Journal 2013 - # 482

Hi uols! Salam ilmu salam dakwah utk uols! Moga2 beroleh keberkatan pada hari jumaat yg indah ini. Pagi2 ni cuaca agak redup x la sepanas seperti ari2 biasa. Well setelah beberapa ari nmpk sedikit bz dgn work n research now today i have a artikel utk d kongsi bersama uols sume. Sejak akhir2 ni byk sgt realiti show dr yg dewasa smpi la program realiti show kanak2. So kali ni aku bkn nk sembang atau nk citer pasal realiti show yg mng sedia ada d pasaran taw but!! Aku nk share pasal keterujaan aku pasal satu program realiti show yg aku rasa cukup bermanfaat pd golongan belia remaja khususnya kpd muslimin n muslimah. Kata org klau nk dgr tazkirah or ceramah kt radio or uTube pon boleh tp cuba uols tgk dulu realiti show ni baru uols tau penangan program tersebut.

Kalau sebelum ni kita telah d hidangkan dgn program #ImamMuda yg mndapat liputan sehingga ke luar negara, seterusnya muncul pulak #UstazahPilihan yg x berapa nk hot program tu, now Astro Oasis tampilkan lg program realiti show iaitu #MimbarPencetusUmmah.


Pencetus Ummah - “Duniaku Dakwahku”

Pencetus Ummah membawa penonton merasai bagaimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara kreatif yang tidak disangka ini boleh disimbolkan sebagai ‘Duniaku’ dimana peserta-peserta program berusaha menggunakan pelbagai platfom yang wujud dalam ‘dunia’ ini untuk membawa mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu. 

PROGRAM SINOPSIS SIARAN
PROLOG PENCETUS UMMAH Sebuah program yang berdurasi selama 15 minit ini mengkhususkan mengenai profil diri setiap 12 orang peserta Pencetus Ummah. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan para peserta kepada para penonton untuk mengenali setiap peserta dengan lebih rapat. Program 6 episod ini akan bersiaran pada 15th sehingga 20th November 2013.
SERAMBI PENCETUS UMMAH Sebuah program yang berdurasi selama 30 minit bertujuan untuk berkongsi dengan penonton mengenai jurnal harian para peserta tentang persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi Malam Mimbar. Bersiaran pada Rabu dan Khamis pada setiap minggu bermula 20th November 2013, 9.00malam.
MIMBAR PENCETUS UMMAH Merupakan malam kemuncak persembahan para peserta Pencetus Ummah. Setiap persembahan peserta akan diadili oleh 2 orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Disamping itu, terdapat persembahan istimewa dari penyanyi tempatan bagi merancakkan lagi malam ini. Mimbar akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00malam selama lapan minggu bermula 21st November 2013 sehingga 9th Januari 2014

Astro Oasis yang sememangnya sinonim dengan pelbagai rancangan berbentuk keagamaan seperti 'Imam Muda' kini sekali lagi membawakan anda sebuah program realiti baru berjudul ‘Pencetus Ummah’ bermula 21 November ini.

Pencetus Ummah, peserta Mimbar Pencetus Ummah, gambar Mimbar Pencetus Ummah, fasilitator Mimbar Pencetus Ummah

Bertemakan ‘Duniaku Dahwahku’, program ini  memaparkan sedikit kelainan dimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dan platform yang wujud untuk membawakan mesej dakwah. Mereka akan diberi penekanan dari segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam menyampaikan dakwah menerusi metadologi yang berbeza.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, program ini telah mendapat sambutan hangat walaupun masih belum memulakan tayangannya. “Biarpun masih belum memulakan siaran, program ini sudah mendapat maklum balas positif di kalangan masyarakat.

“Semua ini seolah-olah memberikan tanda positif bahawa program ini mampu untuk mencetuskan fenomenanya tersendiri. Kami akan memberikan yang terbaik kepada penonton terutamanya dari sudut kandungan dan pengisian program ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta ‘Pencetus Ummah’ baru-baru ini.

Seramai 12 orang peserta yang terpilih iaitu Attan Thowi Yusof, Fakhrul Islam Md Zarin, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, Hishammuddin Iberahim, Izzat Fathi Hisham, Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, Mohd Sufian Mohd Isa, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, Salman Maslori, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.
 

Selain itu, barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak serta pengacara bagi program ini, Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah turut diperkenalkan.

Juara ‘Pencetus Ummah’ akan menerima hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta, naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan mendapat wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

So uols!! tepuk dada tanya minda, nk tgk program realiti show yg mana satu.. tp biarlah yg bermanfaat yer agar ilmu kita bertambah ke arah kebaikan. (^_^)

No comments: