Hi uols!! Syukur kita masih bernafas lg di bumi Allah ini. Sebelum jari jemariku meneruskan bicara pada weblog ni, 1st thing i would like to say salam takziah kpd keluarga sahabat baik aku iaitu Trisa Amanda Aiman Harnold atas pemergiaan arwah. Sesungguhnya kehilanganmu amat ku terasa kerana terlalu banyak rahsia dan cerita kita bersama. Semoga engkau tenang di sisi Allah. Al-Fatihah.
Dalam kita bersedih pasti ada gembiranya, yang pergi tetap pergi kita
yg hidup ni perlu meneruskan kehidupan dan amalan kita di dunia ini.
Well kali ni aku nk share story pada hujung minggu. Selalunya weekend
aku suka lepak kat rumah jer, x pun aku g window shopping (^_^) Nyaman
rasa ayat window shopping kan hihi :P
Well bagi org2 yg hidop d KL ni pasti terasa boring kan klau x de nk buat apa. Ok apa kata sekali sekala kita buat sesuatu perkara yg mungkin pd org lain aktiviti yg bosan tp pada kita apa salahnya utk mencuba. Check it out!!
Weekend lepas aku telah merancang utk melawat Muzium Diraja yang terletak kat Jln Istana tu dan baru shj di buka dlm bulan September ni. Ok nk d jadikan citer, aku dan mak aku pegi la ke sana utk menyaksikan sndiri bangunan yg dulu merupakan istana negara now da d jadikan muzium, kata org dlm istana ni sume nye indah n cantik2 belaka so aku pun ambik peluang ni nk tgk la dgn mata sendiri.
Selamat datang ke Muzium Diraja |
Bayaran Masuk ke Muzium Istana, Jalan Istana |
Tiket!! |
Masa smpi tu aku mng teruja dgn persekitaran d istana tu nmpk kemas dan cantik. Pada weekend ni mcm besa la ramai org berkunjung terutama skali budak2 sekolah. Well utk pengetahuan uols kt dlm istana uols kena buka kasut, d larang merakam atau mengambil gambar, yg paling penting uols x bleh bawa makanan atau minuman okey!!
Ok uols, berikut sedikit info tentang istana negara utk panduan n mengetahui sejarah asal istana negara:
Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sebelum Istana Negara, Jalan Duta.
Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed
Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang.
Sejarah
Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada
tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman
seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun
dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai
Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli
oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957.
Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan
dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000
untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi
sebuah negara merdeka yang baru.
Lobi utama istana negara |
Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia
yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai
dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan.
Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja
Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor
tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur
utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik
daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai
mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.
Me and Mum |
Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta.
Balairong Seri
Bagi upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Balairong Seri
sementara yang dibina pada harga RM170,000 kemudiannya telah dimusnahkan
pada penghujung tahun 1957 dan digantikan dengan Balairong Seri yang
lebih besar.
Pada 1980, Istana Negara telah mengalami pengubahsuaian yang besar
bagi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dengan penambahan Balairong
Seri Utama iaitu tempat singgahsana diletakkan. Itu adalah kali pertama
singgahsana diletakkan di Istana Negara yang sebelumnya pertabalan Yang
di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang.
Singgahsana baru telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja
Raya Kapten David Wee yang berasaskan alat kebesaran diraja. Ia
digunakan pertama kalinya ketika pertabalan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada tahun 1980. Selain istiadat
pertabalan, Balairong Seri juga digunakan bagi santapan rasmi, istiadat
keputeraan, istiadat pengurniaan bintang-bintang kebesaran dan
keagamaan.
Kemudahan lain
Istana Negara turut mempunyai singgahsana kecil di aras satu untuk baginda menerima dan menyerahkan surat perlantikan kepada duta dan pesuruhjaya tinggi.
Yang di-Pertuan Agong menggunakan Bilik Duta di aras bawah untuk
berinteraksi dengan duta dan pesuruhjaya tinggi yang baru. Di sini
jugalah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan pada hari Rabu.
Istana tersebut turut mempunyai dewan kecil bagi Yang di-Pertuan
Agong bertemu dengan pemerintah yang lain sementara Bilik Permaisuri
adalah tempat keluarga diraja bertemu dengan pasangan diraja atau bagi
upacara tidak rasmi. Bersebelahan dengan Balairong Seri ialah Bilik
Mesyuarat Majlis Raja-Raja iaitu tempat bagi Majlis Raja-Raja bersidang setiap tahun manakala Bilik Menteri adalah tempat untuk menunggu sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Dewan badminton juga digunakan untuk upacara yang berkaitan dengan mencemar duli seperti menyerahkan hadiah bagi golongan miskin pada bulan Ramadhan. Kemudahan rekreasi adalah seperti gelanggang tenis, gimnasium dan kolam renang.
Istana Negara mempunyai pengawal istana dari batalion pertama Rejimen
Askar Melayu Diraja. Sejak tahun 2001, pengawal berkuda turut
diletakkan di pintu gerbang masuk pada 8 pagi hingga 5 petang yang
menjadi tarikan pelancong.
Perpindahan
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana
pada 15 November 2011 apabila Istana Negara, Jalan Duta
dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula
tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis
Raja-raja akan turut berpindah sama dan Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
Pintu utama Istana |
Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara
rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana
ini selain simbolik penamatan tugas di Istana Negara lama yang seusia
kemerdekaan negara.
Tiupan paluan akhir juga diperdengarkan ketika bendera tersebut
diturunkan. Selepas bendera diturun dan dilipat, ia menyaksikan
perarakan kumpulan pengawal istana dan kumpulan penurun bendera disertai
kawalan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron
Istiadat Berkuda. Mereka menuju ke pintu masuk utama Istana Negara, bagi
upacara penyerahan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong, kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Tengku
Abdul Jalil.
Upacara disaksikan Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Othman
Mahmud dan kira-kira jam 9:40 pagi, pintu masuk utama Istana Negara ini,
dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai
kediaman rasmi Seri Paduka Baginda.
No comments:
Post a Comment