Malaysia Negara Paling Obes di Asia Tenggara!?

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Terpanggil untuk berkongsi cerita kali ni, dulu aku pun salah seorang yang tergolong dalam golongan obesiti, namun atas kesedaran dan inisiatif aku cuba untuk ubah kehidupan harian aku kepada yang lebih sihat.

Tahukah anda bahawa Negara kita iaitu Malaysia Negara Paling Obes di Asia Tenggara!? OMG!! Hakikatnya ini yang berlaku dalam negara kita sebenarnya. Kesedaran terhadap penjagaan makanan yang sihat masih lagi kurang dan mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjaganya. Aku akui 'belum sakit teruk tak apa' sering kali ayat ni kedengaran dah sakit teruk baru menyesal, ayat ni akan keluar 'Kalau lah dulu aku jaga makan'. Well sikap ini yang harus kita ubah sebenarnya. 

Bila kita obes pelbagai penyakit yang akan timbul pada tubuh badan kita, badan kita perlu guna lama lagi, cuba fikirkan tentang ahli keluarga, anak, bini, suami korang semua, kalau korang sakit siapa yang nak jaga mereka??

Kadar obesiti di Asia Tenggara (2011). Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menjelang 2030, Malaysia akan menjadi negara tertinggi dengan jumlah pesakit kencing manis yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sekiranya rakyat terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Menurutnya lagi, faktor utama bagi peningkatan kes kegagalan fungsi buah pinggang dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penyakit diabetes atau kencing manis.

Terdapat lebih daripada 3.5 juta pesakit diabetes dan 40,000 pesakit yang mengalami masalah buah pinggang di Malaysia dan jumlah ini mencatatkan rekod yang sangat membimbangkan.

“Sekiranya rakyat Malaysia masih menjalani kehidupan yang tidak sihat, maka mereka akan cenderung untuk mengalami komplikasi kesihatan di mana kebanyakan pesakit diabetes akhirnya akan didapati mengalami kegagalan buah pinggang untuk berfungsi”.

Di samping itu, Malaysia juga dilaporkan berada pada kedudukan tengah bagi jumlah rakyatnya yang mengalami berat badan berlebihan. Tegas Dr. Hilmi lagi, semuanya adalah berpunca daripada pengamalan gaya hidup tidak sihat serta pemakanan yang tidak seimbang.

“Pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi menggesa rakyat Malaysia untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan serta lebihkan bersenam”.

Statistik yang ditunjukkan menggambarkan betapa kroniknya keadaan pesakit buah pinggang di Malaysia. Rakyat seharusnya mengambil berat akan isu ini dan sedar sebelum segalanya sudah terlambat. Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Mulakan kehidupan harian anda dengan sesuatu yang sihat. Bermula dgn 10 - 15 minit senaman yang minimum dan pengambilan sarapan yang sihat. Maklumat lanjut untuk program pengurusan berat badan yang sihat anda boleh dapatkan info lanjut di FB Page DN Adnin official atau whatsapp 010-8311889.

No comments: