Journal 2013 - # 494

Hi uols!! Salam kedamaian.. sayup2 di pagi yang hening ini, cuaca agak redup n sejuk ketika ini.. Mengimbau kembali setelah 27 tahun pemergian orang tersayang meninggalkan aku ketika berusia 2 tahun membuat aku teramat rindu pada arwah bapa aku. 25 Disember 1986 tarikh itu sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga. Walaupun ada teman2 n keluarga yg non-muslim menyambut hari natal mereka saban tahun aku dan emak aku akan mengingati tarikh ini. Apa2 pun pada teman2 n keluarga yg menyambut perayaan ini slmt hari natal..

Selain itu tarikh 25 Disember ini juga adalah tarikh yg begitu terpahat dalam minda aku iaitu peristiwa d tahun 1996 Ribut Greg! Ya Allah besar kuasa Mu memperlihatkan sume ini pada hamba Mu agar aku sentiasa mengingati diri-Mu n takut akan azab Mu. Mungkin manusia seperti aku ini adakalanya Alpa dengan tindak tanduk perbuatan.

Wahai Allah andainya ini yang ditakdirkan kpd kami umat manusia, ampunilah dosa2 kami, lindungilah kami dgn rahmati kasih sayang Mu, sesungguhnya hanya pada-Mu kami memohon kepada Mu kami berlindung serta pada Mu jua kami sembah.. Ya Rahman, Ya Rahim.. Amin..

No comments: