Hi uols! Salam damai salam cuti-cuti Malaysia, memandangkan aku dan on 'Mode Cuti' well apa kata uols baca tips utk percutian keluarga..
"Bagaimana Merancang Percutian Keluarg?"
Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi
tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita
ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk:
1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan
Ada yang pandang mudah tentang perkara ini, kononnye bila dah sampai di
tempat yang dituju nanti tahulah apa nak buat. Tapi hakikatnya kita akan
banyak terlepas sesuatu yang menarik jika tak rancang awal-awal. Hari
pertama nak buat apa, kedua, ketiga dan seterusya. Jadi senang nak bajet
duit dan keperluan percutian.
2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)
Pengiraan bajet boleh dilakukan bila kita tahu berapa hari kita akan
bercuti, program lawatan, berapa ramai turut serta, cuaca dan kos sara
hidup di tempat tersebut.
Bila kita dan ada maklumat di atas, bolehlah kita buat pengiraan kasar tentang;
- kos agensi pelancongan (tour package) (kalau guna khidmat agensi pelancongan)
- kos beli barang-barang keperluan untuk ke tempat tersebut (contohnya
baju sejuk tebal-tebal kalau nak melawat Korea di musim sejuk yang
bersalji)
- kos makan-minum, jajan, aiskrim..
- kos tempat penginapan
- kos pengangkutan (tol, minyak kereta, bayaran teksi, tiket penerbangan, tiket keretapi atau lain-lain lagi)
- harga tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
- kos beli buah tangan untuk dibawa balik (souvenirs)
- kos insuran perjalanan (jika perlu)
- wang reserve untuk keperluan semasa kecemasan(contohnya anak tetiba sakit so kena bawa jumpa doktor segera)
- lain ( contohnya tips untuk agen pelancongan)
Kita boleh gunakan internet untuk mendapat maklumat tentang harga dan
kos-kos tertentu kalau kita tak tahu. Atau boleh saja bertanyakan
kawan-kawan yang dah pernah ke sana untuk membantu kita membuat
pengiraan.
3. Sediakan Wang Mengikut Pengiraan Bajet
OK, yang paling susah sebenarnya ialah menyimpan duit untuk percutian
idaman ni. Sebaiknya jangan meminjam untuk bercuti. Memang ada agensi
pelancongan yang menyediakan kemudahan bayaran ansuran, cuma pada saya
tidak berbaloi berhutang semata-mata untuk bercuti. Ada banyak cara
untuk mengurangkan bajet perbelanjaan... antaranya kalau tak mampu
bercuti ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara, kalau tak mampun
tinggal di hotel lima bintang bertukar sahaja ke homestay, kalau tak
cukup duit tahun ini tunda sahaja ke tahun hadapan, dan sebagainya.
4. Plan cuti kerja dan mohon awal-awal
Untuk
yang bekerja, penting untuk kita rancang tarikh bercuti dan bagitau bos
awal-awal. bila bos tahu awal, dia boleh pon boleh merancang dari awal
apa perlu buat bila kita takde.. contohnya dapatkan orang lain cover
kita. kalau lambat bagitau, takut orang lain dah book cuti dulu, dan
kita akan melepas.
5. Book Pengangkutan
Bila duit dah cukup dan cuti sudah diluluskan, bolehlah book
pengangkutan utama seperti keretapi, bas ekspress atau kapal terbang.
Pengangkutan jenis ni kena book awal terutama pada hujung minggu, musim
perayaan dan cuti sekolah sebab tiket selalu cepat habis. Harga tiket
juga akan bertambah mahal jika beli pada saat-saat akhir, ini amat benar
untuk tiket kapal terbang. Tahukah anda yang harga tiket kapal terbang
boleh mencecah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pada 6 bulan
sebelumnya?
6. Book Penginapan
Sama seperti pengangkutan, booklah penginapan hanya selepas cuti
diluluskan dan wang sudah cukup. Keperluan bercuti bersama keluarga agak
unik jadi kita tentu ada kriteria tertentu bila memilih jenis dan
lokasi penginapan tersebut, jadi booklah awal sebelum orang lain sambar
dulu. Bila pilihan yang sudah disesuaikan dengan bajet sudah tiada yang
kosong, kita mungkin terpaksa naik taraf jenis penginapan... akibatnya
terpaksa tambah duit lagi. Tahukah anda yang kita boleh book pada harga
yang amat murah sehingga 20% jika book awal? Caranya ialah dengan book
online dari website-website yang boleh dipercayai seperti Booking.com
dan Agoda.com. Cubalah..
7. Sediakan Keperluan Percutian
Kalau ke luar negara, jangan lupa tentang passport, visa dan vaksin
(jika perlu). Paling kurang, kita perlukan bagasi dengan saiz yang
sesuai dengan tempoh melancong dan berat yang dibenarkan oleh syarikat
penerbangan (biasanya 20kg untuk kelas ekonomi. kalau nak lebih, kena
tambah kos!). Insuran perjalanan untuk seisi keluarga juga amat wajar
dan harganya tidaklah mahal. Jangan lupa sediakan keperluan percutian
yang dirasakan mahal/sukar untuk didapati di tempat yang dilawati.
Contohnya kamera, baju sejuk, pakaian renang dan sebagainya. Ohya, untuk
yang ada penyakit tertentu, bawalah bekalan ubatan secukupnya. Mungkin
berbaloi untuk mendapatkan surat doktor jika perlu membeli ubat tambahan
nanti.
Mungkin ada lagi yang perlu dilakukan yang saya tidak senaraikan, tetapi
sebagai panduan saya rasa senarai ini berbaloi unuk diberi perhatian.
Selamat bercuti!
Sumber: http://cutifamili.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment