Hi uols!! Salam ilmu salam taqwa utk uols!! arini ada kelapangan untuk update weblog aku kali ni, nmpk gayanya semakin hari semakin kita d penghujung tahun 2013, apa pun biarlah jari jemari aku ni terus menaip utk sebarang info kpd mereka2 yg sudi membaca weblog ini.
Baru-baru ni aku dihujani beberapa soalan sedemikian oleh sorg teman non-muslim melalui inbox #facebook antara soalannya adalah:
"Knapa org islam x boleh atau haram utk makan 'kerbau pendek' a.k.a khinzir? "
"Knapa org islam sembayang sembah Ka'bah?"
"knapa org non-muslim x boleh masuk masjid/surau?"
Wow!! 3 soalan yg nmpk remeh tp serius utk menjawab soalan2 sedemikian. Agak lama aku x membalas mesej tersebut, anggapan aku biar dia fikir aku busy dgn urusan seharian atau x sempat utk bukan inbox FB aku, sebenarnya aku sengaja memberi ruang utk diri aku untuk memperkukuhkan ilmu dan memperbanyakkan membaca serta bertanya pada mereka2 yg lebih arif akan hal ini. Soalan sebegini bukanlah hal yg remeh tapi berat apatah lagi utk menjawab kpd mereka yg ingin tahu tentang Islam.
Knapa org islam x boleh makan 'kerbau pendek' a.k.a khinzir?
Cuba bagitau aku dlm dunia ni, agama mana yg MEMBENARKAN pengikutnya drpd memakan hasil daging haiwan yg kita panggil 'kerbau pendek' a.k.a khinzir ni? Tahukah kamu bahawa sebenarnya TIADA mana-mana agama di muka bumi ini yang mengatakan makanan drpd sumber Khinzir itu boleh dimakan sama sekali. Well aku percaya kamu sudah tahu Muslim tidak memakan daging tersebut dan sebabnya. Tahukah kamu bahawa dalam agama kristian spt yg tercatat dikitab "Holy Bible" dlm Deutronomy, Leviticus n Isaiah secara terang melarang org kristian drpd mengambil makanan drpd sumber tersebut. Dalam Hindu sendiri pun kalau diperhalusi memakan makanan drpd sumber khinzir itu sepatutnya tidak boleh.
Maaflah aku bukan nak tunjuk pandai tp sememangnya dalam kitab-kitab Veda.
Malahan dalam manuskrip Manu sekalipun memang tiada perkataan khusus atau secara terang mencatatkan perkataan khinzir ini dilarang dari
dimakan oleh pengikut Veda. Tapi, dalam Veda banyak disebut... 'Jangan'
memakan makanan yang merosakkan diri...'Jangan' makan makanan yang boleh
membinasakan tubuh badan...'Jangan' ambil haiwan eksotik atau buas atau
liar. Malahan, umum tahu sifat khinzir yang pengotor dan buas (aku
maksudkan nafsu seks khinzir ni terlampau buas dan tak kira tempat).
Dalam Hindu juga kalau aku tak silap, mana-mana binatang yang tak
senonohnya jangan dimakan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi sifat dan
perilaku kita nanti akan jadi macam binatang tu juga selepas kita makan.
Bagi agama Jainism n Buddha pula, kedua-dua agama ni melarang membunuh sebarang makhluk bernyawa (living being).
Jadi, kedua-duanya secara automatik melarang penganutnya memakan
binatang apa pun. Dengan kata lain, mereka makan sumber yang berasaskan
tumbuhan (vegetarian).
Agama Islam melarang pengikutnya dari makan makanan dari sumber khinzir bukan kerana mengikut ajaran agama lain. Tetapi, perintah larangan dari makan daging khinzir ini kerana sebagai Muslim, kebersihan itu bukan
hanya dari pandangan mata semata. Namun, makanan yang akan kami kunyah
dan telan masuk ke dalam perut juga perlu dijaga demi memastikan dalaman
tubuh badan dan akal jasmani menjadi sihat. Bila badan sihat, akal sihat baru
kita cergas dan cerdas untuk menjalankan kerja harian.
Knapa org islam sembayang sembah Ka'bah?
Sebenarnya umat islam tak menyembah ka'bah. Ka’bah sendiri bererti kubus persegi empat yang dalamnya kosong, tidak
ada apa-apanya. Adapun Hajar Aswad ada ditepi luar ka’bah, bukan di
tengah-tengah ka’bah. Kemudian fungsi Ka’bah hanyalah sebagai arah
hadap, kerana Qiblat ertinya arah hadap.
Dapat dibayangkan andaikata umat Islam tidak punya arah qiblat, maka bagaimana solat berjemaah mereka? Imamnya ingin ke utara, makmumnya mungkin ada yang ingin ke selatan, ada yang ingin ke barat, x haru biru solat berjemaah bukan. Supaya orang Islam berada di dalam satu kesatuan dengan persatuan yang kuat ketika mereka menyembah Allah ta’ala, maka Allah ta’ala menetapkan arah qiblat. Dan ini bukan bererti orang Islam menyembah Ka’bah. Walaupun mereka menghadap ka’bah tetapi ini bukan bererti orang Islam menyembah ka’bah. Kenapa? Kerana orang Islam hanya menjadikan ka’bah sebagai penanda arah. Kerana yang namanya penanda arah tidak akan sempurna kalau tidak terlihat. Maka dibangunlah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ka’bah sebagai penanda arah supaya orang melihat: "Oh ke arah sana, ke arah ka’bah", hendaknya kaum muslimin seluruh dunia menyatukan arah. Kerana tidak mungkin mereka solat menghadap ke atas, kerana Allah ada di atas langit. Tidak mungkin! Maka kaum muslimin diperintahkan menghadap ke arah yang sama dengan satu arah yang sama, iaitu ka’bah.
Knapa org non-muslim x boleh masuk masjid/surau?
Terdapat dalil dan pendapat
ulamak tentang masalah non-muslim masuk masjid. Pendapat
“Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan
toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan
non-Muslim. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yang
boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan
dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg
mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim
ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.”
Dari pandangan di atas, mengatakan bahawa
orang non-muslim tidak boleh menjejak kaki atau masuk ke dalam Masjid
Al-Haram dan masjid-masjid lain yang terdapat di tanah haram Mekah dan
Madinah. Firman Allah swt yang bermaksud: “(Hai orang-orang yang
beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci),
maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan
jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu
kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.)”(At-Taubah : 28)
Mengikut pandangan dari Ulamak Syafi’i
mengatakan bahawa orang non-muslim tidak dibenarkan masuk Masjid
Al-Haram dan masjid-masjid sekitar tanah haram. Selain dari
masjid-masjid tanah haram dibolehkan masuk dengan keizinan orang Islam.
Ini bertujuan untuk mendekatkan non muslim terhadap keindahan Islam dan
membenarkan mereka melihat segala aktiviti ibadah yang terdapat dalam
masjid tersebut. Ini bertepatan dengan Pandangan Fatawa Al-Lajnah
Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’ mengatakan
bahawa :
“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Nabi Muhammad dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Nabi Muhammad untuk melihat orang solat dan membaca Al-Quran, dan sebagainya."
“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Nabi Muhammad dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Nabi Muhammad untuk melihat orang solat dan membaca Al-Quran, dan sebagainya."
Sebagai tanda menghormati rumah Allah,
maka orang non-muslim mestilah menutup auratnya seperti orang muslim,
kerana ini tanda penghormatan mereka kepada umat Islam. Hal ini juga
telah dipraktikkan di masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain yang
membenarkan pelancong non muslim masuk masjid dengan memakai jubah dan
tudung khas yang disediakan kepada mereka yang ingin memasuki masjid
tersebut. Di sini juga secara
tidak langsung proses dakwah itu berlaku kepada mereka dengan
memperlihatkan mereka tentang keindahan seni bina Islam, melihat
info-info Islam dalam masjid dan melihat segala aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam masjid.
lebih kurang begitulah jawapan yg aku beri pada teman tersebut, moga dia dpt pencerahan memahami dgn jawapan yg di beri drpd soalan yg di beri. So pada uols klau ada kawan2 yg x tahu atau bertanya berilah jawapan yg sewajarnya. Wallah wa'alam..
No comments:
Post a Comment