Journal 2013 - # 459

Hi uols! Salam taqwa salam ilmu, hari ni 1st day masuk keja fuhh!! berlambak keja atas meja,  ni ler bahana cuti lama sgt hehe (^_^) mana x nya sibuk sgt nk cuti panjangkan now ambik nko!! haha..

Well arini aku nk share pasal satu artikel yg cukup berguna kpd kita sbg manusia hamba Allah SWT. Petikan artkel ini aku ambik kt drpd Facebook Dr. Juanda Jaya Jom kita baca artikel ini.

KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERLIS (6 April 2012 M / 14 Jamadil Awal 1433 H) - HARAM PECAH AMANAH

HARAM  PECAH  AMANAH
6 April 2012 M / 14 Jamadil Awal 1433 H

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  
أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya mengingatkan diri saya dan para jemaah sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk:"Haram Pecah Amanah”.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Manusia ialah hamba Allah SWT yang diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas khalifah begitu luas yang meliputi segala aspek kehidupan umat manusia. Tugas ini adalah amanah. Bagi membolehkan kita melaksanakan amanah yang begitu berat, maka Allah SWT menurunkan Al-Quran dan Rasul-Nya agar dijadikan rujukan dan panduan untuk kita mentadbir alam ini. Justeru, sebagai khalifah, kita diwajibkan mentaati segala peraturan dan panduan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan semua manusia dan seluruh alam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 27:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.

Ayat ini merupakan perintah larangan Allah SWT yang ditujukan  kepada  orang-orang  yang  beriman dan berilmu supaya jangan mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya. Orang yang melakukan pecah amanah disifatkan sebagai seorang yang munafik, sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Al-Bukhari, yang bermaksud : “Antara tanda orang munafik ialah apabila diberi amanah dia mengkhianatinya”.
Al-Imam Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menyebut mereka yang pecah amanah sebagai bersifat munafik pada perbuatan dan merupakan dosa besar serta bakal mendapat kemurkaan Allah SWT .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad SAW telah menunaikan amanahnya sebagai penegak agama, penyelamat ummah, pembela orang-orang lemah, dan pendidik masyarakat. Baginda juga bertindak sebagai ketua keluarga, ketua negara dan sebagai pemimpin seluruh alam.

Rasulullah SAW memperingatkan kita agar memelihara dan bertanggunjawab ke atas setiap amanah yang dipikul oleh setiap manusia, sebagaimana sabdanya:

Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai orang yang kamu pimpin. Imam yakni ketua kerajaan ialah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami ialah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita ialah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Setiap kamu ialah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Islam amat menitikberatkan aspek kepimpinan yang berkualiti dan menjadi contoh kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana mempunyai seorang tokoh maksum untuk  dijadikan panduan dan tauladan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda ialah contoh yang dikagumi oleh seluruh umat Islam, bahkan disanjung tinggi oleh para cendekiawan dunia. Hal ini kerana baginda telah menunjukkan kebolehan yang hebat dan luar biasa dalam memimpin negara, masyarakat dan keluarga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,
Sesungguhnya menjadi seorang pemimpin bukanlah satu peluang untuk mendapatkan kuasa, pangkat, pengaruh politik, harta dan wang ringit semata-mata. Bahkan tugas memimpin merupakan amanah dan tanggungjawab kepada Allah SWT yang amat berat. Oleh itu, Rasulullah SAW melarang umatnya meminta-minta atau berebut-berebut untuk dipilih menjadi pemimpin kecuali kita dipilih dan dilantik. Sabda Rasulullah SAW  dalam hadis riwayat Muslim :

يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ لاَ تَسْأَلِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ أُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

Maksudnya: Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah engkau meminta-minta jawatan (hendak menjadi pemimpin) kerana  jika  engkau  menjadi  pemimpin kerana berminta-minta, maka tanggungjawabmu akan dibebankan ke atas bahu kamu seorang. Dan jika engkau dipilih tanpa permintaan, engkau akan dibantu dalam tugasmu.

Mengikut pemerhatian, tahap melaksanakan amanah dalam kalangan anggota masyarakat pada hari ini agak merisaukan. Banyak tanggungjawab diabaikan sama ada yang berkaitan dengan Allah SWT atau sesama manusia. Kita dapat melihat ramai dari kalangan individu kita yang mengabaikan solat, memandang remeh kewajipan berzakat, dan bakhil untuk mengeluarkan sedikit harta untuk bersedekah. Ramai juga dalam kalangan kita, ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga, hingga menyebabkan anak-anak diabaikan. Betapa banyak kes anak-anak yang lari dari rumah yang dilaporkan oleh pihak berkuasa. Gejala sosial semakin menjadi-jadi, penagihan dadah, penyalahgunaan daun ketum, seks haram diluar nikah, dan kecurian berlaku di mana saja.

Amanah dalam menguruskan sektor awam dan  swasta pada masa kini juga perlukan perhatian mendalam. Banyak laporan berkaitan kejadian pecah amanah, penyelewengan kuasa, rasuah, membuang masa, dan sebagainya. Begitu juga dilaporkan penyelewengan permit subsidi diesel dalam kalangan nelayan, penyelewengan petrol dan minyak masak yang diseludup serta dijual  kepada  warga luar yang tidak berhak.  Perbuatan yang terkutuk ini jika berleluasa akan merugikan rakyat dan negara. Demikian juga amanah dalam kalangan pemegang-pemegang jawatan yang lain dalam masyarakat, pertubuhan kebajikan, parti politik, masjid, surau, institusi dan sebagainya, jadikan jawatan itu sebagai peluang untuk menambah pahala dengan menunaikan amanahnya, bukannya jawatan itu menjadi punca menambah dosa dan menempah api neraka akibat amanah yang diabaikan.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari, yang bermaksud ; "Apabila telah hilang amanah maka tunggulah saat kehancurannya. Baginda ditanya lagi ;Bagaimanakah amanah itu hilang?. Baginda menjawab; Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".
Justeru, mimbar menyeru semua jemaah, marilah sama-sama kita menghayati prinsip ikhlas, bertanggungjawab, sentiasa beramanah, jujur, berdisplin dan mengutamakan kualiti serta kesempurnaan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.
Ingatlah jika kita mengkhianati amanah yang diberikan nescaya kita akan dimurkai Allah SWT serta sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain. Jika sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram dan ia pasti menempah tempat di dalam neraka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa ayat 58:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”.

خطبه كدوا

الحَمْدُ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَعُوذُ بِالله مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلِهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ، اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sekali lagi saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Pada hakikatnya umat Islam ialah umat yang terbaik, umat wasatiyah dan ummat contoh di alam dunia ini, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 110, yang bermaksud :

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)….”.


Namun perlu disedari, pra-syarat utama untuk menjadi umat terbaik dan berminda kelas pertama adalah berilmu pengetahuan.

Umat berminda kelas pertama ialah mereka yang memiliki pemikiran, sikap, tindakan, disiplin, dan wawasan yang berkualiti tinggi. Penguasaan ilmu pengetahuan yang syumul lagi mantap merupakan teras untuk membentuk masyarakat berminda kelas pertama. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:

Yang bermaksud : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Soal sikap dan disiplin masyarakat berminda kelas pertama akan kelihatan dalam kehidupan mereka walaupun mungkin perkara itu nampak kecil dan remeh, seperti pentingnya mematuhi peraturan keselamatan jalanraya seperti memakai topi dan tali pinggang keledar sewaktu membawa kenderaan. Hal ini amat penting kerana ia membabitkan soal nyawa dan mematuhi undang-undang negara.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas nabi”.

اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ. 

Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum Muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmat-Mu kepada kami dan kepada para pemimpin kami terutamanya Raja Pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamallullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan Kitab-Mu dan Sunnah Nabi-Mu.

Ya Allah! Kurniakan kepada kami segala rahmat dan nikmatmu, kukuhkan negeri Perlis ini sebagai negeri yang maju, makmur dan berkat. Bimbinglah masyarakat kami agar menjadi masyarakat berminda kelas pertama. Tetapkan iman dan amal kami, kukuhkan perpaduan kami, murahkan rezeki kami, kayakan kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkan jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikan generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungi kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, kemiskinan dan persengketaan umat Islam.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِىْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوْفُ الرَّحِيْمُ.

عِبَادَ اللهِ! اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالاحْسَانِ وَاِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.

 

Journal 2013 - # 458

Hi uols!! Salam kedamaian salam perjuangan!! Hari ni flight aku ke KL well agak lama bercuti mcm syg pulak nk balik KL, mana tak nyer rumah sndiri mcm2 keja aku bleh buat kt rumah ni urmm.. x pe la janji aku happy n yg penting planning nk balik kampung akan aku susun semula dlm jadual aku hihi..


Okies uols kali ni aku cuba mencari artikel berkaitan dgn #Palestin!! Entahlah semakin hari semakin dekat aku dgn perjuangan utk bumi #Palestin. Jom kita baca artikel ni..

Perjuangan Bumi Palestin
Dunia Palestin adalah bumi yang suci kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam pada zaman Rasululluh SAW. Namun kesucian tanah suci itu telah dicabul oleh musuh umat Islam sendiri iaitu Israel.


alt
Kekejaman Israel dan sekutunya ke atas bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalamNya yang benar lagi membenarkan. Label pengganas yang dilemparkan oleh kaum Israel kepada umat Islam telah menjadi lesen kepada Israel dan sekutunya untuk menghalalkan darah kaum Muslim terutamanya di bumi Palestin.

Kelalaian umat Islam hari ini adalah kerana mereka terlalu mengharapkan kaum kafir berbanding mengharapkan kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya. Apa yang mereka buat hanyalah berkempen, bersuara tanpa tindakan, menghantar wakil masing-masing untuk berjumpa dengan pemimpin Israel dan sekutunya sedangkan dalam masa yang sama saudara kita semakin menderita. Mengapa kita harus melakukan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada saudara kita di palestin? Mengapa kita umat Islam menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan sekutu Israel yang terang-terang kita sedari bahawa mereka semua itu tidak lain hanyalah pendusta yang jelas lagi nyata?

Natijahnya apa yang umat Islam lakukan sekarang hanyalah membuang masa, membuang air liur dan menjadi seperti panggung wayang kepada Israel serta sekutunya di dunia untuk bergelak ketawa dengan gelagat umat Islam yang pengecut. Tahukah mengapa kuasa haram Israel masih tidak mampu dicabut dari bumi Palestin walaupun sudah lama masa yang diberi pada umat Islam? Jawapannya adalah kita sendiri bergantung pada sekutu Israel untuk menghentikan kekejaman di bumi Palestin sedangkan terang-terang kita sedari bahawa pihak yang umat Islam minta untuk hentikan kekejaman Israel itulah yang memberikan bantuan kewangan kepada Israel untuk terus menyerang Palestin.

 

Cubalah kita bayangkan sekiranya kita di tempat mereka dan mereka lakukan perkara yang sama dengan umat Islam sekarang untuk selamatkan bumi Palestin. Seorang bapa keluar dari rumah dengan membawa senjata di tangan sambil menangis melihat keluarga tersayang kerana tahu bahawa itulah kali terakhir dia melihat air muka isteri serta anaknya tersayang kerana sebentar lagi dia akan syahid menentang musuh Allah.

Si anak segera menarik tangan si ayah sambil menangis dan berkata, “Ayah, jangan tinggalkan saya dan mak. Siapa yang akan menjaga kami selepas ketiadaan ayah?” Si ayah menangis lalu memeluk anaknya sambil berkata, “Kamu jagalah ibumu selepas ketiadaan ayah”.

“Ayah, mengapa saudara kita langung tidak pedulikan kita? Mengapa mereka tidak selamatkan kita dan mengapa mereka sendiri berharap kepada musuh Allah untuk selamatkan kita?” Kata si anak sambil menangis.

Dapatkah kita bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka? Sedarilah bahawa apa yang umat Islam lakukan sekarang bukanlah apa yang diharapkan oleh semua pejuang dan bangsa di Palestin untuk selamatkan mereka tapi apa yang mereka harapkan daripada kita adalah kita turut berjuang bersama mereka menentang musuh Allah S.W.T.

Apa yang terjadi pada umat Islam di dunia dan juga keadaan di bumi Palestin sekarang mahupun di masa depan segalanya sudah diketahui melalui utusan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W melalui sabdanya dan juga kalam Allah yakni al-Quran.

Buktinya Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi S.A.W. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahn’”.Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahn itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Itulah hakikat umat Islam sekarang di mana mereka lebih cintakan dunia daripada mati berjuang menentang musuh Allah di Palestin. Sebilangan besar umat Islam menganggap bahawa masalah di palestin adalah masalah negara Arab sahaja dan langsung tidak mengambil tahu. Mereka rela membiarkan kehormatan agama Islam dicabul membuta tuli. Tidak tahukah kalian, seorang khalifah yang bernama Mu’tasim Billah telah mengambil selama beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah hakikat yang perlu disedari umat Islam seluruhnya. Jika seorang khalifah boleh menyerang kota Rom yang terkenal dengan kekuatan ketenteraan yang hebat hanya kerana seorang mukminah dipersenda lelaki kafir, mengapa tidak kita umat Islam seluruhnya bersatu memusnahkan Israel dan semua sekutunya kerana apa yang mereka lakukan ke atas bumi suci Palestin dan agama Islam sudah keterlaluan. Mereka bukan sahaja membuat saudara kita di palestin menderita malah berniat untuk memusnahkan Masjidil Aqsa. Apa yang patut umat Islam lakukan sekarang adalah berkorban nyawa mempertahankan saudara kita dan mempertahankan masjid ketiga termulia di bumi ini. Ingatlah balasan syurga yang Allah janjikan untuk orang yang mati syahid dan orang yang berjuang untuk agamanya.

Ramai umat Islam di dunia tidak sedar akan kekuatan sebenar umat Islam jika bersatu menentang musuh Allah, akan tetapi perkara ini telah disedari oleh pemimpin Israel dan sekutunya dan apa yang perlu mereka lakukan adalah menghancurkan perpaduan umat Islam. Buktinya, lihatlah ke gaza dan Palestin sekarang, mereka dipisahkan dengan sempadan di tebing barat. Bukan itu sahaja, pemimpin umat Islam sendiri memisahkan persaudaraan dengan Palestin dengan mengharamkan orang Islam ke palestin. Mengapa hal ini boleh terjadi? Tidakkah mereka tahu bahawa mereka akan ditanya di hadapan Allah kelak tentang apa yang yang dipimpinnya? Sedarlah

wahai pemimpin umat, tidak perlu dihantar bantuan ketenteraan, tidak perlu dihantar bantuan makanan, tetapi datanglah bersama dengan rakyat kamu sekalian ke palestin untuk berjuang bersama mereka menentang musuh Allah kerana itulah yang diharapkan oleh pejuang dan rakyat Palestin.

Wahai umat Islam sekalian, tidak akan berlakunya kiamat selagi kaum Israel dan sekutunya tidak diperangi dan ditewaskan oleh orang Islam itu sendiri. Ini bermakna hanya umat Islam sahaja yang boleh menghentikan kekejaman Israel ke atas bumi Palestin dan bukannya umat Islam secara terus tanpa henti mengharapkan sekutu Israel sendiri yang menghentikan kekejaman Israel.

Wahai umat Islam sekalian, bangunlah dari tidur. Marilah kita berjuang bersama saudara kita di Palestin. Ingatlah balasan Syurga yang Allah janjikan untuk mereka yang syahid. Sesungguhnya bumi suci palestin itu harus diselamatkan dari genggaman Israel dan sekutunya mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum Israel terhadap bumi suci itu walaupun sejengkal.

Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, bumi palestin dan seluruh umat Islam yang menderita sekarang mengharapkan pembelaan dari seorang Khalifah untuk memimpin seluruh umat Islam memerangi kaum Israel kerana Khalifah tersebut adalah junnah ( Perisai ) kepada umat. Berilah kebebasan dan keamanan kepada yang memerlukan.  Hulurkan la tangan pada rakyat yang terseksa khususnya umat Islam di sana.
Sumber: iluvislam

Journal 2013 - # 457

Hi uols!! Salam kedamaian utk uols!! da beberapa hari aku x update weblog ni.. sibuk dgn menghabiskan sisa2 cuti yg ada ini! Esok my flight going back to KL.. Ok uols apa kata uols layan dulu lagu ni yerk!! Entah mengapa tetiba aku layan lagu ni pun x tahu mungkin lirik n muzik dia kut yg best sgt kut sbb tu aku layan hihi well uols jom layan okies!!

Shila Amzah - Tapi Mengapa

Sudah ku katakan segalanya
Sudah kau mendengar semua
Penjelasan itu
Apakah lagi salah yang ada
Apakah kesilapan lalu
Yang harus aku perbetulkan
Harus ku perbaiki
Agar kita kan terus bersama

Tapi mengapa
Kau melambatkan pendamaian di antara kita
Mengapa dikau benarkan ku terseksa oleh derita
Mengapa tidak engkau rendahkan sedikit egomu
Agar tiada, tiada siapa bisa memulakan sengketa
Tiada siapa kan terseksa
Apa salahnya kau beralah
Segeralah kau berubah
Tahukah dikau betapa payah
Tahukah betapa susah
Untukku bernafas seperti biasa
Semua telah ku coba
Fahami caramu
Namun ku tak berdaya

[*] Tapi mengapa
Kau melambatkan pendamaian di antara kita
Mengapa dikau benarkan ku terseksa oleh derita
Mengapa tidak engkau rendahkan sedikit egomu
Agar tiada, tiada siapa bisa memulakan sengketa
Aku berharap dikau sedar
Sedar apa yang cuba ku lakukan
Bersamalah kita pulihkan
Pulihkan jiwa yang luka
Agar kitakan terus bersama

Repeat [*]
Tiada siapa kan terseksa
Apa salahnya kau beralah
Segeralah kau berubah

Journal 2013 - # 456

Hi uols!! Salam Perjuangan salam keamanan! agak lama x update tentang berita saudara-saudara seislam kita di Palestin kan. Apa kata kita baca artikel ini..

Tentera Israel Menahan Tiga Beradik di Pusat Pemeriksaan Tentera di Hebron
 
Jumaat, 25-10-2013 - Tentera Israel menahan tiga beradik dari Hebron di selatan Tebing Barat selepas menghentikan mereka di pusat pemeriksaan tentera zionis dengan alasan mereka didapati memiliki pisau.

Menurut Azmi al-Shyoukhi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Popular Palestin menentang pencerobohan, tentera Israel menahan tiga orang kanak-kanak,mereka ialah Mu’taz (17 tahun), Muhannad (15 tahun) dan Zine al-Deen al-Abidine (12 tahun) selepas menghentikan mereka di pusat pemeriksaan tentera zionis di pintu masuk selatan Hebron, Hagai dengan alasan mereka memiliki pisau.

Beliau menegaskan bahawa tiga kanak-kanak lelaki itu telah dipindahkan ke penempatan ‘Kiryat Arba’ semasa mereka kembali ke kota Hebron.
sumber: Palestin Info

Journal 2013 - # 455

Hi uols!! Salam keimanan salam dakwah buat sume rakan2 blogger. Maaflah da beberapa ari aku x update weblog ni, sedikit bz dgn tugasan harian terutama skali sibuk utk menyiapkan assignment.

Banjir kat taman
Sebelum azan subuh pagi tadi, hujan dah turun, renyai-renyai pastu berhenti... Sekarang ni pula hujan sedang turun lagi dengan lebatnya, tapi belum kepada hujan yang membahayakan. Doa buat apabila melihat hujan yang membahayakan, Alhamdulillah... Rahmat buat seluruh alam...

Hari Jumaat, pada waktu hujan, merupakan antara waktu-waktu mustajab berdoa. Dari Sahal bin Saad katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ada dua macam doa yang tidak ditolak iaitu ketika azan dan ketika turun hujan.” Dan Rasulullah S.A.W. bersabda juga: “Pada hari Jumaat terdapat suatu saat, apabila bertepatan seorang Muslim dengan saat itu dan dia sedang solat (berdoa) meminta kebajikan kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
Alhamdulillah, kedua-dua waktu tersebut digabungkan pada pagi ini. Rahmat buat orang-orang yang sentiasa mengingati PENCIPTAnya, yang tahu memanfaatkan waktu-waktu seperti ini. Rasulullah S.A.W. mengajar kita untuk membaca doa yang sunat dibaca ketika hujan turun iaitu:


Beberapa amalam ketika hujan turun ada dikongsi seperti dalam Rumaysho.com. Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya, dengan turunnya hujan seperti ini, boleh la mengurangkan kepanasan yang agak panas juga kt Sabah ni. (^_^)
penuh air kat drum stok utk seminggu ni utk siram bunga

Journal 2013 - # 454

Hi uols!! Salam kedamaian utk uols sume!! Hari ni aku terhingin nk share pasal ibadah Qurban! Walaupun da terlewat utk bercerita sebenarnya. Tapi kali ini adalah pengajaran atas diri aku dan keluarga aku. 


Baru-baru ni kami ambik bahagian Qurban d kampung, Wow!! it a shock to me actually, cara pengendalian pengurusan Qurban cukup mengaibkan. Agihan daging qurban pun x tahu la nk ckp mcmna.. Dahlah x de meeting atau bertanya pd tuan empunya Qurban agihan ikut sesuka ati sj.. terang. Niat org nk dptkan bahagian d buat kenduri pun x dpt hnya sedikit utk d jamah bersama keluarga shj. Nauzubila min zalik!!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Dan dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman;
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Semoga ayat dan hadis ini memberi ransangan kepada kita bahawa kita perlu mengikhlaskan hati dan membetulkan niat kita dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

Saya selalu sebut bahawa Allah SWT menerima amalan seseorang itu berasaskan sekurang-kurangnya 2 perkara; Ikhlas dan Betul dengan syariat Allah SWT.

Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh sebahagian ahli masyarakat rasanya boleh diberi nasihat dan diperbaiki demi kemaslahatan bersama umat Islam.

Apa yaang saya ingin nyatakan dalam ruang yang terbatas ini adalah berkaitan dengan pengagihan daging korban. Semoga bermanfaat, Insya Allah.

Korban Secara Jamaie
Ibadah korban boleh dilakukan oleh seseorang dan boleh dikongsikan secara beramai-ramai (jamaie). Hukumnya sunat di sisi Imam Syafie dan wajib kepada orang yang kaya dalam mazhab Hanafi. Kepada yang miskin sunat melakukannya.

Dalam mengusahakan ibadah korban secara jamaie, kekadang pihak tertentu telah mengabaikan kaedah pembahagian daging korban. Ada yang mengagihkan daging korban mengikut pemahaman sendiri tanpa merujuk kepada perintah agama.
 
Ramai yang tahu bahawa seekor lembu contohnya boleh mewakili 7 orang dan setiap orang mengambil satu bahagian. Maka orang yang mengambil bahagian itu telah membayar harga bahagian masing-masing. Apabila ibadat korban terlaksana, dia berhak mendapatkan bahagiannya atas lembu tersebut. Dia berhak mengambil bahagian-bahagian tertentu atas lembu tersebut samada untuk dirinya, atau diagihkan kepada saudara mara, jiran, kawan-kawan dan faqir miskin.

Jika ibadat korban itu diurus oleh pihak lain, maka pihak tersebut hendaklah memastikan bahagian orang yang melaksanakan ibadah tersebut diperolehi. Pihak tersebut tidak berhak mengagihkannya sendiri melainkan dengan persetujuan daripada pembayar atau peserta korban tersebut. Ini kerana hak atau pemilik sebenar kepada daging korban tersebut ialah orang yang telah membuat bayaran dan melaksanakan ibadah korban itu. Adapun pihak pengendali hanya melaksanakan amanah dan tugasan sahaja. Dia tidak berhak apa-apa kecuali ada persetujuan bersama bahawa diserahkan cara pengagihan kepada pihak pengendali. Apa yang pengendali berhak ambil ialah kos pengurusan dan itu diluar daripada harga bahagian korban tersebut.

Pembahagian Daging Korban
Daging, hati, jantung, limpa, tulang dan lain-lainnya hendaklah dibahagi adil sesama peserta atas
lembu korban tersebut kecuali kaki dan kepala lembu tersebut. Tidak boleh dibahagikan dagingnya sahaja sebelum semua atas bahagian lembu itu kecuali semua orang mendapatkan haknya setelah seekor lembu itu diuruskan. Menyalahi sunnah dan agama jika agihan itu sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi kepada peserta ibadah korban. Dengan ertikata lain difahami bahawa tidak boleh dicampur-campur daging lembu A dan lembu B.

Pengagih daging korban perlu memastikan bahawa hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7  kerana kaki cuma ada 4 kaki.

Adalah diingatkan bahawa tiap-tiap orang yang melaksanakan ibadah korban sunat makan daging korbannya sendiri. Dia juga berhak memberi agihan kepada sesiapa yang diingininya termasuk fakir miskin. Orang yang melaksanakan ibadah korban itu lebih berhak ke atas daging korban tersebut dan dia boleh menyimpannya jika dia mahu dari bahagian 1/3 daripada daging korban tersebut. Ini adalah pendapat Ibn Mas'ud dan Ibn Umar mengenai hal pembahagian daging korban ini.

Namun bagi orang yang melaksanakan ibadah korban itu faham bahawa adalah afdhal jika disedekah atau dihadiahkan semuanya daging korban tersebut melainkan dimakannya sedikit kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada mementingkan diri sendiri. Jika orang itu memakan kesemua daging korban dan digantikan dengan daging lain untuk diagihkan , korbannya tetap sah tetapi menyalahi afdal sahaja.

Berbeza Dengan Daging Akikah
Daging korban afdal diagihkan dalam keadaan mentah berbanding dengan akikah yang sunat dimasakkan. Dan daging akikah hendaklah dihabiskan dan tidak disimpan bahkan tidak ada pembahagian kepada fakir miskin dan seumpamanya. Ini amat berbeza dengan daging korban yang sunat di bahagi 3 iaitu kepada diri sendiri, fakir miskin dan sebahagian lagi diberi hadiah kepada orang yang memerlukannya termasuk mereka yang kaya dan yang turut melakukan ibadah korban.

Semoga memberi manfaat atas penjernihan ini. Sebagai manusia biasa kita tidak lepas dari sifat lemah dan jahil tapi kita mesti terus belajar kerana agama bukan hak kita untuk kita tafsir sendiri. Agama itu datang dengan hukum-hakam dan syariatnya sekali. Pemahaman kita yang jelas kepada agama akan mengangkat martabat diri dan membangunkan syiat Islam itu sendiri sebagai agama yang adil dan berhikmah untuk semua. Wallahu A'lam!!!

Journal 2013 - # 453

Hi uols!! Salam sayang utk uols sume.. baru arini aku dpt update weblog aku setelah beberapa arini sibuk dgn urusan yg berkaitan dgn keluarga. Penat pun x abis lagi walaupun dlm mood cuti. Well Semalam kami sekeluarga telah membuat bacaan yasin n tahlil kt rumah ni.



Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar walaupun sederhana, ramai yg d jemput tp ada jg yg x dpt dtg atas urusan yg x dpt d elakkan, x pe la.. tp sedikit terkilan bila ada teman-teman yg kita jemput x dtg n x maklum awal, yg maklum awal tu kira d maafkan sbb kita hanya mampu merancang. Maybe lepas ni once ada event dkt rumah ni buat majlis tertutup shj kut x perlulah nk jemput kekawan walaupun BFF..

Sering kali bila ada undangan atau jemputan aku sekeluarga cuba utk memenuhi undangan tersebut, tp masyarakat sekeliling kampung aku ni mcm x reti pula nk bersosial. Nk kita dtg rumah mereka sj bila ada kenduri kendara or apa2 majlis, tp bila turn kita menjemput urm!! jgn kata batang hidung x nmpk bayang pun x de, so uols jgn jd mcm tu walaupun kita ni sekampung buatnya org pulaukan keluarga kita sendiri mo ingat la yerk!

 
Menerap budaya yg sering berlaku dlm masyarakat kampung aku, x tahu la sepanjang aku hidup ni x pernah la aku tgk masyarakat kt mana2 yg buat tahlil d rumah tu mengadakan bacaan yasin, but this is 1st time we all buat! Sepatutnya begitukan.. aku harap lepas ni akan berterusan amalan sebegini. Oklah uols nnti ada masa aku share lg story mory yg best n PANAS!! Adiosazz!!

Journal 2013 - # 452

Hi uols!! Salam Mesra Salam Kedamaian.. Hari ni genap seminggu ada kt Sabah, lagi 2 minggu nk abiskan cuti-cuti aku ni, Well miss utk beberapa arini adalah utk nk siapkan assignment aku yg masih pending utk di siapkan b4 due date November 15, 2013 well it's time to finish up all the assignment! Mng stress dgn assignment tp kena la terima hakikat yg aku kena juga siapkan.

Arrgg!! Assignment x siap lagi!?
So apa pun terjadi misi utk siapkan assignment ni mesti d teruskan, pd uols yg study kt OUM tu yg ambik BMC course jgn lupa komen yer utk perkongsian ilmu. Check it out!!

Principle Of Advertising n Interactive Media dua assignment yg perlu aku siapkan. Dua2 pasal media n publication fuhh!! Masak nk cr bahan, kata mana ye nk dpt source selain drpd library n pakcik google urmm!! cer komen ckit!!

Journal 2013 - # 451

Hi uols! Salam cuti-cuti Malaysia utk ouls!! Cuti yang begitu mem'busy 'kan diri dgn aktiviti tersendiri. Balik saja Sabah ni kemewahan terbentang luas, mana tak nye syurga seafood terbentang luas sana sini seafood, Murah pula tu hihi! So apa lg pulun membeli ler. Sehari b4 raya aritu aku smpt jg la ke pasar besar ikan Kota Kinabalu, urmm!! mng syurga ikan tp pasar ni buka waktu siang bkn yg malam yer! yg malam tu next time i citer okies!!
Ikan Krisis fresh!!
Udang!!
Ketam!!
So peluang yg ada dihadapan mata ini aku ambik peluang utk memasak sndiri, klau x KL mng x dpt la nk merasa makanan seafood sndiri terutama skali yg fresh terbaik drpd laut china selatan hihi{^_^}

Well uols!! arini aku nk share satu resepi yg baru saja aku buat beberapa arini rs ok la juga cuma ada beberapa kekawan bertanya camner nk buat kan. So here we go i share my resepi utk uols mencuba yer.
'Ikan Puteh Masak Steam D'Aura'

Bahan-Bahan:
1 Ekor ikan sederhana besar
Halia secukupnya (dihiris)
Lengkuas secukupnya (dihiris)
3 atau 4 ulas bawang putih (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
Beberapa biji cili padi (dipotong)
Daun bawang secukupnya
Daun ketumbar secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya (gula pun boleh)
1 Asam keping
Sos ikan utk penambah rasa (letak dalam satu ke dua sudu)

Caranya:
Semua bahan kat atas tu di masukkan bersama ikan. Kemudian kukus selama 15 ke 20 minit, ready to eat! Hihi (^_^)

Kan senang!! sume main campak jer!! so siap utk di makan. Kekadang kita kena ubah suai juga resepi ni ada yg suka masam ada yg suka pedas so pandai-pandai org nk olah mcmna yer!! Selamat mencuba uols!!

Journal 2013 - # 450

Hi uols! Salam kedamaian dan salam sihat utk uols, arini ari kedua kita menyambut Hari Raya Aidil Adha. Mesti uols sibuk dgn kenduri qurban sana sini kan hihi. Berapa ekor lembuh uols tumbangkan tahun ni? Apa pun yg penting niat kita itu smpi yer..

Well arini aku x nk sembang pasal Qurban tapi aku nak share pasal kesihatan. Hmm.. mesti uols terperanjatkan knpa nk share soal kesihatan? Aku sakit lg ker? hihi x la just nk bg info sj utk uols terutama skali org kat area Sabah khusus sekitar Kota Kinabalu. Baru-baru ni aku mengalami kekejangan kedua-dua kaki. Masya Allah sakit teramat sgt, bila time tido saja pasti akan kejang macam org lepas main bola sepak or berlari.

Oleh sebab dah balik Sabah ni aku pun apa lagi mencari tempat yang sesuai utk membuat Physiotherapy. Jenny Physiotherapy & Sport Injury Clinic, mesti uols x pernah dgr atau pernah dgr tp x tahu kat manakan. Btw ia terletak d 11-0, Ground Floor, Lrg Lintas Plaza 2, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Klinik ni menawarkan perkhidmatan physiotherapy selain menggunakan peralatan physio yg modern tapi mereka juga menggunakan acupuncture, Chinese Physicians & Physical Therapists. Bayaran yg di tawarkan juga berpatutan utk kali pertama bayaran RM50+ dan jika rawatan seterusnya RM30+ x termasuk pembekalan ubat-ubatan jika x serius. 

Ini kali kedua aku melalui rawatan tersebut b4 that aku buat sbb stress bhgian otot badan. Memang berkesan sbb kaedah rawatan yg d gunakan cukup berbeza. Mula-Mula physiotherapy electrotherapy machines d gunakan mengikut voltan tertentu utk melancarkan peredaran darah selain penggunaan batu panas dan urutan tradisional cina.

Okies uols klau uols nk ke sana make sure uols call utk buat temu janji (088-256 966) ok sbb kekadang ramai org jg yg ke sana. Selamat mencuba uols!!
0898-25 6966
0898-25 6966

Journal 2013 - # 449

 


Hi uols!! Salam Pengorbanan, Salam Kedamaian Salam Keharmonian, hari ni 15hb Oktober 2013 merupakan sambutan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Alhamdulillah syukur kita dapat menyambutnya kali ini. Tahun ni keluarga aku berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam ibadat Qurban ini. Nnti ada masa aku upload suasana sambutan Qurban d kawasan kampung aku ni yer.. Utk entry kali ni aku nk share pasal 'Ibadat Qurban' Kenapa Qurban berlaku, kenapa Islam menuntut perkara ini. Dalam masa yg sama juga sebahagian umat islam juga ada yg mengerjakan fardu Haji yang dituntut bagi yang mampu. Jom baca artikel ini sbg pengetahuan ilmu kita ok.

HARI RAYA AIDIL ADHA


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon 


Hari Raya Aidiladha dalam hadis
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Journal 2013 - # 448

Hi uols! Salam Perjuangan Salam Kedamaian.. kali ni aku redakan dulu weblog ni utk uols bersantai relex kan minda, buat masa ni aku tgh dlm #Mood #Holiday so entry kali ni aku just nk share kan satu video klip yg buat aku rs seronok bila mendengarnya. Check it out jom layan video ni ok!!

Amir Jahari ~ Tanpamu
Selamat pagi semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih

Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Journal 2013 - # 447

Hi uols! Salam damai salam cuti-cuti Malaysia, memandangkan aku dan on 'Mode Cuti' well apa kata uols baca tips utk percutian keluarga.. 

"Bagaimana Merancang Percutian Keluarg?"

Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk:

1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan
Ada yang pandang mudah tentang perkara ini, kononnye bila dah sampai di tempat yang dituju nanti tahulah apa nak buat. Tapi hakikatnya kita akan banyak terlepas sesuatu yang menarik jika tak rancang awal-awal. Hari pertama nak buat apa, kedua, ketiga dan seterusya. Jadi senang nak bajet duit dan keperluan percutian.
2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)
Pengiraan bajet boleh dilakukan bila kita tahu berapa hari kita akan bercuti, program lawatan, berapa ramai turut serta, cuaca dan kos sara hidup di tempat tersebut.
Bila kita dan ada maklumat di atas, bolehlah kita buat pengiraan kasar tentang;
- kos agensi pelancongan (tour package) (kalau guna khidmat agensi pelancongan)
- kos beli barang-barang keperluan untuk ke tempat tersebut (contohnya baju sejuk tebal-tebal kalau nak melawat Korea di musim sejuk yang bersalji)
- kos makan-minum, jajan, aiskrim..
- kos tempat penginapan
- kos pengangkutan (tol, minyak kereta, bayaran teksi, tiket penerbangan, tiket keretapi atau lain-lain lagi)
- harga tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
- kos beli buah tangan untuk dibawa balik (souvenirs)
- kos insuran perjalanan (jika perlu)
- wang reserve untuk keperluan semasa kecemasan(contohnya anak tetiba sakit so kena bawa jumpa doktor segera)
- lain ( contohnya tips untuk agen pelancongan)
Kita boleh gunakan internet untuk mendapat maklumat tentang harga dan kos-kos tertentu kalau kita tak tahu. Atau boleh saja bertanyakan kawan-kawan yang dah pernah ke sana untuk membantu kita membuat pengiraan.
3. Sediakan Wang Mengikut Pengiraan Bajet
OK, yang paling susah sebenarnya ialah menyimpan duit untuk percutian idaman ni. Sebaiknya jangan meminjam untuk bercuti. Memang ada agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan bayaran ansuran, cuma pada saya tidak berbaloi berhutang semata-mata untuk bercuti. Ada banyak cara untuk mengurangkan bajet perbelanjaan... antaranya kalau tak mampu bercuti ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara, kalau tak mampun tinggal di hotel lima bintang bertukar sahaja ke homestay, kalau tak cukup duit tahun ini tunda sahaja ke tahun hadapan, dan sebagainya.
4. Plan cuti kerja dan mohon awal-awal
Untuk yang bekerja, penting untuk kita rancang tarikh bercuti dan bagitau bos awal-awal. bila bos tahu awal, dia boleh pon boleh merancang dari awal apa perlu buat bila kita takde.. contohnya dapatkan orang lain cover kita. kalau lambat bagitau, takut orang lain dah book cuti dulu, dan kita akan melepas.
5. Book Pengangkutan
Bila duit dah cukup dan cuti sudah diluluskan, bolehlah book pengangkutan utama seperti keretapi, bas ekspress atau kapal terbang. Pengangkutan jenis ni kena book awal terutama pada hujung minggu, musim perayaan dan cuti sekolah sebab tiket selalu cepat habis. Harga tiket juga akan bertambah mahal jika beli pada saat-saat akhir, ini amat benar untuk tiket kapal terbang. Tahukah anda yang harga tiket kapal terbang boleh mencecah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pada 6 bulan sebelumnya? 

6. Book Penginapan
Sama seperti pengangkutan, booklah penginapan hanya selepas cuti diluluskan dan wang sudah cukup. Keperluan bercuti bersama keluarga agak unik jadi kita tentu ada kriteria tertentu bila memilih jenis dan lokasi penginapan tersebut, jadi booklah awal sebelum orang lain sambar dulu. Bila pilihan yang sudah disesuaikan dengan bajet sudah tiada yang kosong, kita mungkin terpaksa naik taraf jenis penginapan... akibatnya terpaksa tambah duit lagi. Tahukah anda yang kita boleh book pada harga yang amat murah sehingga 20% jika book awal? Caranya ialah dengan book online dari website-website yang boleh dipercayai seperti Booking.com dan Agoda.com. Cubalah..
7. Sediakan Keperluan Percutian
Kalau ke luar negara, jangan lupa tentang passport, visa dan vaksin (jika perlu). Paling kurang, kita perlukan bagasi dengan saiz yang sesuai dengan tempoh melancong dan berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan (biasanya 20kg untuk kelas ekonomi. kalau nak lebih, kena tambah kos!). Insuran perjalanan untuk seisi keluarga juga amat wajar dan harganya tidaklah mahal. Jangan lupa sediakan keperluan percutian yang dirasakan mahal/sukar untuk didapati di tempat yang dilawati. Contohnya kamera, baju sejuk, pakaian renang dan sebagainya. Ohya, untuk yang ada penyakit tertentu, bawalah bekalan ubatan secukupnya. Mungkin berbaloi untuk mendapatkan surat doktor jika perlu membeli ubat tambahan nanti.
Mungkin ada lagi yang perlu dilakukan yang saya tidak senaraikan, tetapi sebagai panduan saya rasa senarai ini berbaloi unuk diberi perhatian.
Selamat bercuti!

Journal 2013 - # 446

Hi uols!! Salam Kedamaian Salam Santai utk uols sume! Hari ni bermulalah cuti panjangku, hampir 3 minggu percutian aku rancang kali ini. Macam-macam dalam pikiran aku rancang, tp misi utama aku kena siapkan assignment aku b4 due date hihi (^_^).

Well uols, utk bercuti panjang ni aku kena rancang segala-galanya terutama sekali berkenaan dgn kewangan. Al-maklumlah 3 weeks 4 holiday, duit gaji pun kena cut cost jg hihi. Bajet tetap bajet tp kena tgk juga how can we manage our bajet kan..


Percutian kali ni bkn nk ke mana pun just nk balik Sabah jer, nak rehat secukup-cukupnya! Klau boleh x nk pikir soal keja nk pikir study n nak happy kan diri jer {^_^}. Aku da buat beberapa list utk aku kena lakukan dlm cuti nnti agar apa yg d rancang akan terlaksana kelak. Cuti kali ni bersempena cuti Hari Raya Aidil Adha, so pada uols yg beragama islam slmt menymbt Aidil Adha okies!!

So alang-alang da cuti tu, so kenalah pikirkan cuti panjang ni nk buat apa? antara check list yg aku da buat ialah:
  1. 2 Assignment kena siap b4 weekend berikutnya.
  2. Jenguk2 landskap kt rumah
  3. Sesi Photoshot kt mana2 lokasi menarik.
  4. Nak bercuti g Pulau or Hutan
  5. x tau nak pikir apa lg hihi
Itu antara check list yg aku buat, tp x tau la jalan atau x. Actually percutian kali ni x la d rancang sangat mcm aku kata td, alang2 cuti raya aidil adha tu yg aku pulun cuti lama ckit hihi, so bleh la nk relax kt kampung halaman. Ni pun persiapan nk packing barang x buat apa2 lg sbb mood cuti x on lg.

Yang penting, tiket flight da ready and tinggal nk check in kt kaunter KLIA tu jer hihi. Jgn terlepas kapal terbang udah ler yer. Kebetulan pula tiket flight kali ni btl2 murah! MAS u make me in falling love again (^_^)
Apa yg penting kenderaan n duit minyak yg mencukupi, sbb once klau balik sabah mng aku patah kaki sbb x de keta so kenalah sewa keta hihi. Banyak benda plak yg aku kena check list utk balik kampung sambil bercuti ni:
  1. Karema DSLR
  2. My Fav CD 
  3. Passport (persediaan awal kut nk g brunei ker)
  4. Laptop 
  5. Modul utk assignment
  6. etc
Wow!! byk benda nk kena check list semula! Hmm.. org pompuan mcm tu la byk benda nk kena bawa sekecil-kecil zara hingga la sebenar-besar gajah nk pikul hihi.

Oklah nk sembang byk pun x reti juga apa kata utk uols nk bercuti tp dlm kos bajet why not baca artikel ini utk uols kaji n pertimbangkan.

"Rancang Percutian Bajet"
"Percutian tanpa perancangan lebih seronok kerana banyak perkara menarik menanti selain sangat bersesuaian dengan masa terluang kita," kata Lisa Rahman.

Itulah antara kata-kata yang sering diungkapkan tatkala bercerita mengenai perancangan awal dilakukan untuk pergi bercuti ke destinasi pilihan.

Ramai berpendapat dengan perancangan yang dibuat awal boleh dibatalkan begitu saja jika ada hal-hal berlaku terutama berkaitan pekerjaan.

Namun, tanpa disedari, merancang percutian anda lebih awal sangat menguntungkan dari semua segi sekali gus menjadikan percutian itu lebih teratur dan menyeronokkan.

Tahun ini, apa kata cuba ubah pemikiran bahawa percutian sebaiknya dirancang lebih awal dan teliti. Sebagai contoh, bilakah tarikh yang sesuai untuk bercuti, tempoh percutian, di mana anda akan menginap dan sebagainya.

Bila semuanya dirancang dengan awal, anda pasti boleh bercuti setiap tahun dengan perbelanjaan yang lebih murah.

Tips melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda untuk merancang percutian supaya percutian anda bukan saja menyeronokkan, selesa tetapi juga lebih menjimat­kan. Selamat ber­­cuti!

Tentukan waktu yang tepat

Pertengahan atau akhir tahun biasanya antara masa bercuti yang disukai ramai. Jadi, cuba elakkan pergi bercuti pada masa itu kerana harga tiket dan hotel boleh melonjak naik.

Jika memang mahu bercuti di tempat yang sama tetapi dengan belanja yang jauh lebih murah, berkunjunglah semasa tidak ramai orang. Menjelang musim cuti atau selepas musim cuti, harga tiket atau hotel biasanya sudah turun.

Tentukan tempoh percutian
Bercuti tidak seharusnya selalu dilakukan dalam tempoh yang lama lebih-lebih lagi jika kewangan tidak begitu memberangsangkan.

Cuti hujung minggu saja sudah mampu untuk membuatkan tubuh badan dan fikiran kembali tenang dengan kerja yang sentiasa membebani. Dengan tempoh cuti yang singkat, anda juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Menabung dari awal tahun
Jika anda merancang untuk melancong di musim cuti, cara termudah untuk menikmatinya tanpa perlu menanggung perbelanjaan yang membebankan adalah dengan menabung sejak beberapa bulan sebelum percutian itu.

Seperti contoh, bajet untuk melancong itu lebih kurang RM10,000, cuba asingkan duit yang perlu setiap tahun untuk mencapai target terbabit. Jika ada bonus, lebihkan wang yang disimpan untuk tujuan bercuti. Justeru, jika merancang untuk bercuti hujung tahun ini, menabunglah dari sekarang.

Gunakan promosi dari syarikat penerbangan
Buat perancangan sejak awal dan di mana anda mahu bercuti. Dengan itu, anda sudah boleh mendapatkan tiket promosi dari syarikat-syarikat penerbangan tambang murah dengan harga yang benar-benar rendah.

Anda mungkin boleh menjadi ahli di laman web sesuatu syarikat penerbangan untuk mendapatkan mak­lumat lebih awal mengenai pakej-pakej promosi yang ditawarkan. Ia pasti sesuatu yang sangat menguntungkan.

Walau bagaimanapun, an­da sudah tidak boleh membatalkan rancangan percutian anda ketika dengan pembelian tiket promosi itu kerana wang tidak akan dikembalikan.

Pilih bilik keluarga atau apartmen
Jika bercuti dengan keluarga, menempah bilik keluarga adalah sangat menguntungkan daripada menempah dua bilih dengan satu katil tambahan.

Alternatif lain adalah dengan menyewa apartmen untuk beberapa malam. Keuntungannya, dengan bi­lik apartmen anda boleh menggunakan dapur yang ada untuk memasak makanan sendiri.

Sumber: Harian Metro

Journal 2013 - # 445

Hi uols!! Salam Perjuangan utk sume, jom baca artikel ini utk renungan kita bersama. Apa nak jadi dgn israel yg makin berani mencemar Masjid Al-Aqsa? Jom baca artikel ini.

Israel Mengotorkan Halaman Masjid Al-aqsa
 
Rabu,09-10-2013 - Hampir 22 orang zionis Israel mengotorkan halaman masjid al-Aqsa sebentar tadi dari pintu Mughrabi yang dijaga pasukan polis Israel dan pasukan khas yang dilakukan penceroboh sepanjang operasi pencerobohan. Mereka melaksanakan solat talmud di situ.

Sumber tempatan berkata, jumlah penceroboh Israel berkurangan secara ketara berbanding pencerobohan sewaktu perayaan yahudi di mana halaman masjid al-aqsa hari ini menyaksikan kehadiran yang ketara di kalangan jemaah solat, pelajar dan pelawat.
Sumber: Palestin Kini

Journal 2013 - # 444

Hi uols! Salam Ilmu, Salam Ibadah!! Dah ari khamis rupanya.. cepat btl masa berlalukan.. Oklah kali ni aku nk share pasal makanan lagi (^_^), Aku akui sume org suka makan terutama sekali bila sebut pasal seafood!! So uols berhati-hati yer, klau masak sendiri x per tp klau makan kt restoran ker, hotel ker atau kat mana-mana skali pun make sure uols tahu status restoran tersebut.

seafood yang di makan ada campuran arak? anda suka makan seafood? seafood yang di masak oleh tukang masak dan pengusaha restoran bukan muslim lebih enak rasanya? namun status kehalalannya di ragui? Anda pasti apabila terlihat 'serve no pork' bermakna restoran itu menggunakan bahan masakan yg halal? lebih baik anda ketahui dari sekarang dari anda terus menerus membiarkan darah daging anda memakan benda yang haram...
Ejen Halal: TV Al-Hijrah
 

Journal 2013 - # 443

Hi uols! Salam Perjuangan! Salam Ukhwah utk uols sume! Moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT x kira d mana sahaja kita berada. Jika semalam isu Halal, Haram & Syubhah menjadi topik perkongsian ilmu kita, kali ini aku masih lagi nk share pasal isu ini utk uols sume. Bkn apa adakalanya kita terlepas pandang soal makanan halal dan status sesebuah restoran tersebut. Okies uols! x mahu buang masa jom kita baca artikel ni yg dipetik drpd Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang disediakan oleh Mastura binti Mohd Zain.

Makanan Halal Tetapi Tidak Selamat

Selamatkah makanan aku nak makan ni?? Halal ker?
Bagaimanakah kedudukan makanan yang sememangnya halal tetapi tidak selamat untuk dimakan yakni, terdapat bukti menunjukkan makanan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Juga apakah makanan yang bersih itu halal dan apakah semua yang halal itu semestinya baik untuk kesihatan?

Sebenarnya tidak semua yang bersih itu halal untuk dimakan sekalipun pemprosesannya dijamin tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Juga tidak semua yang halal itu mendatangkan kebaikan dan memenuhi keperluan zat yang diperlukan tubuh manusia.

Sebagai contoh, seorang pesakit tekanan darah tinggi-walaupun gula dan garam itu merupakan sesuatu yang halal, namun dua benda itu adalah tidak sihat untuk beliau. Juga daging lembu yang diproses dengan bersih tetapi tidak disembelih mengikut syarak, maka ia tidak semestinya halal.

Agama Islam menganjurkan dua perkara utama di dalam hal makanan iaitu, kehalalan serta kebersihan makanan yang diambil. Di dalam agama Islam selagi tidak ada nas yang mengharamkan sesuatu benda itu, maka ia adalah halal untuk dimakan.

Namun demikian, soal kebersihan dan keselamatan makanan turut berkait rapat dalam pengambilan sesuatu makanan. Halal tetapi tidak bersih serta tidak selamat, samada dari segi penyediaan mahupun ketika makanan itu diproses, akan mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas. Oleh itu ketiga-tiga faktor tersebut saling berkait di antara satu sama lain.

Makanan yang halal tetapi tidak selamat, mungkin akibat daripada pelbagai teknik yang digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan, dilihat sebagai makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jika sesuatu itu sudah pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan manusia, agama Islam sama sekali tidak akan menyokongnya.

Di dalam agama Islam, sesuatu yang halal itu semestinya tidak mendatangkan kemudaratan kepada si pemakan. Masyarakat Islam di negara ini lazimnya akan memberi keutamaan kepada logo halal apabila memilih makanan, tetapi kurang mengambil kira kandungan zat di dalam makanan tersebut. Boleh dikatakan tahap kesedaran masyarakat masih rendah mengenai kandungan makanan yang sihat untuk kesihatan. Mereka tidak mempunyai ilmu tentang kandungan makanan yang diambil; ditambah pula dengan pelbagai istilah yang digunakan contohnya, asid amino atau omega 3, membuatkan ramai yang tidak kisah.

Ini ditambah dengan iklan-iklan yang hanya mengiklankan barangan tanpa menerapkan nilai-nilai ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna. Atas kesedaran ini, Kementerian Kesihatan dikatakan akan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan restoran makanan segera menyenaraikan maklumat kandungan makanan dan minuman yang dijual kepada orang ramai.

Terdapat juga cadangan untuk menguatkuasakan larangan menyiarkan iklan makanan segera serta penajaan iklan bagi program kanak-kanak di media elektronik. Dengan adanya maklumat berhubung istilah-istilah kandungan makanan dapat membantu menyedarkan masyarakat mengenai pengambilan makanan yang seimbang. Dengan ilmu mengenai kandungan dalam makanan, mampu mengatasi masalah kesihatan masyarakat.

Sememangnya umat Islam harus mengambil berat apa jua sumber yang menjadi asas pemakanannya. Ini kerana kita tahu setiap makanan yang diambil akan menjadi darah daging manusia itu sendiri. Jadi mengambil makanan yang halal, bersih dan selamat bukan saja menjamin kesihatan seseorang malah mampu membentuk nilai spiritual yang amat tinggi di dalam diri seseorang itu dengan akhlak dan perilaku yang baik. Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti faktor keturunan, persekitaran, pendidikan, namun agama Islam memang menitikberatkan hal pengambilan makanan seseorang.

Ini jelas apabila Rasulullah SAW bersabda seseorang yang di dalam tubuhnya terdiri daripada makanan yang haram, Allah sukar untuk memperkenankan setiap doa-doanya. Imam Ghazali pula menceritakan, seorang wali Allah, Suhail, pernah berkata, apabila seseorang itu makan makanan yang haram, anggota badannya enggan mengikuti fikirannya. Walaupun di fikirannya hendak melakukan amal soleh dan kebajikan, namun anggota badan yang dibentuk daripada makanan yang haram terlalu berat untuk melaksanakannya.

Dalam hal ini perlu juga diperhatikan tentang pengambilan makanan yang syubhah, kerana ia tetap memberi kesan kepada tingkah laku seseorang.  Makanan yang syubhah contohnya, memberi makan anak buah dari pokok orang lain tanpa meminta izin tuan punya pokok terlebih dahulu, akan mempengaruhi tingkah laku anak, ditakuti menjadi anak yang nakal. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mempastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah halal.

Abdul Kadir al-Jailani menjadi seorang ulama tersohor kerana kedua-dua ibubapanya begitu prihatin tentang halal dan haram sesuatu perkara; khasnya yang berkaitan dengan pemakanan yang diberikan kepada anak-anaknya. Juga perlu diingat, memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintahNya.