Journal 2014 - # 838

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Muzium Kesenian Islam (Chapter 1)

Assalamualaikum! Hi uols! Masa Deepavali hari tu aku dan emak aku telah pergi ke Muzium Kesenian Islam. Ini kali pertama aku ke Muzium tersebut, kerana teruja sangat aku teringin sangat untuk ke sana.

Memang menarik dan cantik galeri pameran yang di adakan, pelbagai benda, sejarah dan ilmu
pengetahuan terbentang luas bila berada di dalam Muzium Kesenian Islam ini. Sebenarnya Muzium Kesenian Islam merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Atas dasar inilah Muzium Kesenian Islam telah ditubuhkan. Muzium Kesenian Islam Malaysia yang dirasmikan pada 12 Disember 1998 bersamaan 1419 Hijrah, merupakan satu sumbangan daripada Yayasan al- Bukhary kepada umat Islam di Malaysia dan dunia Islam.

Muzium yang menelan perbelanjaan sebanyak RM50 juta ini dibina dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Muzium ini berperanan sebagai menyimpan, pembaik pulih, pemuliharaan dan pendidik kesenian Islam agar generasi alaf baru tidak terasing untuk mengamati dan menghargai kesenian Islam yang berharga ini.

Bangunan Muzium Kesenian Islam ini direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam. Ciri-cirinya yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan. Muzium Kesenian Islam memuatkan sehingga 7 ribu artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam. Ia juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku kesenian Islam.

Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. IAMM memberikan penekanan kepada hasil kesenian dari Asia dan tidak bertumpu semata-mata kepada hasil seni dari Parsi dan Timur Tengah.

Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Komponen ketiga terutama di dalam masyarakat Malaysia ialah India yang juga telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Malahan dunia India, China dan Melayu membentuk kategori eksklusifnya yang tersendiri.

Bahan-bahan artifak yang lain pula dipamerkan di 12 buah galeri lain berdasarkan jenis artifak tersebut dan bukan tempat asalnya. 
Berikut adalah koleksi yang dipamerkan dalam Muzium Kesenian Islam Malaysia:-







No comments: