Sejarah Penaklukan Israel ke atas Palestin
Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib
penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh
rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya
dunia Arab, hanya ‘terkebil-kebil’ mendengar dan melihat penyeksaan
rejim Yahudi ini di kaca TV.
Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan
NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan
Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak
menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk
sasaran militan Arab di Gaza saja.
Ulang tayang
Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan
tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon,
malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang
diharapkan ada perubahan.
Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap
hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada
jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.
Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian
Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab
lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta
banyaknya.
Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan
yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi
pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.
Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru
kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah
Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.
Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu ‘bahan ratahan’ tentera
Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan
batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta
kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan
mudah.
Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan
batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya.
Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan
disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.
Adakah harapan buat Obama?
Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang
sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat
sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit
hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang
sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan
serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus
menyokong Israel.
Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan?
Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel,
ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari
Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh
rakyat Palestin.
Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin
dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab
mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka
tidak mungkin rejim itu boleh berundur.
**Tambahan dari Admin: Presiden Obama adalah supporter Israel
juga kerana beliau bersetuju untuk memberikan USD30 billion dolar kepada
Israel dalam jangka masa satu dekad.
Kerdilnya negara Arab
Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion
dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara
Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu
memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.
Akhirnya negara Arab hanya menjadi ‘pengguna’ setia senjata moden
Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan ‘izzah’
(keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel. Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun
yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan
Israel.
Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam
bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat
Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai
kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin
dunia.
Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak
dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang
memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya
memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap
assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.
Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya
Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah
Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana
ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa
besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.
Mula tergadai
Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan
beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat
bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual
kepada Palestin.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir,
telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua
tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah
riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi. Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua
negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara
Palestin.
Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu
dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas
orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana,
sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah
mereka.
Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.
Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya
penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri.
Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.
Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia
ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita
merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat
wajar diberikan perhatian.
Sumber: http://www.muslimdiary.com/
No comments:
Post a Comment