Journal 2013 - # 460

Hi uols!! Salam ilmu utk uols sume! hari ni badan x berapa nak sihat mungkin sbb pertukaran cuaca agaknya.. Al-maklumlah kt Sabah panas teramat sgt then kekadang hujan, bila da balik KL ni fuh!! cuaca agak lembab hujan yg agak lebat sesangat!

Akhir-akhir ni kita saksikan kerap berlaku hujan lebat lebih-lebih lagi di sekitar kawasan Lembah Klang, jadi adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.
Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang.

Okey la uols kt cni aku nk share beberapa tips ketika memandu dlm keadaan hujan, kekadang kita tgk ada sesetengah keta mati time hujan apatah lg ketika lalu di air besar a.k.a banjir kilat. Selalunya kita x ambik tau atau kita mng x tahu, so apa kata kita belajar tentang kereta arini x kira lelaki atau pompuan terutama skali utk kaum hawa kena ambik tahu n jgn terlalu panik dlm keadaan ini okey!!


Tips Memandu Ketika Hujan
1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Kalau nak lalu juga air banjir yg agak2 x besar mana pastikan anda semua tukar gear 2 terlebih dahulu sebelum masuk dalam air, make sure uols jgn tukar gear dlm air okey!!
Selamat memandu!! (^_^)

No comments: