

keutamaan diam aktif..
1. Menghindari Masalah.
Dengan memilih diam aktif, anda akan menjimat kata-kata yang brkemungkinan menimbulkan masalah.
2. Menghindari Dosa.
Dengan diam aktif menghalang dari mengeluarkan kata-kata yg menyebabkan dosa akan berkurangan. Terhindar dari kasalahan kata-kata yg menimbulkan kemurkaan Allah swt.
3. Hati Terjaga dan Tenang
Hati akan terjaga dari riyak, ujub, takbur atau pelbagai penyakit hati yg akan mengeraskan dan mematikan hati kita.
4. Lebih Bijaksana
kita akan menjadi pendengar dan pemerhati yang baik, diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan, pemahamannya jauh lebih mendalam sehingga pengambilan keputusan pun jauh lebih bijak dan arif.
5. Hikmah akan Muncul.
Orang yg mampu menahan diri dengan diam adalah beroleh cahaya qalbu, memberikan idea dan gagasan yg cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelubungi hati, lisan, serta sikap perilakunya. 
6. Lebih Beribawa. 
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif ni akan menimbulkan wibawa tersendiri.orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau memperlekehkan kita.
Sselain itu diam ni merupakan usaha menahan diri dari beberapa hal antara lain:
  1. diam dari perkataan dusta.
  2. diam dari perkataan sia-sia.
  3. diam dari tanggapan serta merta.
  4. diam dari kata yang lebih-lebih.
  5. diam dari keluh kesah.
  6. diam dari niat riya dan ujub.
  7. diam dari kata yg menyakiti
  8. diam dari merasa tahu dan merasa pintar.

No comments: