Journal 2013 - # 432

Hi uols!! harap uols sihat2 jer, ok memandangkan aku ada sedikit kesempatan utk update weblog ni, jom baca artikel ni yg aku rs berguna kpd kaum hawa utk mengetahui masalah period. Sume org pasti mengalami masalah period so apa kata kita baca artikel ni utk perkongsian ilmu.

Masalah haid membimbangkan
Macam-macam rasa apabila wanita datang haid. Ada mengalami senggugut dan tidak kurang yang
tidak rasa sebarang kesakitan. Cuma kitaran haid setiap orang berbeza-beza, ada yang datang cepat, lewat dan tempohnya pula ada yang sekejap manakala sesetengahnya pula terlalu panjang.

Haid yang normal ialah antara lima hingga tujuh hari dengan jumlah pengaliran darah yang agak seimbang manakala ada yang sampai dua minggu hingga 25 hari. Dalam keadaan apabila berhadapan dengan situasi terlalu panjang melebihi 14 hari dan kerap berlaku seharusnya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.      
Dengan pelbagai reaksi yang berbeza itu juga menyebabkan sebilangan wanita akan berubah emosinya seperti kerap naik angin, cepat marah, badan menjadi lemah. Bago mengurangkan kesakitan ada yang mengambil pil penahan sakit atau mengamalkan petua tradisional seperti bertungku menggunakan batu yang dibakar dan diletakkan di atas perut.
Sebab senggugut
Tidak kurang juga ada yang menyapu perut dengan minyak panas atau makan jamu untuk mengurangkan kesakitan.

Kedatangan haid yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu primer dan senggugut kedua.

Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Senggugut ini kebiasaannya dialami wanita berusia dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.

Sakit berbeza-beza
Perunding Obstetrik dan Gynokologi, Pusat Perubatan Tropicana, Dr Hoo Mei Lin, berkata setiap wanita mengalami sakit yang berbeza.

Bagaimanapun ramai wanita dan gadis bimbang mengenai kitaran haid kerana ada yang lambat, cepat, tempoh lama dan tidak tetap harinya.

Kata Dr Hoo, ada beberapa sebab mengapa haid datang lewat antaranya disebabkan tanda kehamilan, menyusukan bayi, menopaus, berat badan tidak seimbang, tekanan dan pengambilan pil perancang.

Darah banyak
Apa yang perlu dibimbangkan ialah apabila ada yang mengalami haid yang banyak sehingga terpaksa menukarkan tuala wanita setiap masa dan ada wanita yang perlu memakai pakaian gelap seperti hitam ketika tempoh haid semata-mata mengelak kebocoran.

Ada juga disebabkan ketumbuhan dalam rahim (fibroid) atau barah pangkal rahim. Cuma , bagi mereka yang hamil, kedatangan darah yang banyak ini mungkin memberi masalah kepada kandungan seperti keguguran dan kandungan di luar rahim, katanya.

Beliau berkata, jika masalah haid berlanjutan dan menyebabkan rasa kejang, pendarahan tidak berhenti, kesakitan melampau, keluar darah beku dan terlalu kerap perlu menukar tuala wanita, berjumpalah doktor. Ini kerana hanya doktor yang boleh mempertimbangkan apa yang sedang berlaku.
INFO
Jumpa doktor jika alami tanda-tanda ini
  • Perubahan haid.
  • Terhenti haid selama 12 bulan dan kemudian kembali semula.
  • Perlu menukar tuala wanita hanya selepas beberapa jam menukarnya.
  • Mengalami pendarahan.
  • Kesakitan melampau.

Panduan hilangkan kesakitan haid atau senggugut
  • Tenangkan jiwa: Ini adalah mujarab. Perlu tenang dan elak tekanan apabila haid datang lewat atau tidak teratur. Untuk lebih kepastian, berjumpalah doktor.
  • Rehat secukupnya dan tidur: Walaupun tidur bukan penyelesaian masalah, ia sedikit sebanyak membantu untuk melupakan masalah seketika.
  • Bantal pemanas: bantal panas atau heat pad boleh membantu meredakan ketegangan dibahagian perut. Ia juga melancarkan darah dari rasa kurang selesa. Selain bantal pemanas elektirk, boleh guna cara tradisi dengan melekap perut menggunakan tuala panas, botol diisi air panas dan tungku.
  • Berjalan atau berlari: Pakar perubatan menunjukkan mereka yang kurang bersenam mungkin mengalami sakit senggugut yang teruk. Berjalan cepat dapat membantu meringankan ketidakselesaan kerana aktiviti ini mampu melepaskan endorfin yang mampu mengurangkan kesakitan.
  • Mandi air panas: Ini akan membantu anda merehatkan otot perut dan lebih penting, menenangkan fikiran anda. Boleh juga ditambah dengan bau-bauan aromaterapi sebagai terapi ketenangan jiwa.
Sebab lewat haid
  • Hamil.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Menopause.
  • Perubahan berat badan.
  • Tekanan.
  • Penggunaan pil kehamilan.
(sumber:Bharian.com.my)

No comments: