Journal 2010 ~ #169

Akhirnya terjawab juga
Kini cerita bola dah selesai kita da tahu sape yg menang dan sape yg juara!! tahniah kpd skuad Harimau Malaya sekali lagi.. Jangan pandang rendah dgn kemampuan anak2 muda ini kerana mereka punya semangat kental main di tempat lawan. Boleh dikatakan Malam 29 Disember lalu stadium Gelora Bung Karno (GBK) penuh dgn penyokong Indonesia tapi skuad Harimau Malaya kita mampu mengempur pihak lawan walau bermain di tempat lawan. Ucapan tahniah juga buat penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi kerana berjaya menangkis sepakan panelti Indonesia begitu cantik dan bergaya.. Bermain tempat lawan memang satu tekanan tapi skuad Harimau Malaya kita tetap kebal walau pada awal minit permainan pancaran leser telah di pancarkan kpd Khairul Fahmi tapi itu sume bkn masalah, Alhamdulillah beliau mampu bertahan dari asakan pemain pihak lawan.
Paul pilih Malaysia
Seolah kita telah menjangkakan kemenangan berpihak pada kita dgn berbekalkan 3-1 sebelum ni, Piala AFF Suzuki 2010 dalam bayangan Malaysia dan Akhirnya kemenangan milik kita, jika si sotong Paul ada mesti dia pn akan memilih Malaysia sebagai pemenang mutlakkan hihi.. syukur berkat kerjasama skuad kebangsaan mereka mampu melakukan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada jurulatih K.Rajagopal yang bertungkus lumus memastikan stamina anak2 buahnya itu sentiasa di tahap yang tinggi dan baik. Walaupun ada beberapa pemain tongkak skuad kebangsaan tidak dapat beraksi kerana dilayangkan kad kuning sebanyak 2 kali tapi itu bukan persoalan. Siapa menjangka pertemuan Malaysia kali ini banyak menimbulkan provokasi dan kontroversi tapi Berpantang Maut Sebelum Ajal itu yang menjadi pendorong kepada skuad Harimau muda kita. Bila Harimau Mengaum kuat sang Garuda pun takut dibaham lalu terbang tinggi menghilangkan kelibatnya. Jangan pandang rendah kebolehan Harimau Malaya kerana terbukit anak2 muda ini mampu mengempur setiap lawan yang ada tidak kira apa sahaja situasi.
Harimau Malaya Vs. Garuda
Selama ini mungkin kelihatan Malaysia begitu lemah pada pandangan mata umum tapi sebenarnya tidak, mungkin berdiam mengkaji dan mengawal semangat gelora dan keyakinan itu adalah satu kunci kuat buat skuad Harimau Malaya kita. Walaupun penyokong-penyokong Malaysia hanya menyaksikan di kaca TV tapi berkat doa dan sokongan moral pada skuad negara tidak pernah putus kerana Maruah dan Jati Diri itu adalah kebanggan Malaysia. Pada penyokong Malaysia terima kasih kerana membangkitkan semangat juang kepada skuad muda kita. Kerana semangat dan doa itulah mereka mampu menjulang Piala Suzuki AFF 2010 pada tahun ini, Tahniah juga kepada Safee penjaring gol terbanyak kali ini walaupun sedikit kecederaan namun beliau beraksi cukup baik tanpa mengenal putus asa. Pemain-pemain lain juga tidak kurang hebat terutama skali bahagian pertahanan kerana beraksi cukup cemerlang mengawal setiap gerak pihak lawan, disiplin cukup tinggi walaupun bermain ditempat lawan. 
Pemain Indonesia kecewa dengan kekalahan agreeget 4:2 kepada Malaysia




Pihak lawan mula sedar bahawa kekuat pemain Malaysia bukanlah satu benda yang boleh di perkecilkan. Pemain Malaysia mampu melakukan apa saja termasuk mengempur gawang pihak lawan, so jangan pandang rendah kepada skuad Harimau Malaya, kerana Harimau Malaya kini telah mula menunjukkan taringnya dan nguman yang kuat. Kepada penyokong Indonesia terimalah kenyataan dan realiti jgn mula tunding jari memprovokasikan keadaan, Pandang, dengar, baca dan lihatlah dgn mata kalian skuad muda Harimau Malaya bermain dgn kekuatan fizikal dan mentel bkn kerana pancaran leser atau provokasi yang timbul. Jika pemain Indonesia sendiri berfikiran positif di dalam padang apatah lagi para penyokong?? seharusnya kalian lebih positif. Kalah atau Menang itu adalah adat pertandingan. Mungkin tahun ni Skuad Harimau Malaya Menang mana tahu suatu hari nnti kita tak tahu.

Malam 29 Disember 2010 adalah malam yang cukup bermakna buat skuad kebangsaan, penantian yang cukup lama untuk kita gapai kembali sinar kegemilangan kita, walau ada pihak atau penyokong pihak lawan yang mengatakan skuad kebangsaan kita bermain kotor, penyokong Malaysia mengunakan leser kpd pemain mereka itu bukan persoalan tapi berkat stamina dan kekuatan mentel dan fizikal mereka lah akhirnya beroleh kejayaan.

Buat pasukan Malaysia tahniah dan syabas sekali lagi, kerana berjaya sehingga membawa pulang piala Suzuki AFF 2010 ke Tanah Air. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan. Pesanan buat skuad kebangsaan walau apa pun terjadi korg sume hero malaya.. kekalkan stamina dan berusaha lebih kuat utk mengapai lebih banyak kejayaan. Syabas!!
Syabas Skuad Harimau Malaya.. anda semua adalah pejuang negara!!

Journal 2010 ~ #168

Lepas jer perlawana bola sepak antara Malaysia vs. Indonesia tiba2 jer aku terfikir semula bagaimana utk aku menyokong Malaysia sepenuh hati aku, kerana aku adalah anak Malaysia walaupun aku punya fahaman politik berkecuali.. tiba-tiba pula terasa patrotik, mungkin aku perlu mengagungkan buatan Malaysia mengapa tidak kerana buatan Malaysia juga tiada bandingannya bukan? kereta, makanan, pakaian, perabot, peralatan elektrik dan sebagainya sume nyer berkualiti. Sedangkan aku sendiri mengunakan kenderaan buatan Malaysia yang aku kira lebih berkualiti dan tahan lasak sesuai dgn aku yg sememangnya lasak dan aktif dgn pemanduan.

Mungkin kita perlu hakis muzik2 import, maksud aku mengurangkan kemasukan artis luar negara, bukan apa kadang kala aku kesian artis tempatan kita artis Malaysia kemana keutamaan utk artis kita? kebanyakan konsert kita undang artis luar negara, taja konsert artis luar negara tapi bila artis kita nak buat konsert bkn setakat nak taja nk promosi pn kita rasa berat.. Aku kekadang meluat dgn sume ni. Bila artis luar negara buat konsert niru da d tadahkan sebelum di minta tu yg kekadang benang.. 

Cuba kita kaji semula artis Malaysia yg hendak menembusi pasaran nagara jiran pon susah terutama skali indonesia, kat TV drama sinitron Indonesia berlambak dr TV3 hinggalah ke channel astro entah bila drama Malaysia ni nk dapat tempat utama di Malaysia ni. Paling sedih utk new year ni nk buat konsert ambang ambik pulak artis Indonesia bagus sangat ke Artis INDONESIA ni sampai di bangga2 kn?? Artis Malaysia x kurang hebatnya.. Nasib baik la ada station Radio tempatan iaitu XFM yg sudi memperjuangkan muzik2 tempatan terutama skali muzik2 underground (indie). Kalau bukan kita siapa lg yg nk suport!! so tepuk dada tanya minda jgn agungkan karya luar.. karya buatan Malaysia lebih baik dan bagus dari negara luar!!

Journal 2010 ~ #167

Tahniah Harimau Malaya!! ngaum yg kuat di Indonesia.. walaupun banyak provokasi yg timbul tp skuad harimau malaya cukup kental dgn sume tu syabas skali lagi.. satu pujian utk anak-anak muda Harimau Malaya.. Walaupun tewas 1-2 di tempat lawan tapi berbekalkan 3-0 agreeget sebelum ini ternyata Malaysia mampu menembusi gawang lawan.. jika 26 Disember lalu Malaysia menang 3-0 pada pihak lawan tp ternyata Malaysia mampu membawa semangat lawan, kata org pantang menyerah sebelum mengalah, itulah Harimau Malaya.. kepada penyokong-penyokong fanatik Indonesia.. tlg hentikan tomahan kpd Pemain Harimau Malaya.. sebaik mana pun permainan korg sehebat mana pun korg tapi kesilapan tetap ada.. jgn pandang rendah atau hina pada kami.. Sedar diri sebelum terlewat kerana jika di bongkar satu persatu pasti kalian akan terasa terutama skali rakyat kalian di Malaysia.. 

Kadang kala aku mula menyampah benci dan meluat dgn penyokong fanatik Indonesia ni terlebih menghina.. melihat laman forum www.topix.com cukup menjijikan setiap perkataan, ayat dan kata-kata maki hamun seolah-olah melambangkan bangsa mereka kurang budi bahasa atau lebih tepat 'KURANG AJAR'. Entah lah aku pun pelik pada Kerajaan Malaysia ni.. ada ke pemantau di lakukan utk isu2 sedemikian? menghina rakyat Malaysia, paling menyedihkan nama pemimpin No.1 Malaysia dan kedaulatan Raja kita juga dibawa ke arena perang internet ini, cukup memalukan.. Sedih dgn semua ini menang memalukan dan memang x masuk akal.

Wahai rakyat seberang tolong hentikan segalanya, kerana banyak perkara yang kalian tidak tahu berlaku disini, jika rakyat kalian berada di Malaysia patutnya kalian bersyukur mereka boleh mencari rezeki yg halal di sini membantu keluarga miskin d kampung, kesian.. paling menyedihkan.. bila di beri peluang ada pula yang ambil kesempatan laku kan jenayah seperti rompakan, pembunuhan dan banyak lagi. Jika ada yg bekerja sbg pembantu rumah pula kes penculikan, penderaan kanak-kanak dan kecurian dalam rumah majikan pula ada. Entah apa nak jadi. Kenapa kita masih mendiamkan diri.

Kalau sebelum ni kedutaan Malaysia di Indonesia dibaling dgn najis dan 'JALUR GEMILANG' kita di bakar itu satu penghinaan yang amat teruk, jika beginilah perangai rakyat negara seberang kerajaan patut ambik tindakan tegas jgn biarkan segalanya. Patutkah Malaysia mengharamkan org luar bekerja di negara kita seperti negara Brunei yg hanya memajukan negaranya sendiri.. mengamalkan dasar tertutup kpd org luar.. kadang kala aku menjadi ANTI kepada mereka2 yg suka menimbulkn mslh bkn sume nye tetapi org yg suka membuat PROVOKASI.. so korg pikir2 la sendiri jgn biarkan org lain menghina kedaulatan kita rakyat Malaysia..

Journal 2010 ~ #166

Hari ni aku nk citer pasal 2 isu hangat dalam life aku, pertama aku nk citer pasal bola, ahad lepas Malaysia benam 3-0 Indonesia, isu leser plak timbul.. penyokong indon plak sibuk kata pasal leser yg kena pada penjaga gol indonesia.. habis tu 1 Disember lalu tu yg diorg pancar leser pada penjaga gol kita Mohd Sharbinee Allawee Ramli di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta tu apa cer?? tak bodoh ker?? kenyataan mereka tu kata Malaysia yg mula kan dulu atau diorg yg mula kan dulu?? aku terbaca gak paper pagi ni kata Julia Perez nak letak leser kat coli dia nk balas semula perbuatan leser tu kpd pemain Harimau Malaya kita?? tu lagi satu BODOH pnya artis HOTAK letak kat lutut.. memalu kan betul tingkah laku perangai artis INDONESIA yang sanggup buat perkara sedemikian
BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu. 
Satu lagi isu yg cuba aku bangkit kan entah la bila ada sesetenag individu ingin menjalinkan kerja sama antara MAS dgn Airasia.. dgn syarat kedua-dua syarikat Menang sama Menang?? iyer ker?? sebenarnya aku kurang setuju dgn hal ni, bg aku klau ada kerjasama pn biar berpadah2 sbb bg aku MAS ni adalah sebuah syarikat penerbangan yg punya kelas tersendiri berbanding dgn Airasia yg kurang dr segi hospitality nya.. Jika MAS kini punya anak syarikat penerbangan Firefly itu lebih baik dr bergabung atau punya kerja sama dgn Airasia.. kerana bagi aku persaingan yg seada ada ketika ini menguntungkan kedua-dua pihak. Bukan setakat itu saja aku rs Airasia patut kaji semula sistem perkhidmatan mereka yg aku tgk semakin  teruk terutama skali dalam caj yg tersembunyi berbanding dgn MAS dan Firefly. Walaupun ada pihak yang lebih mengetahui hal ini lebih mendalam tp aku sbagai penumpang kepada perkhidmatan udara ini mng kurang setuju dgn kerjasama jika mereka ingin membuatnya. 

Pengalaman buruk bersama Airasia memakan masa 4 tahun mengunakan perkhidmatan mereka. Banyak perkara yang membuat aku jd bosan dgn perkhidmatan mereka ni, jika dihitung d kira harga tetap masa mcm MAS tp perkhidmatan kurang ada pula caj tersembunyi, kini angin berubah arah MAS n Firefly menjadi pilihan kerana perkhidmatan berbaloi buat aku.. puas ati perkhidmatan hospitality pon berbaloi. Kalau nk bawa 20kg pon da termasuk dalam caj perkhidmatan, tukar tiket kurang 24j pon baru RM50. Airasia kurang 24j atau seminggu seblum nk terbang macam beli tiket baru. Lepas tu setiap masa asyik delay jer.. asyik2 delay..delay..delay bosan asyik menunggu saja!!  

Ermm.. tp lepas ni menang da x nak naik Airasia bkn best pon mkn pon nk kena beli, MAS & Firefly d sedia kn, perkhidmatan beg Airasia 15kg RM20 ringgit tp MAS & Firefly 20kg Free. Kalau beli tiket melalui internet mengunakan kad kredit Airasia Caj RM20 utk apa?? MAS & Firefly plak kalau beli guna kad kredittiada caj.. bila d hitung d kira balik lebih murah dan berbaloi beli MAS or Firefly tiket jika membeli Airasia tiket tak kira time promosi atau tak sama jer sebenarnya. Skg ni pon Firefly da ada flight dari KLIA ke Sabah/Sarawak so more then better ikuti perkhidmatan yg ditawarkan.. so klau nk tambang murah Firefly anak syarikat MAS pon da ada so fikir sebelom membuat keputusan yerk.. Adiosazz!!

Journal 2010 ~ #165

Sedar tak sedar dah 24 tahun berlalu, semalam Disember 25, 2010 genap 24 tahun pemergian bapaku selamanya, moga2 dia di tempatkan dikalangan org2 beriman dan dikasihi oleh NYA. Tersedar dari mimpi sejenak baru teringat tgh check semula dalam diari yg lama gak aku simpan x buka, byk benda nk kena remind terutama skali pasal hutang2 ni.. tahun ni kena check dgn kekawan ada hutang ke x?? hihi.. bkn apa takut tak sempat org x halal kn tu yg merbahaya tu.. so kena la ambik inisiatif org kata. Ni bkn takat hutang aku dgn kekawan jer tetapi kekawan dgn aku pun ada gak ni.. yg 1000 hinggit tu pn x berbayar lg adeii bila nk bayar ni weii.. tu bleh cover 1 semester pnya yuran tu weii... yg seratus dua ratus tu pn x bayar lg adeii aku ni da mcm ceti plak hitung hutang2 org ermmm.. bila korg nk byr ni weii.. yg beli brg pinjam duit aku tu pn x bayar lg.. phm2 la bkn korg jer yg nk guna duit aku pon nk guna duit.. susah betul pd org2 yg berhutang x reti nk bayar ni pasni aku nk bkn kilang cop duit arr da rupa aku ni mcm ceti tmpt pinjam duit da boring tul.. ada kawan tp x reti nk byr hutang!! yg bertahun berkurun pn ada gak ni hey!! bila mo bayar huh?? esok mati x takut ker?? ko pikir la sndiri!!

Journal 2010 ~ #164

Hari ni demam ku da kurang tp selesema plak yg x baik2 lg adeii sumbat lubang hidung ku ni, da la batuk x abis2 nk sembang lebih pn kena control huh!! dugaan betul hujung tahun sebegini tp sabar hihi. Ari ni mood aku agak baik ckit sblom ni ruang meja aku agak sengal ckit dgn kedudukan PC opis aku yg kurang aku guna sbenarnya saja nk tambah aksesori jer.. padahal aku lebih pd laptop aku ni jer sume design, coding pd laptop ni jer.. lg pn aku lebih suka guna laptop aku ni bleh guna kt mna2 jer klau nk buat. Klau PC ni susah ckit duk kt situ jer.. klau idea dtg pn x bleh nk wat so aku pastikan laptop aku ni master copy sume keje2 aku. Kebanyakan keje2 aku skg ni melibatkan coding dan design jer lebih x de la yg susah2 mna pon. Huh!! sebut pasal design ni semester depan aku akan ambik course web programming, basic journelis n teory communication.. fuh!! berat gak subjek tu sbenarnya so pd kekawan yg pernah ambik subjek ni jgn lupa share2 ilmu korg pd aku yerk.. x sabar nk abis belajar lepas ni bleh ambik sijil lain plak hihihi.. wokey la time up!! kena smbg keje esok lusa aku update lg weblog ni lg.. adiosazz!!

Journal 2010 ~ #163

Kerja..kerja..kerja.. banyak sgt ke kerja aku ni? sampai org tanya x ambik cuti ker? Ermm.. nk kata byk x der la aku tgk besa je kerja aku, cuma kekadang tu jd bosan bila terlalu fokus pd kerja jer atau aku sebenarnya malas nk buat kerja.. mcm ni la kehidupan ada yg best ada yg x best. Weekend ni da xmas kira genap 24 tahun bapa aku x de d cc kami sekeluarga, semoga roh nya d cucuri rahmat walaupun rindu pd arwah namun itulah dugaan hidup ini yg hidup pasti akan pergi.. terimalah kenyataan ini seadanya kerana ketentuan-NYA itu lebih bermakna untuk kita belajar dari apa yang berlaku.

Wokeylah ari ni bkn nk story yg sedih2 sbenarnya aku cuma nk share satu lagu ni dr kumpulan linkin park tajuk dia 'waiting for the end' memang best lagu ni sbenarnya bila aku cuba hayati bait-bait lirik tu adalah jg pengajaran nya cuma dr diri sndiri utk mentafsirkn nyer so check it out!!

Journal 2010 ~ #162

Hari ni last paper aku, fuhh!! lega sume paper da selesai.. tinggal nk  melangkah setapak lg utk masuk semester baru.. x sabar nk great sbenarnya da lama x rasa nk pakai jubah n topi 4 segi hihi.. pagi td bila da selesai jer paper aku terus cabut dr dewan peperiksaan tanpa menoleh ke belakang hihi mls nk pk sbenarnya aku selesai jer aku terus g the curve damansara maraton tgk movie gitu hihi.. citer apa lg klau bkn Narnia n Aku Masih Dara fuh! best giler.. demam2 pon masih larat juga tgk movie hihi tu la klau da ketagih tgk movie mcm ni la jd nyer tambahnya lg bila citer nmpk best mng x rugi berbaloi-baloi.. hihi lepas ni nk Q movie baru lg ler jawabnyer hihi

Journal 2010 ~ #161

Hello there, thnx kerna sudi lagi membaca blog ni walaupun kekadang da naik jemu gak nk update hihi.. ntahlah kekadang rasa x de idea nk update apa benda pon actully, tp demi kekawan aku update juga la blog ni utk perkembangan semasa.. actully skg ni aku tgh duk final exam dalam keadaan demam hahaha.. kekawan aku kata demam exam, tpseriously kali ni demam bukan sebab final exam tp demam sebab pertukaran cuaca n aku plak slalu balik lewat dr keje so ni la padah nya badan penat n x cukup rehat tambah2 lg usia aku ni da nk meningkat ke 1 tangga lg hihi, well nothing meaning with the age number rite, yg pasti nya jiwa tetap muda (betul ker?)

Hari ni last esok last paper, yg malas nyer kena paper awal pagi kt Shah Alam Learning Centre, adoiiyaii awal pagi nk kena bangun menentang arus trafik jam kt federal highway tu yg x tahan tu.. bila la nk ada driver sendiri ni. Best ckit nk g mna2 ada driver hihi.. (berangan tul). Jam da 11.44 mlm modul langsung aku x sentuh mng x de mood study betul la, demam ni wat aku letih nk berfikir ishk!! tambah2 lg dengan selsema.. adoiiyaii bkn takat tu je hujan lg la wat mengigil satu badan ni adoiiyaii.. penadol n ubat selsema pon x jalan jg time2 mcm ni adeiii kena cr ubat lain ni.. ubat tdo hihi tu yg paling mujarab sebenarnya.. wokey la time up utk update blog skg ni nk update FB plak kut2 ayam da menetas kt farmville tu bleh gak kutip hasil hihi (kaya duit FB jer bkn RM pon) adiosazz!!

Journal 2010 ~ #160

Cintaiku seadanya.. terima diriku seadanya jika benar engkau ingin aku menjadi milik mu selamanya.. tetapkanlah hatimu buatku walau dimana sahaja engkau berada aku tetap berada dalam hatimu.. walaupun jauh berbeza tempat namun kita tetap memandang pada bulan yang sama.. Jangan pernah ragu diri ini walaupun seketika.. yakinilah diri ini bahawa cintaku, kasihku, sayangku kini hanya pada dirimu selamanya dan bersama DIA pasti merestui segalanya..

Journal 2010 ~ #159

Delay..delay..delay.. asyik2 delay.. kata the best service utk pelanggan tp 4 years aku menggunakan perkhidmatan airasia ni x pernah nk tepat asyik delay memanjang.. naik muak dan jemu dgn alasan yg d beri kelewatan d jangkakan la apa ler.. haram jadah kepala hotak korg la.. klau hospitality tu baik x ipe ni hospitality pun kureng klau d beri 1-5 aku bg kosong mark jer.. mng x best langsung. Actully aku da lama x puas ati dgn perkhidmatan airasia ni, tiap kali buat aduan pelanggan akan di perbaiki akan di perbaiki smpi kiamat x de perubahan. Sori to say la mng out airasia pd aku ketika ini.

Kata tambang murah tp sbenarnya x pernah murah pon mahal lg ada la klau nk di hitung di kira tolak tambah aku rs harga tiket MAS atau Firefly lebih berbaloi dr perkhidmatan airasia ni.. bila internet booking skg ni da ada caj keatas kad kredit RM20 bila tnya tu caj apa x bleh nk jawab.. hantu betul!! pastu yg wat sakit ati tu klau nk tukar tarikh penerbangan atau masa penerbangan dalam tempoh 7 atau 24 jam tu dia harga tiket jd 2 kali ganda yg best nye serupa kita beli tiket baru. Klau MAS aku rs free atau denda fee pon baru RM50. Lepas ni org akan buka mata dgn cara airasia buat keuntungan melalui penipuan. 

Tak pe ler this day last day aku fly dgn airasia, nnti balik dr sabah sori la nk naik airasia better naik MAS yg terjamin hospitality nyer.. nk d banding kn airasia taik kucing arr.. out service bg aku, da la tu staff airasia ni kekadang ada jg yg biadap.. Say GOOD BYE to Airasia bad service.. nk duit penumpang tp x tau kesan kemudian so lu pikir la sendiri nk naik airasia sbb murah, tp sebenarnya mahal atau nk naik MAS service baik tp kualiti n kepuasan ati tu lebih memuaskan berbanding airasia yg tau nk kena kn caj ntah apa2 yg x munasabah langsung d kepala hotak aku ni.. bagi aku perkhidmatan bodoh pon ada!!

Journal 2010 ~ #158

Hari ni Isnin org kata monday blues, ntah apa yg blues nyer pon aku x taw.. mungkin penyakit malas kut yg membuat ari ni monday blues ermm.. aku rs mcm x nk wat keje je ari ni sbb bkn sume keje yg org pandang kita dgn ikhlas atau ucapan terima kasih. kekadang terpikir jg klau x de staff kt opis berjaya ke company ni dr dulu hingga kini??

Skali skala aku merungut dgn sume ni, terasa ati pon ada gak da lama keje tp tetap mcm tu jg ada yg baik mng ikhlas, ada yg baik sbb nk guna kepakaran kita ada yg baik tp cr kesalahan kita slalu mcm tu la.. kekadang aku naik nyampah pon ada dgn keje2 aku x d hargai langsung pon ada buat la mcmna canggih tp kesalahan tetap d cari.. so klau mcm ni la aku lebih rela membatu buat x taw jer sbb buat mcmna pon bkn kena hargai yg pedih tu dlm keje kita tu ada je kesalahan yg d cari. Bkn nk tnya elok2 pastu salah org lain letak pd kita ni huh!! sedih..

Journal 2010 ~ #157

Hari ni ahad.. tgk tv pon bosan sbb kartun da x best mcm dulu lg huhu.. nk tgk CSI plak asyik ulang citer jer, tgk melodi huh!! gosip..gosip..gosip da bosan da dgn citer artis M'sia ni x gempak mna pon sbenarnya.. nk g tgk wayang maybe next time sbb x de mood nk driving erm.. last choices main farm ville yg x pernah abis dgn level nyer.. ntah bila nk abis games ni asyik tmbh..tmbh..tmbh aku jd naik muak juga kekadang tp tu la games farm ville ni x akan abis slagi permainan ni berterusan.. walaupun boring tp aku layan jer asal ada benda nk kena buat huhu.. tp game ni jg la mnjadi kegilaan org ramai.. so pandai2 la pk utk games ni dgn kehidupan kita yerk..

Actully aku tgh layan demam final exam yg bakal menjelang huhu tinggal beberapa ari jer lg. 1st paper aku on December, 14 huhu dekat sgt2 rs mcm nk demam jer paper Intro Multimedia huh!! nmpk gempak tp sakit juga paper ni sbb subjektif kena la perah otak ni abis-abisan. Study by bab da buat.. ntah masuk ke indak sume benda dlm otak aku ni. ALAMAK!! baru perasan n baru ingat ada satu assignment lg aku x submit alahai ni last minit pnya keje la ni adoii!! wokey la adiosazz!!

Journal 2010 ~ #156

Hari ni aku tgk citer Ngangkung dgn member aku kt TGV KLCC. Dapat kupon free mcm tu ler kena la pegi gak ke TGV tu walaupun ati aku ni x berapa bekenaan dgn TGV ni sebab test aku mng kt Cathay Cineplexes @ The Curve tu hihi.. tp tiket free punya pasal aku g juga ler dgn member aku.. citer dia boleh la tgk sekadar mnghabiskn masa x pon boleh la menghiburkn ati hihi.. abis jer tgk citer Ngangkung ni aku ngan member aku g kedai kasut Bata huhu tgk mcm best jer apa lg cuba jgn x cuba sume jenis kasut aku cuba hahaha.. tp x de satu pon bekenan d ati aku ni hahaha.. last2 dpt satu kasut ni color pink boleh la ikut selera ketika ini :P
Bercerita pasal KLCC ni aku rs mcm x berapa best sbenarnya mna x nye puas aku ronda satu KLCC tu satu surau pon x jumpa, terpaksa kuar dr KLCC utk g masjid berhampiran KLCC.. Ermm!! rs mcm x sesuai langsung. Aku terpikir mcmna makcik2 atau pakcik2 yg tua tu nk jalan jauh g masjid tu.. Seharusnya pihak pengurusan KLCC kena perihatin hal ni, yg aku musykil kn tu ada ker pekerja2 yg muslim yg bekerja kt KLCC tu pnya kemudahan surau?? huhu tepuk dada tanya minda yerk hihi so adiosazz!!


Journal 2010 ~ #155

Tik..tak..tik..tok.. huh!! dah weekend da rupanya.. tp ari ni x begitu ceria utk aku. Ermm.. badan aku penuh dgn allergy entahlah dr mana aku dpt pon x tau.. mng x best langsung hidop aku ari ni abis kuar bintik merah + gatal seluruh badan sebenarnya.. nk nangis pon ada sbenarnya x tahan huhu.. tp yg x best lg bila aku g klinik doktor bg injaction pd aku fuhh!! sakit giler mng x tahan langsung tp badan aku still penuh dgn bintik merah makin bertambah aku tgk bkn berkurang adoiiyaii mkn ubat pon wat ngantuk kt aku adoiiyaii camner ni erkk!!! yg aku x suka bintik2 merah ni turut timbul d muka aku jg adoiiyaiii x comel da muka aku weii...