Jiwa Rapuh

Kekuatan itu datang dan pergi, adakala aku mampu
bertahan lama dan adakala aku rapuh. Dalam keadaan ini aku bersyukur kerana aku tak pernah kalah dengan dugaan ini kerana aku tahu Allah ada bersamaku, ungkapan itu sering dititipkan kepadaku oleh saudara angkat ku. Tak lupa juga ingatan daripada bapa dan mak saudara ku walau apapun berlaku ingat Allah itu berkuasa bukan manusia.

Sering kali aku jatuh sering kali itu jugalah insan-insan ini hadir memberi aku ktia semangat untuk bangkit dari jatuh. Benar berapa ramai kawan yang kita ada belum pasti akan berdiri atau berada disisi kita menjadi tongkat kekuatan dalam hidup ini.

Puas aku berendam airmata, bila aku mengenang keadaan aku ketika ini. Mungkin pada mereka di luar sana akan nampak aku tersenyum, tertawa senda tapi hakikatnya aku lemah dan rapuh teramat sangat. Mana mungkin aku mampu berdiri sendiri ketika ini.

Bila ujian itu datang dan terus datang, membuat aku lemah dan makin tak kuat untuk dihadapinya sendirian. Saat itu, aku mula terfikir apa akan jadi lepas ini, bersediakah aku untuk seterusnya??

No comments: