Journal 2013 - # 482

Hi uols! Salam ilmu salam dakwah utk uols! Moga2 beroleh keberkatan pada hari jumaat yg indah ini. Pagi2 ni cuaca agak redup x la sepanas seperti ari2 biasa. Well setelah beberapa ari nmpk sedikit bz dgn work n research now today i have a artikel utk d kongsi bersama uols sume. Sejak akhir2 ni byk sgt realiti show dr yg dewasa smpi la program realiti show kanak2. So kali ni aku bkn nk sembang atau nk citer pasal realiti show yg mng sedia ada d pasaran taw but!! Aku nk share pasal keterujaan aku pasal satu program realiti show yg aku rasa cukup bermanfaat pd golongan belia remaja khususnya kpd muslimin n muslimah. Kata org klau nk dgr tazkirah or ceramah kt radio or uTube pon boleh tp cuba uols tgk dulu realiti show ni baru uols tau penangan program tersebut.

Kalau sebelum ni kita telah d hidangkan dgn program #ImamMuda yg mndapat liputan sehingga ke luar negara, seterusnya muncul pulak #UstazahPilihan yg x berapa nk hot program tu, now Astro Oasis tampilkan lg program realiti show iaitu #MimbarPencetusUmmah.


Pencetus Ummah - “Duniaku Dakwahku”

Pencetus Ummah membawa penonton merasai bagaimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara kreatif yang tidak disangka ini boleh disimbolkan sebagai ‘Duniaku’ dimana peserta-peserta program berusaha menggunakan pelbagai platfom yang wujud dalam ‘dunia’ ini untuk membawa mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu. 

PROGRAM SINOPSIS SIARAN
PROLOG PENCETUS UMMAH Sebuah program yang berdurasi selama 15 minit ini mengkhususkan mengenai profil diri setiap 12 orang peserta Pencetus Ummah. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan para peserta kepada para penonton untuk mengenali setiap peserta dengan lebih rapat. Program 6 episod ini akan bersiaran pada 15th sehingga 20th November 2013.
SERAMBI PENCETUS UMMAH Sebuah program yang berdurasi selama 30 minit bertujuan untuk berkongsi dengan penonton mengenai jurnal harian para peserta tentang persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi Malam Mimbar. Bersiaran pada Rabu dan Khamis pada setiap minggu bermula 20th November 2013, 9.00malam.
MIMBAR PENCETUS UMMAH Merupakan malam kemuncak persembahan para peserta Pencetus Ummah. Setiap persembahan peserta akan diadili oleh 2 orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Disamping itu, terdapat persembahan istimewa dari penyanyi tempatan bagi merancakkan lagi malam ini. Mimbar akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00malam selama lapan minggu bermula 21st November 2013 sehingga 9th Januari 2014

Astro Oasis yang sememangnya sinonim dengan pelbagai rancangan berbentuk keagamaan seperti 'Imam Muda' kini sekali lagi membawakan anda sebuah program realiti baru berjudul ‘Pencetus Ummah’ bermula 21 November ini.

Pencetus Ummah, peserta Mimbar Pencetus Ummah, gambar Mimbar Pencetus Ummah, fasilitator Mimbar Pencetus Ummah

Bertemakan ‘Duniaku Dahwahku’, program ini  memaparkan sedikit kelainan dimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dan platform yang wujud untuk membawakan mesej dakwah. Mereka akan diberi penekanan dari segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam menyampaikan dakwah menerusi metadologi yang berbeza.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, program ini telah mendapat sambutan hangat walaupun masih belum memulakan tayangannya. “Biarpun masih belum memulakan siaran, program ini sudah mendapat maklum balas positif di kalangan masyarakat.

“Semua ini seolah-olah memberikan tanda positif bahawa program ini mampu untuk mencetuskan fenomenanya tersendiri. Kami akan memberikan yang terbaik kepada penonton terutamanya dari sudut kandungan dan pengisian program ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta ‘Pencetus Ummah’ baru-baru ini.

Seramai 12 orang peserta yang terpilih iaitu Attan Thowi Yusof, Fakhrul Islam Md Zarin, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, Hishammuddin Iberahim, Izzat Fathi Hisham, Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, Mohd Sufian Mohd Isa, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, Salman Maslori, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.
 

Selain itu, barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak serta pengacara bagi program ini, Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah turut diperkenalkan.

Juara ‘Pencetus Ummah’ akan menerima hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta, naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan mendapat wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

So uols!! tepuk dada tanya minda, nk tgk program realiti show yg mana satu.. tp biarlah yg bermanfaat yer agar ilmu kita bertambah ke arah kebaikan. (^_^)

Journal 2013 - # 481

Hi uols! Salam ilmu dalam ketaqwaan utk uols! klau slalu aku update citer2 berkenaan dgn kehidupan semasa now let we check our self utk peringatan diri sndiri. #SOLAT satu pekara yg wajib utk kita umat islam! krn ia tiang agama jika kita x solat ibarat kita meruntuhkan tiang agama kita sndiri. Teringat suatu kisah dlm hadis iaitu Luqman Al-Hakim nasihatkan  jangan tinggal solat,



PERKARA kelapan yang ditegaskan Luqman al-Hakim dalam wasiatnya ialah menjaga solat. Luqman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul).

Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri.

Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Luqman bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”

Permasalahan kesembilan, amar makruf, nahi mungkar. Luqman menyuruh anaknya berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada agama Islam sejak dulu lagi.

Inilah diterangkan melalui ayat 17, surah Luqman bermaksud: “Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk.”

Permasalahan ke-10, sabar. Luqman menasihatkan anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi menguji diri, harta, suami isteri dan anak.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat dan diakhiri dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar adalah asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat daripada tahap keazaman.

Firman Allah dalam ayat 17, surah Luqman bermaksud: “Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh.”

Permasalahan ke-11, tidak sombong, tidak takbur. Luqman menasihati anaknya supaya jangan takbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia.

Luqman berpesan supaya jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana ia menunjukkan sifat takbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18, surah Luqman bermaksud: “Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan.”

Permasalahan ke-12, tidak berlebih-lebihan. Luqman menasihati anaknya supaya tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat.

Perkara ini disebut lagi dalam ayat 18, surah Luqman bermaksud: “Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.”

Permasalahan ke-13, bersederhana. Luqman menasihati anaknya supaya bersederhana ketika berjalan, tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan atau terlalu lambat konon-kononnya ingin dikatakan zuhud.

Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap gopoh, tidak cermat, tidak prihatin serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Sikap sederhana dan pertengahan lambang seseorang itu tenang, berakal dan sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19, surah Luqman bermaksud: “Dan bersederhana dalam berjalan.”

Akhir sekali, adab bercakap dan bersuara. Luqman menasihati anaknya supaya merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar.

Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan yang diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa keperluan adalah perkara yang dikutuk dan tidak disukai.

Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara keldai kerana ia awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak.

Perkara ini dijelaskan lagi dalam ayat 19, surah Luqman bermaksud: “Dan lembutkan suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar.” 



Journal 2013 - # 480

Hi uols!! Salam keamanan dan kedamaian utk uols!! Dalam dunia ni x de sape nk jd miskin n x de sape yg x nk kaya. Sume orang inginkan kesenangan hidup di dunia ini. Justeru, semua orang sibuk mencari harta atau kekayaan. Dengan ada kekayaan segala idaman dan harapan akan mudah diperoleh. Agama juga menggalakkan manusia mencari kekayaan, supaya dengan kekayaan seseorang tidak perlu mengharapkan bantuan atau pertolongan orang lain untuk hidup.


Harta diperlukan oleh manusia, tetapi adakah seseorang itu hidup untuk mencari kekayaan semata-mata? Adakah setiap gerak-geri, tindakan dan perjalanan hidup kita hanya perlu dihalakan untuk mencari kekayaan?

Ramai tersilap perhitungan dalam keharusan mencari kekayaan. Lalu mereka memburu kekayaan sebanyak yang mungkin. Lebih teruk lagi tanpa mengira halal atau haram, semuanya dibolot dan hendak dikaut.

Tidak cukup dengan wang melimpah ruah, dengan banglo yang besar, bahkan lebih daripada dua buah rumah. Begitu juga dengan kereta, diletakkan dua atau tiga buah kereta mewah menghiasi laman, dengan peralatan rumah pula serba indah.

Anak yang masih muda belia, yang masih belajar sama ada di institusi pengajian tinggi, mahupun masih di sekolah pula dibekalkan dengan kereta mewah kerana kekayaan yang ada mampu berbelanja apa saja. Sedangkan Allah berfirman, bermaksud: "Hai orang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat begitu, itulah orang menderita kerugian" (Surah Al-Munafiqun:9)

Walaupun tidak dinafikan kekayaan itu perlu dalam kehidupan, untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, maka kita perlu membuat perancangan atau batasan dalam mengumpul kekayaan itu. Kita hendaklah membuat sasaran, misalnya, kita ingin mencari kekayaan sehingga terkumpul wang RM200,000 atau RM500,000.

Apabila mencapai sasaran yang diidamkan, hendaklah kita berhenti daripada mencari wang atau katakan kita bercita-cita untuk mencari harta dengan sasaran memiliki dua banglo mewah, tiga kereta mewah, 10 hektar tanah dan 10 rumah gudang sewaan.

Selepas perkara yang kita cita-citakan itu tercapai, maka pada masa itu hendaklah berhenti mencari kekayaan. Memadailah dengan kadar yang ada. Usaha melebihi kadar itu sudah termasuk dalam kategori tamak. Allah melaknati orang yang tamak.

Perancangan atau membuat batasan dalam mencari harta kekayaan memang perlu. Hal ini kerana keinginan mencari kekayaan itu sendiri bersifat infiniti. Jadi, sekiranya tidak membuat batasan, kita tidak tahu di mana noktah pencarian kita itu, tidak tahu di mana tempat untuk berhenti.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kita akan terus hanyut dibuai kenikmatan akhirnya membawa kepada kekufuran. Berhubung dengan hal ini Allah berfirman; "Kehidupan dunia ini hanya permainan dan kesukaan belaka! Dan kalau kamu beriman dan memelihara diri daripada kejahatan, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tiada meminta wang daripadamu." (Surah Muhammad:36)

Sebagai seorang Islam, kita jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kita perlu
ingat bahawa kita tidak akan selamanya hidup di alam fana ini. Jika panjang sekalipun umur kita di dunia ini, belum tentu boleh mencecah 100 tahun. Tidak dinafikan ada mereka yang mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun, tetapi siapa yang boleh membuat jaminan?

Dalam dunia moden hari ini, pelbagai penyakit boleh menyerang manusia. Sesetengahnya pada usia muda sudah meninggal dunia.

Menginsafi umur atau hayat kita yang tidak lama ini, maka perlu setiap kita mempunyai wawasan untuk hari depan, berupa perancangan rapi untuk mengharungi hidup di dunia baru nanti iaitu alam akhirat, destinasi yang kekal abadi.

Sudahkah kita mempunyai bekalan amalan atau sudahkah kita laburkan wang untuk membeli saham akhirat?

Jika sekarang ini kita kaya-raya, tentunya kita ingin menjadi 'orang kaya' di akhirat. Janatul Firdaus satu-satunya tempat eksklusif yang di dalamnya penuh kenikmatan atau tiada tolok bandingannya dengan apa yang ada di dunia ini.

Janganlah kita leka dan terlena di dunia hari ini, di akhirat nanti baru terjaga. Pada masa hidup di dunia ini, kita hendaklah memanfaatkan harta yang dimiliki untuk jalan yang diredai-Nya, supaya kita beroleh penginapan eksklusif itu. Kalau tidak, menyesal kemudian hari, seperti firman Allah "Belanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian rezeki kamu, sebelum kematian datang kepada seseorang antaramu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Mengapa Engkau tidak berikan kepadaku sedikit tempoh barang sedikit waktu, supaya aku memberikan sedekah, supaya aku termasuk dalam golongan orang yang mengerjakan perbuatan baik?" (Surah l-Munafiqun: Ayat 10) 

Justeru, jadikanlah diri seorang hamba sentiasa bertakwa dan berkualiti.

Journal 2013 - # 479

Hi uols!! Salam ukwah salam kedamaian utk uols!! Hari ni aku nk share pasal citer seekor kucing yg bernama #Hero well pd sesiapa yg da tahu kisah kucing ni pasti terharu n sedih dgn kisah kehidupan kucing tersebut. Setelah 6 tahun mengharungi kehidupan akhirnya kucing tersebut telah pergi buat selamanya.. apa pun uols bleh baca citer kucing bernama #Hero ni kt kakimotong atau front Page FB KakimotongFanClub.

Then arini citer #Hero keluar kt dalam paper BH.. jom kita baca artikel ni.. 
BH 25 November 2013


Journal 2013 - # 478

Hi uols!! Salam keamanan dr aku utk uols sume!! Well baru2 ni aku telah mengikuti kejohanan bowling anjuran #ADFIM melalui company kami ler, fuhh!! bertahun juga x join mana2 games sebenarnya. Finally aku buat come back melalui bowling tounament, walaupun training x seberapa at least aku x mengecewakan nama baik company ada ler tmpt juga drpd 25 penyertaan syarikat 'Team Campuran' kita org dpt tempat yg ke-9 (^_^) hihi.. Kejohanan bowling kali ni d adakan d Wangsa Bowl, Wangsa Walk pada 23 Nov 2013.

My new ball, sanggup cr boleh 11 utk games kali ni, bola lama jd bola spare jer hihi
Penat juga main 3 Frame al-maklumlah da lama x main game ni tp best giler dpt team yg mng sempoii kena plak dpt jiran sbelah line tu Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yg spoting gilerr, then ada sorg kakak dr team tu mng best klau tgk dia main walaupun smpi terduduk-duduk tp sempoii jer kakak tu hihi. Actully ini kali ke-2 aku ikut tounament mcm ni sbb da lama x join, klau join pun anjuran company aku jer.

Team Campuran kita org

Apa pun aku enjoy dgn game kali ni, walaupun dpt tmpy ke-9 at least usaha berbaloi juga.. lgpun aku buat ni utk someone yg da pergi meninggalkan kami selamanya.. Al-Fatihah buat Hajah Zalmah Mahusin, u always in my memories.. Jom klik utk tgk lebih byk gmbr..

Journal 2013 - # 477

Hi uols!! Salam kedamaian utk uols sume!! sedikit ketinggalan utk update weblog ni sbb terlalu sibuk dgn training bowling utk kejohanan bowling #ADFIM well arini aku nk update ckit pasal hal wanita yg bergelar isteri (walaupun aku x kawin lg tp hal ini harus aku ketahui) semoga kita dpt ilmu, memperbaiki apa yg kurang n apa yg telah kita lakukan kesilapan. Ramai hari ini wanita bekerjaya adakalanya terlupa hal remeh temeh, ala bkn setakat org yg bekerjaya jer suri rumah pun kekadang ada yg terlepas pandang kata emak aku ler!! hihi.. kata mak nk jd isteri soleha, jgn sesekali biarkan perut c suami kosong atau berlapar, berdosa jika kita abaikan perkara ini, x mustahil klau c suami cr org lain jgn menyesal kelak jika perkara ini berlaku... So tetiba aku blog walking kt satu blog ni iaitu milik sorg hamba Allah ni (Aisyah Humaira) utk d kongsi bersama.. Kredit thanks pada pemilik blog ni kerana atas perkongsian ilmu yg harus kita ketahui oleh kaum wanita, so apa kata kita baca entri kali ini..

Menjadi Isteri Solehan
Isteri solehah impian setiap lelaki. Kita sebagai wanita juga, turut mengimpikan gelaran isteri solehah bukan? mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan sama-sama kita berdoa semoga kitalah isteri solehah. InsyaAllah.
Tips Menjadi Isteri Solehah
  • Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
  • Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
  • Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
  • Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
  • Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.
  • Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
  • Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
  • Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
  • Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
  • Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
  • Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
  • Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
  • Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
  • Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
  • Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
  • Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
  • Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
  • Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
  • Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
  • Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.
InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh kita cuba dan kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.

