Journal 2014 - # 720

Salam perpaduan salam perjuangan!

Aku dan Dunia Blogger!

Aku dan Blog

Hi uols!! Lama benar aku tak bermonolog sendiri di weblog ni, terasa rindu pulak.. mana tak nya asyik sibuk dengan artikel berilmu untuk uols. Well since kebelakangan ni sedikit serabut dalam kehidupan, berperang dengan perasaan dan di duga dan di uji oleh Allah swt. Syukur aku mula mendapat ketenangan dan ubat daripada segalanya itu, alhamdulillah. Walau apapun terjadi kehidupan mesti diteruskan. Kalau dulu aku memerlukan sesorang untuk meluahkan segala isi hati, perasaan duka ini pada sesorang yang boleh aku percaya tapi kini tidak lagi, kerana aku lebih suka menyendiri dan duduk di atas tikar sejadah menghadap ilahi. Sebenarnya itulah yang aku cari selama ini, walau sakit macamana pun walau maha hebat manapun ujian itu Allah swt jugalah pengubat yang paling mujarab, Allahu Akhbar!

Aku mula mencari langkah seterusnya, jika ini takdir yang tertulis maka aku reda dan pasrah untuk menerima ketentuan ilahi, biar Dia sahaja yang mengaturkan segalanya kerana aku tahu itu adalah yang terbaik untuk aku dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat ku.

Sedar tak sedar dah 9 tahun aku dengan dunia blogger ni, awal tahun 2005 aku dah mula menulis
dalam blogger masa tu on dan off saja blogger ni, entah penulisan apa pun aku tak tahu.. akhirnya tahun 2009 aku kembali bergiat aktif, pada masa itu blogger adalah diari umum aku untuk aku kongsi cerita yang aku rasa perlu sahaja, Macam-macam fasa blog aku ni lalui daripada rebanding name sampailah ke konsep blog. Now! here you go this is my blog 'Catatan Journal Aurora'.

Namun entri sebelum 2009 tu dah banyak aku delete sebab tak best langung bila baca balik, macam cerita budak-budak hihi.. ^_^

Ramai juga bertanya kenapa 'Catatan Journal Aurora'?? aku punya sebab kenapa tajuknya begitu, macam aku bagitahu blog ni adalah diari umum aku, apa yang aku rasa apa yang aku lalui pasti aku akan kongsikan bersama, sebab aku bukan fokus pada satu benda saja tapi semua topik dan cerita aku akan share dalam dunia blog aku ni, senang cerita warna warni kehidupan aku yang aku lalui sepanjang hari sebab tu aku letak nama Aurora.

Mungkin bukan semua orang suka dengan kehadiran blog ini, bukan tujuan aku untuk memuaskan hati mereka tentang dunia blog aku ni. Kerna aku tahu aku bukan siapa-siapa pada mereka, aku adalah diri aku, aku adalah jiwa aku, aku adalah pemilik blog ini.

Seratus air mataku kerap tertebus oleh tawamu
hampaku terganti oleh sejuknya waktu darimu
terlalu lama hati tersesat akan rasa yang tak ku mengerti
ketika tersadar... cintaku tumbuh perlahan menjulang tinggi
ketika tersadar... egoku tertimbun lukaimu

Semakin lama... senyunmu seolah tertuju hanya padaku
tanpa prasangka aku tak mampu membaca hati
rahsiamu tersingkap tanpa setitik sinar
lupakan luka hinggap tak terela dan harus terlepas
mengapa menitipkan dusta demi keringnya air mataku?
tidakkah hujanku semakin deras tanpa jujurmu...

Lupakan aku disetiap waktu
aku bukan siapa-siapa untukmu
karena asing terpinta setia singgah diantara kita
namun jiwaku masih berbisik "tak kan ada yang sepertimu"

Abaikan aku bersama wangi purnama
aku bukan siapa-siapa untukmu
meski dalam penyerahan kemarin hanya hati yang berbicara
"betapa aku mencintaimu....."

Leraikan aku bersama bahagiamu
aku bukan siapa-siapa untukmu
meski tak pernah terucap dihadapanmu
"dari yang pernah ada... bahagia terindah adalah kamu"

No comments: