Solat Terapi Semulajadi
Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan
‘tip-top’, antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai
motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh
Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing
bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi
sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat
diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu
…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku
pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada
dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu
tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam,
alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan
syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat
pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya
ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas taichinya.
Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to
be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year….
“Then which of the favours of your Lord will ye deny?”
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Semoga dengan sedikit perkongsian ini kita semua akan lebih BERSYUKUR
kerana kita dilahirkan sebagai hambaNya dan sebagai ummat Islam.
Sesungguhnya kekuasaanNya tiada tolak bandingan.
No comments:
Post a Comment