Journal 2013 - # 483

Hi uols! Salam kedamaian utk uols sume!! Ermm... lama plak x update weblog ni tetiba sibuk dgn urusan dunia hihi.. Well arini aku ada artikel baru fresh from oven.. kali ni aku nk share pasal sorg artis rapper dalam bahasa bajau drpd Sabah, mesti korg rasa pelikkan. Sure uols mng x kenal terutama skali org2 kt semenanjung ni, BTW org sabahan ofcos da kenalkan sape yg d maksudkan tu, yg x kenal juga urmm!! mari berkenalan dgn 'si dia' ni..

‘Hip hop daling-daling’ atau dalam bahasa Bajau ‘kamemon daling-daling’ yang bermaksud mari berdansa daling- daling, lagu ini cukup unik dari segi lirik dan juga muziknya. Siapakan pemilik lagu tersebut? As Bow satu nama yang asing dalam industry tempatan terutama sekali di Semenanjung Malaysia tapi tidak asing di bumi borneo Sabah. Sebut saja As Bow pasti mereka mengenali As Bow Rapper pertama menyanyikan lagu dalam Bahasa Bajau. Keunikan nama As Bow itu sendiri membuat kita tertanya siapakah beliau sebenarnya. (maksud sebenar nama As Bow tu biarlah rahsia yerk walaupun As Bow ada share tp let be secret 4 this moment)

As Bow, bukanlah satu nama yang baru dikenali dalam industri muzik Sabah namun melihat kepada bakat yang ada padanya, As Bow melangkah lebih jauh lagi. Bahkan kini, As Bow Berjaya mengukir nama dan identitinya sendiri dan telah pun berjaya mencuri tumpuan masyarakat Sabah.

Lahir di Pantai Timur Sabah iaitu Semporna meminati muzik rap sejak kecil lagi yang dipengaruhi oleh abang beliau membuat beliau nekad untuk terus berada dalam aliran muzik rap sekali gus menempah nama dalam industry ini. Perjalanan seni As Bow bermula dengan menyertai pertandingan sekitar Tawau dan juga Semporna maka bakat As Bow tidak sia-sia hingga hari ini. Kata orang tuah ayam Nampak pada kaki, tuah manusia tidak siapa pun tahu.

Mula bergerak aktif dan serius pada tahun 1998 sebagai rapper underground sehingga beliau pernah menyertai pertandingan Singapore Rap Battle Performance  peringkat  Asia dan mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut, hebatkan artis Sabahan (^_^).  Setiap bait lirik yang dinyanyikan dalam bahasa bajau membuat ia adalah satu keunikan kepada penyanyi ini dan menjadi identiti penyanyi rapper pertama di Negeri Bawah Bayu ini.

Saya cuma bagi apa yg boleh yang penting sumbagan kecil ni dapat memberi inspirasi kepada anak anak muda sekarang agar mencintai budaya sendiri dan bangsa sendiri.” Itu kata As Bow ketika ditemubual secara ringkas melalui #fb. Bangga dengan semangat dan keazaman beliau diharap cita-cita dan kerjaya beliau terus bersiar kelak.

Berkat usaha dan kesabaran As Bow baru-baru ini beliau telah melancarkan single pertama beliau iaitu “hip-hop daling-daling/ kamemon daling-daling”.  So pada sesiapa yang ingin mengenali As Bow dengan lebih dekat anda boleh mengikut perkembangan As Bow melalui #facebook: facebook.com/as.bow1 atau #twitter:twitter.com/as_bow

As Bow ~ Hip Hop Daling-Daling




No comments: