Hi uols!! Salam ilmu salam perjuangan!! kali ni entri weblog aku nk share sedikit serius or mng serius utk renungan n panduan kita bersama. Well arini aku cuba nk share pasal Madah Imam Syafie. tapi sebelum itu kita kenali dulu siapa Imam Syafie sebenarnya.
Nama
sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin
Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul
Manaf. Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau
dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang
mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam
Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar
al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara.
Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan
kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak
tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
Imam
Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal
Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10
tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar
biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia
15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.
Sebelum
melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari
perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh
bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu
menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya
juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang
yang keluar dari perut isterinya.
Madah Imam Syafie

IMAM Al-yhafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya.
Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan, selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yangdilakukan. Antaranya:-
- Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan kecantikannya murah hati.
- Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan.
- Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah.
- Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.
- Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana pilihan),sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana terpaksa).
- Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak berkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang bodoh yang buruk ekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.
- Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada segala perbuatan tercela.
- Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.
- Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.
- Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia menginginkan kebaikannya.
- Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.
- Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.
- Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.
- Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih tercela.
- Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada Ahli Tauhid.
"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"
"Dan Allah tuhan KamiRasul ikutan kamiAl-Quran Panduan kamiJihad jalan KamiMati Syahid cita-cita tertinggi kami"
No comments:
Post a Comment