Journal 2010 ~ #169

Akhirnya terjawab juga
Kini cerita bola dah selesai kita da tahu sape yg menang dan sape yg juara!! tahniah kpd skuad Harimau Malaya sekali lagi.. Jangan pandang rendah dgn kemampuan anak2 muda ini kerana mereka punya semangat kental main di tempat lawan. Boleh dikatakan Malam 29 Disember lalu stadium Gelora Bung Karno (GBK) penuh dgn penyokong Indonesia tapi skuad Harimau Malaya kita mampu mengempur pihak lawan walau bermain di tempat lawan. Ucapan tahniah juga buat penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi kerana berjaya menangkis sepakan panelti Indonesia begitu cantik dan bergaya.. Bermain tempat lawan memang satu tekanan tapi skuad Harimau Malaya kita tetap kebal walau pada awal minit permainan pancaran leser telah di pancarkan kpd Khairul Fahmi tapi itu sume bkn masalah, Alhamdulillah beliau mampu bertahan dari asakan pemain pihak lawan.
Paul pilih Malaysia
Seolah kita telah menjangkakan kemenangan berpihak pada kita dgn berbekalkan 3-1 sebelum ni, Piala AFF Suzuki 2010 dalam bayangan Malaysia dan Akhirnya kemenangan milik kita, jika si sotong Paul ada mesti dia pn akan memilih Malaysia sebagai pemenang mutlakkan hihi.. syukur berkat kerjasama skuad kebangsaan mereka mampu melakukan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada jurulatih K.Rajagopal yang bertungkus lumus memastikan stamina anak2 buahnya itu sentiasa di tahap yang tinggi dan baik. Walaupun ada beberapa pemain tongkak skuad kebangsaan tidak dapat beraksi kerana dilayangkan kad kuning sebanyak 2 kali tapi itu bukan persoalan. Siapa menjangka pertemuan Malaysia kali ini banyak menimbulkan provokasi dan kontroversi tapi Berpantang Maut Sebelum Ajal itu yang menjadi pendorong kepada skuad Harimau muda kita. Bila Harimau Mengaum kuat sang Garuda pun takut dibaham lalu terbang tinggi menghilangkan kelibatnya. Jangan pandang rendah kebolehan Harimau Malaya kerana terbukit anak2 muda ini mampu mengempur setiap lawan yang ada tidak kira apa sahaja situasi.
Harimau Malaya Vs. Garuda
Selama ini mungkin kelihatan Malaysia begitu lemah pada pandangan mata umum tapi sebenarnya tidak, mungkin berdiam mengkaji dan mengawal semangat gelora dan keyakinan itu adalah satu kunci kuat buat skuad Harimau Malaya kita. Walaupun penyokong-penyokong Malaysia hanya menyaksikan di kaca TV tapi berkat doa dan sokongan moral pada skuad negara tidak pernah putus kerana Maruah dan Jati Diri itu adalah kebanggan Malaysia. Pada penyokong Malaysia terima kasih kerana membangkitkan semangat juang kepada skuad muda kita. Kerana semangat dan doa itulah mereka mampu menjulang Piala Suzuki AFF 2010 pada tahun ini, Tahniah juga kepada Safee penjaring gol terbanyak kali ini walaupun sedikit kecederaan namun beliau beraksi cukup baik tanpa mengenal putus asa. Pemain-pemain lain juga tidak kurang hebat terutama skali bahagian pertahanan kerana beraksi cukup cemerlang mengawal setiap gerak pihak lawan, disiplin cukup tinggi walaupun bermain ditempat lawan. 
Pemain Indonesia kecewa dengan kekalahan agreeget 4:2 kepada Malaysia




Pihak lawan mula sedar bahawa kekuat pemain Malaysia bukanlah satu benda yang boleh di perkecilkan. Pemain Malaysia mampu melakukan apa saja termasuk mengempur gawang pihak lawan, so jangan pandang rendah kepada skuad Harimau Malaya, kerana Harimau Malaya kini telah mula menunjukkan taringnya dan nguman yang kuat. Kepada penyokong Indonesia terimalah kenyataan dan realiti jgn mula tunding jari memprovokasikan keadaan, Pandang, dengar, baca dan lihatlah dgn mata kalian skuad muda Harimau Malaya bermain dgn kekuatan fizikal dan mentel bkn kerana pancaran leser atau provokasi yang timbul. Jika pemain Indonesia sendiri berfikiran positif di dalam padang apatah lagi para penyokong?? seharusnya kalian lebih positif. Kalah atau Menang itu adalah adat pertandingan. Mungkin tahun ni Skuad Harimau Malaya Menang mana tahu suatu hari nnti kita tak tahu.

Malam 29 Disember 2010 adalah malam yang cukup bermakna buat skuad kebangsaan, penantian yang cukup lama untuk kita gapai kembali sinar kegemilangan kita, walau ada pihak atau penyokong pihak lawan yang mengatakan skuad kebangsaan kita bermain kotor, penyokong Malaysia mengunakan leser kpd pemain mereka itu bukan persoalan tapi berkat stamina dan kekuatan mentel dan fizikal mereka lah akhirnya beroleh kejayaan.

Buat pasukan Malaysia tahniah dan syabas sekali lagi, kerana berjaya sehingga membawa pulang piala Suzuki AFF 2010 ke Tanah Air. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan. Pesanan buat skuad kebangsaan walau apa pun terjadi korg sume hero malaya.. kekalkan stamina dan berusaha lebih kuat utk mengapai lebih banyak kejayaan. Syabas!!
Syabas Skuad Harimau Malaya.. anda semua adalah pejuang negara!!

No comments: