Journal 2014 - # 717

Salam perpaduan salam perjuangan!

Allah Tempat Mengadu dan Bergantung

Bergantung harap... kepada yang pasti, atau kepada yang tidak pasti?
Tika hati dirundum kecewa, kesedihan atau ditimpah musibah mengadulah dan bergantunglah kepada Allah kerana Allah swt memberi jawapan yang cukup indah dan cantik.

Ada waktu, dikalaku sedih. Aku bukanlah seorang yang kuat setiap masa. Tetapi aku adalah seorang yang akan berlakon kuat sepanjang masa. Bukan bererti aku membohongi sesiapa, tetapi demi memendamkan penderitaan dan keperitan ujian yang diberi. Aku sentiasa berjaga-jaga, agar sesiapa pun tidak akan menyangka yang aku sedang kelemahan.. kejatuhan.. keparahan..

Aku tercari-cari jawapan kepada soalan ini suatu masa dahulu sehingga kini. Aku berfikir, malah ramai manusia serta sahabat handaiku yang berfikiran seperti aku. Bila kelemahan, mencari tempat untuk bersandar, tetapi tidak berjumpa. Malah ada yang mencari jalan untuk mati!!! Kadang kala ada juga aku berfikiran begitu..."Nauzubillah min zaliq" aku memohon keampunan Tuhanku!!! Akhirnya, hanya gundah, resah, sugul, tekanan, semua itu menghimpit jiwa. Hidup jadi tidak keruan dan terumbang ambing sehingga membawa aku menjadi terasing....

ALLAH…Ya Rahman Ya Rahim....

Itulah jawapan yang aku jumpa. Hal ini kerana, setelah aku berfikir panjang dengan secara mendalam, hidayah Allah datang.....lalu....tiada tempat yang boleh aku sandarkan secara benar, penuh keyakinan, tanpa keraguan, selain ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman,
“ Demikianlan( kebesaran ALLAH), DIAlah yang hak, dan apa sahaja yang mereka seru selain DIA, maka itulah kebatilan, dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Tinggi lagi Maha Besar” Surah Al-Hajj ayat 62.
Sebagai manusia yang saban waktu akan diuji dengan pelbagai cubaan, dugaan, cabaran dan masalah, maka tempat bergantung yang ampuh lagi kuat amat diperlukan bagi menjamin kehidupan sepanjang zaman sehingga kita menghembuskan nafaz yang terakhir di jalan kebenaran.

Justeru, kita perlu bergantung kepada yang tidak akan lemah dan tidak akan mati, lalu kita perlu bersandar kepada yang tidak akan bengkok, kita perlu percaya kepada yang tidak akan menipu dan meninggalkan kita malah dekat dengan kita! Kekuatan, yang mengnyahkan kita dari kelemahan, hanya akan datang dari aslinya kekuatan. Kekuatan yang asli hanyalah kekuatan ALLAH SWT sebagai PENCIPTA kekuatan. Segala kekuatan di dunia ini, yang ada pada gunung, yang ada pada manusia, yang ada pada haiwan, dan segala makhluk di alam ini, hanyalah percikan kecil kekuatanNya. Kepada DIAlah sepatutnya kita menggantungkan harapan kita.
“ALLAH yang menciptakan kamu, kemudian memberikanmu rezeki, lalu mematikan kamu, kemudian menghidupkanmu semula, adakah antara mereka yang kamu sekutukan dengan ALLAH itu dapat berbuat sesuatu sedemikian itu(sebagaimana yang ALLAH lakukan)? Maha Suci DIA dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan” Ar-Rum ayat 40.
Malah, ALLAH SWT tidak akan lemah dengan masalah, tidak akan luput dengan waktu, tidak akan sugul dengan ujian. DIA adalah PENCIPTA kepada semua perkara, dan DIA tidak terganggu dengan apa perkara sekalipun. Tiadalah wujud padaNya masalah. Malah, masalah itu pun wujud adalah kerana DIA mahu mewujudkannya. Jika ALLAH katakan pada masalah itu supaya menghilang, maka masalah itu akan menghilang. KUN kata Allah maka jadilah...Allah aku sandarkan segalanya jiwa dan ragaku......dikaulah tempat aku menaruh segara harapan ku yang kian parah....kepada Engkaulah aku sujud dan tunduk.....

Jadi, ALLAH sememangnya satu-satunya tempat yang layak untuk kita pinta kekuatan. DIA sahaja tempat pergantungan kita yang lemah dan hina ini. DIA yang menguasai masalah, dan menurunkan masalah itu untuk menguji hamba-hambaNya. Jika kita mahu kuat, mahu bangkit dari kelemahan, maka TUAN kepada kekuatan, TUAN kepada kelemahan, dan TUAN kepada masalah inilah yang patut kita cari dan dambarkan segala-galanya.
“ Sesungguhnya ALLAH, DIAlah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh” Surah Adz-Dzariyat ayat 58.
Bila mana di waktu kita dalam kelemahan dan kejatuhan, kita akan suka mengadu. Bila kita mengadu, maka kita suka agar aduan kita itu terjawab. aku amat arif akan rasa sakit hati bila kita mengadu, tetapi aduan kita tidak terjawab. Malah yang lebih memeritkan aduan yang terjawab menambahkan kekecewaan di sanubari...Aku sudah banyak kali mengadu dan meminta belas kepada manusia. Dan banyak kali aku dikecewakan dengan penerimaan mereka.

Tetapi ALLAH SWT, DIA tidak lengah. Bila kita mengadu kepadaNya, secara tidak langsung kita akan terasa tenang dan lapang.
“dan milik ALLAH meliputi segala rahsia langit dan bumi dan kepadaNya juga segala urusan dikembalikan, maka sembahlah DIA dan bertawakkalah kepadaNya. Dan RABB kamu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan” Surah Hud 123.
DIA amat sayangkan hamba-hambaNya yang meminta. Sehingga DIA sendiri menawarkan kepada kita untuk meminta.
“Dan RABB kamu berkata, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan” Al-Mu’minuun Ayat 60.
DIA jugalah yang meyakinkan kepada kita bahawa, DIA sentiasa dekat dengan kita.
“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan AKU, sesungguhnya AKU adalah amat dekat…” Al-Baqarah ayat 186.
Maka, bukankah ALLAH tempat paling sesuai untuk kita bergantung harap? Tempat paling sesuai untuk kita mengadu segala masalah di dunia? DIA adalah yang paling memberikan perhatian, DIAlah yang akan mendengar tanpa jemu, DIAlah PEMILIK ketenangan, DIAlah PEMILIK kesusahan. DIAlah segala-galanya. Bergantung kepadaNya, adalah satu pergantungan tanpa kecewa malah ketenangan sepanjang masa...

Oh Allah Ya Rahman Ya Rahim...di kala aku menangis penuh kekecewaan.....aku menyandarkan itu padaMu.....

Dikau Bagiku dengan seribu ketenangan jiwa.......

Di waktu aku ditimpa musibah sehingga aku tenggelam kehinaan....aku sandarkan itu juga padaMu.....

Lalu DiKau berikan hidayah dan sinar padaku......

Sujudlah pada Allah Tuhan Sekalian alam......Tangislah dengan tangisan kerana mengharapkan kasih dan sayang Allah dan bukan pada makhluknya.....kerana Allah itu kekal dan memiliki segala-galanya.....

Amin Ya Allah....

No comments: