Journal 2014 - # 694

Hi uols! Salam perpaduan salam perjuanga!! Tika perasaan dan jiwa aku tengah blurr dan kacau ni, Subanallah!! Aku semakin lupa akan aktiviti dan hari yang aku lalui ketika ini. Namun sedang aku diuji oleh-Nya ketenangan itu hadir dengan sendiri bila mendekatkan diri kepada-Nya, Ya Allah besar sungguh Rahmat dan Kasih Sayang Mu kepada hamba-Mu. 

Minggu ini minggu yang terlalu sukar untuk aku hadapi, berdepan dengan soal kerja yang adakalanya tak pernah nak sudah, membuat aku rasa berdepan dengan teknik dan strategik untuk menyiapkan segalanya dengan mengunakan otak bukan mulut. Disebaliknya itu Exam semester berlangsung minggu ini, walaupun 2 paper sahaja, namun subjek teori bukan kegemaran aku tapi harus aku tempuhi juga. Hari ini baru selesai satu, sabtu ini ada lagi.. Arrggghh!! Stress kepala otak aku di tengah-tengah aku frustrated dengan sikap orang yang aku sayang. Kenapalah perasaan ini diuji olehnya tanpa mengerti atau tak memahami keikhlasan diri ini?

Mudahkan untuk melukai hati orang lain, menunding jari dan menuduh bahawa aku sengaja memainkan perasaan orang lain. Andaiku tahu sakit begini, enggan aku untuk kecewa sekali lagi. Isk!! Perit betul!! Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dilalui. Melukai mudah tapi mengubati cukup sukar bila dikhianati. Makan masa untuk merawat luka hati ini. Memang aku benci untuk melalui saat-saat ini, namun aku perlu kuat demi cita-cita dan matlamat aku sebagai manusia dan hamba kepada Allah swt. Cara yang terbaik untuk aku ketika ini lebih mendekati kepada-Nya, mungkin Allah mahu aku terus sedar dari dunia ini yang penuh menyakiti diri aku sendiri. 

Jika ini takdirnya yang tertulis dalam jalan kehidupan aku maka aku terima dan pasrah atas segalanya. Memaafkan lebih baik dan lebih memberi ketenangan kepada aku ketika ini. Alah kalau simpan dan tak maafkan pun tak guna juga, hidup bukan lama pun, entah esok atau lusa mati juga bila dikehendaki oleh-Nya. 

Apa yang penting aku kena postifkan diri aku, biarlah orang buat kat kita.. Mungkin ada hikmah disebalik segalanya. Namun perasaan dan rasa terkilan itu masih terkesan bila mudah kita menunding jari menuduh dan mempersoalkan soal rasa dan keikhlasan dalam perasaan sayang dan cinta. Tak apalah mungkin orang beranggapan sedemikian tapi yang maha mengetahui betapa perasaan kasih dan sayang ini ikhlas hanya Dia yang mengetahui.

No comments: