Journal 2013 - # 441

Hi uols! Salam perjuangan Salam keamanan! Moga Allah sentiasa merahmati kita di Bumi bertuah ini (Malaysia). Jom baca artikel ini sebagai pembakar semangat kita untuk membantu saudara seislam kita di bumi palestin.
Kempen Kesedaran dan Membantu Rakyat Palestin
HALUAN memandang permasalahan berkaitan Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai satu perkara yang sangat penting kepada setiap manusia yang inginkan keamanan dan cintakan kemanusiaan, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang beragama Islam. Kekejaman rejim Zionis Israel ke atas bumi dan rakyat Palestin yang berterusan sejak lebih 60 tahun lalu perlu mendapat perhatian semua lapisan masyarakat supaya satu masa nanti kekejaman itu akan terhapus, dan kekejaman serta penindasan tidak lagi berulang ke atas mana-mana kelompok manusia.
HALUAN memberi perhatian kepada permasalah Palestin secara formal dan tersusun pada awal tahun 2007, dengan menggerakkan kempen "Meniti Jalan Ke Al Aqsa". Melalui kempen ini, Ustaz Mohd Darus bin Senawi Ali selaku Timbalan Presiden HALUAN bersama-sama  para sukarelawan HALUAN merancang dan melaksanakan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab keagamaan dan kemanusiaan terhadap Palestin yang mereka harus tunaikan bersama.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan komimen yang diberikan oleh kepimpinan HALUAN, usaha ini terus berkembang dengan tertubuhnya Biro HALUAN Palestin. Sehingga ke hari ini, HALUAN Palestin bukan sahaja memberi fokus kepada usaha menyedarkan masyarakat bahkan juga berjaya mengumpul dana melalui sumbangan masyarakat prihatin dan seterusnya melaksanakan projek-projek bantuan kemanusiaan secara terus untuk rakyat Palestin, baik yang tinggal di bumi Palestin sendiri mahupun mereka yang terpaksa melarikan diri dan menumpang hidup di negara-negara luar.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Biro HALUAN Palestin adalah:
  • Ceramah dan pameran kesedaran kepada masyarakat, termasuk di masjid, surau, sekolah, pejabat dan tempat-tempat awam.
  • Menerbitkan bahan bacaan menyentuh permasalahan Palestin.
  • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO lain yang bekerja atas isu Palestin.
  • Menggerakkan usaha mengumpul dana bantuan dan seterusnya menyalurkan bantuan tersebut kepada rakyat dan pelarian Palestin.
  • Menjalankan projek pembangnunan semula dan juga jangkamasa panjang kepada rakyat dan pelarian Palestin.
Usaha Biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia melalui dana pembangunan semula wilayah Gaza di bawah seliaan Wisma Putra.
Berikut adalah merupakan beberapa usaha kemanusiaan dan projek-projek bantuan yang berjaya dilaksanakan, hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap saudara-saudara Palestin mereka.
1. Pembinaan 4 telaga tiub bagi menyalurkan bekalan air bersih di Gaza. Dua daripadanya dibina di Universiti Islam Gaza dan dua lagi di daerah Khan Younis. Projek ini adalah hasil dana sumbangan rakyat Malaysia melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin yang disalurkan oleh Wisma Putra. Perlaksaannya telah dibantu oleh Majlis Perbandaran Gaza, Pertubuhan Assembly for Peace And Solidarity And Relief of Gaza dan juga Rabitah Ulama Palestin.

bhp-tiub-01Pembinaan salah sebuah telaga tiub di Khan Younis
bhp-tiub-02Mantan Pengerusi HALUAN Palestin, Hj Noorazman Samsuddin ketika melawat tapak projek telaga tiub di Gaza 
2. Dana daripada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin juga disalurkan oleh Wisma Putra melalui HALUAN untuk melaksanakan projek bantuan mikrokredit bagi tujuan membantu rakyat Gaza membangunkan perniagaan kecil. Hasil daripada projek ini, dua perusahaan utama telah dapat dijalankan di Khan Younis, iaitu projek perusahaan ternakan lembu tenusu, dan projek perusahaan pembuatan pakaian yang diselenggarakan oleh ibu-ibu tunggal. Rakan NGO HALUAN di Gaza, SAMA Foundation menjadi pemantau kepada perlaksaan berterusan projek-projek ini.

bhp-mikro-01Sebahagian daripada lembu tenusu hasil projek mikrokredit
bhp-mikro-03Ibu-ibu di Gaza mendapat manfaat melalui hasil jahitan 
3. Pembinaan semula Masjid Sheikh Ahmed Yassin yang ranap diserang oleh pengganas Zionis telah berjaya menyumbangkan sebuah institusi yang penting untuk rakyat Gaza. Sebelumnya, mereka hanya bersolat di kawasan lapang berhampiran runtuhan masjid asalnya.

bhp-masjidyassin-02Masjid Sh Ahmed Yassin dibina semual di atas tapak asal
bhp-masjidyassin-01Alhamdulillah masjid ini menjadi tempat solat dan pusat majlis ilmu yang amat berguna 
4. Bermula pada tahun 2009, HALUAN mula berusaha menghantar bantuan kemanusiaan secara terus kepada rakyat Palestin. Sepasukan relawan HALUAN, termasuk wakil-wakil Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) telah membawa bantuan ke Kem Pelarian al-Hol di Hassakeh, Syria, dan juga Kem Pelarian Tanf di sempadan Syria-Iraq pada bulan November 2009. Selain membawa bantuan makanan, relawan-relawan KKH turut melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma. Selain daripada itu, sebanyak 33 ribu kilogram kelengkapan pakaian musim sejuk turut dihantar ke kem Tanf, al-Hol, Hassake dan Khan Danun. Projek ini dijalankan dengan kerjasama BAKTI dan Wisma Putra. Pada tahun-tahun berikutnya, HALUAN menghantar bantuan bermusim kepada anak-anak yatim dan juga pelarian Palestin di negara jiran. Bantuan-bantuan tersebut termasuklah projek bantuan Ramadhan dan berbuka puasa (iftar) di Gaza dan kem-kem pelarian di Syria, Iraq dan Lubnan.

bhp-tanf-01Kem Tanf merupakan salah satu kem yang paling teruk di dunia
bhp-hassake-02Wakil HALUANITA, Pn Alfiah Samingan, di majlis penyampaian bantuan di Kem Pelarian Hassake
bhp-gaza-02Bantuan Ramadhan di Gaza
bhp-syria-01Bantuan Ramadhan di Kem Pelarian Palestin di Syria
 bhp-baghdad-04Sebahagian daripada barangan bantuan Ramadhan kepada pelarian-pelarian Palestin di Baghdad, Iraq
bhp-baghdad-03Keluarga pelarian Palestin di Baghdad mendapat manfaat daripada sumbangan anda
bhp-iftarsyria-01Majlis berbuka puasa anak-anak yatim pelarian Palestin di Syria
bhp-iftarsyria-04Sebahagian daripada anak-anak yatim menikmati juadah berbuka puasa

5. HALUAN juga menyertai gabungan NGO antarabangsa dalam usaha menarik perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan Palestin, sekaligus memberi tekanan kepada rejim pengganas Israel. Pada bulan Januari 2010, dua orang relawan HALUAN bersama-sama 320 orang relawan antarabangsa yang lain telah menjayakan konvoi darat Viva Palestina 3, dengan memasuki Gaza melalui pintu Rafah di Mesir. Sebanyak 160 buah kenderaan beserta muatan keperluan asas dan ubat-ubatan telah diserahkan kepada rakyat Gaza.

Manakala pada bulan Mei 2010, lima orang relawan HALUAN beserta tujuh relawan Malaysia daripada beberapa NGO prihatin Palestin yang lain telah menyertai konvoi laut antarabangsa dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Usaha yang berakhir dengan tragedi pembunuhan sembilan relawan di atas kapal tersebut telah berjaya mengangkat permasalahan Palestin sebagai isu penting masyarakat dunia. Hasil daripada usaha ini, masyarakat dunia lebih mengambil kisah isu Palestin dan mengecam kezaliman berterusan yang dilakukan oleh tentera Zionis. Beberapa misi bantuan susulan turut berjaya dilakukan.

bhp-viva-03Konvoi Viva Palestina 3 dari pelbagai negara bertolak dari London menuju ke Gaza melalui pintu Rafah di Mesir
bhp-viva-04Relawan-relawan HALUAN, Hj Norazman dan Abu Ubaidah, bersama-sama relawan Viva Palestina 3
bhp-marmara-03Majlis pelancaran Lifeline For Gaza, iaitu gabungan NGO Malaysia yang menyertai konvoi pelayaran ke Gaza
bhp-marmara-01Para relawan Malaysia di hadapan kapal Mavi Marmara 
6. Lebih 5 juta rakyat Palestin terusir menjadi pelarian di negara asing. Untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan dengan lebih baik, HALUAN telah membina sebuah klinik gigi khusus untuk mereka di Damascus. Projek usahasama HALUAN dan NGO-NGO dari Indonesia ini dapat memberi rawatan gigi secara kebajikan kepada pelarian-pelarian di kem Yarmuk, Filistin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di sekitar Damascus.

bhp-klinikgigi-03Klinik gigi kebajikan di Damascus
bhp-klinikgigi-02Klinik ini merupakan klinik gigi pertama untuk 300 ribu pelarian Palestin di sekitar Damascus

7. HALUAN juga memberi fokus kepada bantuan pendidikan anak-anak Palestin. Beberapa buah perkhemahan tahfiz al-Quran telah didirikan di kem-kem pelarian terpilih di Syria. Alhamdulillah dengan bantuan ini anak-anak Palestin dapat mengikuti kelas pendidikan dan menghafal al-Quran dengan lebih baik dan tersusun.

HALUAN turut menaja beberapa orang pelajar dari Palestin untuk melajutkan pelajaran di Malaysia. Pelajar-pelajar dari Gaza turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di negara luar.

bhp-tahfiz-03Anak-anak Palestin sangat terikat dengan pendidikan Islam dan al-Quran
bhp-tahfiz-01Anak-anak menghafal al-Quran
bhp-tahfiz-04Prasarana yang lebih selesa untuk anak-anak Palestin
bhp-tahfiz-05Anak-anak lelaki bersama mualim mereka
bhp-tahfiz-07Anak ini menghafal al-Quran di hadapan mualimnya, sementara rakan-rakan yang lain menunggu giliran
bhp-tahfiz-08Bakal-bakal huffaz al-Quran 
Sumber: http://www.haluan.org.my/v5/index.php/joomla-components/kempen-membantu-palestin

No comments: