Hi uols! Salam Perjuangan! Salam Ukhwah utk uols sume! Moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT x kira d mana sahaja kita berada. Jika semalam isu Halal, Haram & Syubhah menjadi topik perkongsian ilmu kita, kali ini aku masih lagi nk share pasal isu ini utk uols sume. Bkn apa adakalanya kita terlepas pandang soal makanan halal dan status sesebuah restoran tersebut. Okies uols! x mahu buang masa jom kita baca artikel ni yg dipetik drpd Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang disediakan oleh Mastura binti Mohd Zain.
Makanan Halal Tetapi Tidak Selamat
Selamatkah makanan aku nak makan ni?? Halal ker? |
Bagaimanakah kedudukan makanan yang
sememangnya halal tetapi tidak selamat untuk dimakan yakni, terdapat
bukti menunjukkan makanan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada
manusia itu sendiri. Juga apakah makanan yang bersih itu halal dan apakah semua yang halal itu semestinya baik untuk kesihatan?
Sebenarnya tidak semua yang bersih itu
halal untuk dimakan sekalipun pemprosesannya dijamin tidak mendatangkan
kemudaratan kepada pengguna. Juga tidak semua yang halal itu mendatangkan kebaikan dan memenuhi keperluan zat yang diperlukan tubuh manusia.
Sebagai contoh, seorang pesakit tekanan
darah tinggi-walaupun gula dan garam itu merupakan sesuatu yang halal,
namun dua benda itu adalah tidak sihat untuk beliau. Juga daging lembu yang diproses dengan bersih tetapi tidak disembelih mengikut syarak, maka ia tidak semestinya halal.
Agama Islam menganjurkan dua perkara
utama di dalam hal makanan iaitu, kehalalan serta kebersihan makanan
yang diambil. Di dalam agama Islam selagi tidak ada nas yang
mengharamkan sesuatu benda itu, maka ia adalah halal untuk dimakan.
Namun demikian, soal kebersihan dan
keselamatan makanan turut berkait rapat dalam pengambilan sesuatu
makanan. Halal tetapi tidak bersih serta tidak selamat, samada dari segi
penyediaan mahupun ketika makanan itu diproses, akan mengakibatkan
kesihatan seseorang terjejas. Oleh itu ketiga-tiga faktor tersebut saling berkait di antara satu sama lain.
Makanan yang halal tetapi tidak selamat,
mungkin akibat daripada pelbagai teknik yang digunakan bagi
mempercepatkan pertumbuhan, dilihat sebagai makanan yang boleh
memudaratkan kesihatan. Jika sesuatu itu sudah pasti akan
mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan manusia, agama Islam sama
sekali tidak akan menyokongnya.
Di dalam agama Islam, sesuatu yang halal itu semestinya tidak mendatangkan kemudaratan kepada si pemakan. Masyarakat Islam di negara ini lazimnya
akan memberi keutamaan kepada logo halal apabila memilih makanan, tetapi
kurang mengambil kira kandungan zat di dalam makanan tersebut. Boleh dikatakan tahap kesedaran
masyarakat masih rendah mengenai kandungan makanan yang sihat untuk
kesihatan. Mereka tidak mempunyai ilmu tentang kandungan makanan yang
diambil; ditambah pula dengan pelbagai istilah yang digunakan contohnya,
asid amino atau omega 3, membuatkan ramai yang tidak kisah.
Ini ditambah dengan iklan-iklan yang
hanya mengiklankan barangan tanpa menerapkan nilai-nilai ilmu yang boleh
dimanfaatkan oleh pengguna. Atas kesedaran ini, Kementerian
Kesihatan dikatakan akan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan
restoran makanan segera menyenaraikan maklumat kandungan makanan dan
minuman yang dijual kepada orang ramai.
Terdapat juga cadangan untuk
menguatkuasakan larangan menyiarkan iklan makanan segera serta penajaan
iklan bagi program kanak-kanak di media elektronik. Dengan adanya maklumat berhubung
istilah-istilah kandungan makanan dapat membantu menyedarkan masyarakat
mengenai pengambilan makanan yang seimbang. Dengan ilmu mengenai
kandungan dalam makanan, mampu mengatasi masalah kesihatan masyarakat.
Sememangnya umat Islam harus mengambil
berat apa jua sumber yang menjadi asas pemakanannya. Ini kerana kita
tahu setiap makanan yang diambil akan menjadi darah daging manusia itu
sendiri. Jadi mengambil makanan yang halal,
bersih dan selamat bukan saja menjamin kesihatan seseorang malah mampu
membentuk nilai spiritual yang amat tinggi di dalam diri seseorang itu
dengan akhlak dan perilaku yang baik. Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor
lain yang turut mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti faktor
keturunan, persekitaran, pendidikan, namun agama Islam memang
menitikberatkan hal pengambilan makanan seseorang.
Ini jelas apabila Rasulullah SAW
bersabda seseorang yang di dalam tubuhnya terdiri daripada makanan yang
haram, Allah sukar untuk memperkenankan setiap doa-doanya. Imam Ghazali pula menceritakan, seorang
wali Allah, Suhail, pernah berkata, apabila seseorang itu makan makanan
yang haram, anggota badannya enggan mengikuti fikirannya. Walaupun di
fikirannya hendak melakukan amal soleh dan kebajikan, namun anggota
badan yang dibentuk daripada makanan yang haram terlalu berat untuk
melaksanakannya.
Dalam hal ini perlu juga diperhatikan
tentang pengambilan makanan yang syubhah, kerana ia tetap memberi kesan
kepada tingkah laku seseorang. Makanan yang syubhah
contohnya, memberi makan anak buah dari pokok orang lain tanpa meminta
izin tuan punya pokok terlebih dahulu, akan mempengaruhi tingkah laku
anak, ditakuti menjadi anak yang nakal. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mempastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah halal.
No comments:
Post a Comment