Okies uols kali ni aku cuba mencari artikel berkaitan dgn #Palestin!! Entahlah semakin hari semakin dekat aku dgn perjuangan utk bumi #Palestin. Jom kita baca artikel ni..
Perjuangan Bumi Palestin
Dunia Palestin adalah bumi yang suci kerana di situlah terletaknya
Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam pada zaman
Rasululluh SAW. Namun kesucian tanah suci itu telah dicabul oleh musuh
umat Islam sendiri iaitu Israel.
Kekejaman
Israel dan sekutunya ke atas bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh
Allah SWT di dalam kalamNya yang benar lagi membenarkan. Label pengganas
yang dilemparkan oleh kaum Israel kepada umat Islam telah menjadi lesen
kepada Israel dan sekutunya untuk menghalalkan darah kaum Muslim
terutamanya di bumi Palestin.
Kelalaian umat Islam hari ini adalah
kerana mereka terlalu mengharapkan kaum kafir berbanding mengharapkan
kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya. Apa yang
mereka buat hanyalah berkempen, bersuara tanpa tindakan, menghantar
wakil masing-masing untuk berjumpa dengan pemimpin Israel dan sekutunya
sedangkan dalam masa yang sama saudara kita semakin menderita. Mengapa
kita harus melakukan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada
saudara kita di palestin? Mengapa kita umat Islam menghantar wakil untuk
bermesyuarat dengan sekutu Israel yang terang-terang kita sedari bahawa
mereka semua itu tidak lain hanyalah pendusta yang jelas lagi nyata?
Natijahnya
apa yang umat Islam lakukan sekarang hanyalah membuang masa, membuang
air liur dan menjadi seperti panggung wayang kepada Israel serta
sekutunya di dunia untuk bergelak ketawa dengan gelagat umat Islam yang
pengecut. Tahukah mengapa kuasa haram Israel masih tidak mampu dicabut
dari bumi Palestin walaupun sudah lama masa yang diberi pada umat Islam?
Jawapannya adalah kita sendiri bergantung pada sekutu Israel untuk
menghentikan kekejaman di bumi Palestin sedangkan terang-terang kita
sedari bahawa pihak yang umat Islam minta untuk hentikan kekejaman
Israel itulah yang memberikan bantuan kewangan kepada Israel untuk terus
menyerang Palestin.
Cubalah kita bayangkan sekiranya kita di tempat mereka dan mereka
lakukan perkara yang sama dengan umat Islam sekarang untuk selamatkan
bumi Palestin. Seorang bapa keluar dari rumah dengan membawa senjata di
tangan sambil menangis melihat keluarga tersayang kerana tahu bahawa
itulah kali terakhir dia melihat air muka isteri serta anaknya tersayang
kerana sebentar lagi dia akan syahid menentang musuh Allah.
Si anak segera menarik tangan si ayah sambil menangis dan berkata, “Ayah, jangan tinggalkan saya dan mak. Siapa yang akan menjaga kami selepas ketiadaan ayah?” Si ayah menangis lalu memeluk anaknya sambil berkata, “Kamu jagalah ibumu selepas ketiadaan ayah”.
“Ayah,
mengapa saudara kita langung tidak pedulikan kita? Mengapa mereka tidak
selamatkan kita dan mengapa mereka sendiri berharap kepada musuh Allah
untuk selamatkan kita?” Kata si anak sambil menangis.
Dapatkah
kita bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka? Sedarilah bahawa
apa yang umat Islam lakukan sekarang bukanlah apa yang diharapkan oleh
semua pejuang dan bangsa di Palestin untuk selamatkan mereka tapi apa
yang mereka harapkan daripada kita adalah kita turut berjuang bersama
mereka menentang musuh Allah S.W.T.
Apa yang terjadi pada umat
Islam di dunia dan juga keadaan di bumi Palestin sekarang mahupun di
masa depan segalanya sudah diketahui melalui utusan Allah S.W.T, Nabi
Muhammad S.A.W melalui sabdanya dan juga kalam Allah yakni al-Quran.
Buktinya Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh
dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak
makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat
bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi S.A.W.
menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan
ke dalam hati kamu penyakit ‘wahn’”.Seorang sahabat bertanya, “Apakah
wahn itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, “Cinta pada
dunia dan takut pada mati”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Itulah hakikat umat Islam sekarang di mana mereka lebih cintakan
dunia daripada mati berjuang menentang musuh Allah di Palestin.
Sebilangan besar umat Islam menganggap bahawa masalah di palestin adalah
masalah negara Arab sahaja dan langsung tidak mengambil tahu. Mereka
rela membiarkan kehormatan agama Islam dicabul membuta tuli. Tidak
tahukah kalian, seorang khalifah yang bernama Mu’tasim Billah telah
mengambil selama beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk
menyerang kota Rom setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki
kafir?
Inilah hakikat yang perlu disedari umat Islam seluruhnya.
Jika seorang khalifah boleh menyerang kota Rom yang terkenal dengan
kekuatan ketenteraan yang hebat hanya kerana seorang mukminah dipersenda
lelaki kafir, mengapa tidak kita umat Islam seluruhnya bersatu
memusnahkan Israel dan semua sekutunya kerana apa yang mereka lakukan ke
atas bumi suci Palestin dan agama Islam sudah keterlaluan. Mereka bukan
sahaja membuat saudara kita di palestin menderita malah berniat untuk
memusnahkan Masjidil Aqsa. Apa yang patut umat Islam lakukan sekarang
adalah berkorban nyawa mempertahankan saudara kita dan mempertahankan
masjid ketiga termulia di bumi ini. Ingatlah balasan syurga yang Allah
janjikan untuk orang yang mati syahid dan orang yang berjuang untuk
agamanya.
Ramai umat Islam di dunia tidak sedar akan kekuatan
sebenar umat Islam jika bersatu menentang musuh Allah, akan tetapi
perkara ini telah disedari oleh pemimpin Israel dan sekutunya dan apa
yang perlu mereka lakukan adalah menghancurkan perpaduan umat Islam.
Buktinya, lihatlah ke gaza dan Palestin sekarang, mereka dipisahkan
dengan sempadan di tebing barat. Bukan itu sahaja, pemimpin umat Islam
sendiri memisahkan persaudaraan dengan Palestin dengan mengharamkan
orang Islam ke palestin. Mengapa hal ini boleh terjadi? Tidakkah mereka
tahu bahawa mereka akan ditanya di hadapan Allah kelak tentang apa yang
yang dipimpinnya? Sedarlah
wahai pemimpin umat, tidak perlu dihantar bantuan ketenteraan, tidak
perlu dihantar bantuan makanan, tetapi datanglah bersama dengan rakyat
kamu sekalian ke palestin untuk berjuang bersama mereka menentang musuh
Allah kerana itulah yang diharapkan oleh pejuang dan rakyat Palestin.
Wahai
umat Islam sekalian, tidak akan berlakunya kiamat selagi kaum Israel
dan sekutunya tidak diperangi dan ditewaskan oleh orang Islam itu
sendiri. Ini bermakna hanya umat Islam sahaja yang boleh menghentikan
kekejaman Israel ke atas bumi Palestin dan bukannya umat Islam secara
terus tanpa henti mengharapkan sekutu Israel sendiri yang menghentikan
kekejaman Israel.
Wahai umat Islam sekalian, bangunlah dari tidur.
Marilah kita berjuang bersama saudara kita di Palestin. Ingatlah
balasan Syurga yang Allah janjikan untuk mereka yang syahid.
Sesungguhnya bumi suci palestin itu harus diselamatkan dari genggaman
Israel dan sekutunya mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak
bagi kaum Israel terhadap bumi suci itu walaupun sejengkal.
Wahai
pemerintah yang mempunyai kuasa, bumi palestin dan seluruh umat Islam
yang menderita sekarang mengharapkan pembelaan dari seorang Khalifah
untuk memimpin seluruh umat Islam memerangi kaum Israel kerana Khalifah
tersebut adalah junnah ( Perisai ) kepada umat. Berilah kebebasan dan
keamanan kepada yang memerlukan. Hulurkan la tangan pada rakyat yang
terseksa khususnya umat Islam di sana.
Sumber: iluvislam
No comments:
Post a Comment