Ujian Datang dan Pergi

Benarlah kata orang ujian itu datang dan pergi, hari ni 14 Ogos 2018, saat ini dan ketika aku sedang menulis blog ini, mak masih lagi dalam zon kritikal unit kecemasan HQE1. Dari pagi yang sepatutnya kami memenuhi temu janji klinik pakar Urology tetapi terus ke unit kecemasan hospital Tuaran kerana mak sesak nafas lagi. Komplikasi yang sama berlaku. Ku memecut laju kenderaan ku untuk pastikan emak selamat tiba di unit kecemasan hospital Tuaran. 

Setiba sahaja di unit kecemasan hospital Tuaran, rawatan diterima mak mula tak sedarkan diri. Ketika itu juga mak terus ditempatkan zon kritikal. Saat itu aku mula sedar mak serius dan tenat. Hampir 4 jam menunggu dari pendaftaran sampailah ke sesi soal jawab dengan doktor. Tekanan darah emak rendah, pletlet darah emak pula terlalu tinggi, keputusan sinar x-ray pada kepala pula menunjukkan sedikit pendarahan berlaku. Allahuakbar! Aku mula menarik nafas sedalam yang mungkin. Berdoa secebis harapan agar dipermudahkan. 

10.30am keputusan untuk memindahkan mak ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1). Segala dokumentasi dilengkapkan. Keadaan aku mula stress memikirkan nasib mak yang belum tentu pasti. Aku melihat mak dalam keadaan seperti mula-mula. Mak bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Aku mula tak selesa, bila salah seorang kakitangan hospital iaitu pemandu ambulan merakam video pergerakan mak disorong dari ruang kecemasan sampai ke hospital. Aku mengarahkan untuk menghentikan rakaman tersebut minta beliau memadam rakaman tersebut. Seriously aku emosional ketika itu. Rasa hak privacy dan aurat mak aku terdedah dalam keadaan mak darurat.

11.30am aku memecut kenderaan ku terlebih dahulu agar tak tertinggal dik ambulan yang membawa mak. Emosi aku terganggu bila waktu itu adalah waktu kemuncak waktu makan tengahari. Ambulan dibelakangku terpaksa aku memberi laluan kepada ambulan yang dinaiki oleh emak. Namun ada pula manusia yang pentingkan diri mengikut belakang ambulan. Aku sendiri yang kelam kabut ni pun ikut peraturan jalan raya. Allahu Rabbi. Entah apa yang ada di otak manusia tersebut.
Arghh! Lupakan masalah manusia yang pentingkan diri, aku ada benda yang paling penting ya itu mak aku. Jam menunjukkan 12.30PM, aku tiba di perkarangan Hospital Queen Elizabeth 1. Perkara pertama dalam kepala aku adalah parking. Umum mengetahui HQE1 memang padat dengan parking, aku dah tak peduli nak parking dekat mana dah, mana saja ruang kosong muat dengan kereta ku di bahu jalan aku park, alhamdulillah rezeki aku dapat parking.

Aku mula menuju ke unit kecemasan, mencari kelibat penjaga mak aku, mak di dalam zon kritikal, aku diarahkan untuk membuat pendaftaran. Selesai pendaftaran aku terus ke zon kritikal dan menyerahkan form kemasukan pesakit.
Hampir 1 jam menanti, akhir aku dipanggil soal selidik berlangsung. Namun keputusan doktor hampir berentap jiwaku, seperti biasa ayat mereka keadaan mak tenat tapi boleh distabilkan. Dalam hati aku berserah pada Dia yang Satu. Selang sejam ahli farmasi pula mahu berjumpa bertanyakan ubat yang dibekalkan oleh hospital Tuaran dan hospital mesra bukit padang. Mujur aku ingat setiap dose yang dimakan. Selesai perjumpaan dengan farmasi. Aku masih menanti sama ada mak akan dipindahkan ke wad biasa atau tidak.

4.15PM sekali lagi aku panggil oleh doktor, kali ni doktor menjelaskan mak masih ada jangkitan kuman since mak discharge 21 Julai 2018. Kuman merebak ke organ dalaman terutama bahagian kidney iaitu buah pinggang dan perlu tindakan segera iaitu dialisis darah, bagi membantu meneutralkan semula asid dalam darah. Memandangkan keadaan mak tidak sedar doktor meminta untuk aku menandatangani surat kebenaran untuk melakukan prosedur, aku menuruni tandatangan tanda setuju, faham risiko yang bakal dialami selepas ini.
Sehingga kini 9.05PM mak masih lagi di zon kritikal, masih menanti untuk dipindahkan ke HDW untuk tindakan selanjutnya. Allahu Akhbar, baru seketika Engkau pinjamkan kegembiraan itu untuk sementara waktu.

Buat mak, apa pun berlaku orang tetap akan tunggu mak.. orang serahkan pada Dia yang esa.

No comments: