Hi uols!! Salam perpaduan Salam perjuangan!!
Entri aku kali ini adalah berkenaan dengan keunikan negeri kelahiran aku, memandangkan sejak
kebelakangan ini banyak isu yang mengaibkan negeri kelahiran aku, seolah pada mereka-mereka yang tak pernah datang Sabah tu cuba baca artikel ini, jangan sesekali menghina negeri #Sabah sewenang-wenangnya. Sekali uols dah sampai Sabah or dah pernah ada pengalaman bercuti kat negeri kelahiran aku ini confirm korang rasa nak datang lagi. Jom baca artikel ni sampai habis baru tahu macamana negeri kelahiran aku ni.. bukan dengar daripada mulut orang.
Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu,
yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk
sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang
sangat strategik di bawah laluan angin monsun.
Etimologi
Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak
teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah
masih dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba' oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah , pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun'
oleh masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat
perbezaan di antara 'pisang Saba' dan pisang lain yang terdapat di
sekitar Kepulauan Borneo. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung
dengan Brunei, ianya telah dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu atau sebelah utara sungai. Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini. Sesetengah teori juga mengatakan bahawa Sabah pernah dirujuk sebagai Seludang dalam teks 1365 Jawa yang dikenali sebagai Nagarakretagama ditulis oleh Empu PrapaƱca.
Geografi
Bahagian tengah dan timur Sabah secara amnya terdiri daripada banjaran gunung, dataran dan juga bukit. Sungai Kinabatangan bermula dari banjaran melalui kawasan tengah ke arah pantai timur sehinggalah keluar ke Laut Sulu. Ia adalah
sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang yang terdapat di Sarawak. Hutan di sekeliling lembah sungai juga mengandungi pelbagai habitat hidupan liar.
Lain-lain kawasan hidupan liar yang penting di Sabah termasuk Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok. Tempat-tempat ini adalah sama ada ditetapkan sebagai taman negara, rizab hidupan liar, hutan rizab, atau hutan simpan. Lebih tiga suku daripada penduduk manusia mendiami dataran pantai.
Bandar-bandar utama dan pusat bandar telah tumbuh di sepanjang pantai
Sabah. Kawasan pedalaman masih jarang berpenghuni dan lebih tertumpu
kepada perkampungan sahaja.
Ikuti kisah sejarah negeri Sabah dalam entri berikutnya..
No comments:
Post a Comment