Journal 2013 - # 476

Hi uols!! Salam kedamaian utk uols! Hopelly uols sihat2 jer yer.. Well arini tetiba aku rs nk bercerita pasal sebuah kumpulan yg suatu ketika dahulu lagu2 mereka selalu kedengaran d mana2 corong radio. Masih ingatkah uols pada 'Khafi'?? Well 'Khafi' ni gabungan antara 2 Djay SinarFM dan HotFM iaitu Khairil Rashid a.k.a Krill dan juga Faizal Ismail a.k.a FBI. Lagu yg pernah jd hits seluruh corong2 radio ialah 'Tiada Yang Kedua'. Klau uols masih nk reminder apa kata uols layan lagu ni n lirik ni okey!!

Khafi - Tiada Yang Kedua

Haruskah aku menerima
Kasihmu yang baru menguntum bunga
Jangan hanya indah di mata
Jangan disiakan madah cinta
Namun bintang bukannya satu
Kerdipan hatiku ingin kau buru
Ada hanyakah kehampaan
Jangan aku yang jadi alas an
(Korus)
Ku fikir kau teman biasa
Tidak akan berputik cinta
Mungkin jua belum menjelma
Aku tak sanggup dikecewa
Cintaku satu untuk selamanya
Aku pencinta yang setia
Mustahil ada yang kedua

Journal 2013 - # 475

Hi uols! Salam kedamaian utk uols!! Minggu ni aku x ada idea utk update weblog dgn citer2 yg menarik agak malas mencari bahan dan malas utk berfikir. Sedikit sibuk dgn urusan d pejabat yg terlalu byk report utk disiapkan secepat yg mungkin, tambahan pula next month nk final exam urmm!! Bebannya aku arrgggghhh!! Ya Allah permudahkan urusan ku ini.
Well uols, apa pun apa kata kita layan lagu drpd Asfan. Erk!! Mesti uols x pernah dgr nama tu kan! Well klau uols pernah dgr lagu 'Terhenti Disini' yg pernah jd OST lagu Nora Elena tu Asfan la penyanyi nyer. Oklah here u go lagu menjadi peneman telinga aku ketika ini walaupun dlm keadaan serabut (^_^)


Asfan - Tak Cuba Kembali

Saat terindah bisa daku mulai terasa
Sempurna cintaku pada kamu tika ku bersama

Kini tiada kau balas cintaku dengan dusta
Percuma cintaku pada kamu sungguh ku tersiksa
Tapi ku coba mengerti dan ku coba untuk fahami
Lewat semua waktu ku untuk dirimu

Maafkan lah pinta ku begitu
Tak berdaya tak mampu menjaga cintamu
Hapuskanlah setulus kau khianati usah pernah tangisi
Maaf sejuta kata ku takkan coba kembali

[Ulang *]
[Ulang **]

Woo wo wooh woo hoo..
[Ulang **]

Woo wo wooh woo hoo..
Ku takkan sesali
Woo wo wooh woo hoo..
Ku takkan coba kembali

Journal 2013 - # 474

Hi uols! Salam kedamaian utk sume!! Jom kita layan lagu ni check it out (^_^)

Shila Amzah - Dejavu
Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

[Chorus]
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Journal 2013 - # 473

Hi uols!! Korg tgh buat apa tu.. salam kedamaian sbg pembuka kata utk uols ok!! Well aku mesti sure uols mesti ada yg layan drama bersiri 'Playboy itu suami aku' kan..kan..kan hihi well aku pun layan juga once aku ada masa tapi bkn layan citer tu tp layan OST citer tu. Puas aku cari, tnya pak cik google, surfing sana cni dlm website payah juga dpt info pemilik penyanyi sebenar 'Rindukanlah' iaitu 'Encik Mimpi' ?? Mula2 aku pelik juga dia guna nama 'Encik Mimpi' sbb apa dia guna nama tu pun i'm not sure tp apa kata kita baca artikel ni yg aku sedut drpd buahmulut.com utk mengenali siapa sebenarnya 'Encik Mimpi' pemilik lagu 'Rindukanlah'

Temubual Eksklusif Buahmulut Bersama En Mimpi Penyanyi ‘Putus Di Twitter’
kali ini para pembaca Buahmulut cukup bertuah kerana individu yang telah kami temubual ini bolehlah diibaratkan seperti Pisang Goreng yang tengah Panas. Nama dan Hasil seninya dengan tidak semena-mena menjadi perhatian warga alam Cyber. ini kerana lagu ciptaanya yang bertajuk Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku) telah tersebar seantero Dunia Internet. Individu yang dimaksudkan Ialah En Mimpi. Mengunakan konsep “parody”, lagu tersebut kini telah ditonton sebanyak 94,381 hanya dalam masa 4 hari sahaja. Satu pencapaian yang boleh dibangggakan. Memberi tanda aras bahawa Hasil seni beliau diterima ramai.

Ehh Ye Ke?
Dari hasil tinjauan kami di Channel beliau banyak lagu-lagu yang berbentuk ‘parody’ dan juga lagu berbentuk Cover telah dihasilkan. Jika tidak silap kami beliau juga ada menghasilkan lagu sendiri seperti Memori Di Sini, Kisah Cinta Facebook dan Selamat Malam Cinta. Apa pun kami di pihak Buahmulut.Com amat berterima kasih kepada En Mimpi diatas kerjasama baik yang telah diberikan. Semoga terus berjaya didalam apa jua Bidang yang diceburi. Ikutilah Temubual kami bersama beliau. 
p/s : wajah sebenar tidak dapat kami siarkan sebagai menghormati pendirian En Mimpi
Terangkan Serba Sedikit Tentang Diri Anda
Assalamualaikum.. Terima kasih sebab sudi menebual saya, walaupun saya ni siapa je pun. Hee.. Tak banyak yang saya boleh kupas dalam soalan pertama ni. Cukuplah orang mengenali saya sebagai Encik Mimpi, yang suka bermain gitar dan menyanyi untuk menghiburkan orang. Saya bermula menulis lagu di blog saya pada tahun 2009 tanpa mendedahkan identiti saya dan saya selesa dengan cara begitu. Walaupun saya tidak mendedahkan identiti saya, kepada semua follower, jangan risau. Saya sangat hemsem dan cute, berbakat pula tu. Dan saya langsung tak gay, saya macho gila, lelaki sejati dan menyintai wanita.Huh.

Mcm mn tercetusnya idea untuk buat lagu Putus Di Twitter (Ending lagu CintaMuka Buku) .
Semuanya berlaku sangat spontan. Saya memang suka mendengar lagu dan kalau kita tengok di Youtube pun banyak lagu “parody” yang dinyanyikan oleh Youtubers di serata dunia untuk tujuan suka-suka bagi menghiburkan pendengar. Ini bukan lagu pertama yang saya “parody”kan, sebab sebelum ini juga saya ada “parody”kan lagu seperti “Lelaki Seperti Aku (Aliff Satar)”,”Suara Ku Berharap(Hijau Daun)”,”Unta Liar/Kamelia (Irwansyah) dan banyak lagi. Jadi lagu “Cinta Muka Buku” ini pun tak terlepas untuk saya “parody”kan.

Gambarkan dgn 3 patah perkataan untuk lagu ini.
“Gila”, “Sempoi” and mungkin “Bedebah” kot. Haha.

Berapa Lama masa untuk Cipta lagu ini?
Tak lama pun, dalam 30 minit saja. Recording pun sekali take je sebab malam mase
recording tu saya da mengantuk tapi excited nak siapkan. Huhu..

Pernah / Sedang Atau Sudah Putus Cinta melalui Facebook / Twitter
Tidak sama sekali.. Semua yang berlaku dalam lagu tu hanya lah rekaan semata-mata. Tapi kalau kantoi awek curang dalam twitter/fb pun jangan lah sampai tumbuk. Wanita kan insan lemah.. Jangan jadi lelaki dayus. Gentle sikit, setel baik-baik, kan senang.

Sekiranya dijemput untuk membuat persembahan Di kaca Telivisyen. Dan pihak penerbit ingin menyuruh tukar lirik lagu yg terakhir iaitu ‘Terus Tumbuk Muka Mu lebam’ adakah anda setuju? Kenapa?
Oh saya tak akan terima tawaran dari mana-mana pihak. Bukan itu yang saya cari. Saya hanya berkarya untuk suka-suka dan tidak pernah bercadang untuk serius dalam bidang ini. Sebelum ini saya bergerak bersama sebuah band dan kami pernah mendapat tawaran untuk recording contract juga, tapi kami menolak kerana kami ingin fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu. Macho gile kann?

Adakah ada hasil lagu ciptaan sendiri yg lain? Berapa & tajuknya
Sangat banyak lagu ciptaan saya sendiri. Tak tahu lah berapa tapi antara yang disukai adalah lagu “Memori Di Sini”, “Kisah Cinta Facebook” dan “Selamat Malam Cinta” . Kebanyakan lagu tersebut saya sendiri yang tuliskan liriknya.

Perasaan Apabila lagu yg dicipta dlm sekelip mata menjadi bualan org ramai
Saya agak terkejut dengan sambutan orang ramai yang macam excited share lagu ni sana sini. Dalam masa yang sama Alhamdulilah saya bersyukur sebab lebih ramai yang hargai bakat yang saya ada. Saya rasa berbangga dengan rakyat Malaysia yang kebanyakan berfikiran terbuka dan menyokong lagu-lagu “parody” seperti ini.

Jika Lagu Putus Di Twitter tidak dicipta mungkin …[Sambung ayat tidak kurang dr30 patah perkataan]
Semua rakyat Malaysia tidak seriang dan seceria seperti mana apabila mereka mendengar lagu ini. =) Amboi kene lengkapkan slogan pulak..

Andaikan Anda akan menjadi Selebriti yang terkenal, Apa Perancangan jangka panjang?. Masih Digunakan lg kah Medium Youtube ?
Seperti saya cakap di atas, tidak sama sekali saya akan menjadi selebriti. Perancangan jangka panjang, saya nak habiskan study baik-baik dulu, then dapatkan kerja yang baik-baik (bukan penyanyi). Tengoklah, rasa macam nak join Imam Muda..Haha.

Akan adakah lagu kesinambungan untuk lagu ini. mcm Rujuk semula di Skype?
Entahlah, saya tak terfikir lagi ada sambungan ke tak. Tapi saya ni jenis yang kalau boleh tak nak lah semua lagu yang saya hasilkan tu jenisnya untuk berhibursaja. Saya suka lagu-lagu saya di variasikan mungkin dalam bentuk lagu kitamerenungi diri, menyayangi keluarga,sahabat dan yang paling penting Allah.

Pendapat anda tentang lagu Cinta Muka Buku
Lagu tersebut sangat comel dan easy-listening, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Najwa Latif kerana mencipta lagu yang sangat baik. Mungkin ada yang tidak begitu gemar dengan mesej atau lirik yang dituliskan, tapi kita sebagai pendengar harus peka bahawa Najwa Latif hanya menceritakan realiti sebenar kisah cinta remaja zaman sekarang yang bercinta melalu FB. Bagi saya, lagu tersebut sangat bagus dan jujur.

Harapan anda untuk yang mendengar lagu ini
Saya harap semua yang mendengar tidak salah faham dengan niat saya menyanyikan lagu tersebut. Awal-awal lagi saya dah bagitau bahawa lagu itu hanya sekadar hiburan, bukan kerana saya berniat buruk terhadap penyanyi asal lagu tersebut iaitu Najwa. Saya sendiri respect dan kagum pada bakat yang ada pada Najwa. Harapan saya jangan ada pihak-pihak yang berpecah belah dan bergaduh hanya kerana perkara ini, terutamanya dari peminat Najwa sendiri.

Bagaimana untuk menghubungi anda email , FB, Twitter Atau Lain – lain
Anda boleh hubungi saya melalui FB saya, http://www.facebook.com/encikmimpi . Tapi Twitter saya takde, Twitta ada lah. Boleh follow saya di http://www.twitter.com/EncikMimpi . Juga jangan lupa blog kesayangan saya, http://encikmimpi.blogspot.com.

Ucapan untuk Buahmulut.Com serta para pembacanya?
Terima kasih kepada Buahmulut.Com kerana sudi datang ke sini untuk menebual saya. Harapan saya supaya Buahmulut.com akan lebih maju dan menjadi blog hiburan yang mampu bersaing di persada maya kita. Kepada semua pembaca, jangan berhenti menyokong saya dan selalu datang jenguk cerita-cerita terbaru di Buahmulut.Com. Saya akhiri dengan serangkap pantun.
Pergi Pavillion membeli peta,
Terlupa bahawa zip terbuka,
Berhati-hati dengan Twitta,
Jangan sampai lebam di muka.
Assalamualaikum. =)

Dah baca artikel tu jom kita layan lagu ni..

Encik Mimpi - Rindukanlah

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Journal 2013 - # 472

Hi uols!! sejak dua menjak ni tetiba rajin plak aku layan radio era.fm, tetiba aku terdengar ler plak lagu ni 'kehilangan' nyanyian penyanyi dr indon huhu!! mcm best jer mcm syok jer hihi well tiap bait lirik tu bleh la layan juga so apa kata uols dgr kn lagu ni plak cuba komen ckit pasal lagu ni (^_^)

Firman - Kehilangan
Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)
Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)

Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..

Journal 2013 - # 471

Hi uols!! Salam kedamaian.. minggu ni minggu aku melayan klip video drpd uTube!! Byk plak lagu2 baru yg best dlm uTube!! yg lama pun ada so today i would like to share this song 'Kupilih Hatimu' mcm best plak lagu ni hihi..


Ussy ft. Andhika Pratama - Kupilih Hatimu
ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati

 

Journal 2013 - # 470

Hi uols! Serv punya serv tetiba terjumpa plak klip video muzik Kilafairy anak penyanyi terkenal tu Rohana Jalil hihi mcm best plak klip video muzik dia tu.. Jom kita layan lagu Pasti drpd Kilafairy n klau rasa nk komen bleh juga :D

Kilafairy - Pasti
Ku akan terbayangkan dirimu dalam mimpiku
Setiap saat ku ternanti pelukanmu
Tahukah ku merinduimu takkan terpisah di jiwaku
Setia menunggu dirimu

Jauh bintang di angkasa jauh dirimu dariku
Separuh jiwaku menghilang namun tetap mencintai
Bisakah kau merasa hati ini tanpa dirimu ku akan sepi

[Ulang Korus]
Setia menunggu aku dan dirimu pastikan bersama

Tetap terlihat di mataku hanya dirimu kuinginkan
Biarpun kau terjauh ku akan tetap menantimu
Bisakah kau merasa hati ini tanpa dirimu ku akan sepi

[Ulang Korus]
Setia menunggu aku dan dirimu pastikan bersama

Takkan pernah melepaskan cintaku
Pasti tiba saat itu kau dan aku
Akan terus kan berpaling di hatiku
Hanya kamu...

[Ulang Korus]
Setia menunggu aku dan dirimu pastikan bersama

[Ulang Korus]
Setia menunggu aku dan dirimu pastikan bersama

Journal 2013 - # 469

Hi uols!! Jom layan lagu Suki - Untuk Kamu (^_^)

Suki - Untuk Kamu

Rasa curiga alasan pertama
Hingga hatimu terluka
Tanpa kau ada buktinya
Harus apa bagaimana
Biar kita saling percaya
Ku ini milikmu
Ku ini untuk kamu
Ini kata yang selalu
Kau dengar dariku

Semua berlalu dalam benakku
Jangan kau biarkan ragu
Rasuki jiwamu
Harus apa bagaimana
Biar kita saling percaya
Bila kau mengerti aku
Bila pun kau tahu aku
Ku rasa kau butuh aku
‘Tuk tetap denganmu
Kau kan tahu diriku
Takkan mungkin ku mampu
Bila tanpa dirimu
Cukup jangan kau tanya
Ingat saja waktu berdua

Journal 2013 - # 468

Hi uols! Salam ilmu salam info. Pembunuh No. 1 wanita adalah Kanser Payudara, dari mana punca penyakit ini muncul?? Mungkin ini adalah salah satu punca kanser ini berlaku. Akibat tidak mencuci bra baru yang di beli mungkin salah satu punca kepada kanser payudara. 

Jadikan kebiasaan mulai sekarang untuk mencuci pakaian baru anda sebelum memakainya. Ini sangat penting agar salah satu bahagian terpenting anda tetap dilindungi dan jagalah kebersihan bra.
Setelah Susan McKinley (antroplogis) pulang ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Tidak ada yang tahu itu apa. Ia duga ruam itu akan hilang seiring waktu.
Setelah kembali, ia menemui doktor kerana sudah ada rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang dideritanya. Doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Selepas masa berselang, rasa sakitnya tidak hilang. Payudaranya makin panas dan mula berdarah.
Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, tapi rasa sakitnya bertambah. Ia pun mula mencari doktor yang terbaik. Salah satunya ialah Dr Lynch. Tapi, sang doktor juga tidak boleh mendiagnosis jangkitan apa yang terjadi dan meminta Susan mencari temannya yang ahli dalam bidang dermatologi malangnya sang doktor sedang bercuti. Susan menunggu selama dua minggu dan akhirnya bertemu dermatologis itu . Perubahan akan terkuak dalam pertemuan ini.
Susan terkejut. Setelah ia membuka perbannya, mereka mendapati larva bertumbuh dan bersarang dalam liang dan dalam luka payudaranya. Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam liang dan muncul di lubang sebelahnya.
Yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit, dan saluran susu payudaranya.
Berdasarkan maklumat itu, disarankan kepada para wanira agar mencuci bra yang baru dibeli sebelum digunakan. Bra yang sudah digunakan juga harus dicuci dan dijaga kebersihannya .
Jangan biarkan diri anda jadi sarang penyakit tanpa anda sedari. Jangan terlalu yakin terhadap tampak luar yang kelihatan bersih tanpa anda tahu betul bahawa ia benar- benar steril.
berikut adalah cara aman dalam mencuci bra :Mungkin anda berfikir remeh tentang bra, yang walaupun ada luka sobek atau warnanya pudar maka tak akan ada orang yang melihat. Isk!! jangan salah! Bra adalah sebuah item penting, terutama anda yang sudah berkahwin. Bayangkan saja saat tengah beraksi seksi di depan dia , tiba -tiba ia melihat bra anda yang kumal dan usang. Boleh jadi malah ghairah dia terhadap anda jadi hilang deh. Ya kan?
Jika anda tak mau hal ini terjadi pada anda, maka ikuti langkah berikut ini.
  1. Sangat disyorkan mencuci bra dengan tangan dan bukan mesin. Kelebihannya, saat mencuci bra dengan tangan maka kotoran di setiap sudut akan lebih dijangkau, bra juga tak cepat rosak. Namun jika memang terpaksa harus menggunakan mesin basuh, anda harus memastikan bra tersebut boleh dicuci dengan mesin.
  2. Kaitkan bra dengan betul saat akan mencuci. Sehingga pada saat dicuci, kaitan tak akan nyangkut ke bahagian bra lain.
  3. Jangan rendam terlalu lama, cukup 10 minit saja dengan air sejuk. Mencuci bra dengan air panas akan membuat bra kehilangan keanjalan dan akhirnya malah molor tidak karuan.
  4. Bilas bra beberapa kali sampai tak ada sabun yang melekat dan jemur di tempat yang rindang . Hindarkan dari sinar matahari langsung agar warna tak cepat pudar.
  5. Jika anda harus mencucinya bersama bra dan underwear lain dengan mesin basuh, maka gunakan dobi bags agar bra tak mudah rosak.
 

Journal 2013 - # 467

Hi uols! Salam ilmu.. mungkin adakalanya kita terlupa akan hal ini terutama skali kaum hawa..berapa org yg tidur dgn memakai pakaian dalam a.k.a bra dan juga seluar dalam?? Erk!! jgn salah sangka kita kena tahu n ambik tahu info sihat ini utk kebaikan bersama.Jgn x tahu iyer masih ada lagi yg x tahu hal ini.. jom kita baca abis entri ini.

Bahaya Pakaian Dalam Ketika Tidur??
Ketika tidur, tubuh mengalami pembaikan & detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan & pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat.



Bra/Coli
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. “Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara.”

Adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih
lancar & tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Seluar Dalam
Dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar. Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya supaya tiada tekanan pada alat kelamin & darah dapat mengalir lancar. Ia juga untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya & menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur. Elakkan juga daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh. Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.

Journal 2013 - # 466

Hi uols! Salam ilmu salam taqwa utk uols.. tertinggal utk beberapa ari x update blog sibuk dgn dunia photography yg baru diceburi, Masyallah byk keindahan alam ciptaan Allah telah ku lihat dgn mata kepala aku sndiri adakalanya kita sbg manusia alpa dgn hal ini.

Sempurnakah Solat Kita?? Seawal usia 2 tahun kita didedahkan dengan solat. Islam menuntut seawal 7 tahun menunaikan solat dan jika masih liat mendirikan solat pada usia 10 tahun dibolehkan merotannya. Jika seseorang telah akil baligh maka itu adalah wajib keatasnya. Jika ditingglkan satu fardhu sekalipun perlu diqada'.


Begitu lama kita didedahkan dengan solat. Sempurnakah solat kita selama ini atau sekadar melepaskan batuk ditangga asal tertunai kewajipan sudah dianggap terlepas daripada tanggungjawab. Tahukan kita makna setiap bacaan dalam solat? mengapa sedemikian bacaannya diaturkan oleh Allah swt pada setiap rukun solat? kalau kita jelas dan faham kesemua persoalan di atas alhamdulillah.. pada saya.. menyedari dan menginsafi atas kualiti solat2 saya sebelumnya di usia yang 'dewasa' terasa amat rugi sekali.. Semoga mengampunkan dosa2 semasa mendirikan solat2 saya yang lalu.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memelihara solat maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Apabila Rasulullah saw memberi peringatan kepada kita tandanya pentingnya solat itu dipelihara dan merupakan solat yang berkualiti seperti memenuhi KPI Allah swt. Jika kita gagal.. Baginda saw juga bersabda yang bermaksud, "10 jenis orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt;
1. Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (bertaubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong, zalim dan penganiaya.
9. Orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah swt." 
Hassan ra berkata, "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Itu bagi orang yang mendirikan solat tetapi tidak menjaga kualiti dan KPI yang ditetapkan Allah swt dan yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw. Bagaimana pula orang yang meninggalkan solat? Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah swt akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
 
Tiga daripadanya akan dirasai semasa di dunia iaitu;
1. Allah swt akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah swt mencabut nur orang mukmin daripadanya.
3. Dibenci oleh orang yang beriman.
Tiga daripadanya adalah ketika dia hendak mati iaitu;
4. Ruh dicabut ketika dia sangat kehausan walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
5. Kepedihan yang teramat ketika ruh dicabut keluar.
6. Sangat risaukan kehilangan imannya.
Tiga bahaya dihadapi ketika telah disemadikan dalam kubur iaitu;
7. Sukar menjawap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
8. Kuburnya sangat gelap.
9. Kubur menghimpitnya sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Baki tiga azab di tunda ke hari kiamat iaitu;
10. Sangat berat hisab ke atasnya.
11. Kemurkaan Allah swt kepadanya.
12. Allah swt akan menyeksanya dengan api neraka."

Jomla mendirikan solat dan memperbaiki kualiti solat fardhu kita..Solat berjemaah perlu diserapkan dalam institusi kekeluargaan sendiri di pejabat di taman perumahan/kampung dan sebagainya... Then baru kita mendirikan solat2 sunat dan menyempurnakannya.. Semoga Allah memberi petunjuk yang lurus kepada kita dan solat kita diterima..

Journal 2013 - # 465

Hi uols!! Salam ilmu salam kedamaian.. semakin hari semakin canggih kita d dunia ini, pernahkah kita terpikir tentang teknologi yg kita miliki ketika ini adalah satu medan yg cukup mencabar! Termasuklah kpd golongan belia islam, Masyallah terlalu maha hebat capaian ketika ini. Well arini aku nk share berkenaan dgn dunia IT. Memandangkan aku salah seorg yg memiliki kepakaran dlm dunia IT now we share about IT ok. 
Ramai ketahui para ustaz, ustazah, para ahli ulama dan sbg nya telah berkecimpung dlm dunia dakwa mereka sama ada secara face to face, Media Massa or cetak now mereka kini boleh berdakwa dlm dunia alam maya spt YouTube, Media Sosial, Blogger atau personal website.

Ketahui oleh kita semua dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka membuat kita lebih terdedah dgn pelbagai maklumat dari sekecil-kecil zara sehingga sebesar-besar gunung kita boleh perolehi. Oleh itu kita sbg pengguna perlu bijak dlm hal ini. 

Entri kali ini bkn nk share bagaimana kita nk mencapai maklumat, namun entri kali ni menyokong dasar sesetengah para pendakwa agama, para ahli ulama n para da'ie dlm menyebar luas ajaran agama islam d seantero dunia.

Ada sesetengah pihak pada awalnya menyangkal akan hal ini, mengatakan teknologi yg kita miliki ini adalah ciptaan org kafir, so kita jgn pikir ciptaan ini namun ambik kesempatan atas ciptaan mereka ini digunakan dgn baik sbg medan kita berdakwa dan menyebar ilmu yg berguna.

Aku amat bersetuju dgn hal ini, krn telah ramai para pendakwa mempunyai akaun media sosial dan blogger dan berdakwa dlm dunia maya ini. Masihkah anda ingat Ustaz Azhar Idrus yg terkenal dlm laman Youtube suatu ketika dahulu. Beliau menggunakan medan ini bagi berkongsi setiap ceramah yg di beri d mana2 surau atau masjid dan merakam setiap ceramah tersebut dan d upload dlm laman Youtube, sehingga beliau punya pengikut tersendiri dari Negeri Perlis hingga la ke Sabah. Dunia di hujung jarikan mudah!! Sesungguhnya usaha murni ini perlu kita ketahui dan menyokong agar kita memperolehi ilmu.

Kini capaian kita mendapatkan ilmu agama bkn mcm zaman dahulu yg tiada kemudahan TV, Radio dan juga komputer atau telefon pintar. Now we have that! TV, Radio, Komputer or Laptop yg terkini kita telah ada tablet, telefon pintar dan capaian pula mudah kita perolehi sama ada Wifi, Broadband, atau pra bayar internet!! So skg ni bkn alasan utk kita mendalami ilmu-ilmu agama.
Namun demikian kita sbg penguna berhati-hati dlm memilih ilmu, walaupun dah mudah namun berguru dgn mereka2 yg bertauliah juga amat penting utk lebih mengerti atau mendalami sesuatu ilmu itu. Bkn sume apa yg ada dlm internet itu sebulat2nya kita ambil namun kita kenalah merujuk kpd mereka yg lebih arif dlm hal ini.

Kita sbg pengguna hendaklah mengaplikasikan apa yg kita capai ketika ini dan menyebar perkara baik agar sume org dpt manfaat bersama. Dalam masa yg sama kita bersama-sama membantu mereka-mereka ini dlm menyebarkan ajaran agama kita kpd kekawan kita agar bersama-sama kita perolehi ilmu yg baik. 

So uols! Aku harap korg x salah gunakan kemudahan IT yg ada ketika ini, hope uols enjoy baca entri kali ini, adiosazz!!