Journal 2013 - # 442

Hi uols! Salam Pengetahuan Salam Perkongsian. Hari ini aku ingin berkongsi tentang hal Halal n Haram sesuatu makanan itu dan juga pemilik restoran yang ada di negara kita ini terutama sekali di negeri kelahiran aku iatu Sabah.

P/S: Maaf jika entry kali ini buat ada sesetengah pihak x berpuas hati atau marah dengan tindakan aku ini. Tp entry ini khusus utk saudara seislam sbg panduan kita bersama.

Sebut pasal halal & haram seharusnya kita perlu tahu apa itu halal apa itu haram. So apa kata kita fahami dan ketahui hal ini:

Apa itu Halal?
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Sumber: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal

Mengapa Halal?
Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.
  1. Perintah Tuhan  :  Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)". (Surah al-Baqarah: 168). Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan: “Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172) .Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)
  2. Mengelakkan daripada azab Neraka : Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat. Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani). Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)
  3. Doa makbul : Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan. Rasulullah bersabda: “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim) Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)
  4. Diterima Amalan : Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan. Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
  5. Hati bersih : Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:
  • Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
  • Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
  • Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.” 

Apa itu Haram & Syubhah?
Hukum syarak pula bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau undang-undang dalam mana suatu mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang sudah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja bagi mana-mana negeri.Bagaimanapun, sebagai agama yang mementingkan kesempurnaan dan kesucian, Islam menggariskan syarat dan peraturan lebih terperinci dalam setiap perkara dasar yang ada dalam ajarannya. 
Konsep halal menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  mencakupi konsep yang lebih luas iaitu bermula dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir dan sehinggalah produk itu sedia untuk dimakan. Definisi makanan halal yang diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) iaitu makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati beberapa syarat tertentu. Antaranya, makanan itu tidak mengandungi mana-mana bahagian produk haiwan yang tidak halal dimakan.
Selain itu, ia juga tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis dan selamat serta tidak memudaratkan dan ia mesti disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan peralatan-peralatan yang tidak dicemari bahan najis.Sementara itu, produk akhir pula tidak boleh mengandungi bahagian anggota manusia atau hasil daripadanya. Terakhir sekali, semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan, makanan tersebut mestilah diasingkan daripada makanan lain yang tidak halal, tidak bersih serta tidak menepati syarat. 

Makanan haram pula dikatakan sebagai makanan yang boleh merosakkan akal fikiran dan membahayakan kesihatan fizikal dan mental manusia yang memakannya. Islam melarang umatnya mengambil makanan haram kerana makanan haram akan menjejaskan kesihatan. Hal ini  bermakna produk haram ialah produk yang tidak diizinkan oleh syarak untuk digunakan atau dinikmati oleh manusia terutamanya orang Islam. Menurut riwayat Muslim, setiap yang memabukkan adalah (khamar) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Penyataan ini menjelaskan bahawa setiap yang memabukkan iaitu memberi kesan kognitif negatif serta menyebabkan kegagalan peranan tubuh badan  kepada pengamalnya adalah haram. 

Syubhah pula bererti keraguan status produk itu sama ada halal atau haram. Syubhah menghampiri kepada hukum haram. Jika terdapat setitik keraguan di dalam hati kita , maka ianya dianggap haram.
 
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.”  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)  
Secara ringkasnya, makanan yang halal itu perlu kita mencarinya kerana menjadi kewajiban setiap muslim. Produk halal harus kita sebarkan, produk haram perlu kita jauhkan sejauh-jauhnya dan produk syubhah perlu kita elakkan seboleh-bolehnya.   

Umat Islam dituntut mengikut syariat Islam yang telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dan sempurna. Islam telah mengatur segala aspek kehidupan manusia termasuk juga soal pemilihan makanan. Hal ini kerana, makanan yang diambil akan mempengaruhi tingkah laku manusia dan memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organism hidup. Setiap organisma memerlukan sumber makanan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh kita perolehi pada masa kini. Namun demikian, kita juga perlu berusaha untuk  mencari sumber makanan yang baik berlandaskan syariat Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip makanan halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam ajaran Islam. Secara umumnya, prinsip halal ini melibatkan dua perkara iaitu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram. Sumber haram seperti harta curi, perjudian, rasuah, penipuan dan sebagainya yang diharamkan menurut syariat Islam. Perkara yang kedua  pula berkaitan dengan zat atau barangan itu sendiri sama ada halal atau sebaliknya.

Pada masa kini, begitu mudah untuk mendapatkan makanan. Dunia sekarang ‘semuanya di hujung jari anda’, sebagai contoh kepada maksud saya , anda hanya perlu capai sahaja telefon bimbit dan terus dail nombor bebas tol untuk memesan makanan yang anda inginkan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC),Pizzz Hut, McDonald dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita juga begitu terdedah kepada pelbagai makanan dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk import yang rata-ratanya datangnya dari negara bukan Islam dan diusahakan oleh orang bukan Islam. Situasi ini  pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah produk ini. Namun demikian, sejauh manakah kepastian kita tentang kehalalan makanan tersebut? Adakah kita benar-benar yakin bahawa makanan itu halal dimakan?  Tentu sahaja bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda :“Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan”. 

Untuk panduan uols yang berkunjung ke Sabah, plz refer senarai-senarai restoran, kedai makan dan sebagainya untuk ketahui status sijil halal
  1. Premis Makanan Halal Kategori Restoran & Kantin 
  2. Halal Sabah 
  3. Halal Malaysia 
Jadi uols! berhati-hati ok Papan Iklan yang paparkan 'No Pork Serve' x semestinya halal ok! Now uols kena berhati! terutama sekali pelancong islam daripada luar negeri Sebah.

Tentu ramai yang tercari-cari restoran seafood so makan seafood pada asalnya Halal, tp kena tahu juga tukang masaknya siapa islam atau non muslim? Penggunaan bahan dalam masakan tu halal ker tidak? cara pengendalian masakan tersebut bersih atau x? penggunaan pinggan mangkuk atau gelas tu bercampur dengan benda-benda haram. So uols harap uols lebih berhati-hati dengan hal ini okies!! Selamat beramal.

No comments: