Journal 2014 - # 839

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Muzium Kesenian Islam (Chapter 2) - Palestin: Sejarah & Budaya Yang Dilupai

Assalamualaikum! Hi uols! Dalam catatan aku yang lepas, aku share pasal Muzium Kesenian Islam di Malaysia. Kali ini aku nak share yang wujud kat dalam Muzium Kesenian Islam, Sudut ini telah menarik perhatian aku dan menyentuh hati aku. Mereka letakkan tajuk "Palestin: Sejarah & Budaya Yang Dilupai". Sudut ini menceritakan dari awal sejarah Palestin hingga ke hari ini.

Palestin merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, budaya dan berbagai agama. Nadi Palestin terletak di Jerusalem (Al-Quds), bandar suci Islam yang ketigaa. Ia merupakan kiblat pertama umat Islam, serta tapak masjid al-Aqsa dan Kubah al-Sakhrah.

Di sini juga terdapat kronologi peristiwa-peristiwa penting sejarah Palestin dalam sekilas pandang melalui gambar-gambar kesenian, kraf dan warisan budaya Palestin. Tradisi sulaman tangan, pakaian dan barangan kemas yang diperbuat daripada manik merupakan antara komponen yang menarik bagi budaya dan gaya hidup bangsa ini. Sudit ini adalah untuk menghargai sumbangan masyarakat palestin dan berkongsi usaha mereka untuk mengekalkan warisan dan identiti. Terlalu banyak info yang menarik yang patut kita perlu ketahui dan lihat. 


Kronologi Sejarah Palestin
Tahun 60M
63M - Palestin ialah sebahagian drpd empayar Rom.

Tahun 600M
638M - Khalifah Umar bin al-Khattab ra. menawan Palestin.
685-705M - Khalifah Abd al-Malik membina Kubah al-Sakhrah (Kubah batu/ Dome of the Rock).

Tahun 700M
705-715M - Khalifah al-Walid membina Masijidil Aqsa.
Tahun 1000M
1071M - Tentera Seljuk menawan Jerusalem.
1099-1187M - Tentera Salib menubuhkan Kerajaan Jerusalem.

Tahun 1100M
1187M - Sultan Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan mengambil alih Jerusalem.
1187-1260M - Dinasti Ayyubiyah memerintah Palestin.

Tahun 1200M
1260M - Dinasti Mamluk mengalahkan Ayyubiyyah dan memerintah Palestin dari Kaherah.
1517M-1917M - Palestin menjadi sebahagian drpd Daulah Uthmaniyyah.

Tahun 1800M
1882-1903M - Kumpulan imigran Yahudi pertama memasuki Palestin melalui Eropah Timur.
1896M - Theodore Herzl, seorang penulis Yahudi Austro-Hungary menyokong penubuhan negara Yahudi.

Abad ke-20 M (1900-1999)
1904-1914M - Kemasukan kumpulan kedua imigran Yahudi.
1909M - Tel Aviv diasaskan.

1910M
1916M - Perjanjian Sykes Picot membahagikan wilayah Arab Empayar Uthmaniyyah kpd Britain dan Perancis.
1917M - Pengisytiharan Balfour (Declaration of Balfour) menyatakan bahawa kerajaan British "menyokong penubuhan wilayah Yahudi di Palestin".
1918M - Palestin diduduki oleh pasukan Bersekutu (Allied forces) di bawah Jeneral Allenby.
1919M - Kongres Kebangsaan Rakyat Palestin yang pertama di Jerusalem menghantar memorandum ke Persidangan Keamanan Perancis menolak Pengisytiharan Balfour dan menuntut kemerdekaan.

1920M
1922M- Setiausaha kolonial British, Winston Churchill, menyediakan 'Kertas Putih' (sebuah laporan kerajaan/ dokumen dalam bentuk bertulis) yang mengeluarkan Transjordan drpd skop Pengisytiharan Balfour.

-Analisa peribadi: Transjordan tidak termasuk di dalam kawasan yang akan dijadikan 'negara' Yahudi.

1922M - Bancian British yang pertama di Palestin menunjukkan 78% Arab Muslim, 11% Yahudi, 9.6% Arab Kristian.
1924M, Mac 3 - Kejatuhan Khilafah/Daulah Uthmaniyyah secara rasmi.

1930M
1939M - Parlimen British mengundi untuk kemerdekaan bersyarat bagi Kesatuan Negara Palestin selama 10 tahun, kemasukan tahunan 15,000 imigran Yahudi ke Palestin selama 5 tahun dan perlindungan hak2 tanah air Palestin menentang anggota Zionis.

1940M
1945M - Setiausaha Luar British mengumumkan kemasukan orang Yahudi ke Palestin diteruskan selepas kuota pada 1939 tamat.
1947M - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations/UN) mencadangkan pelan pembahagian untuk mengagihkan 56.5% kepada yahudi dan 43% kpd Arab. Jerusalem diberi status antarabangsa.

Budaya dan Seni Textile
Pada abad pertama di Palestin, jauh sebelum lahirnya agama Islam, wanita-wanita Arab Palestin juga
sudah memakai skirt panjang sampai pergelangan kaki lengkap dengan tudung kepala, hanya wajahnya tidak ditutup. Kerudungnya biasanya diletakkan di atas topi yang kaku atau tidak lembek. Mereka memang juga memakai topi. Di atas topi, mereka memakai tudung. Di sekeliling topi bergantung wang pengikat yang mereka terima dari suami mereka saat menikah. Wang pengikat tersebut dalam bentuk wang logam. Wang tersebut, mereka jahitkan di sekeliling topi mereka. Sampai saat ini pun, para wanita petani di luar bandar-luar bandar di Palestin masih memakai pakaian adat seperti itu. Pada jaman kejayaan Kerajaan Yunani dan Kerajaan Rom, di Saudi Arabia, wanita-wanita Arab Saudi tidak mempunyai adat memakai tudung atau kebiasaan bertudung. Penyebabnya adalah kerana Saudi Arabia dulu bukan jajahan Kerajaan Yunani dan Kerajaan Rom. Jadi, pengaruh dua kerajaan itu tidak ada di Arab Saudi. Kaum wanita Arab Saudi mula pakai tudung baru ketika Nabi Muhammad mewajibkan kaum Muslimah untuk bertudung. Seperti umumnya busana wanita, potongan dan gaya bertudung pun dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara lain adanya peraturan, keperluan, adat, trend mode dan sebagainya. Berbeza kepercayaan ataupun berbeza tradisi berbeza pula cara mengenakan tudungnya. Misalnya perbezaan dalam kepercayaan antara Islam dan Nasrani. Secara umum ada khas yang membezakan cara bertudung wanita penganut masing-masing kepercayaan itu. Itu misalnya boleh dilihat dari cara berpakain para biarawati dengan cara berpakaian muslimah umumnya.
Di antara muslimah sendiri, banyak ragam dalam cara mereka bertudung, cenderung banyak dipengaruhi oleh adat dan alam sekitar setempat Itu boleh di lihat dari cara wanita arab, Iraq, Iran yang umumnya memakai baju luar yang menutup rapat seperti jubah dengan warna hitam atau gelap. Mereke menyesuaikan dengan iklim gurun pasir yang panas dan berdebu. Berbeza dengan cara Muslimah di India, Pakistan, Malaysia atau di Indonesia yang cenderung menyesuaikan dengan pakaian adat tradisional. Busananya lebih berwarna dengan kerudung yang terkadang hanya disampaikeun di kepalanya. Bagaimanapun cara muslimah bertudung, tentu saja yang penting harus sesuai dengan yang digariskan dalam Al-Quran dan As Sunnah. Fakta-fakta sejarah itu membuktikan bahawa semakin rapat wanita menutup auratnya maka darjatnya akan semakin tinggi di mata manusia maupun di hadapan Tuhan.
Seni Bina Di Bawah Dinasti Umayyah
Khalifah Umayyah merupakan dinasti pertama yang memerintah keseluruhan Semenanjung Tanah Arab. Ibu kotanya ialah Damsyik, Syria. Secara beransur-ansur, bahasa Arab telah menjadi bahasa rasmi dan syiling telah dicetak membawa mesej tawhid. Dalam seni bina, teknik-teknik corak dan hiasan yang sedia ada diubah mengikut ajaran Islam. Rangka masjid "hypostyle" berkembang sebagai bentuk yang sesuai untuk binaan masjid-masjid yang tersegam dan bersejarah di dunia Islam, manakala seni tempatan seperti seni ukir batu dan jubin telah digunakan sebagai hiasan seni bina.
Kubah al-Sakhra merupakan bangunan yang paling lama bertahan dalam Islam. Ia terletak di tanah suci Islam yang ketiga, Jerusalam (Al-Quds), bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Pada tahun 691 M, Khalifah Umayyah, Abd al Malik ibn Marwan telah mengarahkan pembinaan Kubah Al-Sakhra seperti sebuah struktur bersegi lapan mengelilingi batu tersebut. Batu, ataupun Sakhra (dalam bahasa Arab) merupakan tempat yang pernah dilawati oleh Rasulullah s.w.a sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj dimana Baginda diangkat naik ke langit. Corak jubin di dalam bangunan ini menggambarkan pemandangan syurga seperti digambarkan di dalam Al-Quran.

Di antara 220 buah monumen bersejarah di al-Quds (Jerusalem) Kubah al-Sakhrah merupakan satu mercu tanda yang paling jelas bagi kota suci ini. Dibina pada abad ke 7 M dan dihiasi dengan corak-corak geometri dan bungaan, kubah ini mempunyai kepentingan khusus bagi ketiga-tiga agama monotiestik di situ.

UNESCO memainkan peranan penting dalam melindungi dan menjaga monumen, agama dan budaya Jerusalem. Ini merupakan salah satu daripada perkara yang dititikberatkan oleh UNESCO sejak tahun 1967.


No comments: