Journal 2013 - # 435

Hi uols!! harap uols sihat2 jer.. Semoga dlm keadaan yg d berkati dan d rahmati oleh DIA yg esa. Menghitung hari utk bercuti well sedar x sedar da da Oktober da sekejap benar masa berlalu. Hmm.. berehat sebentar dr dunia maya terutama skali dunia media sosial iaitu FB, buat masa ni nk berehat drpd sebarang kegiatan FB. Actually aku nk kembali aktif dlm penulisan blogger ni ntah berapa lama aku bleh bertahan tanpa FB, klau sebelum ni hampir sebulan aku lakukannya dan berjaya now i'll try to doing again, seberapa lama yg mungkin (^_^), nk lari sebenar drpd gosip mosip n citer2 yg kekadang beh membawa aku leka sebenar. Now aku ada tugas yg penting utk aku laksanakan sebagai umat islam hamba Allah. Dalam entry aku sblom ni, aku pernah share pasal bumi Palestin kan, Insya Allah misi itu akan aku teruskan dalam setiap entry weblog ni, atleast kita dpt info apa yg berlaku kpd saudara seislam kita d sana. Jom Baca entry aku kali ni.

Palestin: Fakta yang Perlu Umat Islam Tahu
Penulis asal adalah Prof. Madya Dr. Mohsen Mohammad Saleh dan telah diterjemahkan oleh Dr. Hanafi Hj Dollah. Satu bahan yang mesti baca.


Di manakah Palestin?
Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?
Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :
  • Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.
  • Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
  • Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.
  • Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
  • Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.
  • Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.
Sumber: http://www.palestinkini.info/

No comments: