Aku Pendatang Tanpa Syarat

Tika aku duduk sendirian di sebuah kedai kopi sambil ditemani tabletku, seakan aku lupa akan hal aku ketika ini. Aku berhenti menekan setiap bait keypad pada tablet ku, hati kecilku berkata dan bertanya 'Siapa Aku Sebenarnya? Siapa aku dibumi ini? Kenapa aku hidup dibumi ini? Mengapa aku?' Ya Tuhan aku mula bermonolog sendirian. Ilham terpancar, maka aku mula mengambil note book dan pen dari beg aku, aku menulis point-point penting agar tidak terlupa untuk penulisan seterusnya, Satu persatu baris aku tulis dan ku perincikan. 

Bermulanya sebuah epilog:
Ya Tuhan aku mula sedar betapa kerdilnya aku di bumi ini, terlalu kerdil dan terlalu malu aku kepada Mu. Hai lah manusia inilah sifatmu menabik dada mengaku paling berkuasa di bumi ini, kerana akal fikiran mu yang pinjamkan dan berikan kepada mu kau mula lupa siapa diri kau sebenarnya di bumi milik Dia yang berkuasa. Dari tanah kejadian manusia itu kembali juga ia ke dalam tanah. Allahu Akhbar!

Melihat persekitaranku, aku mula mencari dan terus mencari jawapan yang sememangnya aku telah ketahui. Melihat manusia disekelilingku, melihat kejahilan dan kealpaan ini aku mula sedar siapa aku pada diri aku sendiri. Gelagat manusia, perangai manusia, tutur bahasa manusia aku pelajari dan adakalanya aku tersenyum sinis kesemua itu, betapa bodohnya aku menjadi manusia kerdil dan tidak sedar diri siapa aku di bumi ini. Memiliki kekayaan, harta benda, rumah, kereta, jawatan, pangkat dan darjat keturunan bukan menjamin sesiapa manusia itu, ternyata manusia itu miskin papah kedana walaupun kaya tapi semua itu pinjaman semata-mata, Duduk di rumah mewah, menaiki kenderaan mewah, tidak menjamin siapa kita kepada DIA yang berhak dan berkuasa. Sedarkah kita siapa kita pada sisi dan mata DIA yang satu itu? 

Ada apa pada BANGSA dan KETURUNAN mu yang kau laungkan sebagai peribumi asal di negeri ini, apa kau mula lupa siapa kau dari mana asal usul dan keturunanmu dari mana? Lupakan kau asal kejadian diri mu dari setitis air mani yang jijik dan hina ketika kau membesar dirahim seorang wanita yang bernama IBU mu, kau ditiupkan roh ke dalam jasadmu oleh sang Pencipta iaitu Allah azawajal!? Lupakah kau bagaimana kau dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang pendatang di bumi ini juga!? Lahirmu disambut dengan rasa kesyukuran dan tanda kasih kepada Ilahi, sedarkah kau juga seorang pendatang di bumi ini tanpa ada sebarang syarat, perbezaan agama, bangsa dan keturunanmu siapa di bumi ini? Kenapa mesti kau bangga dengan keturunan, pangkat dan darjatmu? Sedangkan kau manusia hina di mata Tuhan pencipta mu!? Mengapakah kau masih bangga dengan asal usulmu? Mengapakah kau lupa bumi ini dunia ini milik siapa? Sedarlah diri mu bukan milikmu, semua itu pinjaman daripada Allah swt.

Siapa kita menghukum sesuatu kaum itu, datang mereka sebagai pendatang atau pelarian, sedangkan kita semua ini pendatang di bumi milik Tuhan tanpa sebarang syarat. Sedarilah kita juga pendatang di bumi ini.
Allahu Akhbar! Malunya aku kepadaMu ya Allah.. Siapakah aku pada Mu yang selalu menabik dada bangga dengan keturunan, pangkat dan darjat yang aku miliki, sedangkan aku seorang gelandangan dan pendatang di bumi Mu ini ya Allah. Aku lupa aku alpa asal usulku? Aku malu kerana apa yang aku miliki dan aku kecapi hari ini adalah pinjaman daripada mu semata-mata.  Dosa silam itu, datang menghempap jiwaku… Aku tak mampu bersuara Seolah-olah semuanya tersekat dan terikat. Adakah masih ada tempat untuk ku pulang ke pangkal jalan? Atau terus menyimpang di jalan kelalaian dunia ini? Ya Allah ya tuhanku, ku hambaMu yang kerdil, meminta secebis jalan kemampunan demi keinsafan.. Jauhkan aku dr nafsu  keduniaan Kau berikan aku kekuatan untuk menepis hawa nafsu keduniaan yang menghancurkan jiwa ini. Kau runtuhkan tembok ego ku ini agar aku tunduk kepada kuasaMu ya Allah.

Aku Lelah

Saat aku terlalu memerlukan orang-orang
yang aku sayangi dan kasihi belum tentu akan hadir disisi ini. Ahh! Pedulikan mereka, mereka hanya perlukan kau ketika kau senang. Jangan pernah kau lupa betapa kau rapuh ketika kau dalam sengsara. Tiada siapa pernah tahu. Hinggakan kau sendiri tak sedar luka itu terlalu dalam.

Allahu akhbar, selama ini aku abaikan hati dan jiwaku, aku abaikan soal kebajikan diri ku, patutlah aku sering memendam rasa itu. Masa kan aku lupa berapa banyak yang datang memohon bantuan pertolongan daripadaku suatu ketika dahulu? Sehingga aku abaikan kehendak aku demi membantu mereka tak kira dalam bentuk apa sekali pun tenaga, akal fikiran mahupun kewangan.

Aku lelah dengan semua ini, penat dengan situasi itu yang sering kali aku hadapi sehingga aku abaikan kebajikan diri aku. Adakalanya aku bosan dengan situasi acap kali aku terpaksa tempuhi. Aku sukar melafaskan 'TIDAK' pada mereka. Kesukaran itu buat aku lelah tak terhingga.

Maaf kali ini aku terpaksa menjauh dan membawa diri, hati aku tawar bila aku perlu kalian saat aku jatuh dan memerlukan teman. Aku perlukan ruang untuk diri sendiri yang tiada kesakitan dan sarat dengan fikiran untuk memikirkan hal orang lain, bersama insan-insan yang masih sudi bersamaku kala aku sakit, sedih, duka, jatuh mahupun dalam tawa ku. Kerana ini aku lebih memilih untuk bersendirian walau aku dalam duka dan sedih.

Aku Bangkit

Sedari kehidupan ini adakalanya di atas dan adakalanya di bawah, aku merasakan adakalanya ia tidak berlaku adil terhadap apa yang berlaku, mungkin zaman sekarang bukan sembang soal adil atau tidak, tapi hak kepentingan diri sendiri. Manusia selalu lupa dan alpa akan roda kehidupan itu.

Jika setahun aku jatuh dan lemas dengan masalah yang hadir dalam hidup ini, pada mulanya aku menyerah kalah tanpa seorang pun sedar akan kekecewaan dalam hidup ini, apatah lagi melibatkan soal keluarga. Ditambahkan lagi aku menghadapi masalah kewangan yang amat kritikal ketika itu kerana aku tiada sumber pendapatan yang tetap. Seriously tekanan yang aku hadapi membuat aku rasa hina dan tak bermaya untuk menghadapi cabaran itu. Masa tu barulah aku sedar, nampak serta jelas nyata siapa kawan ketika susah dan senang. Banyak yang hadir tapi berlalu pergi. Baru kau akan nampak belang dan warna serta perangai kawan-kawan kau yang hanya akan bersama ketika suka dan senang sahaja.

Disitu aku mula memilih kawan dan mengenali lawan. Kawan banyak jenis ada yang baik membantu tapi di bibir sahaja. Ada yang hadir tapi sementara sahaja membiarkan kau lemas tanpa tali. Ketika itu barulah sedar kawan yang setia mendengar adalah ketika kau sujud 5 waktu dia maha mendengar tak kita kau gembira atau sedih adalah Allah swt.

Setahun berlalu, aku masih mencari kekuatan diri untuk bangkit dari kekecewaan hidup ini. Aku mula mengorak langkah, perlahan aku bangkit walau aku ia perit. Perlahan aku menyepikan diri dari mereka-mereka yang ku rasa tak perlu lagi diri aku dan aku tak perlu menganggu mereka. Cukup aku bangkit dari tempat lamaku, biar aku lakukan sendiri tak perlulah mencari bahu untuk menangis dan mengadu, aku ada Allah cukup pada dia tempat aku meluah segala apa yang ku rasa. Ku tinggalkan segalanya demi menjaga hati aku sendiri.

Aku dan Dunia ku

Aku bebas untuk melakukan apa saja yang aku mahu selagi aku tahu batas dan hukum alam ini. Dunia ku penuh cerita suka dan duka, aku bebas memilih sama ada aku perlu lalui atau tidak, perlu menangis atau ketawa. Mengenali, mempelajari dan menjiwai sesuatu perkara itu adalah seni, menilai dan mengkaji itu adalah ilmu yang perlu di manfaatkan. Mungkin aku lebih suka bersendirian menghadapi segala masalah dan ujian itu cuba aku pikul tanpa perlu aku mengadu kepada sesiapa kini. Dan aku terpaksa berlakon atau perlu sembunyikan kesedihan itu daripada sesiapa pun. Bila mana aku gembira dan bila mana aku kecewa. Menghayati sisa kehidupan ini adalah suatu rahmat dan anugerah. Aku bersyukur kerana peluang itu tetap aku kecapi saban hari walaupun aku terpaksa berhadapan dengan ragam manusia. Menyendiri itu perkara biasa.. Tak ada apa perlu kau risaukan yakinilah Allah itu sentiasa ada disisimu. Ketahuilah Allah itu tak pernah mengecewakan hambaNya. Selagi kita yakin dan sujud kepada Dia yang satu.

Pengalaman mengajar aku lebih kuat dan mengajar aku erti kehidupan ini. Hidup jangan terlalu bergantung dan berharap pada manusia. Hidup jika telah memberi atau menolong jangan berharap untuk dapat balasannya. Hidup dalam berkawan jangan mengharap kawan itu akan ada bersama kita.

Ketahuilah bila mana musibah datang belum tentu ada tangan atau bahu untuk dipinjamkan pada kita untuk mendengar dan mengadu setiap apa kita lalui, belum tentu ada kecuali bila mana kita mengadu pada Allah swt. Dia maha mendengar walaupun kita tidak mendengarnya, dia ada disisi kita ketika suka atau duka walau kita tak pernah melihatnya. Percaya pada Dia pasti selamat.

Kini aku lebih menghargai perjalanan kehidupan ini. Hidup ini bukan takdir tapi sebuah perjalanan yang perlu dilalui sama ada suka atau tidak itulah kehidupan.. Membahagiakan diri sendiri lebih bermakna daripada membahagiakan orang lain namun hati ini sering disakiti. Maka itu aku lebih suka melakukan hal sendirian tanpa ada sesiapa yang menganggu atau mengikat pergerakan aku. Cukuplah pengalaman sebelum ini mengajar aku mengenali siapa kawan siapa lawan. Cukuplah aku mengenali mana kaca dan mana intan permata. Dan aku tak pernah kesali setiap apa yang berlaku, namun anggaplah ia sebagai panduan dan pengajaran hidup agar lebih berhati-hati dalam soal kehidupan apatah lagi soal menjaga hati. Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku buat aku serik dengan permainan kehidupan ini. Biar aku lalui kehidupan ini dengan fasa baru dan dunia baru aku.

Hancurnya Sebuah Jiwa

Pernahkah aku terfikir berapa banyak hati telah kau melukakan dan kau hancurkan menjadi retak serta berderai kecapi? Bila kau berbicara soal hak terhadap aku, apa yang
kau tahu soal hak? Sedangkan kau sendiri lupa pada asal hak kau. Cukuplah apa yang berlaku ketika ini, aku malas dengan agenda tersembunyi itu. Jangan jadi manusia hipokrit hidup dalam kepura-puraan sedangkan kau sendir lupa tangungjawab terhadap dia selama ini.

Cukuplah aku membuang diri, diam seribu bahasa, aku jauh dari segala yang ada ketika ini, kerana aku terdidik tidak seperti kalian bertindak mengikut nafsu . Sarat dengan masalah sendiri apatah lagi ditambah dengan masalah yang dicipta oleh manusia-manusia seperti kalian, hidup dalam hipokrit, plastik berpura-pura baik dan penuh dengan kepalsuan. Mendabik dada terpelajar memiliki segalanya, berjawatan tinggi tapi sebenarnya pinjaman dunia semata-mata? Pada manusia kau mulia tapi pada mata Tuhan kau terlalu hina.

Aku bosan dengan semua itu, semua yang jahil tentang kehidupan, bermegah dengan pangkat dan kekayaan, sedangkan kau papah kedana di depan Tuhan pun lebih hina pada pandangan-Nya.

Siapa kamu untuk menentukan dan menghukum hak terhadap aku? Jika kau sendiri lupa menunaikan tangungjawab mu terhadap DIA? Jangan sesekali berbicara hak dengan hbaku sedang kau lupa asal usul mu. 

Jiwa Rapuh

Kekuatan itu datang dan pergi, adakala aku mampu
bertahan lama dan adakala aku rapuh. Dalam keadaan ini aku bersyukur kerana aku tak pernah kalah dengan dugaan ini kerana aku tahu Allah ada bersamaku, ungkapan itu sering dititipkan kepadaku oleh saudara angkat ku. Tak lupa juga ingatan daripada bapa dan mak saudara ku walau apapun berlaku ingat Allah itu berkuasa bukan manusia.

Sering kali aku jatuh sering kali itu jugalah insan-insan ini hadir memberi aku ktia semangat untuk bangkit dari jatuh. Benar berapa ramai kawan yang kita ada belum pasti akan berdiri atau berada disisi kita menjadi tongkat kekuatan dalam hidup ini.

Puas aku berendam airmata, bila aku mengenang keadaan aku ketika ini. Mungkin pada mereka di luar sana akan nampak aku tersenyum, tertawa senda tapi hakikatnya aku lemah dan rapuh teramat sangat. Mana mungkin aku mampu berdiri sendiri ketika ini.

Bila ujian itu datang dan terus datang, membuat aku lemah dan makin tak kuat untuk dihadapinya sendirian. Saat itu, aku mula terfikir apa akan jadi lepas ini, bersediakah aku untuk seterusnya??

Mak.. Quarantine dan Transfusi Darah

Jam ditangan ku menunjukan 6.30PM segera aku mencari parkir kereta di HQE. Berlari aku ke arah anak tangga. Sempat singgah di bilik air sebelum pergi ke HDW. Setiba di HDW aku sedikit hairan mengapa ruang wad lengang tak seperti hari sebelum ini?

Melihat keadaan mak aku melihat jari mak di ikat kiri dan kanan. Mungkin mak cuba untuk mengalihkan tube pada mulut. Ketika itu mak sedar mula memberi isyarat hendak minum. Aku hanya mampu menyuruh mak bertahan. 

Tak sampai 5 minit nurse memanggil aku minta aku tidak berada dalam wad itu, ini. Kerana ada kes bakteria yang mudah berjangkit kepada manusia yang sihat juga dan tidak terkesan dengan antibiotik jika diberi. Allahu Akhbar sementara waktu ni mak bilik yang menempatkan emak tidak dibenarkan menerima pelawat. Jika hendak melawat perlu berpakaian biru khas untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Kira kira jam 7pm tadi aku menerima panggilan daripada doktor menyatakan mak kurang darah merah dan perlu transfution darah segera. Namun untuk melakukan prosedur itu pihak hospital perlu kebenaran daripada aku. Segera aku siapkan diri untuk terus ke hospital.

Setiba sahaja aku di HDW aku mencari doktor bekenaan. Beliau menjelaskan tekanan darah merah mak agak rendah tapi keadaan mak stabil, doktor juga menjelaskannya implikasi daripada prosedur tersebut walaupun aku sedia maklum beberapa implikasi yang akan berlaku seperti:-
  1. Alergik pada tubuh badan seperti ruam merah, gatal pada kulit.
  2. Berlakunya sesak nafas semasa pemindahan dilakukan.
  3. 0.01% jangkitan kuman berlaku.
Allahu Rabbi besar dugaan mak kali ini, walaupun ketika ini, punca sebenar daripada mana jangkitan berlaku masih tidak diketahui.

Aku sebagai anak hanya mampu lakukan apa yang terbaik buat mak, selain mampu berdoa buat mak. Demi mak aku cuba sebaik mungkin. Siapa yang sanggup melihat orang tuanya terlantar di katil hospital, dengan tangan yang dicucuk dengan jarum untuk ubat dan bernafas dengan bantuan pernafasan. Aku yang melihat ini cukup terkesan tak mampu untuk melihatnya. Tambahan pula kini aku terbatas untuk menyentuh mak oleh kerana terpaksa di kuarantin buat masa ini. Allahu Akhbar, tabahkan hatiku tenangkan jiwaku Ya Rabb.

Untuk Kamu Jiwa Jiwa Yang ku Sanjung

Otak aku ligat untuk bercerita, time is quality be alone am I right? Saat ini aku mula memikirkan ruang masa yang ada. Kalau dulu aku banyak menghabiskan aku bersama rakan-rakan masa aku dirumah aku kurang ada saja untuk aku lakukan bersama kawan, sampai aku abaikan masa aku bersama mak.
Aku pernah kehilangan sebelah sayap sewaktu usia ku 2 tahun. Bapak meninggal pada tahun 1986, ahh! Seusia begitu apa yang aku tahu dan mengerti. Belum kenal erti kehidupan, belum juga kenal erti kehilangan. Lama kelamaan aku mulai terasa bila melihat rakan lain punya keluarga yang sempurna, tapi tidak pada aku.

Membesar bersama mak cukup mengajar aku berdikari, serba serbi sederhana. Kadang aku merungut kerana aku tak seperti orang lain, tapi mak cuba penuhi. Mak cukup tabah dalam ujian setiap apa yang dilalui dia tenang, mungkin dari dia aku ambil kekuatan itu dan cuba bertenang ketika dilanda ujian.

Berbalik kepada masa.. Aku hampir terlupa sejak mak tak sihat aku tak punya masa yang cukup untuk bersamanya, kalau dulu hujung minggu ada saja aktiviti kami berdua. Bercuti bersama, shopping atau keluar makan bersama. Tapi sejak mak terlantar di katil aku mula lupa semua tu, semua aktiviti hujung minggu ku, aku penuhi dengan aktiviti aku sendiri. Hiking, jogging, etc aku lakukan sendirian, aku mula lupa akan mak. Allahuakbar kesilapan besar yang aku lakukan. Tapi aku tak pernah lupa keperluan harian dia seperti pampers, vitamin, makanan tambahan, urusan perubatan dll. 

Kini bila mak sekali lagi masuk HDW (High Dependency Award) masa yang ada terlalu terhad, 2 kali sehari sahaja untuk melawat dalam 2 ke 3 jam sahaja diberi. Baru terasa masa untuk mak terlalu singkat dan berapa banyak aku bazirkan masa aku sebelum ini pada kawan. Kesilapan yang aku undang sendiri dan aku bazirkan tanpa aku sedari. Allahu Rabbi. Maafkan aku mak atas segala khilaf itu.

Namun aku takkan pernah menyerah mak, biar aku sendirian aku akan kuat untuk mu mak, biar aku bukan lahir dari rahim mu, aku tahu tanggungjawab ku sebagai anak, aku tak akan biar mak sendirian, susah senang apa jua segala kemungkinan aku akan lakukan sebaik mungkin. Insya allah mak, segalanya untuk mak untuk jiwa-jiwa yang ku sanjung.


Hari ini ku kembali
Membawa cerita
Anak muda yang bermimpi
Menawan dunia

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Untuk kamu

Esok pasti ku kembali
Membawa ceriya
Anak muda yang berjaya
Menawan dunia

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ditolak ditarik
Jatuh ku bangkit
Percaya pada-Nya

Ku impikan semuanya sempurna
Tak pernah takut aku dengan dunia
Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Biarpun jalan berliku
Tetap ku tiba di situ
Untuk kamu
Untuk kamu

Untuk kamu!!!

Penantian itu

15 Ogos 2018 - Hari kedua aku masih menanti di luar unit kecemasan HQE1, mak masih lagi di zon kritikal, belum ada sebarang berita. Fikiranku kusut seketika apa nasib mak kat dalam tu.

12.30PM aku bergerak balik ke rumah, dalam keadaan yang agak keletihan dan penat aku memandu dalam keadaan hati. Setiba di rumah aku melihat keadaan rumah terutama di ruang tempat tidur mak, sedikit sebanyak merentap jiwaku, ku usai apa yang patut. Perkara pertama yang harus aku lakukan menyediakan keperluan mak untuk ku bawa ke hospital. Baru aku kemas keperluan aku. Sempat juga aku menjenguk dapur dan juga rumah kucingku. Alahai Mr.Salem, Leo dan Dell sorry mummy busy sampai terabai kamu bertiga.

Selesai usai diriku, sekitar jam 2 pagi aku bergerak semula ke hospital, Arghh! Dalam hati memanglah kata penat dan letih, mahu saja aku gerak awal pagi nanti. Namun aku memikirkan keadaan jammed selepas subuh dan ruang parking yang terhad. 3 pagi aku disekitar Kota Kinabalu, perutku terasa lapar. Baru aku sedar aku tak makan berat dari tengahari kelmarin, hanya air kosong dan minuman panas sahaja menjadi alas perut. 3 pagi adakah kedai makan buka selain kedai mamak? Terpandang restoran makanan segera 24 jam, otak ku hanya nak makan benda yang simple dan untuk alas perut sahaja. Selesai urusan makan aku bergerak ke hospital. Mujur ruang parkir banyak yang kosong. Kerana terlalu letih aku tidur dalam kereta.


6.30pagi aku terjaga, maklumlah aku cuti dari solat subuh, aku memandang bekalan herbalife ku rezeki sarapan pagi aku hari ni. Pagi ni aku ke unit kecemasan, mak telah dipindahkan ke HDW (High Depancy Ward), bila aku sendiri pun tak tahu. Terpaksalah aku menunggu waktu melawat tengahari ni.

Ujian Datang dan Pergi

Benarlah kata orang ujian itu datang dan pergi, hari ni 14 Ogos 2018, saat ini dan ketika aku sedang menulis blog ini, mak masih lagi dalam zon kritikal unit kecemasan HQE1. Dari pagi yang sepatutnya kami memenuhi temu janji klinik pakar Urology tetapi terus ke unit kecemasan hospital Tuaran kerana mak sesak nafas lagi. Komplikasi yang sama berlaku. Ku memecut laju kenderaan ku untuk pastikan emak selamat tiba di unit kecemasan hospital Tuaran. 

Setiba sahaja di unit kecemasan hospital Tuaran, rawatan diterima mak mula tak sedarkan diri. Ketika itu juga mak terus ditempatkan zon kritikal. Saat itu aku mula sedar mak serius dan tenat. Hampir 4 jam menunggu dari pendaftaran sampailah ke sesi soal jawab dengan doktor. Tekanan darah emak rendah, pletlet darah emak pula terlalu tinggi, keputusan sinar x-ray pada kepala pula menunjukkan sedikit pendarahan berlaku. Allahuakbar! Aku mula menarik nafas sedalam yang mungkin. Berdoa secebis harapan agar dipermudahkan. 

10.30am keputusan untuk memindahkan mak ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1). Segala dokumentasi dilengkapkan. Keadaan aku mula stress memikirkan nasib mak yang belum tentu pasti. Aku melihat mak dalam keadaan seperti mula-mula. Mak bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Aku mula tak selesa, bila salah seorang kakitangan hospital iaitu pemandu ambulan merakam video pergerakan mak disorong dari ruang kecemasan sampai ke hospital. Aku mengarahkan untuk menghentikan rakaman tersebut minta beliau memadam rakaman tersebut. Seriously aku emosional ketika itu. Rasa hak privacy dan aurat mak aku terdedah dalam keadaan mak darurat.

11.30am aku memecut kenderaan ku terlebih dahulu agar tak tertinggal dik ambulan yang membawa mak. Emosi aku terganggu bila waktu itu adalah waktu kemuncak waktu makan tengahari. Ambulan dibelakangku terpaksa aku memberi laluan kepada ambulan yang dinaiki oleh emak. Namun ada pula manusia yang pentingkan diri mengikut belakang ambulan. Aku sendiri yang kelam kabut ni pun ikut peraturan jalan raya. Allahu Rabbi. Entah apa yang ada di otak manusia tersebut.
Arghh! Lupakan masalah manusia yang pentingkan diri, aku ada benda yang paling penting ya itu mak aku. Jam menunjukkan 12.30PM, aku tiba di perkarangan Hospital Queen Elizabeth 1. Perkara pertama dalam kepala aku adalah parking. Umum mengetahui HQE1 memang padat dengan parking, aku dah tak peduli nak parking dekat mana dah, mana saja ruang kosong muat dengan kereta ku di bahu jalan aku park, alhamdulillah rezeki aku dapat parking.

Aku mula menuju ke unit kecemasan, mencari kelibat penjaga mak aku, mak di dalam zon kritikal, aku diarahkan untuk membuat pendaftaran. Selesai pendaftaran aku terus ke zon kritikal dan menyerahkan form kemasukan pesakit.
Hampir 1 jam menanti, akhir aku dipanggil soal selidik berlangsung. Namun keputusan doktor hampir berentap jiwaku, seperti biasa ayat mereka keadaan mak tenat tapi boleh distabilkan. Dalam hati aku berserah pada Dia yang Satu. Selang sejam ahli farmasi pula mahu berjumpa bertanyakan ubat yang dibekalkan oleh hospital Tuaran dan hospital mesra bukit padang. Mujur aku ingat setiap dose yang dimakan. Selesai perjumpaan dengan farmasi. Aku masih menanti sama ada mak akan dipindahkan ke wad biasa atau tidak.

4.15PM sekali lagi aku panggil oleh doktor, kali ni doktor menjelaskan mak masih ada jangkitan kuman since mak discharge 21 Julai 2018. Kuman merebak ke organ dalaman terutama bahagian kidney iaitu buah pinggang dan perlu tindakan segera iaitu dialisis darah, bagi membantu meneutralkan semula asid dalam darah. Memandangkan keadaan mak tidak sedar doktor meminta untuk aku menandatangani surat kebenaran untuk melakukan prosedur, aku menuruni tandatangan tanda setuju, faham risiko yang bakal dialami selepas ini.
Sehingga kini 9.05PM mak masih lagi di zon kritikal, masih menanti untuk dipindahkan ke HDW untuk tindakan selanjutnya. Allahu Akhbar, baru seketika Engkau pinjamkan kegembiraan itu untuk sementara waktu.

Buat mak, apa pun berlaku orang tetap akan tunggu mak.. orang serahkan pada Dia yang esa.

Peluang Kedua..

Assalamualaikum & salam Perjuangan

Hi uols! Since bulan ini adalah bulan yang cukup kritikal buat aku yang cukup getir untuk lalui ujian daripada Allah swt. Alhamdulillah mungkin Allah inginkan sesuatu dariku untuk-Nya. Baru hari ini ada kekuatan untuk ku menulis artikel ini.
Bila emak aku dikejarkan ke emergency Hospital Tuaran akibat sesak nafas buat aku tersentak seketika. Emak diletakkan ZON kritikal, masa tu aku sendirian memikirkan kepada siapa harus aku mengadu, selain Allah swt. Sakit memang sakit, apatah lagi bila doktor memanggil dan memberitahu jantung emak terhenti seketika, dan pihak hospital membuat CPR dan perlu bantuan pernafasan. Ketika itu aku hampir tersungkur dan terduduk bila doktor memberitahu segala kemungkinan akan berlaku, it's mean 50-50 kerana kak bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan.
Tersandar aku pada dinding ketika itu, sejam kemudian pakcik dan makcik aku datang daripada Papar, aku mula menitiskan air mata, ketika itu kekuatan pada diri mula ada, bila tiba teman daripada Tuaran 24FIT juga iaitu coach Ajijah dan Coach Phikun juga sedikit melegakan hati ini. Allahu Rabbi besar kuasa Mu ya Allah menghadirkan insan yang benar-benar aku hargai. Terima kasih  ya Allah.

Tak siapa tahu apa yang terjadi sebenarnya. Pada jam 1.25am mak dikejarkan ke emergency hospital Queen 1, aku berseorangan memandu kereta ku mengekori ambulan dari belakang. Keadaan jalan tak lah sibuk seperti siang hari lengang dan tak berkenderaan. Ketika itu fikiranku melayang air mata mula mengalir aku yang ada dalam kepalaku soalan demi soalan. 

Setiba di HQE1, emak ditempatkan di zon kritikal kecemasan lagi, masa tu aku tak tahu apa sebenarnya berlaku? Ketika itu perasaan aku tak dapat digambarkan bagaimana? Sehingga pagi baru aku dipanggil oleh doktor bahawa mak kena infaction pada pundi kencing dan kidney serta perlu dibuat dialisis darah kerana kandungan asid juga tinggi. Namun tetap ada risiko iaitu masa dialisis kemungkinan jantung pesakit akan terberhenti. Ya Allah antara mahu dan tak mahu untuk aku sign borang kebenaran untuk lakukan prosedur tersebut.

Mak dipindahkan ke ICU pagi tu juga, keadaan emak memang tidak sedarkan diri. Masa tu Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa dan betapa aku jatuh bila  berhadapan situasi ini. Hampir seminggu mak ditempatkan dalam ICU dan hampir 3 hari emak belum sedar dan masih bergantung dengan oksigen. Sengsara aku melihat keadaan mak jarum kiri dan kanan tangan, tube dihidung, jarum dialisis darah di leher, alat bantuan pernafasan dimulut. Allahu Rabbi, masa tu nak menangis pun tak larat dah memang tak mampu aku melihat.

Alhamdulillah.. seminggu di ICU mak dipindahkan ke General Medical Wad, syukur emak masih dipantau, walaupun keadaan stabil masih ada infaction lagi. Bila doktor maklumkan kidney mak masih lagi infaction. Apapun aku mula sujud syukur mak menunjukan tanda positif. Hampir seminggu emak dalam wad.

Apa pun terjadi aku bersyukur bila peluang diberi kepada mak. Ketika doktor memberitahu jantung emak terhenti seolah sebahagian nyawa ku melayang. Aku bersyukur bila mak dah keluar hospital walaupun kondisi tak lah seperti sediakala, namun aku percaya Allah swt telah memberi peluang kedua kepadanya.

Peluang itu cukup bermakna bila nafas masih diberi, bila degupan jantung itu masih berdegup dan bila nyawa itu dikembalikan kepada manusia, ketika itu aku sedar keajaiban Allah sedang berlaku. Saat  aku bersendirian air mata mula mengalir dan saat itu aku melihat kebesaran ilahi, dalam sujud ku hanya doa yang mampu aku lafazkan pasrah, redha dan ku serah segalanya kepada ilahi. Allah Rabbi Tuhan yang satu Allah swt.

Rahsia Kekal Kurus dan Sihat

Assalamualaikum & Salam Perjuangan

Hi uols! Setelah 3 minggu kita berada dalam bulan syawal, mesti ada yang mengeluh lepas saja berpuasa berat badan bulan syawal naik mendadak!? OMG!!😱😱
Jangan khawatir dan risau perkara ini memang berlaku, dan masa ramadan kita berpuasa kita telah belajar sebenarnya cara peraturan pemakanan kita. So pada bulan kita tidak berpuasa kita masih boleh cara pemakanan kita pada bulan biasa.
Dalam masa yang sama ramai yang bertanya macamana saya boleh bertahan dan terus kekal slim fit selepas raya ni? Seriously dear musim perayaan ni saya akui berat saya naik juga dalam sekilo dua. But I'm not worried about it because I know how to lose my weight. So tak perlu risau ok, disini saya akan dikongsikan beberapa tips untuk anda semua okey.
My breakfast set
Tips saya mudah sahaja, berpandukan garis panduan pinggan sihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 'Suku Suku Separuh' ini yang saya amalkan sepanjang rutin diet pemakanan saya sebelum puasa, semasa puasa dan juga masa perayaan. Selain saya mengambil dan mengamalkan produk makan sihat saya iaitu #Herbalife.

Ikuti tips ini sebagai panduan, mula-mula sekali detik usus anda dengan cara minum segelas air biru dan lemon tanpa dicampur dengan gula. Sekurang-kurangnya 3X seminggu.

Cuba amalkan diet seimbang ini:
1. Elakkan makanan berminyak termasuklah bersantan dan bergoreng.
2. Kurang pengambilan minuman manis termasuklah minuman bergas.
3. Cuba elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh, anda boleh mencuba teh hijau (green tea)  tanpa gula jika anda seorang penggemar teh atau tea mix Herbalife yang bebas kafein dan  anti-oksida.
4. Cuba elakkan makanan ringan seperti keropok, mee segera dan fast food kerana kandungan MSG (Mononatrium glutamat) amat tinggi.
5. Memperbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 ke 4 Liter air sehari.
6. Amalkan exercise sekurang-kurangnya 3X seminggu dalam masa 10 minit.
7. Yang paling penting jangan sesekali skip breakfast.

Lepas ni bolehlah amalkan tips nak kurus dan sihat ni.  Yang paling penting ikut jadual makan dan masa yang betul. Untuk info lanjut anda boleh follow FB page DN Adnan official untuk banyak lagi tips sihat.

Ada ingin seorang coach nutrition untuk bantu diet seimbang anda PM kami di Facebook.

Erti Ramadan Kali ini (Ramadan yang dirindui)

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Ramadan telah berlalu meninggalkan kita, kini Syawal menjelma masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat umat islam. Ramadan yang dirindui itu yang cuba untuk aku luahkan dan sampaikan ketika ini. 


Entah bagaimana untuk memulakan cerita, banyak yang aku pelajari pada ramadan kali ini. Banyak benda yang aku lepaskan dengan rela hati dan melepaskan apa yang adakalanya ada teman bersependapatan kenapa mesti lakukan sedemikian sedangkan ada hak yang harus dituntut.

Sampai bila untuk menuntut?? Sedangkan usia kita semakin hari semakin dimamah usia. Ramadan kali ini buat seluruh jiwaku biarlah aku bersihkan rasa hati dan pedih serta sakit yang ku tanggung ini dilepaskan begitu saja. Mengikhlaskan apa yang diberi walaupun adakalanya terpaksa tapi aku harus redha atas apa yang telah berlaku.

Ramadan kali ini mengajar aku erti emosional yang harus aku kawal dan jaga, aku tahu bukan mudah untuk mengawal emosi dalam keadaan yang tidak stabil dan apatah lagi diuji dalam bulan ramadan ini. Allahu akhbar! Apa yang mampu aku katakan, bila melepaskan sesuatu perkara berat terasa ringan dibahu selama ini dipikul hanya itu yang mampu aku lafazkan.

Merelakan hati dan let it go everything make me feel comfortable, walaupun aku tahu sedikit sebanyak merugikan diri aku sendiri, but sampai bila pentingkan dirikan. Rasa rugi dan hina jika aku lebih mementingkan diri sendiri. Apapun ramadan kali ini membawa seribu erti dalam kehidupan aku kali ini.

Ku lunturkan sedikit ego, ku tundukkan nafsu demi kebaikan diri sendiri. Ku pujuk hati dan jiwaku agar lebih ikhlas dan lebih banyak memberi dalam kehidupan ini dan peringatan buat diri jangan berharap kepada balasan daripada sesiapa. Ingat janji Allah swt rebut peluang di tanah akhirat kelak.




Ketahui Kod Etika Kewartawanan

Seharusnya dalam arus kemodenan ketika ini cabaran menyampaikan maklumat atau berita amatlah mencabar, apa lagi kerjaya anda sebagai seorang wartawan. Jika anda adalah seorang yang berpendidikan di bidang media massa, tentu akan mempelajari kod etika kewartawanan.


Apa itu kod etika kewartawanan?

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) , wartawan ialah orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Manakala kewartawanan ialah yang berkaitan dengan bidang tugas atau kegiatan wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Secara umumnya wartawan didefinisikan sebagai pemberita samada mereka bertugas di media cetak ataupun media elektronik. Wartawan terbahagi kepada tiga golongan iaitu (H.M.Tuah Iskandar, 1990)

KEWARTAWANAN tidak wujud dalam kekosongan sosial. Selain terikat dengan hukum-hukum negara, para karyawan bidang itu, baik yang bergelar pengarang, pemberita, penyunting, jurugambar, wartawan dan sebagainya juga dipandu oleh etika yang pematuhannya adalah secara sukarela. Jika difahami dengan betul, kehadiran kod etika ini bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi sebaliknya untuk menegakkan kebebasan itu sendiri.

Di negara ini, satu kod etika untuk wartawan telah disepakati pada 1989. Dikenali dengan nama Kod Etika Kewartawanan Malaysia (EKM), ia telah didokong sewaktu penggubalannya bukan sahaja oleh para pengamal media tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan berkaitan media. Ia telah diisytiharkan kepada umum oleh Tokoh Wartawan Negara yang pertama, Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail pada 20 Mei 1989.

Tetapi entah di mana silapnya, kewujudan etika itu tidak begitu diketahui ramai. Tentulah sayang sekali EKM yang sudah berusia lebih 20 tahun itu seolah-olah tidak lagi dipedulikan.

Menyedari hakikat tersebut, Malaysian Press Institute (MPI) telah membuat keputusan untuk
mengumpul, mencetak dan mengedarkan semula Kod Etika Kewartawanan Malaysia kepada dunia media. Edisi dwi bahasa kod itu - bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kini beredar di pasaran.

Pergolakan politik semasa di Malaysia memerlukan para wartawan untuk mengetahui dan memahami bahawa jika tanpa perwatakan yang beretika, para wartawan itu sendiri boleh memporak-perandakan keamanan dan kestabilan negara ini.

Wartawan yang berjaya adalah mereka yang telah meloloskan diri daripada bentuk pemikiran yang demikian supaya penilaian dan pelaporan mereka adalah tanpa prejudis dan lebih objektif. Konsep pekerjaan yang 'mentah' ini telah sedikit-banyak menimbulkan kerumitan pada dunia kewartawanan.

Perjuangan wartawan adalah untuk menyampaikan kebenaran tanpa halangan, namun mereka dibatasi oleh penetapan undang-undang sesebuah kerajaan. Oleh itu bukanlah benda baru jika undang-undang berkenaan dan hak asasi bersuara adalah di antara perdebatan utama dimana-mana negara demokratik zaman sekarang.

Tetapi para wartawan tidak harus salah faham. Terdapat perbezaan di antara undang-undang dan kod etika. Undang-undang itu adalah peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah negara demi keadilan, keselamatan atau kestabilan rakyatnya. Kod etika pula adalah berbentuk dalaman dan individu.

Amalan kod etika adalah penekanan kepada moral seseorang. Terdapat banyak contoh dimana perbuatan itu walaupun tidak dihukum oleh undang-undang, tetapi ia tetap dianggap sebagai kelakuan yang tidak beradab. Jika kod etika diambil sebagai asas atau prinsip pekerjaan maka telah ada peningkatan kepada perwatakan individu tersebut.

Buatmu sang Politik

Politik

Betapa kita boleh terpisah?
Langkit kelam dengan sejarah hitam
Dunia kita saling berlawanan.

Di antara kita ada sang pengkhianat
Siapa yang mengukur hakikat
Sedang manusia lemah kesempurnaan kudrat

Persaudaraan telah lama musnah! Jahanam!
Bukan sekdar omong 'carik-carik bulu ayam'
Kerna kesucian tujuan
Ditangan manusia terhumban

Hitung sejenak Adam telah meninggalkan Syurga
Zaman telah di mamah usia dunia
Kita semakin jauh hanyut dalam arus sengketa

Manusia seperti kelkatu bertebaran di angkasa
Dunia umpama bulan bulat sekadar satu cuma
Mengapa kita hilang arah, punca daya bancuan warna
Seperti bintang memancarkan cahaya ke bulan purnama

Berlagulah serunai hanya senafas hirup
Nyanyian persaudaraan dalam batin yang harus hidup
Meskipun antara kau dan aku berlainan fahaman dan pautan.

Tahniah Datuk Sri Mohd Shafie Apdal


Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal malam ini mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini.


Ini sekali gus menggantikan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pimpinan Tan Sri Musa Aman dalam tempoh 48 jam selepas hilang majoriti mudah.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas parti pimpinannya bersama PKR dan DAP memperoleh majoriti mudah iaitu 35 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila enam Anggota DUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dua dari UPKO berpaling tadah kepada parti Warisan.

Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada pukul 9.11 malam dan menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Pada malam 10 Mei lepas, Musa, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Negeri, telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri bersama Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai timbalan ketua menteri, selain dua lagi timbalan ketua menteri dan tujuh menteri penuh. -Bernama

Berdasarkan peruntukkan undang-undang State Constitution of Sabah, TYT mempunyai kuasa
mutlak untuk membuat keputusan terhadap dua perkara sahaja iaitu; pembubaran DUN, dan perlantikkan CM.

TYT hanya perlu berpuas hati berdasarkan pembuktian yang dipersembahkan terhadap beliau bahawa CM (yang dilantik) telah kehilangan keupayaan "to command the majority confidence of the members" di dalam DUN, TYT boleh melantik orang lain yang telah berjaya memiliki "command of majority confidence in the DUN" sebagai CM yang baharu.

CM yang dilantik tetapi telah kehilangan command majority confidence tidak perlu meletak jawatan, sebab perlantikkan CM baru yang memiliki command of majority confidence akan secara automatic menyebabkan CM yang sebelum ini terlucut jawatannya.

Perkara ini sudah dijelaskan dan diputuskan di dalam kes Nizar vs. Zamry ketika krisis perlembagaan Perak pada PRU13. -BHarian

Berikut Biodata DSSA:
Nama: Datuk Mohd. Shafie Apdal
Tarikh lahir: 20 Oktober 1957
Tempat lahir: Semporna, Sabah
Jawatan: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Mohd. Shafie yang memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Staffordshire, England pernah menjadi ahli ekonomi di Kementerian Kewangan Sabah pada tahun 1982.

Berdasarkan kepada kebolehan dan kewibawaannya, Mohd. Shafie telah diberi kepercayaan bertanding di kawasan Parlimen Semporna pada tahun 1999. Beliau seterusnya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan pada Mac lalu. Kerjayanya sebagai menteri bermula pada 15 Mei 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan. Pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kemudiannya dipindahkan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Pada 27 Mac lalu beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pembabitan beliau dalam politik bermula dalam USNO pada tahun 1990.
Bagaimanapun apabila UMNO bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd. Shafie dipilih buat pertama kali sebagai ahli MT pada tahun 1996 dan mengekalkan jawatan itu pada pemilihan tahun 2000 Terpilih dengan mendapat 1,338 undi untuk tempat ketujuh. Pada tahun 2001 beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan turut mengekalkannya pada pemilihan baru-baru ini. 
Dalam pilihan raya, pada tahun 1995 (Parlimen/Semporna) Menang dengan majoriti 12,218undi menewaskan Sabarudin Ombrah (PBS). Pada pilihan raya umum 1999 beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar iaitu 13,325 undi menewaskan Abdul Rahim @ Abdurahin (Bebas). 
Dalam pilihanraya lalu beliau berjaya dengan majoriti 12,266 undi menang ke atas empat calon lain.

Mohd. Shafie berkongsi hidup dengan Datin Shuryani Shuib dan mempunyai lima anak iaitu Mohd. Shazni, Sabrina, Shazwir, Mohd. Shashan dan Mohd. Shahmi.

Shafie berkongsi hidup dengan Datin Shuryani Shuib dan mempunyai lima anak iaitu Mohd. Shazni, Sabrina, Shazwir, Mohd. Shashan dan Mohd. Shahmi.
Kepada DSSA tahniah dan selamat menjalankan tugas.

SABAH: Legasi Pemerintahan BN Berakhir

Tiada lagi Fixed Deposit BN


Setelah sekian lama BN memerintah dinegeri Sabah kini berakhir sudah legasi BN  di bumi bawa bayu ini. Kemasukan UMNO ke sabah pada awal tahun 90-an menjadi pencetus senario politik di Sabah ketika itu, sehinggalah beberapa parti tempatan di Sabah memasuki perikatan yang di namakan Barisan Nasional (BN). Umumnya rakyat tempatan inginkan sesuatu pembaharuan kepada negeri sabah itu sendiri. Sejak pemerintahan BN di Sabah pelbagai desas desus isu dibangkitkan terutama sekali berkenaan dengan isu pembangunan ekonomi dan perbezaan ketara antara bumi semenanjung dengan Sabah.

Sejarah Pemerintahan BN-UMNO di Sabah

Sejak merdeka, Sabah diperintah oleh Sabah base party, sehinggalah tahun 1994. Berasaskan kepada pemerintahan itu, rakyat Sabah mampu menilai pencapaian pemerintahan Sabah Base Party berbanding dengan kemasukkan Umno dan mula memerintah pada tahun 1994, selepas Parti PBS tumbang, kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah.

Jika dilihat dari bermulanya Parti USNO di bawah pimpinan Tun Datu Mustapha, terdapat ‘Pengislaman Paksa’ yang yang telah menjejaskan kedudukan parti itu sendiri. Rakyat yang diislamkan ini diberikan sedikit wang, sejadah, al-quran lalu mengucaplah kalimah syahadah beramai-ramai. Hal ini menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat ‘non-muslim’ lalu membawa kepada kekalahan teruk USNO pada 1976.

Kekalahan ini adalah hasil pembaharuan dalam kempen pilihanraya BERJAYA yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh yang telah menjawat Ketua Menteri Sabah pada 1976 sehingga 1985. Parti BERJAYA juga hasil perjuangan permata kita yang telah terkorban pada peristiwa ‘DOUBLE 6’ iaitu Tun Fuad Stephens, Datuk G.S Sundang dan Datuk Peter Mojuntin. Mereka mati untuk mempertahankan maruah bangsa dari dicemari anasir luar yang kotor dan berniat untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaan bumi Sabah.

Parti BERJAYA juga tidak bertapak lama di Sabah setelah Datuk Joseph Pairin Kitingan telah memimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan jayanya. PBS keluar dari belenggu BERJAYA dan membentuk kerajaan campuran yang begitu mantap dan telah menerajui negeri di bawah bayu dari 1985 sehingga 1994.

Perjuangan PBS pada masa itu merupakan sejarah yang paling manis bagi rakyat tempatan kerana atas dasarnya yang tidak mengetepikan mana-mana bangsa mahupun agama. Perjuangan pada masa itu adalah berbekalkan semangat. Keinginan rakyat untuk berubah adalah faktor penting yang telah menyingkirkan BERJAYA. 20 Perkara itu adalah manifesto penting kepada perjuangan PBS kerana perkara ini melibatkan kepentingan rakyat Sabah sebagai penduduk asal. Ia dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat – Sabah, British, Malaya, Sarawak dan Singapura sebagai syarat-syarat bagi Sabah untuk menjadi sebahagian dari Malaysia.

Walau bagaimanapun, PBS tidak dapat bertahan lama setelah UMNO merampas kuasa pada 1994. Perkatan ‘melompat parti’ telah membawa kepada kejatuhan politik di negeri ini. Pengorbanan masyarakat telah dikhianati setelah beberapa calon PBS telah melompat ke parti Malaya yang dipanggil Barisan Nasional. Terdapat banyak kesulitan dan juga ketidak adilan yang telah berlaku pada pilihanraya 1994 ini. Namun, masa makin melangkah jauh dan kini kita telah sampai ke tahun 2007 yang sudah mula panas akan bahang pilihanraya.


Sehingga tahun 1994, jarang sekali kita melihat bumiputera yang tidak mempunyai kaitan dengan orang-orang politik menjadi kaya. Pada masa itu, hanya orang-orang yang mempunyai kaitan dengan politik yang merasakan kekayaan, kerana habuan kawasan kayu balak, dan projek-projek nego yang diberikan atas hubungan politik.

Syed Kechik kaya kerana hubungannya dengan Tun Mustapha, Dr Jeffery kaya raya kerana hubungannya dengan kerajaan PBS, sehingga tahun 1990, orang-orang politik pun tidak mengalami lonjakan kekayaan, malah ada yang menjadi ADUN atau MP berpenggal-penggal namun kekayaan mereka, tidaklah seberapa. Namun, selepas UMNO memerintah, ramai bumiputera termasuk para ADUN menjadi kayaraya.

Kemelut Politik di Sabah.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan UMNO serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.
"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan UMNO Barisan Nasional.
"Kerana saya lihat dalam UMNO sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soal kroni serta melibatkan kewangan," 
Bbeliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari UMNO kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.
"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.
"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," 
Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama UMNO apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin UMNO-BN terus membolot kekayaan.
"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.
"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," 
Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh UMNO-BN yang lebih mementingkan kroni.
"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.
"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan,"
Lajim mengatakan ada satu janji UMNO-BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.

Warisan Pikat Hati Rakyat


Mesej Sabah Ubah benar-benar memikat hati rakyat Sabah yang inginkan perubahan dan keseimbangan pembangunan dan juga sosio-ekonomi rakyat Sabah.

Berdasarkan 13 teras utama manifesto yang dibentangkan kepada rakyat jelas menunjukkan parti Warisan membawa mesej jelas suara rakyat Sabah.


13 TERAS UTAMA MANIFESTO PARTI WARISAN SABAH

PRU14 pada 9 Mei 2018 jelas membuktikan hampir keseluruhan negeri Sabah kemenangan DUN dan Parlimen di menangi oleh Warisan.


DUN
BN29(60)
Pas0(18)
PKR2(8)
DAP6(7)
Warisan21(45)
Solidariti2(20)
PHR0(26)
PKS0(16)
PCS0(18)
PPRS0(9)
Anak Negeri0(9)
SAPP0(5)
USNO0(2)
PAN0(1)
Bebas0(8)

 
   Parlimen
BN10(24)
Pas0(8)
PKR3(6)
DAP3(3)
Warisan3(3)
Solidariti1(5)
PHR0(14)
PKS0(0)
PCS0(8)
PPRS0(3)
Anak Negeri0(2)
SAPP0(2)
USNO0(2)
PAN0(1)


Harapan baru kepada pemerintahan baru dapat melunaskan dan menjalankan mandat yang diberi oleh rakyat Sabah. "In God We Trust - Change We Must".