Hi uols!! Salam keamanan dan kedamaian utk uols!! Dalam dunia ni x de sape nk jd miskin n x de sape yg x nk kaya. Sume orang inginkan kesenangan hidup di dunia ini. Justeru, semua orang
sibuk mencari harta atau kekayaan. Dengan ada kekayaan segala idaman
dan harapan akan mudah diperoleh. Agama juga menggalakkan manusia
mencari kekayaan, supaya dengan kekayaan seseorang tidak perlu
mengharapkan bantuan atau pertolongan orang lain untuk hidup.
Harta
diperlukan oleh manusia, tetapi adakah seseorang itu hidup untuk
mencari kekayaan semata-mata? Adakah setiap gerak-geri, tindakan dan
perjalanan hidup kita hanya perlu dihalakan untuk mencari kekayaan?
Ramai
tersilap perhitungan dalam keharusan mencari kekayaan. Lalu mereka
memburu kekayaan sebanyak yang mungkin. Lebih teruk lagi tanpa mengira
halal atau haram, semuanya dibolot dan hendak dikaut.
Tidak
cukup dengan wang melimpah ruah, dengan banglo yang besar, bahkan lebih
daripada dua buah rumah. Begitu juga dengan kereta, diletakkan dua atau
tiga buah kereta mewah menghiasi laman, dengan peralatan rumah pula
serba indah.
Anak yang masih muda belia, yang masih belajar sama
ada di institusi pengajian tinggi, mahupun masih di sekolah pula
dibekalkan dengan kereta mewah kerana kekayaan yang ada mampu berbelanja
apa saja. Sedangkan Allah berfirman, bermaksud: "Hai orang beriman!
Janganlah harta bendamu dan anak melalaikan kamu daripada mengingati
Allah. Sesiapa yang berbuat begitu, itulah orang menderita kerugian"
(Surah Al-Munafiqun:9)
Walaupun tidak dinafikan kekayaan itu
perlu dalam kehidupan, untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat, maka kita perlu membuat perancangan atau batasan dalam
mengumpul kekayaan itu. Kita hendaklah membuat sasaran, misalnya, kita
ingin mencari kekayaan sehingga terkumpul wang RM200,000 atau RM500,000.
Apabila mencapai sasaran yang diidamkan, hendaklah kita
berhenti daripada mencari wang atau katakan kita bercita-cita untuk
mencari harta dengan sasaran memiliki dua banglo mewah, tiga kereta
mewah, 10 hektar tanah dan 10 rumah gudang sewaan.
Selepas
perkara yang kita cita-citakan itu tercapai, maka pada masa itu
hendaklah berhenti mencari kekayaan. Memadailah dengan kadar yang ada.
Usaha melebihi kadar itu sudah termasuk dalam kategori tamak. Allah
melaknati orang yang tamak.
Perancangan atau membuat batasan
dalam mencari harta kekayaan memang perlu. Hal ini kerana keinginan
mencari kekayaan itu sendiri bersifat infiniti. Jadi, sekiranya tidak
membuat batasan, kita tidak tahu di mana noktah pencarian kita itu,
tidak tahu di mana tempat untuk berhenti.
Keadaan ini sangat
berbahaya kerana boleh menyebabkan kita akan terus hanyut dibuai
kenikmatan akhirnya membawa kepada kekufuran. Berhubung dengan hal ini
Allah berfirman; "Kehidupan dunia ini hanya permainan dan kesukaan
belaka! Dan kalau kamu beriman dan memelihara diri daripada kejahatan,
Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tiada meminta wang
daripadamu." (Surah Muhammad:36)
Sebagai seorang Islam, kita
jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kita perlu
ingat bahawa kita tidak akan selamanya hidup di alam fana ini. Jika
panjang sekalipun umur kita di dunia ini, belum tentu boleh mencecah 100
tahun. Tidak dinafikan ada mereka yang mempunyai jangka hayat sehingga
100 tahun, tetapi siapa yang boleh membuat jaminan?
Dalam dunia moden hari ini, pelbagai penyakit boleh menyerang manusia. Sesetengahnya pada usia muda sudah meninggal dunia.
Menginsafi
umur atau hayat kita yang tidak lama ini, maka perlu setiap kita
mempunyai wawasan untuk hari depan, berupa perancangan rapi untuk
mengharungi hidup di dunia baru nanti iaitu alam akhirat, destinasi yang
kekal abadi.
Sudahkah kita mempunyai bekalan amalan atau sudahkah kita laburkan wang untuk membeli saham akhirat?
Jika
sekarang ini kita kaya-raya, tentunya kita ingin menjadi 'orang kaya'
di akhirat. Janatul Firdaus satu-satunya tempat eksklusif yang di
dalamnya penuh kenikmatan atau tiada tolok bandingannya dengan apa yang
ada di dunia ini.
Janganlah kita leka dan terlena di dunia hari
ini, di akhirat nanti baru terjaga. Pada masa hidup di dunia ini, kita
hendaklah memanfaatkan harta yang dimiliki untuk jalan yang diredai-Nya,
supaya kita beroleh penginapan eksklusif itu. Kalau tidak, menyesal
kemudian hari, seperti firman Allah "Belanjakan (di jalan kebaikan)
sebahagian rezeki kamu, sebelum kematian datang kepada seseorang
antaramu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Mengapa Engkau tidak berikan
kepadaku sedikit tempoh barang sedikit waktu, supaya aku memberikan
sedekah, supaya aku termasuk dalam golongan orang yang mengerjakan
perbuatan baik?" (Surah l-Munafiqun: Ayat 10)
Justeru, jadikanlah diri seorang hamba sentiasa bertakwa dan berkualiti.
No comments:
Post a Comment