Journal 2014 - # 837

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Indahnya Seni Bina Masjid di Melaka

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tak update weblog ni, terlalu sibuk dengan tugasan hakiki.. Apapun kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Well baru-baru ini iaitu minggu lepas aku telah berkunjung ke Melaka setelah sekian lama tak ke sana sejak tahun 2007. Tapi kali ini aku ke Melaka kerana urusan kerja, alang-alang dah ke Melaka selesai saja kerja aku terus bercuti-cuti Malaysia, kebetulan urusan kerja aku terkena hari akhir minggu bekerja. So memang langkah kanan ler katakan.

Memandangkan ramai dah tahu apa istimewanya Melaka dengan tempat-tempat bersejarah aku tak
nak cerita benda yang sama, namun demikian Melaka kini banyak dah berubah dan bertambah cantik. Kalau dulu aku ke Melaka Monorail tak ada lagi tapi kini Monorail boleh dikatakan hampir 80% dah nak siap sepenuhnya. Hebat sangat, so kalau tak nak naik river cruse boleh naik monorail pusing Bandar Hilir.

Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM 16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008.

Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ia bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Bagaimanapun, akibat pelbagai masalah yang timbul, perkhidmatan monorel ini pernah dihentikan selama beberapa bulan. Perkhidmatan ini telah tergendala sekurang-kurangnya 22 kali setakat November 2011.

Melaka bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di Nusantara. Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-Quran.Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.

Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.

 
Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini akan menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan di negeri ini. Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham daripada Ali Rustam yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu. Jika kita meninjau masjid ini dengan lebih dekat lagi, pastinya seribu ketenangan jiwa tercipta bagi melupakan sebentar segala cengkaman masalah dunia. Masjid yang didominasi rona putih lambang kesucian, benar-benar jelmaan keindahan dan kehalusan seni bina bagi menarik hamba-hamba-Nya supaya lebih dekat dengan Allah SWT.

Bersujud di dalamnya sambil dihembus angin selat yang bertiup pastinya aman dan tenang. Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.

Rumah Api yang mengeluarkan cahaya amaran kepada perahu-perahu sehinggalah kapal-kapal yang melalui Selat Melaka itu. Memberikan juga panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan birunya air laut, mencetuskan satu lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak Melaka Bersejarah.

Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, itulah uniknya Melaka, mereka kesemuanya bersatu atas nama Islam.Siri lawatan ke Melaka kini tidak akan lengkap jika kita tidak mengunjungi Masjid Selat. Walaupun mungkin akan lebih dipengaruhi emosi dan nostalgia sejarah dengan keunikan-keunikan Masjid-masjid lain seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Kling, Masjid Kampung Hulu, Peringgit dan sebagainya.

Rekaan masjid ini mendaulatkan konsep seni bina Melayu. Ini apabila kita dapati elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah atau pecah dua dan membentuk beberapa bahagian menjadi konsep rekaan. Empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Iaitu kubah besar yang indah dan unik menaungi Dewan Besar Solat yang berukuran 24 diameter.

Masjid Selat begitu lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi segala fungsi dan aktiviti yang mengimarahkan masjid. Selain Dewan Solat, terdapat Dewan Serba Guna, Perpustakaan, Kelas-kelas Pengajian dan sebagainya. Namun pandangan mata begitu tertumpu juga kepada keindahan seni buatan mimbar masjid ini. Berasaskan kepada kayu jati, mimbar tersebut diukir dengan seni ukiran yang sangat halus bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga.Seni-seni kaligrafi, ayat-ayat suci al-Quran turut memenuhi ruang dan dinding masjid. Seni muqarnas di bahagian atas mihrab terdiri dari jubin-jubin yang terpilih namun dibina dengan paten-paten geografi dengan kedalaman yang berbeza bagi menghasilkan sistem bunyi akustik baik dan mengurangkan gema.Untuk kenal lebih dekat, marilah ke Masjid Selat.
Rekaan kubah utama

Seni bina dalam masjid

Nasihat kepada Rakan-rakan Non Muslim

Walaupun keindahan ini patut dikongsi bersama namun kepada rakan-rakan non muslim silalah menutup aurat dan menjaga adab ketika berada di rumah ibadat kami iaitu Masjid tak kira di mana-mana masjid sekali pun. Janganlah pakai pakaian yang menjolok mata atau berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan. Tutuplah tubuh anda dengan pakaian sopan sama seperti mana kalian ke rumah ibadat kalian.

No comments: