Journal 2013 - # 466

Hi uols! Salam ilmu salam taqwa utk uols.. tertinggal utk beberapa ari x update blog sibuk dgn dunia photography yg baru diceburi, Masyallah byk keindahan alam ciptaan Allah telah ku lihat dgn mata kepala aku sndiri adakalanya kita sbg manusia alpa dgn hal ini.

Sempurnakah Solat Kita?? Seawal usia 2 tahun kita didedahkan dengan solat. Islam menuntut seawal 7 tahun menunaikan solat dan jika masih liat mendirikan solat pada usia 10 tahun dibolehkan merotannya. Jika seseorang telah akil baligh maka itu adalah wajib keatasnya. Jika ditingglkan satu fardhu sekalipun perlu diqada'.


Begitu lama kita didedahkan dengan solat. Sempurnakah solat kita selama ini atau sekadar melepaskan batuk ditangga asal tertunai kewajipan sudah dianggap terlepas daripada tanggungjawab. Tahukan kita makna setiap bacaan dalam solat? mengapa sedemikian bacaannya diaturkan oleh Allah swt pada setiap rukun solat? kalau kita jelas dan faham kesemua persoalan di atas alhamdulillah.. pada saya.. menyedari dan menginsafi atas kualiti solat2 saya sebelumnya di usia yang 'dewasa' terasa amat rugi sekali.. Semoga mengampunkan dosa2 semasa mendirikan solat2 saya yang lalu.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memelihara solat maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Apabila Rasulullah saw memberi peringatan kepada kita tandanya pentingnya solat itu dipelihara dan merupakan solat yang berkualiti seperti memenuhi KPI Allah swt. Jika kita gagal.. Baginda saw juga bersabda yang bermaksud, "10 jenis orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt;
1. Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (bertaubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong, zalim dan penganiaya.
9. Orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah swt." 
Hassan ra berkata, "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Itu bagi orang yang mendirikan solat tetapi tidak menjaga kualiti dan KPI yang ditetapkan Allah swt dan yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw. Bagaimana pula orang yang meninggalkan solat? Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah swt akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
 
Tiga daripadanya akan dirasai semasa di dunia iaitu;
1. Allah swt akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah swt mencabut nur orang mukmin daripadanya.
3. Dibenci oleh orang yang beriman.
Tiga daripadanya adalah ketika dia hendak mati iaitu;
4. Ruh dicabut ketika dia sangat kehausan walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
5. Kepedihan yang teramat ketika ruh dicabut keluar.
6. Sangat risaukan kehilangan imannya.
Tiga bahaya dihadapi ketika telah disemadikan dalam kubur iaitu;
7. Sukar menjawap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
8. Kuburnya sangat gelap.
9. Kubur menghimpitnya sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Baki tiga azab di tunda ke hari kiamat iaitu;
10. Sangat berat hisab ke atasnya.
11. Kemurkaan Allah swt kepadanya.
12. Allah swt akan menyeksanya dengan api neraka."

Jomla mendirikan solat dan memperbaiki kualiti solat fardhu kita..Solat berjemaah perlu diserapkan dalam institusi kekeluargaan sendiri di pejabat di taman perumahan/kampung dan sebagainya... Then baru kita mendirikan solat2 sunat dan menyempurnakannya.. Semoga Allah memberi petunjuk yang lurus kepada kita dan solat kita diterima..

No comments: