Journal 2014 - # 546

Hi uols! Salam perpaduan, salam perjuangan, salam keamanan!!


“Sebagai sebuah negara, adalah penting bagi kita untuk mengiktirafkan kemajuan besar yang telah kita capai dalam mewujudkan Malaysia yang bersatu-padu dan merangkumi semua lapisan rakyat. Walau bagaimanapun, lebih banyak lagi yang perlu dilakukan dan saya percaya bahawa rakyat Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk membincangkan isu-isu yang lebih mencabar. Isu-isu ini lazimnya tidak mempunyai penyelesaian dan menggambarkan polariti yang memerlukan tolak-ansur daripada semua pihak. Semua rakyat Malaysia mempunyai pendapat mengenai apa yang diperlukan untuk membina 1Malaysia. Kerap kali pendapat-pendapat ini berbeza. Walau bagaimanapun, pendapat tersebut adalah berdasarkan sebuah matlamat asas yang sama iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan lebih berdaya-tahan. Kami komited untuk terus berusaha untuk memperkukuhkan 1Malaysia dan mentransformasikan negara.”(Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak)

Mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. Sesetengah negara yang mempunyai masyarakat majmuk telah melaksanakan konsep asimilasi sepenuhnya untuk membentuk atau malah memaksakan sebuah identiti kebangsaan tunggal. Sebaliknya, Malaysia telah memilih jalan yang berbeza – perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) dan pada masa yang sama, memastikan kesaksamaan untuk semua. Konsep yang diperkukuhkan dalam Perlembagaan membawa maksud bahawa kita menerima kepelbagaian etnik, agama dan kepercayaan, dan dengan ciri keterangkuman, kita harus membina rasa saling hormat-menghormati dan saling menerima sebagai sebuah asas kepercayaan dan kesepaduan yang kukuh. Berdasarkan sejarah, ini merupakan jalan yang telah kita ambil sebagai sebuah negara dan ia kini terkandung dalam prinsip 1Malaysi.
 "1Malaysia pada asasnya menekankan keharmonian sosial tanpa mengira agama, bangsa atau  ideologi politik, dan mengutamakan produktiviti ekonomi... 
idea-idea ini selaras dengan pendirian yang lebih sederhana dan terangkum mengenai pembinaan negara...
Dari sudut politik dan sosial, unsur biasa yang meliputi semua usaha pembinaan negara pada era pasca merdeka Tanah Melayu, dan seterusnya negara Malaysia yang moden, ialah cabaran dalam mewujudkan sebuah negara yang bersatu daripada pelbagai kumpulan etnik, sosial, budaya dan agama yang berbeza yang terdapat dalam negara dan integrasi negeri Sabah dan Sarawak...” 
Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri 1981–86. “The Challenge of Managing Change Inside and Outside Malaysia” dalam Readings on Development: Malaysia 2057 (2009)
Hakikatnya, sekilas pandang masa hadapan telah pun wujud, iaitu di Sabah dan Sarawak, yang telah diumumkan sebagai model contoh perpaduan, keharmonian dan peluang. Di sini, rakyat terdiri daripada 60 etnik dengan pelbagai dialek hidup dan bergaul setiap hari. Peluang politik, ekonomi dan sosial terbuka luas kepada semua, tanpa mengira latarbelakang etnik, agama, geografi dan sosio-ekonomi. Malah, Perdana Menteri, dalam mesejnya pada Hari Malaysia (16 September) 2009, mengakui Sabah dan Sarawak adalah bukti kepada 1Malaysia yang ideal yang seharusnya menjadi aspirasi negara: 
“Sabah dan Sarawak...merupakan contoh yang jelas bagaimana rakyat Malaysia daripada bangsa, agama dan etnik yang berbeza boleh hidup bersama...Kisah Sabah dan Sarawak merupakan kisah 1Malaysia... Mereka merupakan bukti bahawa perbezaan yang kita miliki itulah yang menyatukan negara ini, dan bahawa kuasa sebenar Malaysia terserlah apabila semua rakyat Malaysia daripada semua bangsa, agama dan etnik hidup dengan harmoni antara satu sama lain... Malah, saya membuat kesimpulan bahawa rakyat telah pun menerima dan mengamalkan nilai 1Malaysia lama sebelum saya menjelaskan ciri-cirinya...rakyat Malaysia daripada sebarang bangsa dan kepercayaan hanya perlu melihat kepada Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kefahaman tentang betapa hebatnya perpaduan yang kukuh dan harmoni yang boleh diperoleh dengan menerima dan menghormati kepelbagaian negara kita.” 
Sabah dan Sarawak sebagai contoh 1Malaysia yang jelas:
Perspektif Malaysia Timur menambahkan warna kepada sebab dan cara kewujudan keadaan yang harmoni:
  • “Di kebanyakan kampung, rakyat daripada berbilang etnik dan agama hidup bersama. Malah terdapat masjid dan gereja yang dibina sebelah menyebelah” 
  • “Kebanyakan parti politik mencakup satu campuran orang Melayu, kumpulan tempatan lain, dan orang Islam dan Kristian antara barisan ahlinya"
  • “Ahli politik tidak memainkan isu bangsa untuk memenangi pilihan raya dan mereka tidak mahu melukakan perasaan orang lain”
  • “Kami (Sabah) pernah mempunyai ketua menteri dan gabenor daripada pelbagai etnik termasuk Cina, Kadazan, Bajau and Murut”
  • “Saya orang Islam tetapi sebahagian besar rakan baik saya di sekolah ialah orang Kristian”
  • “Perkahwinan antara etnik semakin meningkat justeru kerap kali sukar untuk mengenalpasti latar belakang etnik orang yang anda temui"
  • “Kami semua makan bersama di gerai makan yang sama,dan di meja yang sama, tanpa mengira bangsa atau agam.

No comments: