Journal 2014 - # 832

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama aku tak update weblog aku ini, terlalu banyak benda yang perlu aku settle kan berkaitan dengan kerja. Well baru-baru ini aku telah ditugaskan untuk menyertai pameran yang dianjurkan oleh Ministry Of Finance (MOF) yang bertempat di Cyberjaya. Terus terang aku katakan ini kali pertama aku datang ke Cyberjaya, walaupun dah hampir 9 tahun aku menetap di bumi semenanjung ni. Pameran ni sebenarnya dikenalikan oleh Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

http://www.mymagic.com.my/wp-content/uploads/2014/08/logo.png 

Acara ini memang best dan ramai yang hadir terutama sekali budak-budak IPT dan IPTS serta para
usahawan tempatan. Bukan itu saja, artis-artis terkenal juga turut serta menjayakan program ini antaranya ialah Sazzy Falak dan suami, Betty Benafi, Norman Hakim dan lain-lain lagi. Acara ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abd Razak. Objektif penubuhan MaGIC adalah mewujudkan satu ekosistem di mana orang ramai, terutamanya golongan belia melihat peluang untuk mempunyai perniagaan sendiri, daripada bekerja dengan orang lain. Ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan negara tetapi juga akan membawa syarikat asing ke Malaysia untuk melabur dalam syarikat yang ada di Malaysia. 

MaGIC bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik dengan membolehkan pengusaha tempatan dan antarabangsa memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
  
Pusat ini direka untuk menjadi pusat sehenti untuk usahawan, yang akan menyediakan setiap kemudahan yang diperlukan oleh seorang usahawan, daripada mendapatkan pembiayaan dari bank-bank atau pemodal teroka untuk menyediakan inkubator bagi membangunkan syarikat permulaan untuk memperbaiki produk atau perkhidmatan mereka. Pusat itu juga akan membantu dalam pendaftaran harta intelek dan menyediakan kemudahan untuk latihan, bimbingan dan mentor.

Laluan menuju ke pintu lift dan toilet
Pada 17hb - 20hb September 2014, Bertempat dibangunan MaGIC, Program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat 2014 (GREAT 2014) telah diadakan. Acara menang Happening, walaubagaimanapun sedikit mengecewakan pada pihak agensi aku apabila tempat yang disediakan indah khabar dari rupa. Boss aku berkali-kali dijemput hadir dan dijanjikan untuk diberi booth information dan meminta pihak kami memberi pocket talk, namun bila dicari dan terus dicari keseluruhan booth tidak disediakan. Akhirnya mereka meletakkan kami di satu sudut kawasan laluan antara lift dan toilet. Dalam masa yang sama kami juga jadi kaunter pertanyaan untuk pintu lift, toilet dan surau. Bukan itu saja kawasan tersebut terlalu sempit dan tidak sesuai sama sekali.

Boss aku memang cukup tak berpuas hati dengan situasi berkenaan. Mana taknya tempat tersebut tak sesuai, agensi lain dapat tempat yang menarik dan cantik tp agensi aku duduk tempat yang serupa begitu. Akhirnya pihak penganjur mencari tempat yang sesuai untuk agensi aku.

Hope so, pihak penganjur mengambil perhatian dan tindakan lebih baik selepas ini dan tidak lagi menyediakan tempat yang tak sepatutnya.

No comments: