Hi uols!! Salam taqwa salam keamanan, hari ni entri aku nk share satu cerpen ini aku nk share untuk tatapan dan renungan buat semua pejuang-pejuang Islam di seantero dunia, khususnya yang faham bahasa melayu, (sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi hehe..
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak
sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati
saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara
tersekat-sekat.
Mata
Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang
perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi
lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak
nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar
saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah
semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.
Fulanah
bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang
berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila
memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung
minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang
diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah
yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang
membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di
hari kelak.
Keyakinan
serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati
gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami
yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang
dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh
hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati
Fikri.
Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.
Dia
mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang
memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah,
Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak
kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir
memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk
dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin
percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan
ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.
Dia
terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali
lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia
menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu
petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan
dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi
gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya
selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri
menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama
seperti Fulanah atau tidak?
Fikri
bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta
sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik
pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa
dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah
mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa
apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya,
Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja
dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama
Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang,
pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu
gerak kerja Fikri semampu mungkin.
Setiap
kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk
membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah.
Suaminya
terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun,
inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami
melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya
pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya
berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak
kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana
usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri
pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri
aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita
dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi
fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di
hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah
kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.
____________________________________________
Sedarlah semua kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!
Sumber: Ust Muhtar Suhaili As-Sarawaki
No comments:
Post a Comment