Ubatilah hati yang sedih itu..
Buat
yang bersedih hati, ini satu bingkisan buat dirimu. Ubati hatimu dengan
ayat-ayat cinta dari-Nya agar dirimu kembali bahagia.
Bersabarlah
di atas setiap ujian yang menimpa dirimu kerana kamu adalah insan
terpilih antara berjuta makhluk untuk merasai hikmah ujian ini.
Ujian
itu diturunkan adalah untuk menaikkan darjat ketakwaanmu di sisi Allah,
maka bersangka baiklah di atas ujian yang telah Allah kurniakan. Ada
manisnya di sebalik pedihmu itu.
Dengan
adanya kesusahan dan kepedihan dalam kehidupan, kita dengan bijak dapat
membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala).
Manusia akan dapat belajar erti syukur.
Dan
ingatlah, bahawa ujian yang kita perolehi ini ternyata amat kecil
dengan ujian orang lain. Kita masih mampu tersenyum di sini, tetapi
ingatlah ada insan lain yang terpaksa merintih setiap hari untuk hidup,
ternyata ujian mereka itu lebih besar daripada ujian yang kita alami
saat ini. Setiap masalah pasti ada hikmahnya.
Setiap
kesulitan yang dialami, akan membuatkan manusia menyedari betapa
kerdilnya kita sebagai hamba Allah, sekaligus menyedari betapa Allah itu
Maha berkuasa.
Setiap
kesulitan yang dialami, akan membuatkan manusia menyedari betapa
kerdilnya kita sebagai hamba Allah, sekaligus menyedari betapa Allah itu
Maha berkuasa.
Dan
ingatlah, bahawa ujian itu tandanya Allah mencintai seseorang itu,
dibiarkan hamba-Nya merasai manisnya hikmah ujian itu di penghujungnya
walau di awalnya derita yang dirasa.
Menyedari
kita hanyalah hamba Allah, kita sememangnya layak diuji. Jangan pernah
mengeluh andai kita merasa pedihnya takdir, jangan pernah mencebik andai
kita merasa sukarnya hidup. Ya, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu
indah.
Bersyukurlah
andai kita merasai musibah mahupun ujian kerana Allah sangat rindu
untuk mendengar rintihan kita kepada-Nya. Manusia itu sendiri sering
lupa, maka didatangkan ujian untuk kembali mengingati-Nya.
No comments:
Post a Comment