Hi uols!! Salam keamanan dan salam kedamaian, sedar x sedar kita da nak masuk pertengahan disember da kan.. apa pun kehidupan perlu d teruskan selagi nyawa masih di badan. Well arini aku nk sembang pasal 'Seniman Jalanan' mesti korg tertanyakan kenapa tetiba nak citer pasal diorg ni?? Tidak dinafikan bahawa mereka ni sebenarnya insan yang berkarya dengan hati yang ikhlas bila menyampaikan nyanyian mereka, bukan setakat wang ringgit mereka inginkan namun mereka mahu suara mereka di dengari oleh orang umam. Tidak dinafikan sebenarnya suara mereka ini jauh lebih baik dan setanding dengan artis2 yang ada pada masa kini.
Mungkin sebelum ini kita pernah mendengar mengenai pemuzik jalanan
ataupun ‘buskers’ dimana mereka sering menyanyi di tempat-tempat awam
contohnya di SOGO, Bukit Bintang, Central Market dan sekitar Kuala Lumpur. Namun apa yang aku nak ceritakan disini ialah
jarang sekali kumpulan-kumpulan buskers seperti ini diberi peluang untuk
mengikuti satu program yang besar dan melibatkan badan bukan kerajaan
(NGO) yang tidak ada kena mengena langsung dengan bidang muzik. Mungkin lepas ni adalah yang akan buka mata akan hal ini.
Ada juga kalangan buskers ni bukan nak menyanyi tetapi mereka juga memperdengarkan cara mereka bermain muzik, adakalanya muzik yang dimainkan oleh mereka ni unik dan memberi sumber inspirasi. (^_^)
Ada juga kalangan buskers ni bukan nak menyanyi tetapi mereka juga memperdengarkan cara mereka bermain muzik, adakalanya muzik yang dimainkan oleh mereka ni unik dan memberi sumber inspirasi. (^_^)
Namun demikian jarang sekali 'artis wanita' berani membuat persembahan nyanyian
mahupun bermain alat muzik secara terbuka di lorong atau pekarangan
kompleks beli-belah yang sibuk di sekitar ibu negara.
Apatah lagi ia membabitkan kumpulan pemuzik yang sering dilabelkan
sebagai peminta sedekah, golongan tidak berumah atau gelandangan dan
lebih buruk lagi dikaitkan dengan samseng kota dan gejala penagihan
dadah.
Bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat segelintir wanita yang berani
cuba menonjolkan bakat seni nyanyian masing-masing di depan khalayak
ramai sebagai 'seniman jalanan' atau buskers demi mencari sesuap nasi.
Malah, kehadiran segelintir wanita itu seolah-olah menjadi 'penyeri' kepada beberapa kumpulan buskers bagi menarik lebih ramai pengunjung menyaksikan persembahan mereka dengan lebih dekat.
Realitinya, aliran anak muda mendendangkan lagu sambil menunjukkan kemahiran bermain alat muzik di negara ini bermula seawal 1980-an yang pada mula kelahirannya dianggap budaya Barat yang ditiru ke tanah air. Bagaimanapun, masa berubah apabila sentimen buruk terhadap buskers mula terhakis. Kini kebanyakan mereka tampil dengan imej lebih baik dan membuktikan mereka juga sebahagian pemuzik profesional.
Ia berbeza di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Eropah dan Australia, iaitu kewujudan pemuzik jalanan diterima baik masyarakat setempat sebagai satu cara tarikan pelancongan ke sesebuah bandar utama negara berkenaan. Mereka buat semua ini bukan semata-mata mahu mencari duit lebih, tapi sekadar hendak mendapatkan kepuasan berhibur di samping dapat melepaskan tekanan di tempat kerja, katanya.
No comments:
Post a Comment