Journal 2013 - # 465

Hi uols!! Salam ilmu salam kedamaian.. semakin hari semakin canggih kita d dunia ini, pernahkah kita terpikir tentang teknologi yg kita miliki ketika ini adalah satu medan yg cukup mencabar! Termasuklah kpd golongan belia islam, Masyallah terlalu maha hebat capaian ketika ini. Well arini aku nk share berkenaan dgn dunia IT. Memandangkan aku salah seorg yg memiliki kepakaran dlm dunia IT now we share about IT ok. 
Ramai ketahui para ustaz, ustazah, para ahli ulama dan sbg nya telah berkecimpung dlm dunia dakwa mereka sama ada secara face to face, Media Massa or cetak now mereka kini boleh berdakwa dlm dunia alam maya spt YouTube, Media Sosial, Blogger atau personal website.

Ketahui oleh kita semua dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka membuat kita lebih terdedah dgn pelbagai maklumat dari sekecil-kecil zara sehingga sebesar-besar gunung kita boleh perolehi. Oleh itu kita sbg pengguna perlu bijak dlm hal ini. 

Entri kali ini bkn nk share bagaimana kita nk mencapai maklumat, namun entri kali ni menyokong dasar sesetengah para pendakwa agama, para ahli ulama n para da'ie dlm menyebar luas ajaran agama islam d seantero dunia.

Ada sesetengah pihak pada awalnya menyangkal akan hal ini, mengatakan teknologi yg kita miliki ini adalah ciptaan org kafir, so kita jgn pikir ciptaan ini namun ambik kesempatan atas ciptaan mereka ini digunakan dgn baik sbg medan kita berdakwa dan menyebar ilmu yg berguna.

Aku amat bersetuju dgn hal ini, krn telah ramai para pendakwa mempunyai akaun media sosial dan blogger dan berdakwa dlm dunia maya ini. Masihkah anda ingat Ustaz Azhar Idrus yg terkenal dlm laman Youtube suatu ketika dahulu. Beliau menggunakan medan ini bagi berkongsi setiap ceramah yg di beri d mana2 surau atau masjid dan merakam setiap ceramah tersebut dan d upload dlm laman Youtube, sehingga beliau punya pengikut tersendiri dari Negeri Perlis hingga la ke Sabah. Dunia di hujung jarikan mudah!! Sesungguhnya usaha murni ini perlu kita ketahui dan menyokong agar kita memperolehi ilmu.

Kini capaian kita mendapatkan ilmu agama bkn mcm zaman dahulu yg tiada kemudahan TV, Radio dan juga komputer atau telefon pintar. Now we have that! TV, Radio, Komputer or Laptop yg terkini kita telah ada tablet, telefon pintar dan capaian pula mudah kita perolehi sama ada Wifi, Broadband, atau pra bayar internet!! So skg ni bkn alasan utk kita mendalami ilmu-ilmu agama.
Namun demikian kita sbg penguna berhati-hati dlm memilih ilmu, walaupun dah mudah namun berguru dgn mereka2 yg bertauliah juga amat penting utk lebih mengerti atau mendalami sesuatu ilmu itu. Bkn sume apa yg ada dlm internet itu sebulat2nya kita ambil namun kita kenalah merujuk kpd mereka yg lebih arif dlm hal ini.

Kita sbg pengguna hendaklah mengaplikasikan apa yg kita capai ketika ini dan menyebar perkara baik agar sume org dpt manfaat bersama. Dalam masa yg sama kita bersama-sama membantu mereka-mereka ini dlm menyebarkan ajaran agama kita kpd kekawan kita agar bersama-sama kita perolehi ilmu yg baik. 

So uols! Aku harap korg x salah gunakan kemudahan IT yg ada ketika ini, hope uols enjoy baca entri kali ini, adiosazz!!


No comments: