Journal 2014 - # 707

Salam perpaduan salam perjuangan!

Membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat

Pengenalan Surah Al-Khafi
Musyrikin Mekah timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Nabi Muhammad itu memang seorang Rasul. Mereka takut juga kalau Nabi Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau mereka tak ikut, mereka dah buat satu kesalahan besar. Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Musyrikin Mekah kebiasaannya akan merujuk kepada pendita Yahudi. Ini kerana Kaum Quraish ini walaupun mereka ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi mereka tiada kitab rujukan. Mereka memandang tinggi kepada Pendita Yahudi dan dijadikan sumber rujukan mereka kerana mereka tahu yang Yahudi ada Kitab Taurat. Jadi mereka hantar rombongan kepada pendita Yahudi yang berada di Madinah masa itu. Dan bertanya macam mana nak tahu Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh mereka tanya kepada Nabi, tiga soalan. Kalau dia jawap dua dan tak jawap satu, maka dia adalah nabi yang sebenarnya.


Soalan pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Maka mereka jumpa Nabi dan bertanya kepada Nabi soalan-soalan itu. Nabi pun jawap baginda akan memberikanjawapannya dan berdasarkan pengalaman baginda, selalunya akan mendapat jawapan esoknya, maka baginda suruh mereka untuk datang esok. Nabi tidak sertakan kata-katanya itu dengan ‘InsyaAllah’. Esoknya mereka datang dan Nabi senyap tak dapat jawap kerana baginda tidak mendapat wahyu lagi dari Allah. Hari-hari mereka datang jumpa Nabi dan mereka hina kepada Nabi. Mengikut riwayat, kejadian itu berlangsung selama antara 15 ke 17 hari. Nabi diuji Allah dengan tidak diberikan jawapan kepada soalan-soalan itu. Ini menunjukkan Nabi tak tahu ilmu ghaib. Selagi tidak diberitahu oleh Allah, baginda tidak tahu. Hanya tahu apabila Allah beritahu. Ini berbeza dengan kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu ilmu ghaib, dengan tengok muka anak murid dah tahu apa yang anak murid itu buat. Itu termasuk syirik dalam ilmu. Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib, tapi bagaimana tok guru pula boleh tahu? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari Nabi?


Kelebihan Surah Al-Kahfi

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Ishaq, ia menceritakan ia pernah mendengar al-Barra’ bercerita, ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang di dalam rumah terdapat binatang, tiba-tiba binatang itu pergi melarikan diri, lalu ia melihat dan ternyata awan atau mendung telah meliputi dirinya. Kemudian ia menceritakan hal itu kepada Nabi, maka baginda pun menjawap:
“Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan yang turun bersamaan dengan Quran, atau turun untuk al-Quran”.
Nabi juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungai dari (fitnah) dajjal.”

Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Abu Darda’, dari Nabi: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari finah Dajjal.”
Yang penting adalah supaya kita belajar tentang apakah pengajaran dalam surah ini untuk menyelamatkan diri kita dari fitnah Dajjal. Bukan hanya membacanya sahaja. Surah sebelum ini adalah tentang golongan Islam ini – bangsa Yahudi. Dan ayat-ayat dalam surah Kahf ini adalah tentang orang Islam seterusnya – umat Nabi Muhammad.


Dalam surah sebelum ini, didalam ayat terakhirnya, telah disuruh untuk kita membacakan Alhamdulillah. Dalam ayat ini, dimulakan dengan membaca Alhamdulillah – sebagai menjawap suruhan dalam surah sebelumnya. Itu adalah kaitan antara surah sebelum ini dan surah Kahf ini.


Dalam surah sebelum ini, di dalamnya ada tentang bagaimana Nabi Muhammad telah diberikan kehormatan yang amat tinggi dimana Nabi telah menerima wahyu dari Allah sendiri dalam proses Isra’ Mi’raj. Itu adalah ketinggian yang paling tinggi manusia pernah sampai. Selalunya, wahyu turun kepada Nabi. Dalam surah ini, dimulakan ayat pertama dengan menyebut Nabi Muhammad menerima wahyu cara biasa – wahyu diturunkan kepada baginda.


Dalam surah sebelum ini, Nabi dipanggil dengan panggilan عَبْدِهِ. Dalam surah ini, sekali lagi Nabi disebut dengan status itu. Status hamba kepada Allah adalah satu status yang tinggi. Sehinggakan Nabi Muhammad sendiri dipanggil dengan panggilan itu.

Kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi 
Selain dari rutin masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah.
Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Surah Al-Kahfi digalakkan membacanya pada malam atau hari Jumaat. Dalam al-quran resam Uthmani, surah Al-Kahfi mempunyai lebih kurang 11 mukasurat. Jika membacanya hingga habis satu surah kita memerlukan 35 hingga 45 minit.


Kebiasaannya saya tidak menghabiskan bacaan surah ini sekaligus, tetapi membahagikan mengikut masa. Contohnya pada malam Jumaat saya akan membaca dari muka surat pertama hingga mukasurat ke enam, kemudian pagi esoknya saya meneruskan hingga habis satu surah.
Dalil tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah". (HR Al-baihaqi)
Daripada Muaz Ibni Anas, berkata Rasulullah SAW "Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya, dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi" (HR Ahmad)
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Umar pula bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada baah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan di antara dua Jumaat"

No comments: